S.S.D. Palermo
Palermo Football Club, dikenali sebagai Palermo Calcio atau secara ringkasnya Palermo, (Itali: [paˈlɛrmo] ( listen); Templat:IPA-scn) merupakan sebuah kelab bola sepak Itali yang berpusat di Palermo, Sicily di Itali. Selepas dibentuk di bawah nama Anglo Palermitan Athletic and Football Club pada tahun 1900, kelab ini telah melalui beberapa perubahan nama sehingga tahun 1987. Palermo merupakan kelab paling terkenal dari pulau Sicily. Sepanjang sejarahnya, Palermo bermain kesemua divisyen profesional Itali dan beraksi beberapa musim di Serie A ketika era 1960an dan awal 1970an dan bergelar selaku naib juara Coppa Italia sebanyak tiga kali pada tempoh itu.
Nama penuh | Palermo Football Club |
---|---|
Gelaran | Rosanero (Merah jambu-hitam), Aquile (Sang Helang) |
Diasaskan | 1900 1987 (US Città di Palermo) | (sebagai Anglo Palermitan Athletic and Football Club)
Stadium | Stadio Renzo Barbera, Palermo, Itali (Kapasiti: 36,349[1]) |
Presiden | Dario Mirri |
Pengurus | Roberto Boscaglia |
Liga | Serie B |
2023/24 | ke-6 |
Tapak sesawang | Laman kelab |
Selepas Palermo kembali semula ke Serie A pada 2004, kelab ini mula menonjol dengan menghantar empat pemainnya ke pasukan kebangsaan Itali yang memenangi Piala Dunia 2006. Selain itu, Palermo juga memperoleh tempat di Piala UEFA pada tiga musim sebelum hampir terlepas kelayakan Liga Juara-Juara Eropah pada 2007 dan 2010 di samping tewas pada aksi final Coppa Italia pada 2011.
Warna rasmi kelab ini ialah merah jambu dan hitam yang dianggap unik di bola sepak Eropah. Warna-warna unik ini memberi nama samaran rosanero kepada pasukan ini dan digelar aquile, merujuk kepada helang yang merupakan logo rasmi kelab dan juga jata bagi bandar Palermo.
Palermo FC beraksi di gelanggang Stadio Renzo Barbera (dahulu dikenali sebagai La Favorita) sejak 2007 dan mampu memuatkan 36,349 orang. Stadium ini asalnya dibina pada 1932 tetapi dinaik taraf pada lewat 1980an sebagai persiapan Piala Dunia 1990 oleh kerana Itali menjadi tuan rumah pada masa itu.
Sejarah
suntingKelab ini telah ditubuhkan pada November 1900 menjadikan ia merupakan kelab tertua di Sicily dan kedua tertua di selatan Itali selepas Lazio yang diasas pada Januari 1900.
Sejarah awal
suntingDi sini terdapat beberapa pertikaian mengenai tarikh tepat penubuhan kelab ini. Sesetengah pihak berkuasa mengatakan ia telahpun ditubuhkan pada awal 1898 oleh kerana kewujudan akhbar yang ditujukan kepada Joseph Whitaker, seorang konsul Inggeris di Palermo dan asalnya dipercayai beliau ialah presiden kelab pertama apabila sebuah kelab bola sepak Palermo ditubuhkan pada bulan April tahun yang sama. Sebenarnya, terdapat beberapa kemungkinan tersalah tafsir pada sesetengah sumber itu. Pada April 1897, penubuh akan datang Palemo Calcio, menubuhkan sebuah persatuan Sport Club. Tarikh asas yang paling biasa dan dinyatakan secara rasmi adalah pada 1 November 1900 yang dikenali sebagai Anglo Palermitan Athletic and Football Club. Kelab ini diingat telah ditubuhkan oleh Ignazio Majo Pagano, seoarng pemuda Palermo yang satu kolej bersama Whitaker ketika menuntut satu kolej di London dan asalnya permainan moden bola sepak dibawa. Kakitangan awal kelab terdiri daripada tiga orang Inggeris dan sembilan orang asal Palermo. Whitaker menjadi presiden kehormat manakala Edward De Garston sebagai presiden sulung dan warna merah dan biru dipilih sebagai warna asal pasukan. Perlawanan pertama direkodkan Palermo pada perlawanan menentang satu kelab Inggeris yang tidak dikenali dengan kekalahan 5-0. Perlawanan rasmi pertamanya ketika menentang Messina Football Club pada 18 April 1901 yang berkesudahan Palermo menang 3-2.
Pada tahun 1907, kelab ini menukarkan namanya kepada Palermo Foot-Ball Club dan warna-warna kelab ditukar menjadi warna kini, merah jambu dan hitam. Dari tahun 1908 hingga 1914, Palermo beraksi di Piala Cabaran Lipton yang diadakan oleh ahli perniagaan Scotland, Sir Thomas Lipton. Kejohanan ini menyaksikan Palermo bertemu menentang Naples; Palermo memenangi kejohanan itu tiga kali termasuk kemenangan 6–0 ke atas kelab dari Naples itu pada tahun 1912.
Selepas Perang Dunia Pertama tamat, kelab ini ditubuhkan semula pada 1919 di bawah nama Unione Sportiva Palermo oleh sekumpulan mahasiswa dan ahli sukan. Pada awal 1920an, kelab ini kebanyakannya beraksi di Campionato Lega Sud, sebuah liga yang diadakan di bahagian selatan Itali. Pencapaian terbaik kelab ini pada liga itu adalah dengan melangkah ke peringkat separuh akhir sebelum dikecewakan oleh Audace Taranto, Alba Roma dan Internaples. Kelab ini dibubarkan pada 1927 atas masalah kewangan dan dibentuk semula setahun kemudian selepas bergabung dengan club Vigor Palermo di bawah nama Palermo FootBall Club. Asalnya kelab ini memasuki Prima Divisione (Divisyen Pertama), tetapi pada hari ini, divisyen itu jatuh dan dikenali sebagai Serie C1. Pasukan ini mara ke Serie B pada tahun 1930 dan akhirnya berjaya memasuki Serie A pada 1932. Pada perlawanan debutnya di Serie A, Palermo bermain di gelanggang baharunya, iaitu Stadio Littorio (Stadium Lictoria) dan kini dikenali sebagai Stadio Renzo Barbera. Kelab ini bermain di Serie A sehingga ke tahun 1936 sebelum disingkirkan ke Serie B dan mereka beraksi menentang pesaing mereka dari tempat asal yang sama, Catania dalam pertembungan Sicily.
Pada tahun 1936, Palermo dipaksa oleh rejim fasis supaya menukarkan jersi kepada jersi berjalur merah dan kuning yang merujuk kepada warna bandar Palermo. Sementara itu, kesulitan ekonomi mula melanda kelab dan pada 1940, Palermo diusir oleh Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) oleh kerana masalah kewangan. Pergabungan dengan kelab Unione Sportiva Juventina Palermo, membawa kepada penubuhan Unione Sportiva Palermo-Juventina, yang menyertai Serie C pada 1941 dan Serie B pada tahun 1942.
Tahun-tahun selepas perang
suntingSelepas Perang Dunia Kedua, Palermo kembali semula ke Serie A dengan merangkul kejuaraan Serie B pada musim 1947–48. Pemain-pemain ternama Palermo pada masa itu menampilkan pemain legenda Czechoslovakia yang dibawa masuk dari Juventus, Čestmír Vycálek bersama-sama dengan Conti, Carmelo Di Bella dan Pavesi. Palermo beraksi di Serie A sehinggalah pada 1954 apabila mereka disingkirkan ke Serie B. Perubahan besar-besaran dalam pentadbiran, jawatan pengurus dan skuad terbukti berjaya apabila kelab itu kembali ke Serie A pada tahun 1956. Palermo menjadi sebuah "kelab yo-yo", sekejap pada masanya tersingkir, pada masa yang lain naik semula antara kedua-dua divisyen bola sepak teratas Itali. Palermo mencatatkan kempen terbaiknya ketika musim 1961–62 dengan menamatkan musim di tempat kelapan liga di Serie A tetapi mereka disingkirkan ke Serie B pada tahun 1963. Di situ, mereka menghuni divisyen kedua Itali selama lima musim sebelum pulang semula ke Serie A antara tahun 1968 dan 1970.
Pada tahun 1970, Renzo Barbera mengambil alih jawatan sebagi pengerusi baru Palermo. Selepas tahun 1973, Palermo FBC tetap kekal di Serie B. Walau bagaimanapun, Palermo mencatat dua aksi perlawanan akhir Coppa Italia dan kedua-duanya tewas. Pada final Coppa Italia 1974, mereka tewas kepada Bologna pada penentuan penalti. Pada tahun 1979 pula, mereka tewas kepada Juventus selepas masa tambahan. Barbera meninggalkan kelab pada 1980 dan Palermo disingkirkan ke Serie C1 empat tahun kemudian. Pada musim 1985–86, Palermo disingkirkan serta merta dari Serie B oleh FIGC kerana masalah kewangan dialami kelab. Pada musim panas 1987, setahun selepas tiada acara bola sepak profesional di Palermo, kelab ini ditubuhkan semula dengan namanyaa kini dan mula bermain di Serie C2 dan dengan segeranya, kelab ini mudah untuk memenangi.
Pada era 1990an, Palermo bermain antara divisyen Serie B dana Serie C1 dan diikuti penyingkiran ke Serie C2 selepas twas pada perlawanan play-off kepada Battipagliese kemudian dibatalkan oleh itu untuk mengisi slot liga kosong.
Pada Mac 2000, pengerusi Roma Franco Sensi mengetuai syarikatnya untuk membeli Palermo dan Sergio D'Antoni menjadi presiden baru Palermo dan Palermo mara ke Serie B setahun selepas minggu terakhir musim yang penuh dramatik apabila Palermo ke hadapan untuk merebut tempat teratas liga dari bekas pendahulu dan pesaing dari tempat yang sama, Messina. Bortolo Mutti selaku ketua jurulatih untuk menghadapi saingan Serie B menamatkan musim di carta pertengahan liga.
Kembali ke Serie A dan aksi Eropah
suntingPada musim panas 2002, ahli perniagaan dari Friuli dan pemilik kelab Venezia, Maurizio Zamparini membeli kelab dari Franco Sensi dengan bidaan sebanyak 15 juta euro dan bersungguh-sungguh untuk membawa Palermo beraksi semula ke Serie A dan mendapat pengalaman untuk bermain di kejohanan Eropah. Palermo gagal pada percubaan pertamanya untuk melangkah ke Serie A sewaktu musim 2002-03 pada minggu terakhir musim tetapi mereka melakar aksi cemerlang pada musim seterusnya yang dilihat Palermo diakui sebagai juara Serie B dan kembali semula ke Serie A selepas 31 tahun di bawah jurulatih Francesco Guidolin yang dilantik pada Januari 2004 bagi menggantikan Silvio Baldini yang telah dipecat.
Pada musim 2004-05, musim pertama Palermo di Serie A sejak tahun 1973 dan dengan cemerlangnya, mereka berjaya menghuni tempat keenam liga dan mendapat tempat untuk layak ke Piala UEFA buat pertama kali dalam sejarahnya. Luca Toni memecah rekod penjaring terbanyak Palermo di Serie A dengan 20 gol. Guidolin meninggalkan kelab pada 2005 dan digantikan oleh Luigi Delneri, tetapi beliau tidak melakukan beberapa perubahan ketara dan digantikan oleh Giuseppe Papadopulo. Walaupun hanya menduduki tempat kelapan liga, Palermo melangkah ke pusingan 16 Piala UEFA dan separuh akhir Coppa Italia. Guidolin kembali semula ke Palermo dan kelab ini sekali lagi berjaya ke Piala UEFA disebabkan skandal "Calciopoli dan pemain-pemain Palermo menerima panggilan ke skuad Itali yang kemudian menjadi juara dunia 2006 iaitu Andrea Barzagli, Cristian Zaccardo, Simone Barone dan Fabio Grosso. Beberapa pembelian berkesan telah meningkatkan mutu pasukan dan pada permulaan kempen 2006-07, mereka menghadapi sebelas perlawanan tanpa kemenangan berturut-turut dan menyebabkan Palermo dari tempat ketiga menjunam ke tangga ketujuh liga dan menamatkan musim di tangga kelima dan memperoleh kelayakan Piala UEFA.
Pada musim berikutnya, jurulatih baru Stefano Colantuono dilantik bagi mengisi ruang kosong Guidolin. Beberapa aksi dan keputusan tidak memuaskan menyebabkan Rosanero ditinggalkan di tempat kelapan dan kekalahan memalukan 5-0 kepada Juventus menyebabkan Zamparini mengambil tindakan untuk memecat Colantuono pada 26 November 2007 dan memanggil Guidolin buat kali keempat sebagai pengurus Palermo. Pada 24 Mac 2008, Guidolin dipecat dan meninggalkan kelab buat kali keempat dan digantikan oleh Stefano Colantuono buat kali kedua pada musim yang sama.
Colantuono disahkan sebagai pengurus Palermo bagi menghadapi musim 2008-09. Pada jendela perpindahan musim panas, Palermo menjual beberapa tonggak utamanya seperti Amauri, Andrea Barzagli dan Cristian Zaccardo. Pembelian baru ini termasuklah pemain antarabangsa Itali, Marco Amelia, Fabio Liverani dan Antonio Nocerino. Mereka memulakan musim dengan kekecewaan apabia kecundang 2-1 di tempat sendiri kepada Ravenna pada pusingan ketiga Coppa Italia. Selepas kekalahan 3-1 kepada Udinese, pengerusi Zamparini memecat Colantuono dan jawatan ketua jurulatih diserahkan kepada Davide Ballardini. Di bawah tempoh Ballardini sebagai jurulatih, Palermo menamatkan musim di tempat kelapan liga. Selepas musim tamat, Palermo membuat keputusan untuk memecat Ballardini dari jawatannya kerana tiada persefahaman antara lembaga teknikal dan tempat beliau itu diambil alih oleh Walter Zenga, yang dilantik dari pesaing rapat kelab, Catania dan mengejutkan kedua-dua belah pihak. Hanya selepas 13 perlawanan, beliau dipecat serta merta pada 23 November 2009 selepas prestasi hambar kelab dan lebih-lebih lagi, beliau dipecat selepas terikat seri 1-1 dengan musuh tradisi, Catania di tempat sendiri dan juga merupakan kelab lama Zenga. Bekas pengurus Lazio, Delio Rossi dilantik sebagai pengurus baru. Di bawah Rossi, kelihatan beberapa keputusan memberansangkan dipamerkan oleh seluruh pemain dan termasuklah mencatat rekod tujuh kemenangan berturut-turut di tempat sendiri termasuklah menandakan beberapa kemenangan mengejut 2-0 ke atas kelab gergasi Itali,Milan dan Juventus. Palermo kemudian memintas Bianconeri untuk menakluki tempat keempat sebelum bergelut dengan Rosanero untuk merebut tempat Liga Juara-Juara tetapi selepas tewas kepada Sampdoria, Palerm hanya ketinggalan satu mata. Musim itu juga menyaksikan Palermo melahirkan beberapa pemain berpotensi yang kemudian mencipta nama iaitu pemain tengah Argentina, Javier Pastore dan penjaga gol Salvatore Sirigu.
Musim baru juga menyaksikan Delio Rossi kekal jawatannya sebagai jurulatih. Simon Kjær dan Edinson Cavani pergi meninggalkan kelab dan beberapa pemain muda yang menjanjikan terbaik dibeli (Ezequiel Muñoz dan duo Slovenia, Armin Bačinović dan Josip Iličić) dan ditambah dengan beberapa penyerang berpengalaman, Massimo Maccarone dan Mauricio Pinilla. Musim 2010–11 juga dicatat kepulangan Palermo ke pentas Eropah apabila mereka beraksi di Liga Europa. Palermo melangkah ke perlawanan akhir Coppa Italia ketiganya selepas menundukkan Milan 4-3 pada agregat di separuh akhir pada 10 Mei 2011. Pada perlawanan akhir, mereka terpaksa akur atas kekalahan 3–1 kepada Internazionale pada perlawanan akhir. Untuk musim 2011–12, Delio Rossi digantikan oleh bekas pengurus Chievo, Stefano Pioli tetapi dipecat sejurus sebelum sepak mula iaitu selepas disingkirkan oleh kelab kerdil Switzerland, FC Thun dalam saingan pusingan ketiga Liga Europa. Pioli digantikan oleh jurulataih pasukan bawah-19, Devis Mangia yang tiada pengalaman mengenai bola sepak profesional ini tetapi meskipun begitu, Mangia berjaya membimbing Palermo menduduki tempat kelima liga atas sumbangan enam kemenangan di tempat sendiri berturut-turut dan beliau menandatangani kontrak baru di kelab. Selepas menghadapi prestasi hambar, dengan tiga kekalahan berturut-turut, tersingkir dari Coppa Italia dan kekalahan memalukan dalam pertembungan Sicily memaksa pengerusi Zamparini menggantikan Mangia dengan jurulatih ang sedikit berpengalaman, Bortolo Mutti. Palermo menamatkan musim di tempat ke-16 pada musim itu.
Penyingkiran dan kebangkitan
suntingUntuk musim 2012–13, Zamparini melakukan rombakan dalam pentadbiran kelab dengan melantik Giorgio Perinetti sebagai pengarah sukan baharu dan Giuseppe Sannino menjadi pengurus dari Siena. Penjualan ketara pada musim ini termasuklah Federico Balzaretti dan Giulio Migliaccio. Musim ini bermula dengan cara yang bergaya, yang membawa kepada pemecatan Sannino dan penggantinya Gian Piero Gasperini. Sehari kemudian, Perinetti meletak jawatan dan Pietro Lo Monaco dinamakan sebagai pengarah sukan baharu. Keputusan tetap tidak meningkat dan Palermo terhumban dalam zon penyingkiran. Pada jendela perpindahan musim sejuk, banyak lagi keputusan negatif melanda kelab dengan pemecatan Gasparini dan digantikan oleh Alberto Malesani selaku jurulatih baharu. Perinetti dipanggil semula untuk menjadi direktor untuk menggantikan Lo Monaco dan pemecatan kedua Gasperini dan Sannino dimasukkan semula. Akhirnya, keadaan tidak seimbang dalam pengurusan kelab menyebabkan mereka disingkirkan ke divisyen kedua selepas sembilan musim berturut-turut menghuni Serie A.
Untuk kempen Serie B kali ini, Zamperini melantik bekas bintang Milan, Gennaro Gattuso sebagai pengurus baru walaupun beliau mempunyai sedikit pengalaman mengurus pasukan sebelum dipecat pada September 2013, menjadikannya pengurus ke-28 dipecat oleh Palermo dalam masa sebelas tahun. Palermo pulang semula ke Serie A untuk musim 2014-15 selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Novara pada 3 Mei 2014 di bawah pengurusan Giuseppe Iachini. Palermo mengumpul 86 mata, mengalahkan pemegang dahulu, Juventus, Chievo dan Sassuolo (kesemua mereka beraksi ketika format 22 pasukan).
Selepas Iachini menjanjikan keputusan cemerlang, Palermo mengesahkan Iachini sebagai ketua jurulatih untuk musim 2014-15 di Serie A dan bersetuju melanjutkan kontrak lanjutan sehingga Jun 2016. Direktor sukan baharu, Franco Ceravolo (pernah menjadi seorang penyelidik ketika di Juventus) dilantik bagi menggantikan Perinetti tetapi beliau dipecat selepas permulaan musim yang malang. Kemudiannya, Palermo berjaya merebut tempat ke Liga Europa dan berterima kasih atas sumbangan barisan serangan Argentina, Paulo Dybala dan Franco Vázquez.
Untuk musim 2015–16, Palermo kehilangan penyerang Dybala yang melakukan perpindahan ke Juventus dan Rosanero memilih untuk membawa masuk Alberto Gilardino untuk bermain bersama-sama dengan Vázquez. Pada 10 November 2015, jurulatih Giuseppe Iachini telah dipecat disebabkan keputusan teruk pada permulaan musim dan tempat beliau digantikan oleh Davide Ballardini. Selepas menghadapi tujuh perlawanan, Ballardini dipecat oleh pengerusi Zamparini kerana bertelagah dengan pemain-pemain Palermo. Kapten Palermo, Stefano Sorrentino mendakwa ketika mereka menang 1-0 ke atas Hellas Verona, jurulatih mereka tidak berkata apa-apa dengan pemain-pemain Palermo tidak kira sebelum atau selepas perlawanan. Fabio Viviani menjadi jurulatih sementara Palermo selepas kekalahan 4-0 menentang Genoa. Rosanero melantik Guillermo Barros Schelotto sebagai pengurus baru. Walau bagaimanapun, Schelotto tiada kertas kerja untuk didaftarkan sebagai jurulatih Palermo dan tempatnya diambil oleh jurulatih pasukan Primavera, Giovanni Bosi ketika menang 4-1 ke atas Udinese. Schelotto mendaftar sebagai pengurus pasukan pada perlawanan itu. Giovanni Tedesco dinamakan sebagai jurulatih keenam kelab musim ini sementar Schelotto masih menunggu hasil kertas kerja. Pada 10 Februari 2016, berikut Schelotto meletak jawatan selepas UEFA enggan untuk menyerahkan dia kebenaran untuk berjurulatih di Eropah dengan sah, Palermo mengumumkan membawa masuk jurulatih remaja Primavera, Giovanni Bosi sebagai jurulatih baharu manakala Tedesco sebagai koloborator teknikal. Lima hari kemudian, Bosi dipecat dan Iachini dilantik semula. Pada 10 Mac, Iachini telah dipecat dan Walter Novellino menjadi penggantinya. Novellino akhirnya dipecat pada 11 April. Davide Ballardini dilantik semula selaku sebagai pengurus kesembilan pada musim ini. Pada 15 Mei, Palermo berjaya mengelakkan zon penyingkiran pada hari terakhir musim dengan melakar kemenangan 3-2 ke atas Hellas Verona dan mendiami tempat ke-16 liga.
Imej
suntingLambang rasmi kelab diumumkan pada 2004 dengan lambang berbentuk perisai dan seekor helang seperti hampir sedang terbang diletak di tengah lambang bersama warna merah jamu dan hitam selain nama "U.S. Città di Palermo" dengan berhuruf besar diletakkan di atas. Helang bagi mewakili bandar Palermo dan juga digunakan sebagai jata kota Palermo.
Palermo asalnya bermain dengan jersi merah dan biru sebagai pakaian rasmi mereka sejak penubuhan pada 1898 tetapi diputuskan untuk memilih menggunakan warna merah jambu dan hitam pada 27 Februari 1907 sewaktu pengubahan nama kepada Palermo FootBall Club.
Warna-warna merah jambu dan hitam ini dicadangkan oleh Count Giuseppe Airoldi, salah seorang pengasas terkemuka Palermo. Kemudian pada 2 Februari 1905, Airoldi menulis kepada seorang seorang penasihat Palermo yang berbangsa Inggeris, Joseph Whitaker, beliau mendefinisikan merah jambu dan hitam sebagai "warna-warna duka dan manis", pilihan tegasnya untuk menjadi pasukan ini mempunyai ciri-ciri "keputusan turun naik seperti jam Swiss" lalu menamatkan penggunaan warna merah dan biru yang diguna meluas pada masa itu.[2]
Kelab ini terpaksa menunggu jersi baru ini selama tiga bulan oleh kerana tiada bahan flanel merah jambu di Palermo dan melantik syarikat jahitan yang membawa barang import itu dari England.[3] Jersi baru ini pertama kali dipakai sewaktu menentang pasukan krew Sir Thomas Lipton yang berkesudahan kemenangan memihak kepada Palermo, 2-1.[4] Dari tahun 1936 hingga 1940, pasukan ini dipaksa beraksi dengan memakai jersi merah dan kuning disebabkan rejim fasis Benito Mussolini. Warna merah dan kuning sebenarnya dipilih daripada bendera kota Palermo. Apabila kelab ini ditubuhkan semula pada 1941 berikutan bergabungan dengan Juventina Palermo, mereka mula memakai jersi biru di atas padang tetapi memakai semula jersi merah jambu dan hitam yang popular setahun kemudian.[5]
Stadium
suntingPalermo bermain di gelanggang sendiri di Stadio Renzo Barbera, yang terletak di kawasan Favorita. Stadium ini dibuka pada tahun 1932 sewaktu pemerintahan rejim fasis dengan nama Stadio Littorio (Stadium Lictoria). Perlawanan sulung diadakan di stadium ini pada 24 Januari 1932 menentang Atalanta dan berkesudahan Palermo menang 5–1. Pada 1936, ia dinamakan semula kepada Stadio Michele Marrone selepas seorang wira fasis terkorban ketika Perang Saudara Sepanyol.
Pada mulanya, terdapat litar bulatan tetapi tiada bahagian yang melengkung dan hanya yang mendatar sahaja. Pada tahun 1948, berikutan Perang Dunia Kedua telah tamat dan kejatuhan rejim fasis, stadium yang hadir, dan tidak ada bahagian melengkung, tetapi hanya teres dan pendirian. Stadium yang diandaikan nama Stadio La Favorita, dinamakan selepas di mana ia terletak, terdapat tanpa litar lumba dan dengan dua bahagian melengkung, sekali gus meningkatkan kapasitinya kepada 30,000. Pada 1984, kapasiti stadium ini juga ditingkatkan kepada 50,000. Sebagai persiapan Piala Dunia FIFA 1990, stadium ini dinaik taraf dengan penambahan tempat duduk tetapi kapasitinya diturunkan kepada 37,619. Ketika kerja-kerja penambahbaikan pada 1989, lima pekerja maut selepas satu bahagian stadium di situ tumbang.[6] Pada 2002, stadium ini dinamakan semula untuk memperingati Renzo Barbera, bekas pengerusi Palermo pada era 1970an.[7]
Rancangan untuk memindahkan gelanggang pasukan telah diutarakan pada 2007 oleh pengerusi dan pemilik kelab kini, Maurizio Zamparini. Venua baru ini akan dibina di tapak Velodromo Paolo Borsellino (sebuah venue kecil yang mengadakan beberapa perlawanan Palermo dahulu) di kawasan kejiranan ZEN dalam bandar Palermo.
Peminat dan pesaing
suntingMajoriti penyokong Palermo datang dari bandar Palermo dan kawasan sekitarnya. Selain itu, Palermo juga semakin popular di bahagian barat pulau Sicily dan juga di bahagian utara Itali apabila terdapat beberapa imigran Sicily menetap di situ dan itulah faktor Palermo terdapat ramai penyokong ketika bertandang di tempat lawan. Penyokong Palermo terutamanya di kalangan penghijrah Sicily turut dikenali di luar negara Itali. Terdapat beberapa peminat Palermo menetap di sekitar bandar Solingen di Jerman dan di situ, terdapat kelab FC Rosaneri, diambil dari gelaran pasukan ini dan pada tahun 2007, mereka beraksi di Kreisliga B.
Penyokong Palermo berkait rapat dengan semangat "kekitaan" untuk Sicily. Contohnya, penyokong atau ultras Palermo banyak mengibarkan bendera Sicily ketika perlawanan Palermo dan itu bukanlah satu perkara yang tidak biasa. Penyokong Palermo juga "dikembarkan" dengan ultras Lecce.
Mengikut kaji selidik yang dibuat pada 2008, pasukan ini terdapat kira-kira 1.47 juta peminat di Itali dan berada di kedudukan kesepuluh kelab yang memiliki peminat teramai di Itali.
Paling diingati ketika bertandang ke Rom pada aksi final Coppa Italia pada 29 Mei 2011 menentang Inter yang berkesudahan Palermo tewas 3-1. Mengikut data statistik, peminat Palermo ketika memberi sokongan di Stadio Olimpico terdapat 45,000–50,000 peminat, lebih ramai berbanding peminat dari kelab lawan, Nerazzurri .
Pada 13 Julai 2012, peminat-peminat Palermo diakui sebagai paling baik buat musim 2011-12 dengan memperoleh pengiktirafan Trofi Permainan Adil "Gaetano Scirea" oleh Majlis Serie A.
Pesaing terbesar Palermo ialah satu kelab yang terletak di satu pulau yang sama, Catania. Perlawanan antara Palermo dan Catania biasanya dirujuk sebagai pertembungan Sicily walaupun di pulau itu terdapat lagi pasukan Sicily, iaitu Messina yang beraksi di Serie A baru-baru ini bersama-sama dengan Palermo dan Catania. Pertembungan dengan Messina bagaimanapun tidak semeriah ketika menentang Catania.
Perlawanan antara Palermo dan Catania sewaktu musim 2006–07 yang berlangsung pada 2 Februari 2007 Stadio Angelo Massimino, Catania kekal dalam ingatan apabila seorang angggota polis, Filippo Raciti meninggal dunia kerana mengalami kecederaan parah ketika bertempur dengan peminat-peminat Catania. Peristiwa ini membawa kepada Pesuruhjaya Persekutuan Itali, Luca Pancalli untuk menggantung kesemua liga bola sepak dan acara pasukan kebangsaan di seluruh negara dalam masa beberapa minggu.
Pemain
suntingSkuad semasa
sunting- Sehingga 31 Ogos 2016.
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
|
Dipinjam
suntingNota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
|
Kakitangan pasukan
suntingPosisi | Kakitangan |
---|---|
Pengurus | Roberto De Zerbi |
Pembantu jurulatih | Fabio Viviani |
Jurulatih penjaga gol | Vincenzo Sicignano |
Jurulatih Primavera | Giovanni Bosi |
Senarai presiden kelab
suntingSepanjang sejarahnya, Palermo mempunyai beberapa pemilik, pengerusi dan dan presiden kelab. Di sini berikut senarai presiden kelab:[8]
|
|
Pencapaian
suntingDomestik
sunting- Serie B
- Juara (5): 1931–32, 1947–48, 1967–68, 2003–04, 2013–14
- Serie C
- Juara (1): 1941–42
- Serie C1
- Juara (2): 1992–93, 2000–01
- Serie C2
- Juara (1): 1987–88
- Prima Divisione
- Juara (1): 1929–30
- Coppa Italia Serie C
- Juara (1): 1992–93
- Coppa Federale Siciliana
- Juara (1): 1920
Lain-lain
sunting- Piala Cabaran Whitaker
- Juara (1): 1908
- Juara (5): 1910, 1912, 1913, 1914, 1915
- Torneo di Tunisi
- Juara (1): 1923
- Campionato Primavera:
- Juara (1): 2008–09
- Campionato Nazionale Dante Berretti:
- Juara (1): 2000–01
- Coppa Allievi Professionisti:
- Juara (1): 1997–98
- Campionato Giovanissimi Regionali:
- Juara (2): 2011–12, 2012–13
Rekod
sunting- Sehingga 24 Januari 2016.
Tidak termasuk perlawanan play-off
- Gol liga terbanyak – 74, Fabrizio Miccoli (2007–2013)
- Gol Serie A terbanyak – 74, Fabrizio Miccoli (2007–2013)
- Gol Coppa Italia terbanyak – 7, Massimo De Stefanis (1979–1984)
- Gol Liga Europa/Piala UEFA terbanyak – 4, Franco Brienza (2000–2013), Abel Hernández (2009–2014)
- Gol terbanyak dalam semua kejohanan – 81, Fabrizio Miccoli (2007–2013)
- Gol terbanyak dalam satu musim – 30, Luca Toni (2003–2004)
- Penampilan liga terbanyak – 321, Roberto Biffi (1988–1999)
- Penampilan di kejohanan Eropah terbanyak – 15, Mattia Cassani (2006–2011)
- Penampilan Serie A terbanyak – 165, Fabrizio Miccoli (2007–2013)
- Pemain terkini dengan penampilan liga terbanyak – 102, Stefano Sorrentino
- Kemenangan tertinggi atau kemenangan tertinggi di tempat sendiri – 8–0 (v. Pro Patria, 5 November 1950)
- Kemenangan terbesar di tempat lawan – 7–1 (v. Lecce, 23 Oktober 1994)
- Kekalahan terbesar atau kekalahan terbesar di tempat lawan – 0–9 (v. Milan, 18 Februari 1951)
- Kekalahan terbesar di tempat sendiri – 0–7 (v. Udinese, 27 Februari 2011)
- Mata tertinggi dikumpul di Serie A – 65 mt. (2009–10) kedudukan di tempat kelima liga
- Kempen tanpa tewas di tempat sendiri – 26 (Palermo–Lecce 5–2, 15 Mac 2009 – Palermo–Cagliari 0–0, 29 Ogos 2010)
- Siri kemenangan terbanyak berturut-turut di Serie A – 9 perlawanan (2003–04)
Catatan
suntingPautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: S.S.D. Palermo. |
- Tapak web rasmi (Itali) (Inggeris)