Aizen Sōsuke (藍染 惣右介) ialah seorang watak fiksyen dalam siri anime dan manga Bleach ciptaan Tite Kubo. Dia merupakan bekas kapten dalam Diviyen ke-5 dan kini merupakan watak antagonis utama siri ini.

Watak Bleach
Aizen Sōsuke
Peranan Bekas kapten shinigami Divisyen ke-5; ketua kepada arrancar
Tarikh lahir 29 Mei
Zanpakutō Kyōka Suigetsu
Seiyū Shō Hayami
Pelakon suara latar Kyle Hebert

Watak dan Perwatakan

sunting

Aizen ialah seorang intelektual yang peramah dan bersuara lembut, serta bercermin mata sepanjang masanya sebagai kapten shinigami. Walaupun dia kelihatan sangat perihatin terhadap ahli-ahlinya, dia sebenarnya tidak mementingkan mereka langsung. Menurut Aizen sendiri, dia tidak terikat dengan nilai-nilai moral, dan justeru, tidak akan dihindari daripada mengembangkan cita-citanya, meskipun terpaksa memanipulasi atau membunuh sesiapa yang dianggapnya sebagai halangan. Menurut golongan arrancar, sebab utama mereka menghormati dan menurut kata-kata Aizen adalah disebabkan keberanian dirinya yang tidak menggeruni apa-apapun.

Aizen mengawal bala tenteranya sama ada menerusi kehormatan yang diterimanya, seperti yang didedahkan melalui perbualan Ulquiorra Schiffer dengan Inoue Orihime di mana dia mengatakn bahawa mereka berkumpul untuk memikul dan membawa cita-cita Aizen lebih jauh lagi, ataupun menerusi ketakutan, misalnya seperti gertakan Aizen terhadap Grimmjow Jeagerjaques bahawa dia akan membunuhnya jika dia menyerang Tōsen Kaname.

Aizen merupakan seorang lawan yang cukup handal, mengatasi kebanyakan shinigami tahap kapten. Meskipun tahap sebenar kuasanya tidak dapat dipastikan, dia mengatakan bahawa dia telah mencapai tahap maksimum kuasa shinigami dalam setiap empat bentuk kombat shinigami: seni bermain pedang, seni bela diri, pergerakan kaki, dan kidō. Dia juga mengatakan bahawa satu-satunya cara untuk dirinya melepasi tahapnya kini adalah untuk mendapat dan mengawal sepenuhnya kuasa hollow. Tahap kemahiran biasanya dapat dilihat apabila dia mampu menghentikan lepasan zanpakutō, termasuklah bankai Kurosaki Ichigo dengan hanya satu jari sahaja, selain daripada mengalahkan beberapa musuh tahap kapten sekaligus tanpa sebarang kesukaran. Suatu petunjuk yang diberikan untuk membuktikan tahap kekuatan tenaga semangatnya berlaku apabila dia mengubah Wonderweiss Margera menjadi seorang arrancar. Apabila dia bersedia untuk mengaktifkan hōgyoku, dia mengatakan bahawa walaupun Sfera Pembiasan itu masih belum aktif sepenuhnya, dia mampu mengaktifkannya dengan penuh buat sementara waktu apabila hōgyoku tersebut bergabung dengan seseorang yang mempunyai tahap tenaga semangat dua kali ganda seorang shinigami tahap kapten, secara tidak langsung merujuk kepada dirinya.[1] Kekuatan tenaga spiritual Aizen juga cukup kuat sehingga, tanpa sebarang usaha fizikal, mampu memaksa Espada ke-6, iaitu Grimmjow Jeagerjaques, berlutut di lantai.

Objektif sebenar Aizen adalah untuk mengguling raja Soul Society. Untuk menjadikan ini kenyataan, Aizen memerlukan kunci diraja (王鍵, ōken?), sejenis kunci emas bercabang tiga yang boleh membuka membuka sebuah portal ke dimensi yang didiami raja tersebut. Mahupun lokasi sebenar kunci itu hanya diketahui oleh Jeneral Yamamoto, Aizen mengetahui cara kunci itu dicipta dan bagaimana untuk mencipta satu lagi kunci yang serupa. Untuk mencipta kunci itu, Aizen perlu mengumpul 100,000 roh di Bandar Karakura[2] yang mempunyai kepekatan zarah-zarah semangat yang luar biasa. Ciptaan kunci emas itu bukan sahaja akan membunuh ramai orang, tetapi akan mengewapkan sebahagian besar Bandar Karakura.

 
Aizen dilihat dengan pakaian baru selepas pembelotannya, bersama-sama Gin dan Tōsen.

Sewaktu peninggalan mereka ke Hueco Mundo, Aizen telah membuang cermin matanya dan memberus rambutnya, mendedahkan mata yang kejam dan gaya rambut yang berbeza. Seperti yang telah didedahkannya kepada Abarai Renji bahawa Aizen yang mereka kenali tidak pernah wujud, ini merupakan sebuah gambaran visual kepada kenyataannya itu. Sebelum dia beredar, dia memberitahu Ukitake Jūshirō bahawa tidak ada sesiapa yang pernah berdiri di puncak dunia, mahupun Tuhan.[3] Kemudian dia mengatakan bahawa dialah yang akan berdiri di puncak alam semesta dan akan mengisi kekosongan makhkota dunia. Aizan kemudian dilihat di Hueco Mundo, berpakaian serupa dengan gaya pakaian arrancar ciptaannya; dia juga dilihat duduk di atas singgahsana, menunjukkan bahawa dia mempunyai tahap kuasa politik di sana.

Sejarah

sunting

Tidak banyak yang diketahui tentang zaman silam Aizen. Dia telah meluangkan banyak masa di dalam Divisyen ke-5, sehingga menjadi leftenan.[4] Pada waktu itu, dia berjumpa dengan Tōsen Kaname, dan telah menggoda lelaki itu untuk menyertainya. Aizen akhirnya menjadi kapten Divisyen ke-5, dan telah melihat potensi yang baik di dalam diri Ichimaru Gin, yang menjadi leftenannya yang pertama, juga sebagai orang kanannya. Ichimaru Gin dan Tōsen Kaname masing-masing menjadi kapten, Ichimaru sebagai kapten Divisyen ke-3 dan Tōsen sebagai kapten Divisyen ke-9, namun tetap setia terhadap Aizen. Menurut Aizen, meskipun sewaktu Hinamori menjadi leftenannya, dia tidak pernah menganggap orang lain sebagai leftenannya selain daripada Ichimaru Gin.

Pada masa yang tertentu, dia juga telah melihat potensi di dalam Hinamori Momo, Kira Izuru dan Abarai Renji, sekaligus mengambil mereka masuk ke dalam divisyennya. Sewaktu Kira dan Hinamori bersikap patuh dan setia, dan masing-masing diambil sebagai leftenan Divisyen ke-3 dan ke-5, Renji telah berkelakuan terlalu "degil" dan justeru telah ditukar ke Divisyen ke-11 (dan akhirnya ke Divisyen ke-6, di mana dia juga telah menjadi seorang leftenan).

Sinopsis

sunting

Apabila Kuchiki Rukia dibawa pulang ke Soul Society bersama-sama Sfera Pembiasan di dalam tubuhnya, Aizen cepat-cepat memanipulasikan sebuah konspirasi sehingga melibatkan semua orang. Aizen mula dengan membunuh setiap ahli Bilik Utama 46 dan telah menggerakkan tarikh hukuman Rukia lebih awal. Kemudiannya dia telah menggunakan kebolehan zanpakutōnya untuk menipu semua orang untuk mempercayai bahawa dia telah dibunuh dan menetapkan bahawa Gin adalah pembunuhnya. Dia juga kemudian telah membuat leftenannya, Hinamori Momo, untuk menduga bahawa rakan lamanya, iaitu Kapten Hitsugaya, telah membunuhnya, justeru mengenepikan Hinamori daripada mengganggu rancanganya. Disbebabkan kaedah penghukuman Rukia, Gotei 13 telah berpecah menjadi beberapa kumpulan dan golongan kapten mula bertarung antara satu sama lain. Sewaktu perbalahan ini berlangsung, Gin telah melaksanakan aspek-aspek penting rancangan itu, yang mula didedahkan apabila Kapten Divisyen ke-4, iaitu Unohana Retsu mula berasa curiga akan tubuh badan Aizen yang kononnya telah mati.

Aizen telah mendedahkan dirinya dengan hampir membunuh leftenanya, mengalahkan Hitsugaya, dan telah mengarahkan Tōsen Kaname membawa Abarai Renji dan Rukia kepadanya. Kurosaki Ichigo telah bekerjsama dengan Renji untuk mencelah, namun Aizen telah menunjukkan keberaniannya apabila dengan mudahnya, serangan mereka dipatahkannya, dan kemudian telah mengalahkan Kapten Divisyen ke-7. Komamura Sajin, dengan sihir kidō tahap 90. Sekalipun Aizen gagal membunuh Rukia, dia telah mengeluarkan Sfera Pembiasan daripada badannya menggunakan maklumat yang dikaji oleh Urahara Kisuke. Dengan ini, Aizen telah dibawa ke Hueco Mundo oleh beberapa Menos Grande bersama-sama Gin dan Tōsen.

Bermula daripada waktu itu, Aizen telah mula mencipta beberapa arrancar, dan mula menghantar mereka satu per satu ke dunia sebenar untuk mendapat maklumat tentang Ichigo dan, kemudian, untuk menculik Inoue Orihime, yang diperlukan Aizen di atas kuasa penyembuhan gadis itu, di mana ia dapat menyelamatkan kuasa Sfera Pembiasan yang semakin merosot. Aizen juga mempunyai kepercayaan yang kuat bahawa Orihime setia kepadanya, sehingga membenarkannya melihat Sfera Pembiasan. Aizen menyedari pencerobohan Ichigo, Chad dan Ishida di Hueco Mundo dan mengadakan suatu perjumpaan dengan para Espadanya untuk memberitahu mereka akan ancaman itu.

Arrancar arc

sunting

Aizen telah menjadi watak antagonis utama apabila dia mula menyerang Shiniami dengan tentera Arrancar.Selepas 10 Arrancarnya tewas ditangan Gotei 13,Aizen telah bertindak dengan menewaskan Kapten Shinigami dengan amat mudah[5].Kemudian,Dia telah bertarung dengan Yamamoto Genryusai Shigekuni yang telah Disambung oleh Wonderweiss.Selepas Yamamoto tewas,Aizen berlwan dengan Isshin,dan mendedahkan bentuknya yang kedua .Bentuknya yang kedua,jauh lebih pantas bahkan menandingi Yoruichi dan berjaya menewaskan urahara,yoruichi,dan isshin.Selepas itu,Dia bersama sama dengan Gin pergi ke bandar karakura yang sebenar,dan ingin membunuh rakan rakan ichigo.Meskipun begitu,tanpa disangka,gin yang dianggap santa setia padanya telah membunuhnya dengan menusuk jantungnya dengan Kamishini no yari.Tetapitanpa disangkakan,Aizen terlalu marah sambil menjerit,dan berubah kebentuk kedua yang lebih berkuasa.Lalu membunuh Gin.Ichigo datang dan berlawan dengan Aizen dalam kekuatan yang menakjubkan.Disebabkan rasa malu apabila tekniknya ditewaskan dengan mudah oleh Ichigo,dia telah berubah kebentuk ketiga,dimana dia berlawan dengan Ichigo yang juga dalam bentuk pertukaran terakhir.[6].Selepas seakan akan seri dengan Ichigo,dia terasa amat malu dan hampir berubah keentuk seterusnya,tetapi,berjaya disekat oleh urahara melalui satu kuasa yang telah ditetapkan oleh urahara.Akibatnya kini dia telah ditahan oleh Kpaten kapten Shinigami,dan bakal Dihukum.

Kyōka Suigetsu

sunting
 
Kyōka Suigetsu mencipta objek ilusi.

Zanpakutō Aizen ialah Kyōka Suigetsu (鏡花水月, makna kasar: Bunga Kaca Airan Bulan). Pedangnya kelihatan seperti katana biasa sebelum dilepaskan. Arahan tahap shikainya ialah "hancurkan" (砕けろ, kudakero). Nama zanpakutō Aizen iaitu Kyōka Suigetsu menunjukkan ciri-ciri ilusinya; bulan yang dipantulkan pada permukaan air dan bunga di dalam sebuah kaca atau cermin merupakan perkara-perkara yang boleh dilihat namun tidak boleh disentuh. Ini merupakan peribahasa Cina yang mengajar manusia tentang godaan ilusi, di mana melihat dan menginginkan sesuatu yang wujud hanya sebagai mimpi semata-mata dan tidak boleh dimiliki dengan mudah.

Tahap shikai Kyōka Suigetsu mempunyai kebolehan untuk meletakkan sesiapa sahaja yang melihatnya di bawah keadaan "hipnosis menyeluruh" (完全催眠, Kanzen Saimin), di mana seterusnya Aizen mampu mencipta ilusi yang dilihat oleh mereka mengikut kehendaknya. Hipnosis tersebut adalah berkekalan dan mangsanya tidak boleh membebaskan diri daripadanya, meskipun jika si mangsa menyedari akan kesan zanpakutō itu. Satu-satunya cara untuk tidak terkena kesannya adalah dengan mengelakkan diri daripada melihat tahap shikai Kyōka Suigetsu; dengan itu, Tōsen Kaname yang dari awalnya buta tidak boleh terkena kebolehan ini. Kesannya dipercayai berkekalan, jika tidak sekurang-kurangnya tahan lama, seperti yang dipamerkan oleh Aizen apabila dia melepaskan zanpakutōnya semasa sebuah majlis pelepasan di hadapan para leftenan dan kapten di Gotei 13 sebelum mencipta ilusi mayatnya. Meskipun ilusi-ilusi ciptaan Kyōka Suigetsu adalah menakjubkan, mereka bukannya sempurna; Kapten Unohana Retsu telah berjaya mengesan sesuatu yang pelik dengan mayat palsu Aizen, meskipun dia tidak dapat mengenalpasti masalah sebenarnya sehingga melihat Aizen yang sebenarnya masih hidup.

Kebolehan hipnosis ciptaan Kyōka Suigetsu menjadikannya sebagai suatu teknik yang sangat berkesan dan berguna di dalam pertarungan, kerana Aizen mampu mencipta ilusi-ilusi ringkas untuk mengelirukan musuhnya. Dengan mencipta bayangan dirinya yang palsu, Aizen mampu menyembunyikan pergerakan sebenarnya dan menyerang dengan bebas; manakala musuhnya akan kekal bertumpu ke arah ilusi yang diciptanya sehingga reaksi mereka untuk menyedari akan posisi sebenarnya terlewat. Contoh terbaik yang ditunjukkan Aizen adalah semasa pertarungan singkatnya bersama Komamura Sajin, di mana sebuah salinan ilusi palsu Aizen dilihat mencairkan dirinya selepas Aizen yang sebenar bergerak ke posisi yang lebih dekat untuk menggunakan sihir Keranda Hitam.[7]

Kemunculan dalam media lain

sunting

Aizen telah muncul dalam kebanyakan judul-judul permainan video Bleach, di mana dalam keluaran judul terbaru Aizen berpakaian seragam Soul Society. Dia juga memiliki Bleach Beat Collection dirinya tersendiri, sebuah CD lagu-lagu imej watak ringkas. Lagu-lagu tersebut adalah Shinsen, Kyōka Suigetsu dan sebuah Voice Message daripada pelakon suara latar Aizen, Shō Hayami.

Rujukan

sunting
  1. ^ Manga Bleach; bab 229, halaman 15
  2. ^ Manga Bleach; bab 223, halaman 9
  3. ^ Manga Bleach; bab 178, halaman 15
  4. ^ Manga Bleach; bab 176, halaman 5
  5. ^ bleach episode 295
  6. ^ bleach episode 297
  7. ^ Manga Bleach; bab 176, halaman 9-11.