Normala Omar

Pelakon veteran wanita Malaysia

Datin Normala Omar (lahir 3 Julai 1958) ialah seorang pelakon wanita Malaysia yang bergiat aktif dalam televisyen dan filem. Beliau ialah isteri kepada pelakon Dato' Zulkifli Zain.


Normala Omar
Kelahiran (1958-07-03) 3 Julai 1958 (umur 66)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1976–kini
PasanganZulkifli Zain (k. 1975; m. 2020)
Anak-anak5 (termasuk Dr. Norzizi Zulkafli)

Kehidupan peribadi

sunting

Normala berkahwin dengan pelakon Zulkifli Zain pada 17 Disember 1975 dan dikurniakan lima anak. Anak-anak beliau hasil perkongsian hidup bersama Zulkifli ialah Dr. Norzizi, Norzaza, Norzazila, Norzazleen dan Mohd Noor Zabaiq.[1]

Zulkifli meninggal dunia pada 5 September 2020. Normala mendedahkan dalam satu temuramah bahawa perkahwinannya bersama Zulkifli tidak direstui keluarga.[2]

Kesihatan

sunting

Pada Ramadan 2016, Normala patah kaki kiri akibat terjatuh dari katil menyebabkan beliau tidak dapat bergerak untuk menjaga suaminya.[3]

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
1979 Tiada Esok Bagimu Azian
1980 Detik 12 Malam Farah
1981 Sesejuk Air Mata Ibu
Serampang Tiga Kasputri
1992 Kelisa
1995 Kecil-Kecil Cili Api
1997 Jogho Mek Yah
2000 Anaknya Sazali Guru Besar Fadilah
2004 I Know What You Did Last Raya Umi Fazzly dan Dr. Mira
2005 Potret Mistik Pengetua
Cinta Fotokopi Ummi
Lady Boss Datin Mala
2008 Selamat Pagi Cinta Ibu Suci

Rujukan

sunting
  1. ^ Syafiqah Jalal (18 Disember 2019). "Contohi pasangan artis yang berjaya mengekalkan keharmonian rumah tangga" - Sambut ulang tahun ke-44, Zulkifli Zain dan Normala Omar dipuji Astro Gempak. Dicapai pada 14 September 2020.
  2. ^ Normala, Zulkifli setia harungi dugaan Harian Metro. 7 September 2020. Dicapai pada 14 September 2020.
  3. ^ Normala Omar: Tak sangka kami sakit pun sama-sama My Buletin Malaysia. 27 Julai 2016. Dicapai pada 15 September 2020.

Pautan luar

sunting