Tiada Esok Bagimu
Tiada Esok Bagimu merupakan sebuah filem drama Malaysia 1979 arahan Jins Shamsuddin dan merupakan pelakon utama serta dibantu Noorkumalasari dan Sarimah Ahmad.
Tiada Esok Bagimu | |
---|---|
Pengarah | Jins Shamsuddin |
Penulis | Aimi Jarr |
Lakon layar | Jins Shamsuddin |
Cerita oleh | Aimi Jarr |
Dihasilkan oleh | Jins Shamsuddin |
Dibintangi | |
Disunting oleh | Salehan Samsuddin |
Muzik oleh | Kassim Masdor |
Diedarkan oleh | |
Tarikh tayangan | 1979 |
Masa tayangan | 110 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Ringkasan
suntingSebuah keluarga kaya yang tinggal di Kuala Lumpur. Pada suatu hari, mereka kehilangan anak perempuan mereka yang bernama "Noraimy" akibat terlanggar belakang kereta bapanya. Semasa di Taiping, Perak. Seorang wanita miskin bernama "Zarah" telah melahirkan dua orang anak kembar iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Perempuan itu, yang pada asalnya bernama "Siti" menukar namanya kepada "Noraimy" oleh keluarga angkat baharunya kerana mereka ingin mengingatkan anak perempuan mereka yang telah meninggal dunia. Pada suatu hari, Noraimy telah dirogol oleh seorang ahli perniagaan yang kaya raya. Pada suatu hari, Noraimy akhirnya mendapat tahu bahawa 17 tahun lalu di Taiping, Perak, tempat tinggal ibu kandungnya bernama Zarah tetapi semasa pulang ke Taiping, Zarah menerimanya tetapi cepat-cepat menghalaunya keluar dari rumah apabila Noraimy membilangi dia, yang Noraimy telah berjumpa dengan abang kembarnya bernama Yusof/Joseph di sebuah gereja. Walaupun Yusof dibesarkan oleh ibu bapa Kristian, dia tidak pernah memeluk agama Kristian dan mengamalkan agama asalnya iaitu Islam, sebaik sahaja Noraimy pulang ke rumah, Zarah menghalaunya keluar dari rumahnya dan memangil Noraimy dan Yusof "anak sial", selepas dia dibuang rumah. Noraimy pulang ke rumah keluarga angkatnya, di biliknya dia mula menangis teresak-esak dan selepas itu, dia memakai tudung dan membawa al-Quran ke ruang tamu, Di ruang tamu, Zarah datang untuk mengambil Noraimy balik ke Taiping, tetapi, bapa angkat, Ghazlan, tidak benarkan. Semasa Noraimy berpelukan dengan ibu bapa angkatnya, ibu kandung Noraimy berlari keluar kerana cemburu melihat anak perempuannya masih mahukan keluarga angkatnya. Noraimy mengejarnya dan terus memanggilnya "Mak, jangan tinggalkan Aimy mak". Pada akhirnya, mereka berdua berpelukan di jalan masuk rumah keluarga angkat itu tetapi malangnya, Zarah meninggal dunia secara tiba-tiba sambil memeluk anak perempuannya yang sebenar.
Sinopsis
suntingFilem ini mendedahkan kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam masyarakat atasan yang terdiri daripada Yang Berhormat, peguam dan arkitek muda. Masing-masing mempunyai citarasa dan nafsu yang berlainan. Sebagai orang berpengaruh, Yang Berhormat menggunakan kedudukannya bagi menodai gadis yang lemah. Manakala peguam muda pula mempersoalkan nama baik dan taraf setelah ditunangkan dengan gadis yang ternoda. Arkitek muda tersebut mengabaikan unsur seni Melayu. Filem ini juga membentangkan persoalan kasih sayang di dalam sesebuah keluarga
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Jins Shamsuddin sebagai Ghazlan
- Sarimah Ahmad sebagai Zaimah
- Noorkumalasari sebagai Noraimy
Pelakon pembantu
sunting- S. Roomai Noor sebagai bapa Peguam Khalid
- Umi Kalthum sebagai Ida
- Yusof Haslam sebagai Amir
- Zulkifli Zain sebagai Peguam Khalid
- Mahyon Ismail sebagai Zarah
- Normala Omar sebagai Azian
- A. Rahim sebagai Suami Zarah
Penampilan khas
sunting- Aimi Jarr sebagai Zamri
- Sharifah Aini sebagai Biduanita Undangan
- Salamiah Hassan sebagai Penyanyi Latar
- Mahmud Jun
- Sharifah Aminah
- Kumpulan Carefree
Pelakon tambahan
sunting- Yusman Jafri
- Johana Johan
- Elmi Zakaria
Album Runut Bunyi
suntingAnugerah dan pencalonan
suntingFilem terbaik pada Festival Filem Pertama (FFM1)