Laman ini merupakan WikiProjek, satu ruang untuk kerjasama di kalangan ahli Wikipedia. Kehadiran peserta baharu adalah dialu-alukan, dan anda bebas untuk menyertai sebarang WikiProjek!
WikiProjek ini merangkumi pelbagai jenis subjek asalkan berkaitan Islam.
Matlamat kami
Matlamat projek ini adalah untuk memastikan bahawa rencana berkaitan Islam di Wikipedia Bahasa Melayu ditulis dalam gaya ensiklopedia, dengan cara neutral dan tidak menyebelahi mana-mana kumpulan, menggunakan sumber terpelajar, dapat ditentusahkan dan boleh dipercayai. Ini adalah tempat terbaik untuk membincang isu-isu yang mengesan rencana berkaitan Islam pada umumnya. Perbincangan tentang rencana khusus hendaklah dijalankan di laman perbincangan rencana tersebut.
Anda boleh menyertai projek ini dengan menambahkan nama anda di senarai peserta dengan mengklik pada pautan halaman Ahli atau meletakkan templat {{Pengguna WikiProjek Islam}} di halaman pengguna anda yang secara automatik akan menempatkan anda dalam kategori ahli WikiProjek Islam atau juga meletakkan tandatangan anda dengan cara ketik ~~~~ di bawah senarai ini.
Rencana WikipediaWikiProjek Islam ini merupakan sebahagian daripada WikiProjek Islam. Ia ialah satu usaha kerjasama bagi memperbaiki liputan rencana-rencana dan topik-topik yang berkaitan dengan Islam. Jika anda mahu menyertai, lawatilah laman projek. Sebarang pertanyaan dan komen mengenai laman projek, silalah kemukakannya di laman perbincangan projek.
Templat yang perlu diletakkan di laman perbincangan sesebuah rencana yang berada dalam lingkungan WikiProjek Islam. Lihat bahagian penilaian untuk maklumat lanjut.
Anda dipelawa untuk menyertai WikiProjek Islam, sebuah projek yang didedikasikan untuk membangunkan dan menambah baik rencana-rencana berkaitan Islam dan Muslim.
Kini kami berbincang tentang masa hadapan projek ini. Input daripada anda amat dihargai!
Mempelawa penyunting yang lain untuk melibatkan diri dalam WikiProjek Islam.
Anda diseru untuk menggunakan sumber dipercayai semasa membuat rencana. Para Wikipediawan hendaklah mengambil maklumat daripada ilmuwan Islam yang berkelayakan dan memastikan kewibawaan bahan yang diambil, sesuai dengan dasar Wikipedia. Penanda kebolehpercayaan maklumat yang lain juga ialah sama ada karya itu diterbitkan dalam penerbitan ilmiah atau sama ada karya itu sendiri merupakan subjek kajian akademik yang bebas. Sebagaimana yang dinyatakan dalam REDFLAG, amat penting bagi para Wikipediawan untuk memastikan sumber yang berkualiti tinggi (dan semestinya ada banyak sumber) apabila terdapat penyataan mengenai Islam yang tidak popular atau tidak disokong pandangan akademik yang lain.
Para penyunting tidak wajar menulis sebagai contoh "Sebahagian Muslim menentang X" dan meletakkan rujukan ke beberapa laman web orang Islam melainkan mereka menunjukkan bahawa laman web tersebut mewakili pemikiran kumpulan-kumpulan yang tertentu dan diterima dalam Islam.
Wikisumber Bahasa Arab mempunyai banyak sumber relevan dalam bahasa Arab. Lihat koleksi sumber Islam di sana.