Wikipedia:Berani dalam mengemaskini laman
(Dilencongkan daripada Wikipedia:BOLD)
Laman ini mendokumenkan garis panduan Wikipedia Bahasa Melayu. Ia merupakan piawai yang umumnya dipersetujui dan hendaklah diikuti oleh para penyunting, namun gunakan akal budi dan mungkin terdapat pengecualian. Perubahan yang dibuat terhadapnya hendaklah menunjukkan sepersetujuan; apabila ragu, bincangkan idea anda di laman perbincangan. |
Wikipedia merupakan satu ensiklopedia yang sentiasa berada dalam proses penyempurnaan. Anda digalakkan mengemas kini laman dengan tujuan membaiki kualiti ensiklopedia ini. Wiki akan berkembang lebih cepat bila ada ramai orang bekerjasama. Jadi, janganlah ambil hati jika ada orang menulis kembali rencana anda.
Jika seseorang menulis suatu rencana yang berkualiti rendah, rintisan, tak masuk akal, jangan khuatir bahawa suntingan yang anda lakukan akan menyakiti perasaan mereka. Betulkan, tambahkan fakta, dan jika masih nampak buruk, ganti dengan kata dan kalimat lain yang menurut anda jauh lebih baik. Itulah sifat dasar Wiki.
Antara kemas kini yang anda boleh lakukan termasuklah:
- Mengemas kini bahasa
Anda boleh memperbaiki gaya bahasa dalam suatu rencana sekiranya anda mendapati penggunaan bahasa rencana berkenaan tidak memuaskan. Tindakan anda sudah tentu dapat membantu Wikipedia menjadi lebih menarik. - Mengemas kini fakta
Apabila anda mendapati apa yang tertulis dalam salah satu entri Wikipedia tidak menepati fakta, maka anda dialu-alukan untuk mengemaskininya. Dengan ada pembaikan ini, maka semakin dekatlah Wikipedia dengan kebenaran. - Mengemas kini tampilan laman
Selain daripada mengemas kini tampilan fakta dan bahasa, anda juga boleh membaiki penampilan laman dengan meletakkan gambar, ataupun menyusun semula isi kandungan rencana supaya ia nampak lebih kemas dan cantik. Anda boleh mencari gambar yang sesuai untuk menghiasi rencana-rencana di Wikipedia di Wikimedia Commons, yakni arkib media bebas.