Tōsen Kaname

(Dilencongkan daripada Tousen Kaname)

Tōsen Kaname (東仙 要) ialah seorang watak fiksyen dalam siri anime dan manga Bleach yang dicipta oleh Tite Kubo. Tōsen pada awalnya merupakan kapten dalam Gotei 13 Divisyen ke-9, namun telah meninggalkan Soul Society untuk mengejar cita-cita lain. Leftenan dan pengganti sementaranya ialah Hisagi Shūhei. Dalam bancian Shonen Jump terkini, dia menduduki tempat ke-25.[perlu rujukan]

Watak Bleach
Kaname Tōsen
Peranan Bekas kapten shinigami Divisyen ke-9; penolong kanan dalam tentera arrancar Aizen Sōsuke
Tarikh lahir 13 November[1]
Zanpakutō Suzumushi
Seiyū Toshiyuki Morikawa
Pelakon suara latar J. B. Blanc

Watak dan perwatakan

sunting

Tōsen mempunyai kulit hitam manis dengan rambutnya berwarna keperang-perangan (diberi warna ungu dalam siri anime). Dia memakai pakaian seragam shinigami tradisional dengan lengannya dilipat hingga ke bahunya beserta haori kapten di atasnya; pakaian seragam Tōsen juga diikat dengan satu bingkai obi berwarna ungu. Dia juga memakai sehelai skaf jingga disekeliling tengkuknya, but berwarna putih, serta sarung tangan hitam yang tidak menutup jari. Tōsen telah dilahirkan buta, dan memakai sapasang visor cerah, meskipun bukan setiap masa.

Kepercayaan Tōsen dalam kehidupan ialah untuk "menempuh jalan kehidupan dengan pertumpahan darah paling sedikit". Sebabnya ini telah mengundang perasaan untuknya mengikut Aizen Sōsuke. Tōsen serta Ichimaru Gin telah dikenalpasti oleh Zaraki Kenpachi sebagai pengecut kepada kematian. Tōsen, seperti Aizen dan Gin, telah mengubah pakaiannya selepas melarikan diri daripada Soul Society. Dia kini memakai pakaian yang serupa kepada pakaian yang digunakan golongan arrancar di samping menggunakan sarung tangan yang lebih panjang, gogal yang lebih kecil, dan mengubah gaya rambutnya dengan melepaskannya ke bawah.

Tōsen juga mempunyai beberapa hubungan unik dengan golongan arrancar. Tōsen menganggap Grimmjow Jeagerjaques serupa dengan Zaraki Kenpachi; mereka adalah mesin yang akan terus membunuh dan menumpahkan lebih darah di dunia. Wonderweiss Margera dilihat tertarik kepada Tōsen, lalu diterangkan olehnya bahawa kejadian tersebut berlaku disebablan mereka berdua adalah roh-roh suci, justeru mereka mempunyai daya penarikan di antara satu sama lain. Dalam omake terkini, Tōsen telah mengambil alih Waktu Penyelidikan Arrancar Ichimaru Gin di mana dia telah, secara literalnya, memotong keluar Gin daripada pandangan. Tōsen kemudian telah menjelaskan penggunaan Sfera Pembiasan, mengakhiri episod tersebut dengan membelai Wonderweiss dengan penuh kasih sayang.

Sejarah

sunting
 
Tōsen dilihat dengan pakaian baru selepas pembelotannya, bersama-sama Aizen dan Gin.

Tōsen telah mendedikasikan kehidupannya untuk meniti jalan yang tidak mengakibatkan pertumpahan darah apabila seorang wanita yang penting di dalam hidupnya meninggal dunia. Wanita itu sendiri telah meniti jalan tersebut dan Tōsen telah memandang tinggi terhadapnya. Impian wanita itu adalah untuk menjadi seorang shinigami dan menggunakan kuasanya untuk mengekalkan keamanan dunia. Tidak lama kemudian dia telah diterima masuk ke dalam Akademi namun, suaminya telah mengambil nyawanya apabila wanita tersebut memarahi suaminya di atas perselisihan faham yang kecil. Tōsen telah mengambil zanpakutō wanita tersebut dan bersumpah untuk berlawan demi keadilan tanpa pertumpahan darah sejak hari itu. Sejurus selepas kejadian ini, Tōsen telah menyertai para shinigami.

Tōsen telah bertemu dengan rakan barunya yang rapat, iaitu Komamura Sajin, apabila dia masih di dalam akademi shinigami.[2] Mereka dengan mudahnya berkawan, kerana pada waktu itu Komamura berasa malu di atas kepala musangnya dan Tōsen tidak berupaya untuk melihat rupanya. Komamura telah menyertai para shinigami dan mereka telah menjadi rakan karib dan akhirnya sebagai kapten di dalam Gotei 13, meskipun butir-butir yang lebih terperinci tidak diketahui. Sebelum menjadi seorang kapten, Tōsen telah ditunjukkan berasal daripada Divisyen ke-5.[3] Apabila Aizen masih berpangkat leftenan di dalam Divisyen ke-5, Tōsen sudahpun mengenalinya dengan baik.

Selepas beberapa tahun, Zaraki Kenpachi telah muncul di Seireitei dan membunuh bekas kapten Divisyen ke-11. Semenjak hari itu, Tōsen telah melihat Kenpachi sebagai seekor raksasa yang tidak mempunyai hala tuju dalam kehidupan kecuali membunuh dan mewujudkan hura-hara, dan akhirnya akan memecahkan keamanan di Soul Society.

Sinopsis

sunting

Tōsen mula-mula sekali muncul dalam perjumpaan kapten shinigami. Selepas pemalsuan kematian Aizen Sōsuke, Tōsen mengesali bahawa terdapat pertumpahan darah yang harus berlaku dan terdapat lebih banyak keganasan yang diperlukan untuk menghentikan serangan penceroboh. Apabila Ishida Uryū sampai ke puncak tangga ke arah Makam Penyesalan, Tōsen telah menggunakan tahap shikai untuk menumbangkan Ishida. Tōsen, bersama-sama Komamura Sajin, telah menentang Zaraki Kenpachi di atas keputusannya untuk membantu para penceroboh Soul Society. Tōsen menggunakan tahap bankai pedangnya terhadap Kenpachi, namun Kenpachi berjaya menahan serangannya dan mencederakannya. Tōsen telah menerima luka yang parah, namun sebelum Kenpachi berupaya untuk menamatkan nyawanya, Komamura telah mengganggu, lalu menyelamatkan Tōsen, dalam proses tersebut helmetnya telah hancur. Tōsen, selepas disembuhkan, telah membawa Abarai Renji dan Kuchiki Rukia ke Aizen apabila dia didedahkan sebagai seorang pembelot, dan telah menyaksikan beberapa percubaan untuk menghentikan perancangan Aizen. Tōsen kemudian telah meninggalkan Soul Society bersama-sama Aizen dan Gin, dan memberitahu Komamura bahawa dia masih sedang meniti jalan yang dipercayainya membawa keadilan, kerana menurutnya ini adalah kaedah terbaik untuk menghentikan pertumpahan darah di dunia. Tōsen juga telah menghukum Grimmjow Jeagerjaques apabila dia enggan mengikut perintah yang diberikan, kerana menurutnya, Grimmjow adalah serupa dengan Zaraki Kenpachi.

Suzumushi

sunting
 
Tahap shikai Suzumushi dengan arahan pengaktifan pertama.

Nama zanpakutō Tōsen ialah Suzumushi (清虫, makna kasar: Serangga Suci, dibaca secara fonetik sebagai cengkerik). Dalam bentuk katananya, Suzumushi kelihatan seperti pedang biasa sahaja. Pengawal silang pedangnya terdiri daripada beberapa corak serupa, dan pada bahagian paling luas terdapat beberapa lubang yang kecil. Berdekatan pengawal silangnya terdapat sebentuk cincin kecil. Berbeza dengan kebanyakan zanpakutō, Suzumushi mempunyai dua arahan shikai, setiap satunya menghasilkan suatu kesan otomatik yang unik. Tambahan pula, zanpakutō Tōsen dengan sendirinya adalah unik kerana pedang tersebut bukan miliknya.

Arahan pengaktifan Suzumushi yang biasa ialah "Nangis" (鳴け, nake), di mana kesan otomatiknya ialah memancarkan sebuah nada yang cukup nyaring pada sebuah kawasan yang luas, menjadi beban yang teramat sangat bagi sesiapa yang berada di dalam kawasan aktifnya, sekaligus melemahkan mereka yang akhirnya akan jatuh pengsan. (Teknik Tōsen yang tidak mendatangkan kesakitan dan berperikemanusiaan ini adalah sesuai dengan kepercayaannya dalam keadilan.)

Arahan pengaktifan kedua Suzumushi iaitu "hancurkan tubuh badannya" (四肢を潰すよ, shishi o tsubusu yo) akan mengubah bentuk fizikal Suzumushi kepada bentuk Benihikō (紅飛蝗, makan kasar: Belalang Juta Terbang Merah). Suzumushi akan bergetar buat seketika dan, sesudah Tōsen menggerakkan bilah pedangnya dalam satu bulatan, suatu kesan akan mengikut pergerakan pedang tersebut. Kesan ini akan berubah menjadi beratus-ratus pedang yang akan jatuh menimpa musuh-musuh.

 
Bankai Tōsen Kaname.

Tahap bankai Suzumushi bergelar Enma Kōrogi (閻魔蟋蟀, makna kasar: Cengkerik Enma),[4] akan mencipta sebuah kubah hitam dan besar di tengah-tengah posisi Tōsen dan mencengkam ke tanah dengan sepuluh gegelang. Sesiapa yang berada di dalam kubah ini akan kehilangan setiap satu deria mereka, yang digelar Tōsen sebagai Mumyō (無明, makna kasar: kejahilan) di mana seperti yang ditunjukkan siri anime Bleach, sesiapa yang berada di bawah kesannya diwakili oleh warna hitam dan putih, manakala sesiapa yang berada di dalam kubah tersebut namun mempunyai warna mereka tidak dikenakan kesan Suzumushi. Setiap satu deria musuh dilucutkan kecuali deria rasa. Kelemahan teknik ini adalah perkara yang menyebabkan Tōsen kebal terhadapnya; zanpakutōnya sendiri. Apa sahaja yang bersentuhan dengan hulu Suzumushi mendapat kekebalan terhadap kesan-kesan kubah tersebut, justeru sesiapa sahaja yang berjaya memegang Suzumushi akan mendapat semula deria-deria mereka.

Nota dan rujukan

sunting
  1. ^ Buku Watak Rasmi Bleach SOULs; halaman 159.
  2. ^ Anime Bleach, episod 62
  3. ^ Anime Bleach, episod 62
  4. ^ Yama (Enma) merupakan sebutan bahasa Jepun bagi Yama, Tuhan alam kematian agama Buddha dan Vedik.