Helang

burung karnivor besar

Helang, elang dan lang adalah nama-nama yang dipakai kepada jenis burung pemangsa besar dalam kelompok-kelompok Accipitrinae dan Aquilinae dalam keluarga Accipitridae[1][2] serta keluarga Pandionidae.[2]

Helang
Lang
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:

Ciri-ciri

sunting

Helang ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Sebagai burung, helang membiak dengan cara bertelur telur yang mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya. Ia menjaga anaknya sehingga mampu terbang.

Helang merupakan haiwan pemangsa atau maging (karnivor). Makanan utamanya haiwan mamalia kecil seperti tikus, tupai dan ayam. Terdapat sesetengah helang yang menangkap ikan sebagai makanan utama mereka. Paruh helang tidak bergigi tetapi mempunyai bengkok yang kuat untuk mengoyak daging mangsa. Burung in juga mempunyai sepasang kaki yang kuat dan kuku yang tajam bagi mencengkam mangsa serta daya penglihatan yang tajam untuk memburu mangsa dari jarak jauh.

Helang mempunyai sistem pernafasan yang berkesan dan mampu untuk membekalkan jumlah oksigen yang banyak yang diperlukan ketika terbang. Jantung burung helang terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Galeri

sunting

Jenis-jenis helang

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Gill, Frank; Donsker, David; Rasmussen, Pamela, penyunting (Ogos 2024). "Hoatzin, New World vultures, Secretarybird, raptors". IOC World Bird List Version 15.1. Kesatuan Ahli Ornitologi Antarabangsa. Dicapai pada 19 Mac 2025.
  2. ^ a b Wilkinson, Richard James (1932). "lang". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 15-16 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.