Terier Sealyham
Terier Sealyham[a] ialah satu baka terier Wales jarang bersaiz kecil hingga sederhana yang berasal dari Wales sebagai anjing pekerja. Ia merupakan baka yang terutamanya bertubuh putih dan berbulu kasar yang dikembangkan pada pertengahan hingga lewat abad ke-19 oleh Kapten John Edwardes di Sealyham House, Pembrokeshire.
Nama lain | Terier sempadan Wales Border terrier Wales Terier Cowley | ||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Wales | ||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Ikutan Perang Dunia Pertama, kepopularannya meningkat dengan curam dan dikaitkan dengan bintang-bintang Hollywood dan anggota Keluarga Diraja British. Bilangannya menurun dengan ketara sejak itu sehingga baka ini tersenarai sebagai Baka Asli Rentan oleh The Kennel Club; angka terendah sepanjang zaman dicatatkan pada tahun 2008 apabila hanya 43 ekor anak anjing didaftarkan di United Kingdom. Penurunan ini telah diatributkan kepada kemasukan lampau baka-baka asing dan anjing pereka dan kebergunaan menurun terier Sealyham sebagai anjing pekerja.
Baka ini sama sesuai sebagai anjing keluarga atau terier pekerja dengan pelatihan betul. Ia terjejas akibat beberapa gangguan baka tertentu dengan hanya dua keadaan prevalen yang merupakan kehelan kanta dan mielopati degeneratif anjing. Sebuah ujian DNA kini tersedia untuk mengenal pasti anjing yang membawa gen yang menyebabkan kehelan kanta dan program pembiakbakaan dapat diselaraskan.
Sejarah
suntingBaka ini dikembangkan pada antara tahun 1850 dengan tahun 1891 oleh Kapten John Edwardes, di Sealyham House, dekat dengan Wolfscastle di kaunt Pembrokeshire di Wales. Pada asalnya, baka ini digunakan untuk kawalan haiwan perosak, untuk memburu buruan kecil, dan untuk membasmi haiwan perosak, khususnya bejar, yang biasanya dipindahkan oleh beliau.[1] Corgi Wales, terier rubah dawai, dan terier putih Inggeris yang kini pupus kesemuanya memainkan peranan dalam pembentukan terier Sealyham,[1] walaupun Edwardes tidak menyimpan rekod.[2] Beliau menginginkan anjing putih kecil dengan rahang kuat dan lapis bulu dawai. Lapis bulu putih amat dihargai, kerana ini bermakna bawa pemburu di ladang dapat membezakan anjing daripada buruan.[2] Edwardes menakai anjing lemah dan membiakbakakan yang lebih kuat.[3] Selepas kematian Edwardes pada tahun 1891, pembiak baka lain mula bekerja dengan terier Sealyham,[2] termasuk Fred Lewis, yang mempromosikan baka ini.[3]
Baka ini ditunjukkan buat kali pertama pada tahun 1903 dan kelab terier Sealyham diwujudkan pada tahun 1908; baka ini diiktiraf secara rasmi oleh The Kennel Club pada tahun 1911.[3] Terier Sealyham kini diiktiraf oleh semua kelab kenel utama di dunia berbahasa Inggeris.[4] Semasa peringkat awal pengiktirafannya, baka ini secara alternatif dikenali sebagai terier sempadan Wales atau terier Cowley.[5] American Sealyham Terrier Club diasaskan pada tahun 1913.[6]
Semasa tahun 1920-an dan tahun 1930-an, Sir Jocelyn Lucas menggunakan anjing ini untuk memburu bejar yang biasanya dipindahkan oleh beliau.[7] Pada masa ini, beliau juga menggunakan terier Sealyham untuk memburu berang-berang, stoat, dan tupai.[7] Sebagai keputusan bahawa beliau mengingikan anjing pemburu lebih baik daripada terier Sealyham yang dibiakbakakan untuk penunjukan pengakuran, beliau menyilangkan anjing ini dengan terier Norfolk. Ini menghasilkan baka anjing yang tidak dikenali yang dipanggil oleh beliau terier Lucas, yang diperihalkan oleh beliau sebagai "kematian kepada tikus dan arnab".[2]
Terier Sealyham melonjak dari segi kepopularan selepas Perang Dunia Pertama di United Kingdom dan di Amerika Syarikat.[2] Dalam industri filem Hollywood, terier Sealyham menjadi anjing bergaya untuk dimiliki oleh golongan elit Hollywood. Terier ini dimiliki oleh pelakon Tallulah Bankhead, Humphrey Bogart, Bette Davis, Elizabeth Taylor,[1] dan oleh penulis Agatha Christie.[8] Cary Grant memiliki seekor yang dinamai Archie Leach – nama sebenar Grant.[9] Alfred Hitchcock mempunyai salah seekor terier Sealyham beliau yang terlihat dalam filem tahun 1941 Suspicion. Alfred Hitchcock juga dapat dilihat pada permulaan filem tahun 1963, The Birds, semasa berjalan dengan dua ekor terier Sealyham dalam penampilan kameo, walaupun beliau juga memiliki terier Sealyham ketiga yang tidak dipaparkan dalam filem itu.[9] Keluarga diraja British juga menggemari anjing ini; Raja George V memiliki seekor anjing bernama Jack.[1] Pada tahun 1959, sebuah akhbar Ahad melaporkan di United Kingdom: "Satu notis telah disiarkan di Clarence House dan di Istana Windsor yang memberikan arahan jelas bahawa apabila Puteri Margaret bersarapan di atas katil, dua ekor terier Sealyham baginda mesti dibawa ke bilik bersama dengan dulang sarapan baginda."[10] Kedua-dua anjing ini dipanggil Pippin dan Johnny dan dijaga oleh Permaisuri Bonda apabila Puteri Margaret gering.[1] Pada tahun 1960-an, pengarang kanak-kanak Maurice Sendak memiliki seekor terier Sealyham bernama Jennie yang ditampilkan oleh beliau dalam karya beliau pada tahun 1967 Higglety Pigglety Pop!.[11]
Terier Sealyham pernah menjadi antara terier lebih popular[4] dan antara baka Wales paling terkenal. Walau bagaimanapun, kini, The Kennel Club (United Kingdom) menyenaraikan terier Sealyham sebagai antara baka asli paling terancam.[4] Pada tahun 2008, pendaftaran anak anjing baharu dengan The Kennel Club menurun ke paras paling rendah sepanjang masa iaitu 43, lalu menempatkannya antara tiga terbawah dalam senarai Baka Asli Rentan. Pada Oktober 2011, majalah British Country Life menyoroti baka ini pada muka hadapannya, dengan judul "SOS: Save our Sealyhams" ("[...] Selamatkan Sealyham Kita")[perlu rujukan] dan melancarkan kempen untuk menyelamatkan baka ini.[1] Angka akhir tahun untuk tahun 2011 menunjukkan bahawa 49 ekor anak anjing didaftarkan dengan The Kennel Club di United Kingdom, lalu mengekalkannya sesama tiga terbawah dalam senarai baka paling terancam.[10]
Seekor lagi terier Sealyham terkenal, Ch. Efbe's Hidalgo At Goodspice, yang juga dikenali sebagai Charmin, memenangi Best in Show dalam Crufts pada tahun 2009, tetapi kemenangannya tidak disiarkan di televisyen kerana BBC telah menggugurkan liputan pertandingan itu pada awal tahun itu, ikutan kontroversi selepas saluran itu menayangkan dokumentari Pedigree Dogs Exposed.[12] Ia sebelum ini pernah memenangi Kejohanan Kebangsaan AKC/Eukanuba di Amerika Syarikat pada tahun 2007[13] dan Pertunjukan Anjing Sedunia pada tahun 2008. Semasa bersara, Charmin menghadiri banyak pertunjukan sebagai penonton sehingga ia mati pada Oktober 2018.[14]
Harry Parsons, pengasas Working Sealyham Terrier Club, telah menyatakan bahawa, "Untuk memampankan baka...kita memerlukan antara 300 dengan 500 ekor anak anjing setahun".[1] Atas kemerosotan baka ini, The Kennel Club telah menyalahkan ketersediaan anjing pereka dan baka-baka lebih baharu seperti shih tzu dan pengharaman pemotongan ekor yang telah mengurangkan keupayaannya sebagai anjing pekerja.[1] Paul Keevil, dahulu dalam jawatankuasa baka rentan The Kennel Club, menjelaskan: "Secara tradisional, sejurus selepas terier Sealyham lahir, ekornya dipotong sehingga separuh panjangnya, kerana ia merupakan anjing pekerja kecil dan ia kerap juga tersangkut di dalam lubang, yang bermakna ia memerlukan ekor pendek dan kuat supaya pemiliknya dapat menariknya ke luar."[9] Setakat tahun 2010, baka ini menduduki tempat ke-152 daripada 168 baka menurut pendaftaran oleh American Kennel Club.[15] Menjelang tahun 2017, baka ini menduduki tempat ke-150 daripada 190 baka yang didaftarkan oleh American Kennel Club.[16] Pada tahun 2023, seekor terier Sealyham bernama Stache memenangi Pertunjukan Anjing Kebangsaan Amerika Syarikat.
Penampilan
suntingUkuran terier Sealyham berbeza mengikut piawaian baka mengikut negara tertentu. Piawaian baka The Kennel Club menyatakan bahawa ketinggian terier Sealyham tidak patut melebihi 31 sentimeter (12 in) yang diukur pada paras kelasa atau di bahagian atas tulang belikat. Piawaian American Kennel Club menyatakan bahawa ketinggiannya ialah 10.5 inci (27 cm) pada paras kelasa.[17] Berat untuk terier Sealyham juga berbeza sedikit. The Kennel Club menyatakan 8 kilogram (18 lb) untuk betina atau 9 kilogram (20 lb) untuk jantan,[18] manakala piawaian AKC menyatakan "23–24 paun (10–11 kg) untuk jantan; betina kurang sedikit."[17]
Ia mempunyai lapis bulu ganda putih yang memerlukan pemberusan kerap dengan sikat dawai untuk mengelakkan kusutan.[19] Ia mempunyai lapis bulu bawah padat, manakala lapis bulu luarnya mirip dawai dan tahan cuaca.[20] Tanda-tanda pada muka dapat mempunyai pelbagai warna termasuk lemon, hitam, perang, biru, dan bejar, yang merupakan campuran perang dan hitam.[21] Tanda-tanda tubuh berat atau tompok-tompok atau bintik-bintik berlebihan pada lapis bulu tidak digalakkan.[21] Terier Sealyham rendah ke tanah dan, dalam cuaca berlumpur, lapis bulu panjangnya dapat menjadi agak kotor.[3] Lapis bulu Sealyham didandani dengan pelucutan tangan untuk mengelakkan lapis bulu daripada menjadi terlalu lembut. Walau bagaimanapun, jika ia tidak ditunjukkan, bulu terier Sealyhams dapat digunting dan ini kerap merupakan pendekatan dandanan pilihan untuk anjing peliharaan. Seperti banyak terier, terier Sealyham pada dasarnya mempunyai lapis bulu tidak gugur.[22]
Perangai
suntingWalaupun gembira dalam kehadiran individu lain, ia tidak apa-apa jika dibiarkan bersendirian. Terier Sealyham sesuai untuk kedua-dua bandar dan desa.[3] Ia dapat menjadi degil, kadang-kadang kuat bersuara,[23] dan riuh tetapi juga penuh dengan keperibadian dan kasih sayang.[19][23] Walaupun ia merupakan teman keluarga setia, ia dapat dilatih untuk menjadi anjing pekerja, yang menjadikannya pemburu mencit atau pemburu tikus cemerlang.[2] Ia juga dapat diajar sebagai anak anjing untuk bergaul dengan haiwan lain, termasuk kucing dan burung.[19]
Harry Parsons memerihalkan terier Sealyham beliau demikian: "Mereka merupakan pendamping hebat dan cara mereka menjalin ikatan dengan pemilik adalah hampir ajaib. Saya membela enam ekor di ruangan dalaman dan jika seseorang menghubungi saya tentang infestasi dan meminta agar kami pergi memburu tikus, mereka akan tahu dan segera keluar pintu dalam satu milisaat. Jika anda melatih mereka, mereka akan mengutip. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk menggembirakan anda."[2]
Kesihatan
suntingSebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 13.1 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[24]
Terier Sealyham ialah salah satu baka yang lebih lazim terjejas akibat kehelan kanta primer yang disebabkan oleh mutasi resesif autosom bagi gen ADAMTS17.[25]
Ini seterusnya menyekat aliran bendalir di dalam mata, lalu membawa kepada peningkatan menyakitkan bagi tekanan intraokular (glaukoma) dan kerosakan saraf optik yang kerap tidak dapat diperbaiki, yang membawa kepada kehilangan medan penglihatan dan akhirnya kebutaan.[26]
Setakat November 2011, The Kennel Club belum mengetengahkan sebarang kebimbangan spesifik mengenai kesihatan baka ini kepada hakim pertunjukan pengakuran.[27] Oleh sebab angka rendah baka ini, dua masalah paling lazim yang dihadapi oleh baka ini kini merupakan kesan bapa popular dan masalah umum kepelbagaian genetik dalam baka ini.[28][29]
Baka ini cenderung terhadap dermatitis atopi.[30]
Catatan
sunting- ^ Jawi: تيريئر سيليئم ; Wales: daeargi Sealyham ; bahasa Inggeris: Sealyham terrier
Rujukan
suntingUmum
sunting- ^ a b c d e f g h Hough, Andrew (26 Oktober 2011). "Campaign launched to save Sealyham terriers 'from extinction'" [Kempen dilancarkan untuk selamatkan terier Sealyham 'daripada kepupusan']. The Daily Telegraph (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Oktober 2011. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ a b c d e f g Waugh, Tessa (26 Oktober 2011). "Country Life says: Save our Sealyhams" [Country Life kata: Selamatkan terier Sealyham kita]. Country Life (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ a b c d e "Sealyham Terrier" [Terier Sealyham] (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ a b c "An Introduction to the Vulnerable Native Breeds" [Pengenalan kepada Baka Asli Rentan] (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. 20 Disember 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Januari 2013. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ Mason 1915, halaman 34
- ^ "Pembrokeshire Record Office Sealyham Terrier Clubs Records" (dalam bahasa Inggeris). Archives Wales. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ a b Lucas, Jocelyn Morton (1922). The Sealyham Terrier: With Six Chapters on Breeding and Eight on Sport [Terier Sealyham: Dengan Enam Bab tentang Pembiakbakaan dan Lapan Bab tentang Sukan] (dalam bahasa Inggeris). Leicester, United Kingdom: T. H. Crumbie. m/s. 65–109. OCLC 10962242.
- ^ "The Sealyham Terrier - Back in the Spotlight" [Terier Sealyham - Kembali dalam Cahaya Sorot]. The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 24 Mac 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mei 2012. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ a b c McCarthy, Michael (5 Februari 2009). "Final cut for Hollywood's favourite dog" [Final cut untuk anjing kegemeran Hollywood]. The Independent (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ a b Webster, Isabel (25 Disember 2011). "Former Royal Favourite Dog Close To Extinction" [Bekas Anjing Kegemaran Diraja Hampir dengan Kepupusan]. Sky News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ Hurtig, Jennifer (2007). Maurice Sendak (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Weigl Educational Publishers Limited. m/s. 15. ISBN 9781590364857. OCLC 68624122.
Sealyham Terrier Maurice Sendak.
- ^ "Terrier wins controversial Crufts" [Terier menang Crufts berkontroversi]. BBC News (dalam bahasa Inggeris). 9 Mac 2009. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ "Top dogs have the last bark at Eukanuba" [Anjing teratas dapat salakan terakhir di Eukanuba]. USA Today (dalam bahasa Inggeris). 4 Disember 2007. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ Deeley, Dawne (17 Julai 2008). "American Dog Wins World Dog Show" [Anjing Amerika Menang Pertunjukan Anjing Sedunia] (dalam bahasa Inggeris). Dog Channel. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ "AKC Dog Registration Statistics" [Statistik Pendaftaran Anjing AKC] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Mei 2012. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ "American Kennel Club statistics" [Statistik American Kennel Club] (dalam bahasa Inggeris).
- ^ a b "Sealyham Terrier Standard" [Piawaian Terier Sealyham] (PDF). American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 April 2024.
- ^ "Sealyham Terrier Standard" [Piawaian Terier Sealyham]. The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 April 2024.
- ^ a b c "Care Requirements" [Keperluan Penjagaan] (dalam bahasa Inggeris). Pedigree UK. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Julai 2015. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ "All About the Sealyham Terrier" [Semua tentang Terier Sealyham] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). American Sealyham Terrier Club. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 6 Januari 2019. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ a b "AKC Sealyham Terrier Breed Standard" [Piawaian Baka Terier Sealyham AKC] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 9 Februari 1974. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ "Sealyham Terrier" [Terier Sealyham] (dalam bahasa Inggeris). PetMD.com. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ a b "Sealyham Terrier Breed Profile" [Profil Baka Terier Sealyham] (dalam bahasa Inggeris). Your Dog. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Oktober 2014. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 38302530 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 267382263 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ Oliver, James A. C.; Mellersh, Cathryn Suzanne (14 Disember 2020). "Genetics" [Genetik]. Dalam Cooper, Barbara; Mullineaux, Elizabeth; Turner, Lynn (penyunting). BSAVA Textbook of Veterinary Nursing [Buku Teks Kejururawatan Veterinar BSAVA] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-6). Gloucester, United Kingdom: British Small Animal Veterinary Association. m/s. 131. ISBN 9781910443392. OCLC 1197697572.
- ^ Packard, George. "Lens Luxation: a brief overview" [Kehelan kanta: gambaran keseluruhan ringkas] (dalam bahasa Inggeris). Sealyham Terrier Health Guard Database. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ "Breed Watch: Sealyham Terrier" [Pantau Baka: Terier Sealyham] (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ Bell, Jerold S. (Ogos 2004). "Popular-Sire Syndrome: Keeping watch over health and quality issues in purebreds" [Sindrom bapa popular: Memantau kesihatan dan isu kualiti pada baka tulen] (dalam bahasa Inggeris). AKC Gazette. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ Bell, Jerold S. (Mac 2007). "Small Population Breeds and Issues of Genetic Diversity" [Baka Populasi Kecil dan Kepelbagaian Genetik] (dalam bahasa Inggeris). AKC Perspectives. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ Rhodes, Karen Helton; Werner, Alexander H. (25 Januari 2011). Blackwell's Five-Minute Veterinary Consult Clinical Companion: Small Animal Dermatology [Teman Klinikal Rujukan Veterinar Lima Minit Blackwell: Dermatologi Haiwan Kecil] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Ames, Iowa, Amerika Syarikat: Wiley-Blackwell. m/s. 94. ISBN 9780813815961. OCLC 645598149.
Spesifik
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Terier Sealyham |