Hollow dalam Bleach

rencana senarai Wikimedia
(Dilencongkan daripada Wonderweiss Margera)

Berikut ialah senarai watak-watak dalam siri anime dan manga Bleach yang merupakan hollow ataupun arrancar. Mereka memainkan peranan sebagai watak jahat utama untuk sebahagian besar siri ini.

Hollow

sunting

Nama-nama hollow yang tersenarai di sini adalah berdasarkan nama yang diberikan kepada mereka, sama ada dalam sirinya sendiri ataupun daripada buku-buku data.

  • Acidwire (アシッドワイヤー, Ashiddowaiyā)Disuarakan oleh: Yuji Ueda (Bahasa Jepun), Liam O'Brien (Bahasa Inggeris)

Acidwire Merupakan hollow berbentuk ular yang dahulunya ialah abang kepada Inoue Orihime, iaitu Sora. Personaliti dan sifat perikemanusiaannya dikembalikan setelah sebahagian daripada topengnya dihancurkann oleh zanpakutō Ichigo. Bahagian atas tubuhnya kelihatan seperti tubuh manusia manakala bahagian bawah pula kelihatan seperti badan seekor ular. Nama berasal daripada kebolehannya untuk meludah asid.

  • Shrieker (シュリーカー, Shurīkā)Disuarakan oleh: Hisao Egawa (Bahasa Jepun), John DeMita (Bahasa Inggeris)

Shrieker merupakan hollow berupa kelawar/katak yang menyerang Sado Yasutora. Shrieker mempunyai kebolehan untuk terbang dan mengawal makhluk-makhluk kecil yang dirujuknya sebagai "senjata" miliknya. Makhluk-makhluk ini boleh memuntahkan lintah dari kepala masing-masing yang akan melekapkan dirinya pada apa-apa objek yang dihinggapnya. Dengan menggetarkan lidahnya yang berbentuk garpu tala, Shrieker boleh menyebabkan lintah-lintah tersebut meletup. Ibu kepada roh budak lelaki tersebut dibunuh oleh Shrieker (hal ini dijelaskan oleh Shrieker apabila dia mengakui dirinya sebagai seorang pembunuh bersiri semasa dia hidup). Kini, dia menggunakan budak tersebut sebagai umpan untuk membunuh mana-mana shinigami yang ingin membawa rohnya ke Soul Society. Ganjaran untuk membunuh Shrieker adalah sebanyak 5000 kan (mata wang shinigami). Dia dihantar ke Neraka dan bukannya Soul Society kerana peranan zanpakutō hanyalah sekadar membersihkan dosa yang dilakukan oleh roh sebagai hollow, dan bukannya manusia.

  • Metastacia (メタスタシア, Metasutashia)Disuarakan oleh: Hōchū Ōtsuka (Bahasa Jepun), Kyle Hebert (Bahasa Inggeris)

Metastacia merupakan subjek kajian Aizen Sōsuke beberapa tahun sebelum permulaan jalan cerita Bleach. Dia mempunyai kebolehan untuk memusnahkan zanpakutō sekali setiap malam apabila seorang shinigami menggarap tentakelnya. Dia juga berupaya merasuk mana-mana shinigami untuk mengambil alih tubuhnya serta memakan mereka daripada dalam untuk membentuk semula dirinya yang asal.

Metastacia mengambil alih badan Miyako (isteri kepada Shiba Kaien) dan menggunakannya untuk membunuh ahli pasukannya sebelum memakannya. Apabila Kaien bertarung dengan Metastacia, dia juga turut dirasuk olehnya. Hal ini memaksa Kuchiki Rukia untuk membunuh hollow tersebut. Tetapi, Metastacia telah direka untuk pulang ke Hueco Mundo selepas dibunuh supaya dia boleh dianalisa. Tetapi, pada ketika itu dia masih bersatu dengan Kaien. Maka, mereka berdua menjadi satu entiti tunggal. Beberapa lama kemudian, makhluk ini dimakan oleh Aaroniero Arruruerie. Sebagai akibatnya, Aaroniero memperoleh kebolehan Metastacia dan Kaien.

Nama Metastacia mungkin sekali berasal daripada perkataan Greek iaitu metastasis, yang bermaksud 'suatu keadaan yang berubah', yang juga merujuk kepada penyebaran kanser di dalam tubuh.

  • Bawabawa (バワバワ)

Bawabawa merupakan hollow berupa belut gergasi yang mempunyai topeng seperti pinggan dan sepasang tanduk di kepalanya. Dia bertindak sebagai haiwan peliharaan dan pengangkutan kepada Pesche, Dondochakka dan Nel Tu. Bawabawa seringkali berasa kecewa kerana sentiasa tidak disertakan bersama-sama adegan pengenalan kumpulannya yang digayakan seperti super sentai.

Pada awalnya, Pesche dan Dondochakka mengatakan bahawa Bawabawa tidak boleh hidup tanpa pasir, lalu menjelaskan mengapa Bawabawa tidak mengikuti kumpulan tersebut masuk ke dalam Las Noches. Akan tetapi, sewaktu pertarungan bersama Szayel Aporror Granz, Dondochakka mendedahkan kebolehannya meludah keluar Bawabawa daripada mulutnya. Pesche kemudian menjelaskan bahawa Bawabawa sebenarnya merupakan salah satu daripada roh-roh serangga yang hidup di dalam Dondochakka.[1]

  • Pesche Guatiche (ペッシェ・ガティーシェ, Pesshe Gatīshe)Disuarakan oleh: Takehito Koyasu

Pesshe ialah hollow berbentuk manusia yang mempunyai topeng seperti serangga dengan sepasang mendibel yang besar. Dia memakai penutup mata dan cawat. Tidak seperti hollow lain, Pesshe agak jinak. Dia merantau bersama-sama dengan abang angkatnya, Dondo Chakka, adik perempuan angkatnya, Nel Tu dan haiwan peliharaan mereka, Bawabawa. Dia mahukan nama "Adik-Beradik Gurun yang Unggul" sebagai panggilan kepada kumpulan kecil mereka. Selepas Nel berkeputusan untuk mengekori Ichigo ke dalam Las Noches, dia juga cuba mengikuti Nel Tu tetapi bertembung dengan Ishida Uryū pula. Dia dan Dondo Chakka merupakan Fracción kepada Nel suatu masa dahulu, tetapi topeng mereka dicabut secara paksa oleh Nnoitra dan dibiarkan untuk mati bersama-sama dengan Nel.

Pesshe cenderung untuk menilai seseorang berdasarkan rupa paras luaran dan percaya bahawa Uryū merupakan ahli yang paling lemah manakala Chad sebagai ahli yang paling sasa. Dia juga nampaknya berasa gembira apabila Uryū mengingati namanya, tetapi dia sering keliru akan identiti sebenar Uryū; dia selalu memanggil Uryū Ichigo.

Air liur Pesshe boleh digunakan untuk mengurangkan geseran pada objek yang disemburnya - teknik ini digelar "Kelicinan Infiniti". Walaupun nampak tidak berguna, teknik ini menyebabkan senjata Cirucci tidak effektif apabila disembur dengan cecair tersebut dan mengakibatkan pihak lawan jatuh. Walaupun dinamakan "Kelicinan Infiniti", serangan ini masih mempunyai hadnya.

  • Dondochakka Bilstin (ドンドチャッカ・ビルスタン, Dondochakka Birusutan)Disuarakan oleh: Daisuke Gouri

Dondo ialah hollow bersaiz besar dengan topeng tiki dan mata kompound. Dia bertutur dengan gaya Yakuza dan jinak jika dibandingkan dengan hollow lain. Walaupun tampak menggerunkan, dia mudah menangis dan sering risau akan sesuatu perkara. Dia merantau bersama-sama dengan adik-beradik angkatnya, Nel Tu dan Pesshe serta haiwan peliharaan mereka, Bawabawa. Dia mahukan "Tiga Beradik" sebagai nama kumpulan kecil mereka. Seperti Pesshe, dia cuba mengikuti Nel yang ingin mengekori Ichigo ke dalam Las Noches tetapi bertembung dengan Abarai Renji pula. Dondo merupakan orang bawahan Nel suatu ketika dahulu tetapi topengnya dicabut secara paksa oleh Nnoitra. Dia kemudiannya dibiarkan untuk mati dengan Pesshe dan Nel.

Seperti yang dijelaskan oleh Pesche, Dondochakka memiliki beberapa roh serangga di dalam perutnya. Salah satu daripada dimiliki oleh hollow ulat yang digelar Bawabawa. Dia boleh meludah roh-roh tersebut mengikut kehendaknya sebagai pembantu di dalam pertarungan.[1] Selain itu, dia membawa sebuah kanabō di dalam perutnya. Dia juga mampu melakukan serangan cero bersama-sama Pesche, yang digelar cero sincrético.

Arrancar

sunting

Espada

sunting

Números

sunting

 
Daripada kiri ke kanan: Edrad Liones, Nakeem (atas), Yylfordt Granz (bawah), Shawlong Koufang dan Di Roy.
  • Shawlong Koufang (シャウロン・クーファン, Shauron Kūfan)Disuarakan oleh: Hideyuki Tanaka - Arrancar ke-11

Shawlong Koufang mempunyai muka yang panjang dan rambut hitam, yang didandan dan selalunya dilihat tergantung di atas bahunya. Peninggalan topeng hollow Shawlong berada di atas kepalanya, namun sebahagian daripada topengnya jatuh menutupi muka. Shawlong ialah seorang intelektual, jika tidakpun sekurang-kurang seorang penganalisis, yang mampi menyatakan kekuatan musuh-musuhnya dengan penuh keyakinan. Dia dibunuh oleh Hitsugaya Tōshirō.

Shawlong merupakan bekas kepada sebuah kumpulan yang dibentuknya bersama-sama Edrad Liones, Yylfordt Grantz, Di Roy dan Nakeem, di mana dia dilihat sebagai ketua kumpulan tersebut. Mereka ingin menjadi Vastro Lorde dengan memakan hollow lain, lalu dengan itu mereka memehon untuk bersatu dengan menos tahap adjuchas, iaitu Grimmjow Jeagerjaques, yang telah dipinta Shawlong menjadi "raja" mereka. Namun begitu, setelah mendapat tahu bahawa mereka tidak mampu berkembang dari segi kuasa dan fizikal, Shawlong meminta Grimmjow memakan sebahagian daripada setiap ahli kumpulan mereka.

Zanpakutō Shawlong digelar Tijereta (五鋏蟲(ティヘレタ), Tihereta, bahasa Sepanyol untuk lelawi, bahasa Jepun yang bermaksud "serangga bergunting lima"). Arahan lepasannya ialah "potong" (裁て, tate). Dalam tahap lepasan, Shawlong menumbuhkan perisai yang menutupi lengan serta bahagian atas dadanya, diikuti dengan perubahan tangannya menjadi kuku-kuku panjang; topengnya memanjang lalu menutup bahagian kiri mukanya, dan rambutnya menjadi ekor dengan kuku.

  • Edrad Liones (エドラド・リオネス, Edorado Rionesu)Disuarakan oleh: Taiten Kusunoki - Arrancar ke-13

Edrad Liones, nama yang diberikan di dalam manga Bleach versi Inggeris sebagai Edorad Leones, mempunyai rupa seperti seorang lelaki gergasi, dengan rambut panjang berwarna merah; akan tetapi, setengah daripada rambutnya dicukur dan berwarna hitam. Peninggalan topeng hollow Edrad sekadar rongga mata sahaja, yang terletak pada hidungnya, dan seakan-akan kelihatan seperti dia sedang memakai cermin mata yang janggal. Dia mempunyai sifat megah diri yang tinggi sebagai seorang arrancar, ditunjukkan apabila dia berasa malu untuk mengeluarkan zanpakutōnya apabila berhadapan dengan musuh, dan tidak menyukai mereka yang gemar bertarung demi keseronokan, seperti Madarame Ikkaku. Meskipun kelihatan ganas, dia seorang yang cekap dalam pertarungan bertaktik, dilihat apabila dia mampu mengenal pasti strategi Ikkaku dan menyedari bahawa dia sedang bertarung untuk berlatih. Dia dibunuh oleh ikkaku Sejurus selepas dia melepaskan tahap bankainya.

Zanpakutō Edrad ialah Volcánica (火山獣(ボルカニカ), Borukanika, bahasa Sepanyol untuk "Gunung Berapi," bahasa Jepun yang bermaksud "Binatang gunung berapi") dan diaktifkan dengan arahan "meletus" (起きろ/熾きろ, okiro). Apabila Volcanica dilepaskan, topeng Edrad hilang daripada pandangan dan tangannya diliputi oleh bahan yang kelihatan seperti batu-bata gunung berapi, menjadi lebih panjang dan lebar di dalam proses tersebut. Sebuah saluran ekzos dilihat pada kedua-dua belah bahunya, dan dia mampu menembak api menggunakan buku lalinya dalam bentuk ini.

  • Yylfordt Granz (イールフォルト・グランツ, Īruforuto Gurantsu)Disuarakan oleh: Kōichi Tōchika - Arrancar ke-15

Yylfordt ialah seorang arrancar yang gemar menyindir dan mempunyai sifat keperempuanan dengan rambut perangnya. Bekas topeng hollow Yylfordt berada di atas kepalanya, dan kelihatan seakan-akan seperti helmet yang telah pecah. Dia seringkali merujuk kepada watak-watak lain sebagai brother atau "abang" apabila bercakap. Dia merupakan abang kepada Szayel Aporro Granz, iaitu Espada ke-8. Yylfordt boleh dikatakan agak kuat untuk kedudukannya, mampu bertarung dengan bankai milik Abarai Renji (apabila kuasa Renji pada tahap 20%) tanpa melepaskan zanpakutōnya. Bertentangan dengan kenyataan ini, dia gagal bertarung dengan baik apabila berhadapan dengan Tsumugiya Ururu dalam bentuk biasanya, namun setelah melepaskan zanpakutōnya, dia menewaskan Ururu dengan mudah. Yylfordt akhirnya dibunuh oleh Renji, yang mengatakan bahawa jika musuhnya tidak diganggu Ururu, dia mungkin tidak mmpu mengalahkannya.

Zanpakutō Yylfordt ialah Del Toro (蒼角王子(デルトロ), Derutoro, bahasa Sepanyol untuk "daripada lembu jantan," bahasa Jepun yang bermaksud "Putera Pucat Bertanduk") dan diaktifkan dengan arahan "cucuk" (突き砕け, tsukikudake). Apabila Del Toro dilepaskan, bahagian atas tubuh badan Yylfordt berubah menjadi besar dan diluputi oleh perisai seakan-akan seekor lembu jantan, manakala topeng hollownya dilihat berkembang secara menyeluruh, memberinya sepasang tanduk. Dalam bentuk ini, dia berjalan dengan empat kaki dan menggunakan tanduknya untuk menikam musuh.

  • Di Roy (ディ・ロイ, Di Roi)Disuarakan oleh: Takashi Kondō - 16th arrancar

Peninggalan topeng hollow Di Roy kelihatan besar dan serupa kepada bentuk seekor ikan yu berkepala seperti penukul. Bahagian kanan topengnya dililit oleh kain pembungkus, yang mengaburkan mata kananya - kain pembungkus itu berperanan untuk menutup kesan luka yang dilakukan oleh Grimmjow semasa dia masih dalam tahap menos. Serupa kepada mata seorang hollow, mata kanannya dilihat mempunyai bulatan putih yang dikelilingi bayang-bayang hitam. Dia juga mempunyai gigi seperti seekor ikan yu yang berbentuk segi empat. Dia dilihat gemar membunuh apabila dia menyatakan kekecewaannya kerana tidak mampu mengambil nyawa Sado Yasutora. Dia menonjolkan diri apabila dia seringkali memegang zanpakutō, kebanyakan masanya.

Di Roy dibunuh oleh Kuchiki Rukia apabila dia mendedahkan tahap shikai pedangnya sewaktu serangan kedua pada Bandar Karakura. Semasa pertarungan di antara mereka berlangsung, dia mengatakan bahawa "pertarungan sebenarnya adalah di kaki langit," mencadangkan bahawa dia dapat bertarung dengan lebih baik di atas udara; kana tetapi, kebanyakan arrancar menggemari kaedah ini. Di Roy adalah lebih lemah berbanding ahli-ahli kumpulannya, sehinggakan Yylfordt Grantz merujuk kepadanya sebagai "arrancar setakat nama sahaja." Bentuk hollow asalnya adalah sebagai makhluk berupa ular dengan kepala ikan yu yang serupa dengan bekas topeng hollownya.

  • Nakeem (ナキーム, Nakīmu)Disuarakan oleh: Taketora

Nakeem, dinamakan sebagai Nakim di dalam manga versi Inggeris Bleach, ialah seorang arrancar gemuk dan senyap, di mana dia hanya berkata-kata sesuatu yang penting sebagai jawapan kepada soalan yang ditujukan kepadanya, sebelum dirinya dibunuh. Bekas topeng hollownya menutupi seluruh bahagian kanan mukanya. Nakeem dibunuh oleh Matsumoto Rangiku. Nama dan kebolehan sebenar zanpakutō Nakeem tidak pernah didedahkan, tetapi pada tahap-tahap akhir pertarungannya bersama Rangiku, dia kelihatan telah membesar, sehingga mampu memijak seluruh tubuh Rangiku dengan kakinya. Sebelum menjadi seorang arrancar, Nakeem belum lagi berkembang lebih daripada menos tahap gillian: selain daripada topengnya yang unik, rupa fizikal Nakeem berbanding gillian biasa tidak mempunyai banyak perbezaan.

  • Loly (ロリ, Rori)Disuarakan oleh: Hana Takeda

Loly merupakan arrancar wanita remaja yang, disamping Menoly, diarahkan untuk membawa Orihime menghadap Aizen apabila dia ingin menunjukkannya Sfera Pembiasan. Loly tergila-gilakan Aizen, dilihat apabila dia menunjukkan perasaan marahnya terhadap Orihime sebaik sahaja Aizen mula tertarik dengan gadis itu. Bekas topeng hollow Loly menutupi mata kirinya, dan giginya masih bersambung kepadanya. Pakaian seragam Loly yang digayakan ala-gothic lolita adalah bersesuaian dengan namanya, termasuklah dengan tema skirt sekolah dan sepasang but hitam yang mencecah pehanya, yang digayakannya juga dengan rambut hitam yang ditocang. Setelah Grimmjow mendapati Loly dan Menoly menyeksa Orihime, dia mematahkan kaki Loly lalu memijaknya sekali lagi. Orihime kemudian menyembuhkan Loly semula, mengakibatkan Loly menggeruni kuasanya dan melihatnya sebagai "raksasa".

  • Menoly (メノリ, Menori)Disuarakan oleh: Hitomi Harada

Menoly ialah seorang arrancar wanita remaja yang, disamping Loly, diarahkan untuk membawa Orihime menghadap Aizen apabila dia ingin menunjukkannya Sfera Pembiasan. Menoly tidak begitu obses terhadap Aizen jika dibandingkan dengan Loly, namun dia berasa teragak-agak untuk meninggalkan Aizen berseorangan bersama-sama Orihime. Bekas topeng hollow Menoly adalah serupa dengan topeng Loly, tetapi berada di bahagian bertentangan pada mukanya. Menoly dilihat seperti Grimmjow versi wanita dengan gaya rambutnya yang hampir sama. Setelah Grimmjow mandapati Loly dan Menoly sedang menyeksa Orihime, dia telah membunuh Menoly dengan membakar bahagian atas tubuhnya dengan serangan cero. Orihime kemudiannya telah membangkitkannya semula.

  • Tesla (テスラ, Tesura)Disuarakan oleh: Yuichi Nakamura (seiyū)

Tesla ialah seorang arrancar lelaki yang kurus dan memiliki rambut berwarna perang. Dia mempunyai tanda biru yang aneh pada pipi kanannya, dan memakai penutup mata pada mata kanan. Tesla juga memakai jaket yang digayakannya seperti kot makmal, berbeza dengan pakaian arrancar lain. Bekas topeng hollow Tesla dilihat sebagai secebis tengkorak nipis pada rahang atas muaknya, membentuk suatu lingkaran disekeliling dahinya. Dia dilihat sebagai Fracción Nnoitra, membantunya di mana-mana sahaja ketuanya berada. Tesla seringkali memuja-muja Nnoitra pada tahap tertentu, di mana panutup mata yang dipakainya (meskipun tidak serupa) boleh dibandingkan dengan penutup mata tuannya itu. Ini juga ditunjukkan apabila dia melindungi Nnoitra daripada serangan akhir Chad, meskipun dikritik Nnoitra sendiri. Nnoitra mula-mula mengarahkan Tesla untuk memastikan Orihime tidak berganjak sewaktu para Espada sedang bertarung dengan Ichigo, dan kemudian untuk menghabiskan menamatkan nyawanya. Dia telah membelasah Ichigo habis-habisan dalam bentuk lepasannya sehinggalah dia dihenti dan dicederakan dengan teruk oleh Zaraki Kenpachi. Dia kemudiannya dilihat dalam bentuk biasanya, menitiskan air matanya bua Nnoitra yang telah tumpas di tangan Kenpachi.

Zanpakutō Tesla ialah Verruga (牙鎧士(ベルーガ), Berūga, bahasa Sepanyol untuk "ketuat," bahasa Jepun yang bermaksud "Pahlawan berperisai gading") dan bentuk lepasannya diaktifkan dengan arahan "himpap" (打ち伏せろ, uchifusero). Dalam bentuk biasanya, pedangnya menyerupai rapier dengan chakram yang tertanam pada bilahnya, sedikit di atas hulunya. Tesla boleh mengubah cincin itu menjadi keras mengikut kemahuannya, silihat apabila dia melindungi serangan Chad menggunakan cincin keras tersebut, lalu mengubahnya kembali menjadi cincin kosong setelah Chad tumbang. Dalam bentuk lepasannya, Tesla kelihatan besar, kelihatan seperti makhluk gergasi. Topengnya juga turut membesar untuk menutup seluruh mukanya, dan mencipta sepasang gading. Rambutnya juga tumbuh menjadi surai/panjang. Dalam bentuk ini juga, topeng Tesla mempunyai kesan luka yang besar yang menutupi mata kanannya, di mana terletaknya penutup mata yang digunakannya dalam bentuk biasa. Tesla menerapkan taktik pertarungan menggunakan kekuatan fizikal dalam bentuk ini.

  • Fracción Szayel Aporro Granz

Fracción octova milik Szayel Aporro Granz merupakan sekumpulan hollow yang diubahsuai secara peribadi oleh Szayel sendiri, sebelum mereka diubah menjadi arrancar oleh Aizen. Kebanyakan daripada mereka bukanlah arrancar yang lengkap; mereka tidak membawa zanpakutō mahupun menyerupai manusia. Hanya tiga daripada mereka diberi nama, iaitu Lumina (ルミーナ, Rumīna) dan Verona (ベローナ, Berōna) yang merupakan Fracción Szayel utama; mereka merupakan arrancar yang pendek dan amat gemuk yang mula-mula memaklumkan kematian Aaroniero. Fracción ketiga merupakan arrancar yang amat tinggi, akhirnya dibunuh oleh Ishida, dipanggil oleh rakan-rakannya sebagai Medazeppi (メダゼピ, Medazepi). Disebalik kegunaan mereka sebagai pembantu kepada Szayel, mereka direka khas untuk melaksanakan tugas-tugas mereka yang lebih alternatif dan lain daripada yang lain. Misalnya, Szayel telah menelan Lumina hidup-hidup untuk dirinya disembuhkan. Golongan Fracción Szayel ini boleh diklon atau dicipta semula melalui proses tertentu; Szayel menjaminkan kesejahteraan Lumina kepada Fracción yang lain setelah menelan rakan mereka itu.

 
Wonderweiss Margera
  • Wonderweiss Margera (ワンダーワイス・マルジェラ, Wandāwaisu Marujera)Disuarakan oleh: Hisayoshi Suganuma

Wonderweiss Margera ialah seorang arrancar dalam tentera Aizen Sōsuke. Meskipun bukan seorang Espada, Soul Society telah meletakkan kuasanya bersama-sama tahap kuasa arrancar yang lain.[2] Wonderweiss mempunyai tubuh badan yang kecil, kurus dan keanak-anakkan. Bekas peninggalan topeng hollownya kekal pada atas kepalanya, dan kelihatan seperti sebuah makhota kecil. Personaliti Wonderweiss juga serupa dengan seorang kanak-kanak dan autistik. Apabila dia dihantar dalam sebuah misi untuk membunuh, dia sebaliknya bermain-main dengan seekor pepatung. Dia kadang-kala menunjukkan ancaman kecil, pada suatu masa menembak serangan bala sebagai tindak balas dalam pertarungan, namun segera berubah menjadi dirinya semula. Dia tidak mampu bertutur dengan lancar, hanya bercakap sepatah dua sahaja pada satu-satu masa seperti seorang kanak-kanak. Tōsen Kaname mengatakan bahawa Wonderweiss adalah serupa dengannya, iaitu mereka merupakan makhluk suci (meskipun dia ragu-ragu sama ada dirinya suci dari segi kejahatan ataupun kebaikan), yang seringkali mengakibatkan mereka berdua dilihat bersama-sama, di mana Wonderweiss selalu sahaja mengikut Tōsen. Disebabkan ini juga, Wonderweiss cuba menghalang Ichimaru Gin daripada mendekati Tōsen, kerana dia berasa ragu-ragu terhadap sifat Gin yang sebenar.[3]

Zanpakutō Wonderweiss berupa sebilah pedang besar berwarna ungu yang diikat di belakangnya; ukurannya adalah sepanjang badan Wonderweiss sendiri. Hulunya menyerupai pedang panjang Barat berbanding pedang katana yang selalu digunakan, meskipun anyaman hulunya masih menyerupai pedang Jepun. Nama serta bentuk lepasan zanpakutō Wonderweiss belum lagi didedahkan.

  • Patros (パトラス, Patorasu)Disuarakan oleh: Tetsuo Kaneo

Patros ialah arrancar yang hanya muncul dalam versi anime Bleach. Patros mempunyai rambut berwarna biru, misai yang nipis dan mata yang agak "tenggelam". Topengnya menutupi hahagian kiri mukanya, dan lubang hollownya berada di perut. Pakaian menyerupai pakaian Ulquiorra Schiffer, tetapi lebih singkat, mendedakan lubang hollow pada perutnya. Patros merupakan musuh yang hebat, mampu menentang Abarai Renji dengan baik. Patros juga berasa amat bangga dengan kebolehannya, menunjuk-nunjukkan teknik pengawalan pedangnya dan melayan musuhnya seperti sampah.

Patros telah mendapat sokongan daripada dua arrancar lain, iaitu Menis (メニス, Menisu) dan Aldegor (アルデゴル, Arudegoru), suara masing-masing disumbangkan oleh seiyū Hisashi Oda dan Kenta Miyake. Menis ialah arrancar dengan sifat kewanitaan; rahang topengnya terletak pada bahagian kiri kepalanya. Zanpakutō Menis iaitu Erizo (エリッソ, Erisso, bahasa Sepanyol untuk "landak kecil") diaktifkan dengan arahan "tikam" (刺せ, sase) dan memberinya tiga ekor bersegmen dengan hujung yang tajam untuk digunakannya sebagai senjata. Aldegor pula merupakan arrancar yang lebih tinggi dan besar yang berambut hitam. Bekas topeng hollownya menutup suku bahagian atas, kiri mukanya. Dia terbunuh menerusi luka yang diterima daripada Madarame Ikkaku selepas menyatakan penyesalannya mengikuti Patros. Zanpakutō Aldegor iaitu Jabalí (ハバリー, Habarī, bahasa Sepanyol untuk "babi jantan") diaktifkan dengan arahan "habiskan mereka" (掛かれ, kakare) dan memberi Aldegor enam apendej pada bahagian belakangnya, yang boleh melindungi dirinya daripada serangan dan menggulungkan dirinya untuk membentuk sebuah sfera. Mereka berdua dibunuh dalam jangka masa yang singkat.

Zanpakutō Patros ialah Jerifalte (ヘリファルテ, Herifarute, bahasa Sepanyol untuk "ketua"). Ia mengambil bentuk sebagai sebilah katana biasa dengan pemegang berbentuk berlian dalam bentuk biasanya. Penutup dan pemegangnya masing-masing berwarna kuning. Zanpakutō Patros tidak digunakan seperti pedang biasa dalam pertarungan; sebaliknya, ia mampu menembak bebola api daripada jarak yang jauh dengan mengeluarkan bilah daripada sarungnya dan kemudian menyarungnya kembali dalam satu pergerakan yang pantas, merujuk kepada gaya iaidō. Serangan tersebut mempunyai dua puluh tahap yang berbeza, di mana setiap satunya mengeluarkan kuasa yang lebih kuat daripada sebelumnya. Kelemahan teknik ini terletak pada kaedah ia dilakukan: untuk mengumpulkan tenaganya, Patros haruslah menyarung bilah pedang tersebut. Jika dia gagal berbuat demikian, teknik ini tidak berguna. Bentuk lepasan Jerifalte, diaktifkan dengan arahan "cemar" (汚れよ, kegareyo), menutup bahagian atas tubuh Patros dengan perisai dan mengembangkan topengnya pada setiap penjuru mukanya kecuali bahagian kanan mukanya. Bentuk ini juga mengubah tangan kanannya untuk menyerupai bentuk biasa zanpakutōnya. Tangan kirinya pula, meskipun kelihatan sama, dibuka pada bahagian tengah untuk mencipta tembakan-tembakan tenaga.

Di atas perasaan kurang puash hati mengambil arahan di bawah seorang shinigami, Patros mencuri Sfera Pembiasan. Disebabkan pengetahuannya tentang objek tersebut yang cetek, dia bertindak untuk mencari Urahara Kisuke, penciptanya. Dia dibunuh oleh Renji dengan bantuna daripada Ririn, Kuroud dan Noba. Kisahnya pula, didedahkan sebagai sebuah manipulasi dan tipu muslihat Aizen sendiri, di mana sfera yang dicurinya merupakan salah satu teknik daripada Aizen untuk memusnahkan sebarang pertelingkahan dikalangan arrancar serta menghiburkan dirinya dalam proses tersebut. Lebih penting lagi, gangguan yang dilakukan Patros membolehkan Ulquiorra menjejaki asal-usul kuasa Orihime untuk bersiap-sedia dalam rancangan Aizen yang seterusnya.

Exequias

sunting

  • Ketua Exequias tidak bernamaDisuarakan oleh: Taro Yamaguchi

Meskipun tidak bernama, ketua Exequias adalah bertanggungjawab dalam mengendalikan para pemberontak dan penceroboh di Las Noches. Berbeza daripada kebanyakan arrancar lain, mukanya disembunyikan. Dia kelihatan berpangkat lebih tinggi berbanding Exequias biasa, kerana tengkoraknya berbentuk lembu, tidak seperti tengkorak berupa manusia yang dipakai oleh para pembantunya. Dia membawa sebilah zanpakutō, tetapi nama serta tahap lepasannya belum didedahkan. Dia juga mengenali Dordonii. Dia serta pembantunya membersihkan bekas kawasan-kawasan pertarungan, mengumpul data sebelum membunuh sesiapa sahaja yang terselamat: pembunuhan Dordonii dan Cirucci Thunderwitch yang tidak dipaparkan dilakukan oleh mereka disebabkan kegagalan bekas-bekas Espada tersebut untuk mengalahkan musuh mereka, dan telah bersiap-sedia untuk melakukan perkara yang sama ke atas Chad dan Gantenbainne sebelum mereka berhadapan dengan dua orang shinigami iaitu Unohana Retsu dan Kotetsu Isane. Mereka terkejut melihat kedatangan seorang shinigami tahap kapten, lalu mengundurkan diri untuk mengelakkan berlakunya konflik.

Lain-lain

sunting

 
Bentuk-bentuk Grand Fisher.
  • Grand Fisher (グランドフィッシャー, Gurando Fisshā)Disuarakan oleh: Chafurin (Bahasa Jepun), Paul St. Peter (Bahasa Inggeris)

Grand Fisher ialah hollow yang telah menyembunyikan dirinya daripada golongan shinigami dalam lebih daripada 50 tahun dan bertanggungjawab di atas kematian ibu Ichigo, Kurosaki Masaki. Dalam siri anime, Grand Fisher gemar menelan wanita manusia, menyebabkannya membunuh ibu Ichigo dalam proses tersebut; dalam siri manga, dia lebih minat memakan kanak-kanak, dan ibu Ichigo telah mengganggu tabiatnya itu, justeru terbunuh. Dalam bentuk hollow, dia kelihatan seperti seekor hamster gergasi dengan tangan dan kaki seperti burung dan tentakel yang tergantung daripada dahinya. Umpan yang terdapat pada Grand Fisher ini mempunyai saiz sebesar manusia dan boleh diubahsuai untuk menyerupai sesiapa sahaja yang diinginkan oleh Grand Fisher, seringkali meniru salah satu daripada bekas mangsanya. Umpan Grand Fisher boleh bertindak balas tanpa perlu dikawal oleh tuannya, dan selagi umpan ataupun Grand Fisher terselamat, dia tidak boleh disucikan.

Sebagai hollow, Grand Fisher menggemari kaedah menentang shinigami menggunakan pemancingnya untuk menjauhkan musuh-musuh, bertentangan dengan kaedah menarik mereka kepadanya yang merupakan cara biasa untuknya digunakan. Dengan mengubah pemancingnya menjadi salinan rupa fizikal seseorang individu yang rapat dengan musuhnya, dia boleh menghalang musuhnya itu itu daripada menyerang kerana musuhnya kini tidak sanggup mencederakan umpannya. Dia boleh menumbuhkan rambut daripada jari-jemarinya menjadi duri-duri tajam untuk menikam musuh, atau menggunakannya sebagai penghalang kepada musuh. Grand Fisher menerangkan sekiranya rambut dan kukunya digunakan sebagai duri untuk menikam musuh, mereka juga berupaya untuk menyerap segala memori musuhnya itu, justeru dia mampu menggunakan kebolehannya untuk mengumpan musuh dengan mencipta salinan rakan-rakan atau ahli keluarga mereka yang tersayang sebagai penghalang dan/atau perisai. Diluar pertarungan, pemancingnya digunakan seperti biasa, membenarkannya membezakan manusia biasa dengan mereka yang memiliki kuasa tinggi lalu menelan mereka.

Setelah dikalahkan oleh Ichigo, Grand Fisher berubah menjadi seorang arrancar yang tidak lengkap oleh Iceringer dan digunakan oleh Aizen sebagai bahan eksperimen. Dalam bentuk arrancar, dia menyerupai manusia yang lebih besar berbanding dirinya yang lama dengan muka yang penuh tatu yang terkeluar di antara tulang rahangnya. Dia bersenjatakan sebilah zanpakutō yang mempunyai panjang setinggi bangunan dua tingkat. Dengan melepaskan zanpakutōnya itu, dia berubah menjadi seekor raksasa gergasi dengan sepasang tanduk seperti seekor lembu jantan, dan zanpakutōnya berubah menjadi sebesar saiz bangunan pencakar langit. Dia kembali semula ke dunia manusia untuk memburu dan membunuh Ichigo, tetapi sebaliknya dirinya dibunuh pula oleh Kurosaki Isshin.

  • Arrancar klon tidak bernama

Arrancar ini terhad kepada siri anime sahaja. Dia dicipta secara semula jadi selepas menelan seorang gadis yang kuat sebagai hollow. Selain daripada memberinya bentuk dan rupa baharu, gadis itu juga telah memberinya kuasa untuk mencipta salinan-salinan bentuk hollownya untuk melakukan apa sahaja mengikut kemahuannya, mengumpul roh-roh daripada lokasi yang jauh dan mengalirkan kuasa yang dikumpul kembali kepadanya. Klon-klon ini boleh menyalin rupa sesiapa sahaja yang pernah ditelannya, membenarkan mereka menyembunyikan kuasa semangat mereka. Arrancar yang tidak bernama ini juga boleh mengawal klon-klon hollownya menerusi sebuah nada alat muzikal yang digelar okarina[4], dimainkan oleh gadis itu semasa dia masih hidup; ia juga mempunyai kebolehan unik utntuk memaksa golongan Plus untuk berjalan dengan sendirinya terus ke mulut klon-klonnya. Akhir sekali, arrancar ini juga mampu menyembunyikan dirinya di dalam sebuah lorong dimensi kecil untuk mengelakkan kuasa semangatnya diketahui sambil mengawal klon-klon daripada kawasan tersebut, justeru mengakibatkan kesukaran dalam memburunya. Arrancar ini dibunuh oleh Hitsugaya, yang telah berjaya mengenalpasti lorong dimensinya dengan bantuan gadis itu yang telah menentang kawalannya.

Zanpakutō arrancar ini digelar Dientes (ディエンテス, Dientes, bahasa Sepanyol untuk "Gigi"), dan diaktifkan dengan arahan "kunyah" atau " (噛み砕け, kamikudake). setelah melepaskan zanpakutōnya, bentuknya berubah secara drastik sekali; lengan serta tangannya berubah menjadi belantan besar, setiap daripada senjata itu mempunyai duri-duri tajam. Makhluk berupa ular juga muncul di atasnya, yang boleh menyerang dari jarak yang jauh.

  • Arturo Plateado (アルトゥロ・プラテアド, Aruturo Purateado)Disuarakan oleh: Tomokazu Seki (Bahasa Jepun), J. B. Blanc (Bahasa Inggeris)[5]

Arturo Plateado (secara literal Arthur Perak dalam bahasa Sepanyol) ialah arrancar yang direka oleh Sega, dengan kerjasama Tite Kubo, khas untuk Bleach: Shattered Blade. Arturo mempunyai rambut panjang, kulit pucat, dan peninggalan topeng hollownya berada di sebelah kanan pipinya, rupanya seakan-akan rupa Grimmjow. Lubang hollow Arturo terletak di tengah-tengah dadanya. Dia bercakap dengan loghat Sepanyol, mungkin sekali disebabkan oleh rujukan-rujukan kepada motif Sepanyol dalam babak arrancar Bleach.[5]

Zanpakutō Arturo digelar Fénix (不滅王(フェニーチェ), Fenīche, bahasa Sepanyol untuk "Phoenix," bahasa Jepun yang bermaksud "raja abadi") namun arahan pengaktifannya tidak diketahui. Dia memiliki dua jenis sayap tenaga berbeza: yang pertama, seringkali berada di belakang badannya dalam permainan, merupakan sepasang sayap berwarna hijau yang serupa kepada satu belah sayap milik Ishida apabila dia mengaktifkan Bentuk Quincy Terakhir. Set yang kedua, yang muncul dalam mod terunggulnya, adalah diperbuat daripada api berwarna-warni.

Arturo merupakan arrancar yang diperbuat sendiri yang sangat tua sehingga dia anya dikenali oleh Yamamoto-Genryūsai Shigekuni dan Shihouin Yoruichi menerusi skrol keluarganya. Dua ribu tahun sebelum bermulanya kisah canon Bleach, Arturo telah menempa masuk ke dalam Soul Society dan dikunci di bawah Sōkyoku. Apabila Sōkyoku itu hancur sewaktu Ichigo menceroboh masuk untuk menyelamatkan Rukia pada akhir babak Soul Society, kunci sempadan Arturo musnah dan dia terlepas. Di dalam permainannya, dia menyerupai beberapa watak daripada kapten hingga semangat zanpakutō untuk menipu orang lain mencari dan mengumpul serpihan-serpihan Sōkyoku yang hancur itu demi mencapai kuasa yang tinggi dengan menyerap masuk ke dalam tubuhnya. Bergantung kepada penghujung permainan video tersebut, Arturo mungkin disucikan oleh dikalahkan, ataupun berjaya mendapatkan Sōkyoku lalu terus menuju ke Soul Society untuk menghancurkannya.

  • Fishbone D (フィッシュボーン, Fisshubōn Di)

Fishbone D merupakan hollow yang menyerang Klinik Kurosaki pada permulaan Bleach. Dia kelihatan seperti gabungan seorang manusia dan ikan. Rohnya disucikan oleh Kurosaki Ichigo yang baru sahaja menjadi seorang shinigami.

  • Bulbous G (バルバス, Barubasu Ji)

Bulbous G merupakan hollow bersaiz besar dan kombatan jarak dekat yang mempunyai topeng bermotifkan singa. Dia ditewaskan oleh Sado selepas Sado membangkitkan kuasa terpendamnya untuk melindungi adik Ichigo, Kurosaki Karin.

  • Numb Chandelier (ナムシャンデリア, Namu Shanderia)

Numb Chandelier merupakan hollow betina yang berupa seekor sotong kurita. DIa tidak suka bertarung dan lebih gemar terapung-apung jauh daripada sasaran pihak lawan. Dia menyerang dengan menembak senjata seakan-akan benih untuk mengambil alih fungsi tubuh manusia yang menjadi targetnya. Dia juga boleh menembaknya benih-benih itu seperti torpedo. Numb Chandelier ditewaskan oleh Inoue Orihime selepas dia membangkitkan kuasa terpendamnya untuk melindungi Arisawa Tatsuki.

  • Lunuganga (ルヌガンガ, Runuganga)

Lunuganga merupakan hollow gergasi yang terdiri daripada pasir. Kepalanya seakan-akan sebuat istana pasir. Ia ialah penjaga kepada Pasir Putih yang bertindak di bawah arahan Las Noches. Oleh sebab ia terdiri daripada pasir, ia imun kepada sebarang serangan fizikal tetapi lemah terhadap air. Maka, ia dapat dikalahkan oleh Rukia dengan mudah; zanpakutō Rukia berelemen ais.

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Manga Bleach; bab 256, halaman 17.
  2. ^ Manga Bleach; bab 231, halaman 1, 3
  3. ^ Manga Bleach; bab 250, halaman 15.
  4. ^ Kamus Dewan Inggeris-Melayu; terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka; halaman 1050
  5. ^ a b Rencana IGN dalam "Bleach Wii" Diarkibkan 2012-02-17 di Wayback Machine, 15 September 2006