"Sebagai seorang penyunting, saya cuba untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap gaya penulisan, tatabahasa dan sumber rujukan agar setiap aksara yang ditulis layak dianggap sebagai penyusunan yang sempurna bagi sebuah rencana yang berkualiti."

— Irfanshaharuddin

Panorama pada waktu malam iaitu Sungai Yarra, Australia yang mengalir melalui Melbourne Tengah serta terdiri daripada deretan pusat perniagaan pada sebelah kiri dan Southbank pada sebelah kanan.

Irfanshaharuddin
Kurang aktif
— Ahli Wikipedia —
Andrea Pirlo ketika suatu sidang media untuk perlawanan separuh akhir menentang Jerman pada 26 Jun 2012 di Krakow.
Andrea Pirlo ketika suatu sidang media untuk perlawanan separuh akhir menentang Jerman pada 26 Jun 2012 di Krakow.
BahasaMelayu, Inggeris
Negara Malaysia
Statistik akaun
Menyertai18 Mac 2012
Suntingan pertama18 Mac 2012
Penyelia5 Mac 2013
Kiraan suntingan7,380
Kotak pengguna
Pengguna ini telah menjadi penyelia selama 11 tahun, 9 bulan dan 23 hari.

Pengguna ini telah melibatkan diri di Wikipedia Bahasa Melayu selama 12 tahun, 9 bulan dan 10 hari.

Pengguna ini telah mencipta 591 rencana di Wikipedia Bahasa Melayu.

Pengguna ini merupakan ahli
WikiProjek Album.

WikiProject FilmPengguna ini merupakan ahli WikiProjek Filem.

Pengenalan

Nama saya ialah Irfan Shaharuddin. Saya telah mula membuka akaun Wikipedia Bahasa Melayu pada 18 Mac 2012 dan dipilih untuk menjadi penyelia pada 5 Mac 2013. Tujuan utama saya melibatkan diri dalam aktiviti penyuntingan adalah disebabkan oleh keinginan untuk berkongsi maklumat kepada masyarakat. Kewujudan laman yang baru telah banyak membantu para pembaca dalam mencari sebarang bahan rujukan melalui Wikipedia. Dengan melihat keadaan Wikipedia Bahasa Melayu yang tidak selengkap Wikipedia dalam bahasa lain, saya berasa amat sedih kerana kurangnya penglibatan masyarakat kita untuk menyunting.

Saya amat meminati bidang sastera, muzik, dan filem. Pengetahuan dalam bidang ini akan saya salurkan dengan sebaiknya melalui sumber-sumber yang terdapat di laman sesawang melalui internet. Saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu para penyunting yang lain dalam membangunkan Wikipedia. Diharap Wikipedia Bahasa Melayu akan menjadi rujukan yang terbaik sebagai ensiklopedia bebas melalui media elektronik.

Penghargaan

Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih di atas segala komen, teguran dan saranan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak dalam usaha menghasilkan artikel yang bermutu di Wikipedia Bahasa Melayu. Semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung merupakan antara penyumbang utama kepada saya dalam mendapatkan maklumat. Tanpa bantuan mereka, mustahil bagi saya untuk menulis apa-apa artikel mengenai sesuatu perkara. Sebarang maklumat yang dianggap tidak tepat atau meragukan adalah tidak disengajakan. Maklumat yang saya dapati telah disunting dan dibuat perbandingan daripada blog, laman web, buku, majalah dan media elektronik yang lain. Saya tidak mengambil butiran yang ada secara bulat-bulat kerana saya amat mementingkan soal tatabahasa dan struktur ayat. Segala artikel yang saya buat mungkin ada kekurangannya kerana kesukaran untuk mendapatkan maklumat, apatah lagi untuk megesahkan ketepatannya. Walau bagaimanapun, saya akan tetap mengemaskini artikel yang telah dibuat dari semasa ke semasa jika ada maklumat tambahan.

Keutamaan saya

Saya mempunyai beberapa kecenderungan dalam mewujudkan artikel di Wikipedia. Saya akan menyenaraikan artikel yang menjadi keutamaan saya dengan mengikut kategori berserta huraiannya di bawah:

Industri muzik

Saya amat meminati industri muzik tempatan dan antarabangsa. Saya juga amat meminati penyanyi yang berkonsepkan pop, jaz, dan bossa nova. Kecenderungan saya terhadap industri muzik Melayu adalah disebabkan oleh kemunculan penyanyi-penyanyi prolifik era 60-an hingga 90-an. Tujuan saya menumpukan rencana sekitar zaman tersebut adalah kerana masyarakat kita kurang mengenali mereka ini dan tidak banyak usaha untuk mewujudkan biodata mereka di dalam medium media elektronik seperti blog dan laman sosial.

Industri perfileman

Saya juga amat meminati industri perfileman yang telah banyak menghasilkan pemikiran yang tertentu kepada masyarakat melalui penceritaannya. Saya juga cuba untuk membangunkan artikel yang berkaitan dengan filem di Malaysia dan di luar negara.

Anugerah

  Bintang Penghargaan Penyumbang Gigih
Terima kasih kerana telah banyak menyumbang pada Wikipedia Bahasa Melayu, saya rasa saya pernah terjumpa anda sebelum ni di Wikipedia Bahasa Inggeris. — пz scόυт ʙᴀɴᴛᴜᴀɴ? 15:32, 14 Februari 2013 (UTC)

Daripada Aplikasi

  Bintang Penghargaan Fotografi
Anda layak menerimanya kerana banyak mencipta rencana berkaitan filem, drama dan juga fesyen. --Aplikasi (Bincang) 06:49, 8 Mac 2013 (UTC)
  Bintang Penghargaan Pemadam
Saya juga ingin memberikannya kerana anda juga begitu tekun menghapuskan imej yang tidak mempunyai hak cipta dan lesen. Aplikasi (ʙᴀɴᴛᴜᴀɴ?) 05:56, 20 Mac 2013 (UTC)
  Bintang Penghargaan Suntingan
Terima kasih kerana membantu mencipta laman perbincangan dalam setiap rencana yang saya cipta. Anda juga saya lihat antara penyelia yang rajin. Aplikasi (ʙᴀɴᴛᴜᴀɴ?) 16:04, 25 Mac 2013 (UTC)
  Bintang Penghargaan WikiProjek Album
Anda juga layak menerimanya kerana banyak mencipta rencana berkenaan filem dan drama serta tempat-tempat di China. 法尔汉 Aplikasi 10:40, 2 April 2013 (UTC)
  Bintang Penghargaan Penyelia
Dianugerahkan kerana banyak melakukan kerja-kerja kepenyeliaan di WBM. 파한 Aplikasi 14:10, 19 April 2013 (UTC)