Wikipedia:WikiProjek Penukar Tulisan/Cara menyumbang

Cara menyumbang

sunting

Terdapat beberapa cara untuk pengguna menyumbang pembangunan projek ini, dan antaranya seperti mencadang kosa kata, mencuba kod dan memberi maklum balas

Mencadang kosa kata

sunting

Data perkamusan Wikidata buat masa sekarang ini belum lengkap lagi. Sekiranya ada sebarang cadangan untuk penambahan atau pembetulan padanan kosa kata Rumi-Jawi, sila tekan butang berikut:

Cadangkan penambahbaikan padanan Rumi-Jawi

Mencuba kod

sunting

Anda boleh mencuba kod ini dengan melayari laman kod penukar tulisan jenis Wikidata.

Langkah-langkah untuk mencuba adalah seperti berikut:

  1. Tekan pautan berikut sama ada:
    1. Khas:Laman saya/vector-2022.js (untuk paparan atas meja sahaja)
    2. Khas:Laman saya/minerva.js (untuk paparan mudah alih sahaja)
    3. Khas:Laman saya/common.js (untuk semua jenis rupa di Wikipedia Bahasa Melayu)
    4. m:Special:MyPage/global.js (untuk penggunaan rentas bahasa serta rentas projek Wikimedia)
  2. Tambah kod berikut:

    mw.loader.load( 'https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pengguna:Hakimi97/penukar-rumi-jawi-wikidata.js&action=raw&ctype=text/javascript' );

    Kemudian, simpan perubahan pada laman tersebut.
  3. Pergi ke "Laman Utama" (atau sebarang rencana yang anda pilih) pada Wikipedia Bahasa Melayu, anda akan dapat melihat sesuatu seperti tambahan di palang menu utama anda (rujuk gambar berikut) apabila kod dipasang dengan betul.
     
  4. Disebabkan komponen penukar tulisan mengendali penukaran tulisan untuk tajuk dan kandungan rencana melalui data perkamusan Wikidata, manakala komponen penukar antara muka menukar keutamaan bahasa pada antara muka pengguna melalui data daripada translatewiki.net, maka terdapat empat jenis paparan yang anda boleh dapat, iaitu:
Paparan dalam pelayar versi atas meja
Penukar tulisan Rumi Penukar tulisan Jawi
Penukar antara muka ms-latn    
Penukar antara muka ms-arab    

Berikut pula merupakan penyesuaian dalam dua mod warna, yang boleh ditetapkan melalui "Tetapan" (untuk rupa MinervaNeue), dan "Penampilan" (logo kaca mata; untuk rupa Vektor-2022).

Paparan dalam pelayar versi mudah alih
Mod terang Mod gelap
   

Maklum balas

sunting

Sila klik butang berikut untuk membincangkan sebarang masalah teknikal atau cadangan penambahbaikan untuk penukar tulisan ini:

Berikan maklum balas anda di sini