Vince Chong
Vincent Chong Ying-Cern (Cina Ringkas: 张英胜 , Cina Tradisional: 張英勝 ; lahir 30 September 1979) yang dikenali ramai sebagai Vince merupakan bintang nyanyian hasil rancangan televisyen realiti yang pertama dalam sejarah Malaysia dengan menjuarai musim pertama Akademi Fantasia. Vince ialah sorang artis R&B yang popular yang juga seorang penulis lagu. Kenamaan Vince mula menembusi peringkat antarabangsa setelah bergandingan dengan Nikki Gil dan Alicia Pan untuk merakam lagu tema High School Musical, Breaking Free (versi Asia).
Vince Chong | |
---|---|
Nama asal | 张英胜 |
Nama lahir | Vincent Chong Ying-Cern |
Juga dikenali sebagai | Vince, Vince Chong |
Kelahiran | Kuala Lumpur, Malaysia | 30 September 1979
Genre | Pop |
Pekerjaan | Penyanyi |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2003–kini |
Syarikat rakaman | Masestro Records |
Pengkarya berkait | Nora, Yasin Sulaiman, Nur Fatima, Siti Nordiana, Nikki Gil |
Biografi
suntingChong lahir pada 30 September 1979 kepada seorang Cina bernama Chong Chen Kian dan seorang Inggeris bernama Susan Ann, dan mempunyai seorang kakak bernama Vanessa serta empat orang adik Pamela, Daniel, Ian dan Sean. Usaha Vince untuk mencapai kejayaan dalam persada hiburan tempatan didikung seluruh ahli keluarganya.
Beliau memegang Diploma dalam Pemasaran dari Kolej Stamford Petaling Jaya. Beliau meninggalkan pelajaran bagi mengejar mimpi menjadi penyanyi profesional. Vince juga memegang sijil penyusunan muzik asas dari International College of Music (ICOM) di Kuala Lumpur.
Sejarah awal
suntingSebelum menjadi penyanyi profesional, Chong adalah seorang penuntut ijazah yang turut bekerja sebagai penganalisa penyelewengan niaga dan pembantu pemasaran. Beliau telah sekian lama menghibur orang ramai melalui nyanyian sejak kecil dan turut terlibat dalam beberapa drama pentas di gereja, pertandingan menyanyi dan peragaan iklan bersama kakaknya Vanessa. Pernah sekali beliau mempersembahkan permentasan solo di hadapan 2,000 orang pada usia 14 tahun.
Chong turut menimba pengalaman dalam pementasan gereja dan teater sebagai pengarah dan penulis skrip. Sewaktu di kolej Chong pernah membentuk kumpualn muzik bernam IBNOT. Semenjak itu dia telah menulis dan menggubah banyak lagu sebagai hobinya. Kumpulan IBNOT pernah mendendangkan pelbagai genre muzik seperti rock, R&B, jazz, alternatif dan sebagainya. Chong juga berpengalaman sebagai penyanyi latar bagi pelbagai artis ternama, sepertilah Ferhad[1] ketika Anugerah Industri Muzik pada tahun 2001.
Akademi Fantasia
suntingCubaan serius Chong yang pertama untuk menembusi industri muzik bermula di Astro Talent Quest (ATQ) 2002. Oleh sebab tidak fasih berbahasa Mandarin (beliau fasih berbahasa Kantonis, Inggeris dan Melayu), Vince terpaksa bersungguh-sungguh mempelajari dan menghafal kesemua lagu berbahasa Mandarin untuk kekal dalam pertandingan. Akhirnya Chong menjadi naib juara di Talent Quest.
Pada tahun 2003 sekembalinya dari bercuti di Gold Coast, Australia, Vanessa dan Rueben (Burn AF1) menggalakkan beliau untuk menyertai Akademi Fantasia yang bakal dimulakan musim pertamanya. Chong dan Rueben menjalani uji bakat di Kuala Lumpur dan terus mencapai kedudukan dua belas finalis. Selama 9 minggu Chong dan rakan seperjuangannya terpaksa hidup terpisah dari sanak saudara masing-masing semata-mata untuk mencapai kejayaan. Vince sendiri mengalami kekusutan berbahasa Melayu pada minggu-minggu awal pertandingan.
Minggu demi minggu Chong akhirnya dinobatkan sebagai juara musim pertama Akademi Fantasia, lalu menerima pelawaan untuk berduet dengan artis ternama Nora bagi lagu Dilema '03 untuk album hits terbaik Nora.
Setelah "tamat pengajian" dari Akademi Fantasia, Chong dan sebelas rakan seperjuangannya mengadakan roadshow Akademi Fantasia sekitar Malaysia dan Brunei. Kumpulan 12 orang ini pernah ditemu bual oleh Azwan Ali dalam rancangannya Cit Cat Azwan. Para peminat mengundi kumpulan itu sebagai artis terbaru di Cit Cat Azwan Award pada tahun 2003.
Perpindahan kontrak
suntingVince memutuskan untuk meninggalkan Maestro Talent untuk menjadi artis "independent" dengan menyertai EMI Malaysia. Perjalanan beliau disifatkan sebagai "perit" setelah rakan seperjuangan beliau ketika di AF, Khai, mengatasi beliau dengan melancarkan lagu "Dambaan Pilu". Namun, beliau terus cekal menghasilkan album sulungnya berjudul Vince yang dinanti ramai, termasuk single pertamanya Mengapa Harus Cinta?. Vince dipilih sebagai salah seorang artis untuk dimasukkan lagunya dalam Anugerah Juara Lagu, dan juga mendapat tempat ketiga terbaik di Shanghai Asian Music Festival 2004.
Pada tahun 2004 dan 2005 populariti Vince makin bertambah setelah menerima beberapa angerah untuk pencapaian beliau dan beliau juga menerima tawaran untuk berlakon dalam Sembilu 2005 arahan Yusof Haslam yang disambut baik oleh peminat beliau.
Pada tahun 2005 Vince dipilih untuk menyanyikan salah sebuah lagu bagi runut bunyi filem Puteri Gunung Ledang (filem) berjudul Keranamu Kekasih.
Mengeluarkan album kedua
suntingPada tahun 2005 album keduanya Janji Vince dikeluarkan dengan sambutan bercampur-campur daripada peminat dan pengulas muzik. Albm ini dikatakan jauh lebih baik berbanding album sebelumnya, namun turut menimbulkan kontroversi yang mana Vince menyebut perkataan bahasa Arab Taala ("yang maha esa", seperti yang dirujuk kepada Allah) dalam lagu Berkobar-Kobar. Kemudian, komposer lagu tersebut, Yasin Sulaiman, menyatakan bahawa perkataan Taala ini bermaksud "marilah".
Vince mewakili Malaysia bagi merakam edisi khas Asia bagi lagu Breaking Free (dari filem High School Musical oleh Disney), bersama Alicia Pan dari Singapura dan Nikki Gil dari Filipina.
Beliau kerap dijemput untuk membuat persembahan di majlis persendirian dan pertunjukan gospel, serta amat dikehendaki bagi rancangan Krismas di televisyen.
Percayalah Sayang
suntingPada tahun 2007, Vince melancarkan album kompilasi Percayalah Sayang yang menampilkan lagu baru dan lagu dari dua album sebelumnya. Album ini dianggap sebagai album pertama Vince bagi pasaran serantau terutamanya Indonesia di mana beliau merakam kandungan baru dalam album ini serta mencari karya baru. Lagu-lagu baru dalam album ini termasuk Percayalah Sayang disifatkan sebagai lebih cenderung kepada rock alternatif. Pada tahun yang sama, beliau berduet dengan Jaclyn Victor untuk merakam sebuah lagu tema High School Musical 2.
Selepas itu, Vince berlepas ke Taiwan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebudayaan Cina di Taiwan untuk menelaah bahasa Mandarin selama dua tahun, serta berhasrat mengusahakan lagu berbahasa Mandarin. Sebelum ini, beliau juga pernah meluahkan hasrat untuk menghasilkan karya berbahasa Mandarin pada suatu hari kelak, bukan sahaja untuk menembusi pasaran berbahasa Cina malah juga untuk memenuhi hasrat datuk beliau sendiri yang hendak melihat cucunya menyanyi dalam bahasa ibundanya.[1] Bagaimanapun, beliau tidak berpeluang merakam album di sana, sebaliknnya menyertai pertandingan realiti One Million Star di sana.[2]
Kronologi Cinta
suntingKetika menuntut di Taiwan, Vince dilaporkan bercinta dengan seorang warga Mexico bernama Veronica Larrauri Abad. Bagaimanapun, sekembalinya ke tanahair untuk menghasilkan album baru di bawah naungan NSR, Vince mengesahkan hubungan cintanya dengan wanita itu sudah putus.[3] Album baru yang mengandungi sembilan lagu Melayu dan tiga lagu Inggeris diberi tajuk Kronologi Cinta, dan berada di pasaran sejak awal tahun 2010.[4]
Diskografi
suntingAlbum studio
sunting- Vince (2004)
- Janji Vince (2005)
- Percayalah Sayang (2007)
- Kronologi Cinta (2010)
- With You This Christmas (2012)
Single
sunting- "Tak Ingin Kehilanganmu" (2003)
- "Dilema '03 (2003) -feat Nora
- "Mimpi Yang Pasti" (2004)
- "Mengapa Harus Cinta" (2004)
- "Andai Kau Mengerti" (2004)
- "Keranamu Kekasih" (2004)
- "Janji-Janji" (2005)
- "Andai Ia Tahu" (2005) -feat VE
- "Berkobar-Kobar" (2006) -feat Yasin
- "Percayalah Sayang" (2007)
- "Biarkan" (2010)
- "Apa Jawapannya" (2010)
- "Layan Saja" (2010)
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2005 | Sembilu 2005 | Vince | Dato' Yusof Haslam | Filem pertama. |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2018 | Dilema | Robert | ntv7 | Telefilem pertama. |
Televisyen
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2003 | Akademi Fantasia (musim 1) | Peserta | Astro Ria | |
2020 | The Masked Singer Malaysia (musim 1) | Peserta | Astro Warna | Sebagai Enggang |
Pencapaian
sunting- Artis Bukan Melayu Terbaik, Media Hiburan, 2003
- Artis Harapan Pilihan, Anugerah ERA, 2004
- Artis Baru Paling Popular (Lelaki), ABP (Berita Harian), 2004
- Artis Bukan Melayu Terbaik, ABP, 2004
- Best New Artist , AIM 12
- Artis Lelaki Baru Terbaik, APM 2005
- Penyanyi Ke-3, Shanghai Asian Music Festival, 2004
- Finalis Juara Lagu (Balada), 2004
- Calon Pelakon Utama Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia 2005
Pautan luar
suntingRujukan
sunting- ^ "完成爷爷心愿 张英胜希望唱中文歌". Sin Chew Jit Poh. 21 Mac 2007. (Cina)
- ^ Norhadiani Baharom (20 Januari 2010). "Vince juara di Taiwan". Harian Metro. Dicapai pada 31 Januari 2010.
- ^ "Vince Putus Cinta". gua.com.my. 15 November 2009. Dicapai pada 31 Januari 2010.
- ^ Miss Ayu (19 Januari 2010). "'Kronologi Cinta' Vince". gua.com.my. Dicapai pada 31 Januari 2010.