Wikipedia:WikiProjek Penukar Tulisan/Kemas kini

Kemas kini projek

sunting

Kemas kini untuk tahun 2025 disenaraikan seperti berikut, daripada laman ini. Pantau kemas kini tahun 2025.

Kemas kini pembangunan WikiProjek Penukar Tulisan: 2025.

Kemas kini 2025-03-01: Kemas kini utama bulan Mac

sunting

Penstrukturan semula besar-besaran pada kod penukar

  • Kod penukar tulisan telah mengalami perubahan mendadak untuk meningkatkan prestasi kod. Antara perubahan yang diterapkan adalah seperti berikut:
  1. Perlindungan kod menggunakan ungkapan IIFE
  2. Penggunaan frasa melalui pengesanan tag wd:Q187931 dimansuhkan, sebaliknya memperkenalkan kod yang mengesan "entri berbilang kata (multi-word entries)", iaitu kosa kata dengan sekurang-kurangnya satu jarak. Dengan cara ini tidak ada satu pun padanan kosa kata berjarak tidak dikesan dan tidak ditukar ke bentuk tulisan Jawinya.
  3. Membenarkan kandungan ruang nama Pengguna untuk ditukar menjadi tulisan Jawi.
  4. Memansuhkan penggunaan jQuery sebaliknya menggunakan kod vanilla Javascript terus untuk tujuan prestasi.
  5. Menambah baik kueri WDQS dengan mengecualikan penukaran huruf besar dan huruf kecil, serta buang "ORDER BY ?feature" yang melambatkan prestasi penukaran.
  • Pengemaskinian kod yang seterusnya akan berlaku pada bulan April 2025.

Kemas kini 2025-02-16: Kemas kini kod

sunting

Penstrukturan semula kod penukar

  • Disebabkan terdapat begitu banyak tambahan fungsi dalam masa beberapa hari ini, kerja penstrukturan semula kod secara besar-besaran telah berlaku. Hal ini adalah memastikan ketertiban peraturan penukaran mengikut keutamaan seperti tersebut:
  1. Semua bentuk nombor matematik dengan titik angka perpuluhan dan koma pemisah ribuan perlu kekal seperti sedia ada;
  2. Bentuk frasa melalui JSON janaan WDQS;
  3. Bentuk kata mengandungi tanda apostrof melalui JSON janaan WDQS;
  4. Bentuk kata mengandungi sempang melalui JSON janaan WDQS;
  5. Semua kata tunggal lain melalui JSON janaan WDQS tanpa mengira kedudukan tanda baca;
  6. Peraturan khas untuk "ke" dan "di";
  7. Penukaran tanda baca melalui penukar tulisan itu sendiri. Hal ini supaya mengelakkan tanda-tanda yang menunjukkan nilai angka nombor matematik ditukar.
  • Selepas ini, kod penukar tulisan tidak akan mengalami perubahan sehingga ke bulan hadapan (Mac 2025).

Kemas kini 2025-02-15: Kemas kini kod

sunting

Membuang fungsi pemetaan bentuk jamak dan menambah fungsi pengendalian tanda sempang

  • Terdapat masalah yang penukar tulisan ini tidak dapat menukar perkataan yang mempunyai tanda sempang tetapi bukannya berbentuk jamak mahupun frasa, contohnya: masing-masing. Masalah ini telah diselesaikan dengan menambah kod pengendalian tanda sempang pada subfungsi "convertRemainingWords", dengan pemetaan perkataan bersempang dahulu kemudian perkataan individu tidak bersempang.
  • Namun, disebabkan fungsi ini lebih menyeluruh yang merangkumi fungsi pemetaan bentuk jamak, maka fungsi pemetaan bentuk jamak kelihatan lewah dan kemudiannya dialih keluar.

Membuang aksara jarak (whitespace character) apabila bentuk tunggal "ke" dan "di" bertemu dengan perkataan seterusnya

  • Sebelum kemas kini yang terkini, perkataan "ke"/"di" yang bertukar ke tulisan Jawi tidak ditulis bercantum/rapat dengan perkataan yang mengikutinya. Kemas kini kod terbaharu telah menyelesaikan masalah tersebut. Malahan, hamzah juga akan secara automatik ditambah ke alif jika alif merupakan huruf pertama perkataan seterusnya itu.
  • Namun masalah baharu timbul apabila "perkataan seterusnya" pada struktur (ke/di)(tanda jarak)(perkataan seterusnya) itu berpautan, maka ke dan di tidak boleh bersambung dengan perkataan berpautan itu. Perkara ini masih disiasat bagaimana cara menyelesaikannya.

Kemas kini 2025-02-12: Alat penukar tulisan telah menyokong paparan mudah alih

sunting

Paparan mudah alih kini tersedia

  • Terdapat masalah yang penukar tulisan ini tidak dapat menyokong paparan mudah alih. Masalah paparan mudah alih melalui pelayar/penyemak imbas (web browser) ini telah selesai dengan menambah dua cabang laman JavaScript (laman kod atas meja dan laman kod mudah alih) ke kod penukar Wikidata keseluruhan. Pengguna yang telah pasang pada laman JavaScript peribadi pengguna "Pengguna:(NAMA PENGGUNA)/vector-2022.js" tidak perlu menyunting kod sedia ada, hanya perlu menambah pada laman JavaScript peribadi pengguna "Pengguna:(NAMA PENGGUNA)/minerva.js" sahaja. Terima kasih kepada Tofeiku atas cadangan berkaitan paparan mudah alih.
  • Namun, kod penukar tulisan sedia ada ini juga tidak dapat digunakan pada aplikasi muat turun Wikipedia. Sebarang cadangan penambahbaikan akan amat dihargai.

Kemas kini 2025-02-12: Susunan semula keutamaan penukaran

sunting

Susunan semula keutamaan penukaran

  • Terdapat masalah yang terjumpa sewaktu menggunakan penukar aksara, apabila ada tulisan Rumi yang bersebelahan dengan tanda baca tidak ditukar kepada padanan tulisan Jawinya. Masalah ini telah diatasi dengan penulisan semula kod pada fungsi convertText.
  • Selain itu, kerja pengoptimuman kod telah dilakukan supaya penukaran tulisan dapat berjalan dengan lancar.

Kemas kini 2025-02-10: Penetapan kearahan (directionality) tajuk dan kandungan

sunting

Penetapan kearahan tajuk dan kandungan

  • Terdapat masalah yang terjumpa sewaktu menggunakan penukar aksara, apabila tulisan Rumi yang tidak ditukar dengan tulisan Jawi yang telah ditukar mempunyai kearahan automatik. Masalah ini telah diatasi dengan penulisan semula kod untuk menetapkan hanya kearahan tulisan pada tajuk dan kandungan rencana utama sahaja yang perlu ubah daripada kiri-ke-kanan menjadi kanan-ke-kiri.
  • Pada masa yang sama kod baharu ini telah menetapkan pemisahan kearahan tajuk-kandungan dengan kearahan antara muka pengguna. Hal ini penting supaya kearahan tajuk-kandungan tidak mengganggu kearahan antara muka pengguna sehingga timbulnya ralat ruang kosong yang banyak di sebelah kiri (seperti versi penukar tulisan Wikidata terdahulu).

Kemas kini 2025-02-09: Penambahan penukar bahasa antara muka pengguna

sunting

Penukaran bahasa antara muka pengguna

  • Terdapat masalah untuk menukar bahasa dan arah tulisan daripada Rumi ke Jawi secara menyeluruh. Masalah ini bermaksud kesemua kandungan selain daripada tajuk dan teks utama tidak dapat ditukar daripada tulisan Rumi ke tulisan Jawi. Hal ini disebabkan oleh terdapat pelbagai portlet yang perlu diubah tulisan, dan untuk menambah kesemua portlet untuk terjemah mungkin akan menimbulkan lebih banyak ralat sebab setiap portlet boleh diubahsuai kedudukannya.
  • Masalah ini telah selesai apabila kod untuk menukar keutamaan bahasa pengguna daripada ms (ms-latn) ke ms-arab ditambah dengan tajuk "Penukar antara muka". Kod yang ditambah ini akan menggunakan terjemahan yang ada pada translatewiki.net untuk menukar mesej sistem daripada ms ke ms-arab. Akan tetapi, disebabkan penukaran bahasa antara muka pengguna ini merupakan perubahan yang perlu disimpan (berbanding penukar tulisan yang hanya bersifat sementara), maka butang-butang radio untuk "Penukar antara muka" perlu dipisahkan dan terletak di bawah butang-butang radio "Penukar tulisan" pada menu utama.
  • Pada masa hadapan apabila kod penukar aksara ini diterapkan ke dalam sistem MediaWiki, fungsi "Penukar tulisan" dan "Penukar antara muka" ini akan digabungkan, contoh seperti yang ada pada Wikipedia Bahasa Cina yang memisahkan varian-varian tulisan mengikut lokaliti masing-masing.