Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Nasir36 sebagai penyelia 14 Mac 2013
Pengundian laman ini telah selesai dan telah pun ditutup. Undian selepas tarikh tamat pengundian tidak akan diterima. |
Nasir36 (Perbincangan Pengguna:Nasir36 • Sumbangan • Statistik • Akaun Sejagat)
Diusulkan oleh Nasir36 (sendiri): Beliau (Nasir36) sendiri telah mengusulkan untuk dicalonkan sebagai seorang penyelia WBM. Lihat Perbincangan_pengguna:Aplikasi/Arkib_4#CALONKAN_SAYA Jumlah suntingan 866 setakat 14:23, 14 Mac 2013 (UTC) Mekanisme Waktu pengundian:
- Pengundian bermula pada 14 Mac 2013.
- Dapat berakhir paling cepat pada 21 Mac 2013 (1 minggu) sekiranya terdapat minimum 14 undian sah.
- Berakhir selewat-lewatnya pada 28 Mac 2013 (2 minggu).
Undian minimum untuk dilantik menjadi Penyelia:
- Pengguna yang mengundi minimum sebanyak 10 pengguna.
- Persetujuan diperlukan sebanyak 70% daripada jumlah undian yang diberikan oleh pengguna.
Semua pengguna berdaftar boleh mengundi. Pengguna berdaftar yang dimaksudkan ialah yang telah memenuhi tiga syarat berikut sebelum pengundian bermula (14 Mac 2013):
- berumur (suntingan pertama) minimum seminggu,
- mempunyai minimum 15 suntingan,
- bukan pengguna boneka.
Isi kandungan
Soalan #1 - Algazel
sunting- Kenapa anda mahu jadi penyelia? Algazel (bincang) 03:42, 15 Mac 2013 (UTC)[balas]
- Dah > 48 jam, masih menunggu jawapan. Ini undi saya. Algazel (bincang) 05:36, 17 Mac 2013 (UTC)[balas]
Jawapan daripada calon
suntingSoalan #2 - Aplikasi
sunting- Jika anda menjadi seorang penyelia, sila nyatakan wawasan anda untuk menaiktarafkan wikipedia bahasa Melayu dan nyatakan sasaran anda di dalam setahun yang akan datang.--Aplikasi (ʙᴀɴᴛᴜᴀɴ?) 04:05, 15 Mac 2013 (UTC)[balas]
- Sudah 2 hari tiada jawapan. Maaf anda kelihatan kurang aktif--Aplikasi (ʙᴀɴᴛᴜᴀɴ?) 05:37, 17 Mac 2013 (UTC)[balas]
Jawapan daripada calon
suntingSoalan #3 - Irfanshaharuddin
sunting- Bagaimanakah caranya untuk anda menjadi seorang penyelia yang aktif ? Irfanshaharuddin (bincang) 06:48, 15 Mac 2013 (UTC)[balas]
- Anda sememangnya tidak tahu apa tugas seorang penyelia. Anda hanya mahukan jawatan tetapi tidak melakukan tugas-tugas penyelia. Anda perlu banyak belajar selok-belok di Wikipedia. Irfanshaharuddin (bincang) 06:52, 17 Mac 2013 (UTC)[balas]
Jawapan daripada calon
suntingSoalan #4 - Ranking Update
sunting- Sudahkah anda memahami polisi di Wikipedia ? Dan apakah tujuan anda untuk menjadi penyelia selepas ini, adakah untuk melindungi rencana ntv7 sahaja atau juga memantau rencana lain? — пz scόυт ʙᴀɴᴛᴜᴀɴ? 19:12, 15 Mac 2013 (UTC)[balas]
- Benar, soalan saya pun belum anda jawab, berkemungkinan tujuan anda menjadi penyelia hanya ingin melindungi rencana yang anda usahakan sahaja. — пz scόυт ʙᴀɴᴛᴜᴀɴ? 07:23, 17 Mac 2013 (UTC)[balas]
Jawapan daripada calon
suntingSokongan
suntingArahan: Sila gunakan kod " Setuju" untuk undi sokong pada calon. Kemudian diikuti simbol ~~~~
sebagai tandatangan anda. Paparan nama pengguna, jam dan tarikh mesej dihantar akan tayangkan secara automatik selepas anda menekan butang simpan.
Bantahan
suntingArahan: Sila gunakan kod " Tidak setuju" untuk undi sokong pada calon. Kemudian diikuti simbol ~~~~
sebagai tandatangan anda. Paparan nama pengguna, jam dan tarikh mesej dihantar akan tayangkan secara automatik selepas anda menekan butang simpan.
- Tidak setuju- Saya sangat tak setuju, anda kelihatannya masih belum berubah dan tidak memahami peraturan atau polisi di Wikipedia. Seperti sebelumnya, anda mengundurkan suntingan ini tanpa sebab yang munasabah. Selain itu di WBI, anda juga pernah mengganggap bahawa sebuah rencana itu adalah kepunyaan anda dan pernah menuduh pengguna lain menghancurkannya. Saya rasa masih banyak yang anda perlu pelajari (bukan sahaja di sini, namun di WBI juga) sebelum menjadi penyelia dan anda perlu berusaha menghormati pengguna lain kerana setiap rencana di Wikipedia bukanlah dimiliki oleh seseorang, ianya adalah bebas dan sesiapa pun boleh mengubahnya. Maaf, buat masa ini saya memang tak menyokong anda, namun jika anda berniat ingin berubah dari sekarang, suatu saat nanti saya pasti akan menyokong anda. — пz scόυт ʙᴀɴᴛᴜᴀɴ? 19:12, 15 Mac 2013 (UTC)[balas]
- Tidak setuju- Saya lihat apa yang Ranking Update katakan itu ada betulnya. Saya turut melihat bukti yang beliau telah berikannya malah saya jarang melihat anda melakukan kerja-kerja kepenyeliaan di ms.wiki ini. Saya tahu anda telah lama berada disini. Tetapi saya lihat anda masih belum memahami polisi kepenyeliaan. Sudahkah anda membacanya. Selain itu, anda juga kenalah selalu aktif di wikipedia dan janganlah menjadi penyelia yang kurang aktif seperti mana yang sedia maklum sebelum ini, terdapat segelintir penyelia yang tidak aktif di wikipedia. Saya juga baru dapat tahu yang anda selama ini pernah bertengkar dengan Ranking Update semasa di en.wiki dahulu dengan mengeluarkan makian kepada beliau. Maaf Nasir36, saya kali ni tak bersetuju untuk mengundi anda sebagai penyelia. Anda perlu mempelajarinya.--Aplikasi (ʙᴀɴᴛᴜᴀɴ?) 03:36, 16 Mac 2013 (UTC)[balas]
- Tidak setuju- Saya tidak bersetuju dengan pelantikannya sebagai seorang penyelia. Saya sangat bersetuju dengan pendapat Ranking Update dan Aplikasi. Anda tidak melakukan tugas kepenyeliaan dan suntingan anda tidak meluas seperti rencana yang melibatkan politik, sosial dan teknologi. Anda memang telah lama berada di Wikipedia, tetapi anda tidak layak untuk menjadi penyelia kerana kurang aktif dan tidak menghormati pengguna lain. Minta maaf kerana saya tidak dapat menyokong anda. Irfanshaharuddin (bincang) 04:25, 16 Mac 2013 (UTC)[balas]
- Tidak setuju. Algazel (bincang) 05:34, 17 Mac 2013 (UTC)[balas]
- Tidak setuju. Sama seperti pengundi lain, saya sama sekali tak setuju berdasarkan prestasi calon. — i Wong (bincang) 17:58, 17 Mac 2013 (UTC)[balas]
- Tidak setuju. 26 Ramadan (Bincang) 09:47, 18 Mac 2013 (UTC)[balas]
- Tidak setuju - --Minz48 (bincang) 10:10, 21 Mac 2013 (UTC)[balas]
- Tidak setuju - --Mungkin perlu berusaha lebih lagi. Lain kali saya undi awak ok? Jangan sedih-sedih ye. :) kucingbiru13 (bincang) 03:57, 22 Mac 2013 (UTC)[balas]
- Tidak setuju SpartacksCompatriot (bincang) 08:53, 22 Mac 2013 (UTC)[balas]
- Tidak setuju - Maaf saya tidak dapat menyokong anda kali ini kerana saya berpendapat sama seperti rakan-rakan di atas. Jika anda terus aktif berusaha, Insya-Allah saya pasti akan mengundi anda semula. Jangan sedih ya! Hezery99 (bincang) 01:51, 23 Mac 2013 (UTC)[balas]
- Tidak setuju - ‹› ™ 04:14, 23 Mac 2013 (UTC)[balas]
- Tidak setuju - Maaf, tapi saya tak setuju. Anda pernah tak aktif paling lama sebulan (sekitar bulan Julai). Sekarang pun anda mula tak aktif. Kita tak mahu penyelia buat macam tu. Syahir√2 (b • s) 13:32, 25 Mac 2013 (UTC)[balas]
Berkecuali
sunting<Tidak dikira dalam peratusan sokongan>
Berkecuali- Saya ingin melihat anda melakukan kerja penyeliaan dalam tempoh seminggu.--Aplikasi (ʙᴀɴᴛᴜᴀɴ?) 14:29, 14 Mac 2013 (UTC)[1]--Aplikasi (ʙᴀɴᴛᴜᴀɴ?) 04:11, 16 Mac 2013 (UTC)[balas]- Berkecuali --JerichoNation (bincang) 07:55, 22 Mac 2013 (UTC)[balas]
Catatan
sunting- Sehingga tarikh 18/3/2013 ni, saya lihat anda kurang melakukan aktiviti suntingan, malah amat kurang dalam membantu membuat aktiviti kepenyeliaan di Wikipedia bahasa Melayu ini, tolonglah pertingkatkan usaha anda, anda perlu menunjukkan ciri-ciri atau (attributes) sebagai penyelia yang baik dan konsisten. Pihak kami tidak mahu anda menjadi penyelia yang naik timbul dan tidak aktif. Kita sudah sedia maklum bahawa telah ramai bekas penyelia WBM sebelum ini dilucutkan jawatannya kerana tidak aktif, cuti tidak bersebab, tidak dimaklumkan cuti dan sebagainya. Jadi berikhlaslah dalam membuat kerja dan janganlah semata-mata inginkan jawatan penyelia tetapi tidak mahu membantu melakukan kerja-kerja kepenyeliaan.--Aplikasi (ʙᴀɴᴛᴜᴀɴ?) 11:10, 18 Mac 2013 (UTC)[balas]
- Setuju dengan pendapat Saudara Aplikasi. Ramai bekas penyelia yang dilucutkan jawatan kerana tidak aktif dan tenggelam timbul tanpa sebab, dan ada di antara mereka yang mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang. Saya faham, setiap penyelia mempunyai komitmen lain seperti pelajaran atau kerja. Oleh itu, yang lebih penting ialah sifat ikhlas itu sendiri dan tidak terlalu mengharapkan jawatan. Jika anda cukup layak, pasti pencalonan sebagai penyelia datang dengan sendirinya. - Hezery99 (bincang) 01:57, 23 Mac 2013 (UTC)[balas]
Keputusan
sunting- Pengundian ditutup pada 28 Mac 2013 (dua minggu).
Jumlah | |||
0 | 12 | x 1 | 13 |
0 % | 100 % | x | 0 % |