Wikipedia:WikiProjek Bandar raya
(Dilencongkan daripada Wikipedia:BANDAR)
Laman WikiProjek ini tidak aktif Jika anda bukan ahli projek ketika ini, sila pertimbangkan untuk menyertainya untuk membantu. Status ini boleh ditukar jika aktiviti disambung semula atau jika sepanduk ini telah tersilap ditukar. (Tag placed November 2018) |
WikiProjek ini bertujuan utama menyediakan maklumat yang padat dalam format yang konsisten tentang bandaraya-bandaraya di dunia. Selain bandaraya, projek ini juga meliputi bandar (pekan), kampung, desa, perbandaran, kawasan perumahan dan lain-lain jenis penempatan.
Garis panduan
sunting- Rencana Bandaraya harus bermula dengan Kotak Info yang merangkumi maklumat-maklumat penting
- Gambar pemandangan
- Bendera dan lambang bandar
- Negara terletaknya bandar
- Taraf bandar dalam negara (ibu negara, pusat pentadbiran dsb.)
- Kedudukan (koordinat, tanda dalam peta)
- Keluasan dan ketinggian
- Bilangan penduduk, kepadatan dan taraf kependudukan di negara dan dunia
- Badan pentadbiran bandar (dan pautan kepada laman sesawang rasminya)
- Tarikh penubuhan
- Perihal ekonomi (KDNK, HDI, mata wang dsb.)
- Zon waktu
- Poskod
- Kod ISO 3166-2
- Isi kandungan rencana bandar haruslah terdiri daripada perihal-perihal berikut, dengan padat dan ringkas:
- Pendahuluan (ringkasan dari seluruh isi rencana bandaraya di atas sekali rencana selepas kotak info)
- Asal-usul nama bandar
- Sejarah
- Geografi dan iklim
- Ekonomi
- Pentadbiran dan Politik
- Pengangkutan
- Demografi
- Budaya
- Media
- Pendidikan
- Sukan
- Bandar saudara
- Isi kandungan mestilah disokong oleh petikan rujukan yang dinyatakan dalam format
<ref>[<URL> <Tajuk>], <Sumber>, <Penerbit> <Tarikh terbitan>. Dicapai pada <Tarikh petikan>.</ref>
atau templat-templat khusus {{cite}} dan sebagainya. Rujukan-rujukan ini dipaparkan dengan menginput {{Reflist}} di bawah pengepala Rujukan. - Rencana bandaraya harus ditutup dengan Pautan Luar, templat-templat pandu arah yang berkenaan dan kategori yang berkenaan (termasuk kategori bandar itu sendiri).
Contoh kotak info
suntingAntara kotak info yang berguna
- {{Infobox settlement}} - Templat kotak info untuk kebanyakan jenis penempatan seperti bandaraya, bandar, kampung, dsb. Untuk menggunakannya, salin format yang terletak di Templat:Infobox settlement dan gantikan maklumat penempatan dalam bahagian parameter mengikut arahan laman templat.
- {{Infobox Weather}} - untuk membentangkan maklumat suhu dan kerpasan dalam format yang terselaras
Penilaian
suntingRujuk bahagian Penilaian.