Permaisuri Elizabeth Permaisuri Bonda

Permaisuri Inggeris

Elizabeth Angela Marguerite Bowes-Lyon (4 Ogos 1900 – 30 Mac 2002) merupakan suri kepada Raja George VI dan bonda kepada Ratu Elizabeth II dan Puteri Margaret, Countess Snowdon. Baginda merupakan Permaisuri United Kingdom dan Dominion sejak suaminya menaiki takhta pada tahun 1936 sehinggalah kemangkatan baginda pada tahun 1952, setelah itu baginda dikenali sebagai Permaisuri Elizabeth Permaisuri Bonda,[2] untuk mengelak kekeliruan dengan paduka puteri baginda. Baginda merupakan Maharani India yang terakhir.

Elizabeth Bowes-Lyon
Permaisuri Bonda
Potret oleh Richard Stone, 1986
Permaisuri United Kingdom
dan Dominion British
Tempoh11 Disember 1936 – 6 Februari 1952
Kemahkotaan12 Mei 1937
Maharani India
Tempoh11 Disember 1936 – 15 Ogos 1947
KeputeraanElizabeth Angela Marguerite Bowes-Lyon[a]
(1900-08-04)4 Ogos 1900
Hitchin atau London, England
Kemangkatan30 Mac 2002(2002-03-30) (umur 101)
Royal Lodge, Windsor, Berkshire
Pemakaman9 April 2002
Gereja Kecil St George, Istana Windsor
PasanganGeorge VI (k. 1923; m. 1952)
Anakanda
KerabatWindsor (melalui perkahwinan)
AyahandaClaude Bowes-Lyon, Earl ke-14 Strathmore dan Kinghorne
BondaCecilia Cavendish-Bentinck

Diputerakan sebagai kerabat bangsawan British, baginda mula menonjol pada tahun 1923 apabila baginda berkahwin dengan Duke York, putera kedua Raja George V dan Permaisuri Mary. Pasangan itu dan puteri-puteri baginda merangkum idea tradisional kerabat dan khidmat awam.[3] Baginda menjalankan pelbagai urusan awam dan jadi terkenal disebabkan oleh air muka baginda yang selalu ceria.[4]

Pada tahun 1936, suami baginda dengan tidak disangka-sangka menjadi raja apabila paduka kakanda baginda, Edward VIII, turun takhta untuk berkahwin dengan janda cerai warga Amerika Syarikat Wallis Simpson. Elizabeth kemudian menjadi permaisuri. Baginda mendampingi suami baginda dalam keberangkatan diplomasi ke Perancis dan Amerika Utara sebelum bermulanya Perang Dunia Kedua. Ketika perang, semangat waja baginda yang tampak pada lahirnya memberikan sokongan moral kepada orang ramai British. Sebagai tanda menghargai peranan baginda sebagai suatu aset kepentingan British, Adolf Hitler menggambarkan baginda sebagai "wanita paling berbahaya di Eropah".[5] Selepas perang, kesihatan suami baginda merosot dan baginda menjadi balu pada usia 51 tahun. Paduka puteri sulung baginda, berusia 25 tahun, menjadi ratu baru.

Dari kemangkatan Permaisuri Mary pada tahun 1953 Permaisuri Elizabeth dipandang sebagai bonda kepada kerabat diraja British. Dalam kehidupan berikutnya, baginda selalu menjadi ahli yang popular dalam kerabat diraja, walaupun apabila ahli-ahli yang lain mengalami daripada tahap rendah persetujuan awam.[6] Baginda teruskan hidup yang aktif dalam awam hingga hanya beberapa minggu sebelum kemangkatan baginda pada usia 101 tahun, tujuh minggu selepas kemangkatan puteri bongsu baginda, Puteri Margaret.

Kehidupan awal

sunting

Elizabeth Angela Marguerite Bowes-Lyon merupakan puteri bongsu dan anakanda yang kesembilan daripada sepuluh orang anakanda kepada Claude Bowes-Lyon, Lord Glamis (kemudian Earl Strathmore dan Kinghorne yang ke-14 dalam Bangsawan Scotland), dan isterinya, Cecilia Cavendish-Bentinck. Bondanya dari keturunan Perdana Menteri British William Cavendish-Bentinck, Duke ke-3 Portland, dan Gabenor-Jeneral India Richard Wellesley, Marquess Wellesley ke-1, iaitu kakanda sulung kepada Perdana Menteri yang lain, Arthur Wellesley, Duke ke-1 Wellington.[b]

Tempat kelahiran baginda masih tidak pasti, tetapi baginda dikatakan dilahirkan di rumah Westminster ayahanda dan bonda baginda di Belgrave Mansions, Grosvenor Gardens, atau di dalam sebuah ambulans yang ditarik kuda dalam perjalanan ke sebuah hospital.[9] Tempat boleh jadi yang lain termasuk Rumah Forbes di Ham, London, rumah nenda sebelah bonda baginda, Louisa Scott.[10] Kelahiran baginda didaftar di Hitchin, Hertfordshire,[11] berdekatan rumah desa Inggeris Strathmore, St Paul's Walden Bury, juga diberi sebagai tempat kelahirannya dalam banci tahun berikutnya.[12] Baginda diberi nama di sana pada 23 September 1900, di gereja kariah tempatan, All Saints, dan bonda dan ayahanda pembaptisan baginda termasuk bonda saudara sebelah ayahanda Lady Maud Bowes-Lyon dan sepupu Venetia James.[13]

 
Istana Glamis, rumah Scotland Strathmore

Baginda menghabiskan banyak zaman kanak-kanaknya di St Paul's Walden dan di Istana Glamis, rumah nenek moyang Earl di Scotland. Baginda mendapat pendidikan di rumah oleh seorang pengasuh sehinggalah mencecah usia lapan tahun, dan suka akan sukan lapangan, kuda padi dan anjing.[14] Apabila baginda mula bersekolah di London, baginda mengagumkan guru-gurunya dengan memulakan karangan begitu muda dengan dua patah perkataan bahasa Yunani daripada karya Xenophon yang berjudul Anabasis. Mata pelajaran terbaik baginda ialah sastera dan kitab. Setelah kembali ke pendidikan di sekolah swasta di bawah seorang pengasuh Yahudi Jerman, Käthe Kübler, baginda lulus dalam Peperiksaan Tempatan Oxford dengan cemerlang pada usia tiga belas tahun.[15]

Pada ulang tahun kelahirannya yang keempat belas, Britain mengisytiharkan perang ke atas Jerman. Empat kakandanya berkhidmat dalam tentera. Kakanda sulungnya, Fergus, seorang pegawai dalam Rejimen Black Watch, terbunuh dalam pertempuran di Pertempuran Loos pada tahun 1915. Kakandanya yang lain, Michael, telah dilaporkan hilang sewaktu bertugas pada 28 April 1917.[16] Tiga minggu kemudian, keluarganya mendapat tahu beliau telah ditangkap setelah cedera. Baginda kekal dalam kem tawanan perang sepanjang perang itu. Glamis diserahkan ke dalam sebuah rumah pemulihan untuk askar yang tercedera, yang Elizabeth bantu untuk jalankannya. Baginda begitu memainkan peranan penting dalam mengurus menyelamatkan kandungan istana ketika kebakaran yang buruk pada 16 September 1916.[17] Salah satu askar yang baginda rawat tulis dalam buku autograf baginda yang baginda akan "Digantung, ditarik, & ditempatkan ... Digantung dalam intan, ditarik di dalam kereta kuda dan empat, dan ditempatkan di dalam rumah terbaik di daratan."[18]

Berkahwin dengan Putera Albert

sunting
 
Elizabeth (barisan belakang kedua dari kiri) sebagai pengapit di perkahwinan Puteri Mary dan Viscount Lascelles, 1922

Putera Albert, Duke York—"Bertie" oleh ahli kaum kerabatnya—merupakan putera kedua kepada Raja George V. Baginda mulanya melamar Elizabeth pada tahun 1921, tetapi Elizabeth menolak lamaran baginda, kerana "takut tidak akan, tidak akan lagi bebas berfikir, bercakap dan berkelakuan seperti saya rasa yang saya amat harus".[19] Apabila baginda menegaskan baginda tidak akan mengahwini siapa-siapa, bonda baginda, Permaisuri Mary, berangkat menziarahi Glamis untuk melihat sendiri perempuan yang telah mencuri hari puteranya. Baginda jadi yakin yang Elizabethlah "perempuan yang dapat menggembirakan Bertie", tetapi walau bagaimanapun enggan masuk campur.[20] Pada masa yang sama, Elizabeth telah dipikat oleh James Stuart, pengiring raja Albert, sehinggalah beliau meninggalkan berkhidmat untuk Putera kerana mendapat pekerjaan dengan gaji yang lebih baik dalam perniagaan minyak Amerika.[21]

Pada bulan Februari 1922, Elizabeth menjadi pengapit di perkahwinan adinda Albert, Puteri Mary, dengan Viscount Lascelles.[22] Bulan berikutnya, Albert melamar lagi, tetapi Elizabeth menolaknya sekali lagi.[23] Akhirnya, pada bulan Januari 1923, Elizabeth bersetuju untuk mengahwini Albert, walaupun rasa ragu-ragunya tentang kehidupan diraja.[24] Kebebasan Albert dalam memilih Elizabeth, bukan seorang ahli kaum kerabat diraja, walaupun baginda puteri seorang bangsawan, dianggap satu tanda menyokong pemodenan politik; sebelum ini, putera dijangka untuk mengahwini puteri dari kerabat diraja yang lain.[25] Baginda berdua memilih sebentuk cincin pertunangan platinum bertahtakan batu nilam Kashmir dengan dua biji intan menghiasi tepinya.[26]

Baginda berdua berkahwin pada 26 April 1923, di Westminster Abbey. Dengan tidak disangka-sangka,[27] Elizabeth meletakkan jambak bunganya di Makam The Unknown Warrior dalam perjalanannya ke Gereja,[28] untuk memperingati kakandanya Fergus.[29] Elizabeth dikurniakan gelaran Her Royal Highness The Duchess of York (Yang Teramat Mulia Duchess York).[30] Berikutana santapan pagi perkahwinan di Istana Buckingham yang disediakan oleh jurumasak Gabriel Tschumi, Duchess yang baru dan suaminya berbulan madu di Polesden Lacey, sebuah rumah manor di Surrey, dan kemudian berangkat ke Scotland, di sanalah baginda dijangkit batuk kokol yang dianggap "tidak romantik".[31]

Duchess York (1923–1936)

sunting
 
Duchess York di Queensland, 1927

Selepas keberangkatan lawatan yang berjaya ke Ireland Utara pada bulan Julai 1924, kerajaan Parti Buruh bersetuju Albert dan Elizabeth boleh berangkat melancong ke Afrika Timur dari bulan Disember 1924 hingga bulan April 1925.[32] Kerajaan Parti Buruh telah dikalahkan oleh Parti Konservatif dalam sebuah pilihan raya umum pada bulan November (Elizabeth memerikannya sebagai "mengagumkan" kepada bondanya)[33] dan Gabenor Jeneral Sudan Inggeris-Mesir, Sir Lee Stack, telah dibunuh tiga minggu kemudian. Sungguhpun berita ini, keberangkatan baginda berdua diteruskan, dan baginda berdua berangkat menziarahi Aden, Kenya, Uganda, dan Sudan, namun Mesir dielakkan disebabkan oleh ketegangan politik.[34]

Albert gagap orangnya dan ia mempengaruhi kebolehan baginda untuk bertitah, dan selepas bulan Oktober 1925, Elizabeth membantu dalam menolongnyaa melalui terapi yang direka oleh Lionel Logue, satu episod yang digambarkan dalam filem 2010 The King's Speech. Pada tahun 1926, pasangan berkenaan dikurniakan berputerakan anakanda pertamanya, Puteri Elizabeth—"Lilibet" oleh kaum kerabatnya—yang kemudian menjadi Ratu Elizabeth II. Puteri yang lain, Puteri Margaret Rose, diputerakan empat tahun kemudian. Albert dan Elizabeth, tanpa anakanda baginda berdua, mencemar duli ke seluruh Australia untuk berkenan membuka Bangunan Parlimen di Canberra pada tahun 1927.[35] Baginda, dalam kalimat baginda sendiri, "duduk di dalam percintaan kerana meninggalkan bayi".[36] Perjalanan baginda berdua melalui laut membawa baginda berdua melalui Jamaica, Terusan Panama Canal dan Pasifik; Elizabeth kerap bimbang akan bayinya di Britain, tetapi perjalanan baginda berdua merupakan hubungan awam yang berjaya.[37] Baginda menawan hati orang awam di Fiji apabila, berkenan bersalaman dengan barisan panjang tetamu rasmi, seekor anjing liar berjalan di dalam istiadat dan baginda bersalaman dengan anjing itu juga.[38] Di New Zealand baginda jatuh gering dengan selesema dan terlepas beberapa urusan, tetapi berseronok dengan memancing di sana[39] di Bay of Islands diiringi oleh nelayan sukan Australia Harry Andreas.[40] Dalam perjalanan keberangkatan balik, melalui Mauritius, Terusan Suez, Malta dan Gibraltar, pengangkutan baginda berdua, HMS Renown, terbakar dan baginda berdua bersedia untuk berangkat meninggalkan kapal sebelum api dapat dikawal.[41]

Kenaikan dan penurunan takhta Raja Edward VIII

sunting

Pada 20 Januari 1936, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja George V mangkat dan kakanda Duli Yang Teramat Mulia Putera Albert, Edward, Putera Wales, menjadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Edward VIII. George telah menzahirkan kesangsian peribadi tentang penggantinya, dengan bertitah, "Beta berdoa Tuhan yang putera sulung beta tidak akan berkahwin dan tiada yang akan menghalang antara Bertie dan Lilibet dan takhta."[42]

Hanya beberapa bulan dalam pemerintahan baginda, Raja Edward memaksa krisis perlembagaan dengan berkeras untuk mengahwini janda cerai Amerika Wallis Simpson. Walaupun secara sah Edward boleh mengahwini Simpson, sebagai Raja, baginda juga ketua Gereja England, yang pada masa itu tidak membenarkan orang yang telah bercerai untuk berkahwin semula. Para menteri Raja Edward percaya yang rakyat tidak akan menerima Simpson sebagai Permaisuri dan menasihat menentang perkahwinan itu. Sebagai seorang raja berperlembagaan, Edward terpaksa mengikut nasihat menteri.[43]

Daripada meninggalkan rancangannya untuk mengahwini Simpson, baginda memilih untuk turun takhta untuk Putera Albert,[44] yang dengan berat hati menjadi Raja di tempatnya pada 11 Disember 1936 di bawah nama pemerintah Raja George VI. Raja George VI dan Permaisuri Elizabeth dimahkotakan Raja dan Permaisuri Great Britain, Ireland dan Dominion British, dan Maharaja dan Maharani India di Westminster Abbey pada 12 Mei 1937, tarikh sebelum ini dijadualkan untuk Raja Edward VIII. Mahkota Permaisuri Elizabeth diperbuat daripada platinum dan bertahtakan intan Koh-i-Noor.[45]

Edward dan Simpson berkahwin dan menjadi Duke dan Duchess Windsor, tetapi sementara Edward mendapat gelaran Royal Highness (Yang Teramat Mulia), Raja George VI enggan mengurniakan gelaran kepada Duchess, keputusan yang sokong Elizabeth.[46] Elizabeth kemudian memetik merujuk Duchess sebagai "wanita itu",[47] dan Duchess merujuk Elizabeth sebagai "Cookie", disebabkan oleh keserupaan yang dikatakan baginda dengan seorang tukang masak Scots yang gemuk.[6] Dakwaan yang Elizabeth kekal berasa murka dan duka cita terhadap Duchess itu disangkal oleh kawan rapat baginda; Duke Grafton menulis yang baginda "tidak pernah berkata cabul terhadap Duchess Windsor, kecuali berkata baginda memang tidak tahu langsung perkara yang baginda sedang hadapi."[48]

Permaisuri (1936–1952)

sunting

Lawatan negara dan kunjungan diraja

sunting
 
Raja George VI dan Permaisuri Elizabeth di Dewan Bandar Toronto, 1939

Pada musim panas 1938, satu lawatan negara ke Perancis oleh Raja dan Permaisuri ditunda selama tiga minggu disebabkan oleh kemangkatan bonda Permaisuri, Lady Strathmore. Dalam masa dua minggu, Norman Hartnell mencipta sepersalinan trousseau serba putih untuk Permaisuri kerana baginda tidak dapat menyalin persalinan yang berwarna kerana baginda masih berkabung.[49] Keberangkatan itu direka untuk memperkukuh perpaduan Inggeris-Perancis ketika menghadapi kelangsangan daripada Jerman Nazi.[50] Akhbar Perancis memuji perilaku dan daya tarikan pasangan diraja ketika lawatan yang ditunda namun berjaya, ditambah oleh koleksi pakaian Hartnell.[51]

Meskipun begitu, kelangsangan Nazi berterusan, dan kerajaan bersedia untuk perang. Selepas Perjanjian Munich 1938 muncul untuk menghalang munculnya pertempuran bersenjata, Perdana Menteri British Neville Chamberlain dijemput ke beranda Istana Buckingham menghadap dengan Raja dan Permaisuri untuk menerima sambutan meriah daripada khalayak ramai yang merafak sembah selamat.[52] Sementara pada umumnya terkenal dalam kalangan orang awam, polisi Chamberlain terhadap Hitler merupakan perkara beberapa penentangan dalam the Dewan Rakyat, yang menyebabkan sejarawan John Grigg untuk menggambarkan tingkah laku Raja dalam mengaitkan dirinya utama dengan seorang ahli politik sebagai "tindakan yang paling tidak mengikut perlembagaan oleh seorang Raja British pada abad kini".[53] Walau bagaimanapun, para sejarawan mengemukakan alasan yang Raja hanya pernah mengikuti nasihat menteri dan bertindak seperti baginda bergantung pada untuk berlaku mengikut perlembagaan.[54]

Pada bulan Mei dan Jun 1939, Permaisuri Elizabeth dan suaminya berangkat mencemar duli ke Kanada dari pantai ke pantai dan kembali, dan berangkat mencemar duli di Amerika Syarikat, meluangkan masa dengan Presiden Roosevelt di Rumah Putih dan estet Lembah Hudson beliau.[55][56][57][58] Wanita Pertama A.S. Eleanor Roosevelt berkata yang Permaisuri Elizabeth ini "sempurna sebagai seorang Permaisuri, baik budi, berpengetahuan, berkata benda benar & baik tetapi sedikit sedar sendiri diraja".[59] Keberangkatan ini direka untuk memperkukuh sokongan rentas Atlantik sekiranya berlaku perang, dan untuk mengesahkan status Kanada sebagai kerajaan merdeka berkongsi dengan Britain orang yang sama sebagai raja.[60][61][62][63]

Menurut sebuah cerita yang kerap diceritakan, ketika salah satu pertemuan terawal pertemuan berulang kali pasangan diraja dengan orang ramai, seorang bekas perajurit Perang Boer memohon menanyakan Permaisuri Elizabeth, "Tuanku orang Scotland atau tuanku orang Inggeris?" Baginda membalas, "Beta orang Kanada!"[64] Sambutan baginda berdua oleh orang awam Kanada dan A.S. amatlah bersemangat,[65] dan sebahagian besar melesapkan sebarang rasa sisa-sisa yang George dan Elizabeth pengganti yang lemah untuk Raja Edward.[66] Permaisuri Elizabeth memberitahu Perdana Menteri Kanada William Lyon Mackenzie King, "bahawa keberangkatan itu membentuk [citra] kami",[67] dan baginda berangkat kembali ke Kanada dengan kerap kedua-duanya dalam keberangkatan rasmi dan peribadi.[68]

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang

sunting
 
Cogan Permaisuri Elizabeth

Terasul dan gelaran

sunting
  • 4 Ogos 1900 – 16 Februari 1904: Yang Berhormat (The Honourable) Elizabeth Bowes-Lyon
  • 16 Februari 1904 – 26 April 1923: Lady (Che Puan British) Elizabeth Bowes-Lyon
  • 26 April 1923 – 11 Disember 1936: Yang Teramat Mulia (Her Royal Highness) Duchess York
  • 11 Disember 1936 – 6 Februari 1952: Kebawah Duli Yang Maha Mulia (Her Majesty) Permaisuri
  • 6 Februari 1952 – 30 Mac 2002: Yang Maha Mulia (Her Majesty) Permaisuri Elizabeth Permaisuri Bonda

Anakanda

sunting
Nama Keputeraan Kemangkatan Perkahwinan Anakanda mereka Cucunda mereka
Tarikh Pasangan
Elizabeth II 21 April 1926 20 November 1947 Putera Philip dari Greece dan Denmark Charles, Putera Wales Putera William, Duke Cambridge
Putera Henry dari Wales
Anne, Puteri Diraja Peter Phillips
Zara Tindall
Putera Andrew, Duke York Puteri Beatrice dari York
Puteri Eugenie dari York
Putera Edward, Earl Wessex Lady Louise Windsor
James, Viscount Severn
Puteri Margaret 21 Ogos 1930 9 Februari 2002 6 Mei 1960
Cerai 11 Julai 1978
Antony Armstrong-Jones David Armstrong-Jones, Earl ke-2 Snowdon Charles Armstrong-Jones, Viscount Linley
Lady Margarita Armstrong-Jones
Lady Sarah Chatto Samuel Chatto
Arthur Chatto

Keturunan

sunting
  1. ^ Versi nama kerabat yang disempangkan telah digunakan dalam dokumen rasmi pada waktu perkahwinan baginda, tetapi kerabatnya sendiri selalunya meninggalkan sempang itu.[1]
  2. ^ Lady Colin Campbell mendakwa bonda kandung Elizabeth merupakan tukang masak keluarga, Marguerite Rodiere, dengan cara urusan menjadi ibu tumpang yang biasa dalam kalangan keluarga bangsawan pada zaman itu. Teori ini diketepikan oleh penulis biografi seperti Michael Thornton dan Hugo Vickers.[7] Dalam dakwaan awal, diterbitkan oleh Kitty Kelley pada tahun 1997, bonda Elizabeth dikatakan sebagai seorang pembantu rumah Wales.[8]

Rujukan

sunting
  1. ^ Shawcross, p. 8
  2. ^ "No. 55932". The London Gazette (Supplement). 4 August 2000. m/s. 8617. "No. 56653". The London Gazette (Supplement). 5 August 2002. m/s. 1. "No. 56969". The London Gazette. 16 June 2003. m/s. 7439.
  3. ^ Roberts, pp. 58–59
  4. ^ British Screen News (1930), Our Smiling Duchess, London: British Screen Productions
  5. ^ Langworth, Richard M. (Spring 2002), HM Queen Elizabeth The Queen Mother 1900–2002, The Churchill Centre, dicapai pada 1 Mei 2010
  6. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama moore
  7. ^ "Queen Mother was daughter of French cook, biography claims", The Telegraph, 31 March 2012
  8. ^ Beck, Joan (5 October 1997), "Royal Muck: $27 Down The Drain", Chicago Tribune, dicapai pada 16 February 2017
  9. ^ Weir, Alison (1996), Britain's Royal Families: The Complete Genealogy, Revised edition, London: Pimlico, m/s. 330, ISBN 0-7126-7448-9
  10. ^ Shawcross, p. 15
  11. ^ Civil Registration Indexes: Births, General Register Office, England and Wales. Jul–Sep 1900 Hitchin, vol. 3a, p. 667
  12. ^ 1901 England Census, Class RG13, piece 1300, folio 170, p. 5
  13. ^ Demoskoff, Yvonne (27 December 2005), Yvonne's Royalty Home Page
  14. ^ Vickers, p. 8
  15. ^ Vickers, pp. 10–14
  16. ^ Shawcross, p. 85
  17. ^ Shawcross, pp. 79–80
  18. ^ Forbes, p. 74
  19. ^ Ezard, John (1 April 2002), "A life of legend, duty and devotion", The Guardian, m/s. 18
  20. ^ Airlie, Mabell (1962), Thatched with Gold, London: Hutchinson, m/s. 167
  21. ^ Shawcross, pp. 133–135
  22. ^ Shawcross, pp. 135–136
  23. ^ Shawcross, p. 136
  24. ^ Longford, p. 23
  25. ^ Roberts, pp. 57–58; Shawcross, p. 113
  26. ^ Lady Elizabeth Bowes-Lyon's Engagement Ring, Vintage Royal Wedding, diarkibkan daripada yang asal pada 31 October 2013, dicapai pada 13 April 2014
  27. ^ Shawcross, p. 177
  28. ^ Vickers, p. 64
  29. ^ Rayment, Sean (1 May 2011), "Royal wedding: Kate Middleton's bridal bouquet placed at Grave of Unknown Warrior", The Telegraph, dicapai pada 20 August 2012
  30. ^ Shawcross, p. 168
  31. ^ Letter from Albert to Queen Mary, 25 May 1923, quoted in Shawcross, p. 185
  32. ^ Shawcross, pp. 218–219
  33. ^ Letter from Elizabeth to Lady Strathmore, 1 November 1924, quoted in Shawcross, p. 217
  34. ^ Shawcross, pp. 221–240
  35. ^ Queen Elizabeth The Queen Mother> Royal tours, Official web site of the British monarchy, dicapai pada 1 May 2009
  36. ^ Elizabeth's diary, 6 January 1927, quoted in Shawcross, p. 264
  37. ^ Shawcross, pp. 266–296
  38. ^ Shawcross, p. 277
  39. ^ Shawcross, pp. 281–282
  40. ^ "Royal anglers", The Register, Adelaide: National Library of Australia, m/s. 9, 25 February 1927, dicapai pada 1 September 2012
  41. ^ Shawcross, pp. 294–296.
  42. ^ Ziegler, Philip (1990), King Edward VIII: The Official Biography, London: Collins, m/s. 199, ISBN 0-00-215741-1
  43. ^ Beaverbrook, Lord (1966), Taylor, A. J. P. (penyunting), The Abdication of King Edward VIII, London: Hamish Hamilton, m/s. 57
  44. ^ The Duke of Windsor (1951). A King's Story. London: Cassell and Co., p. 387
  45. ^ Shawcross, p. 397
  46. ^ Letter from George VI to Winston Churchill in which the King says his family shared his view, quoted by Howarth, p. 143
  47. ^ Michie, Alan A. (17 March 1941) Life Magazine, quoted by Vickers, p. 224
  48. ^ Hogg and Mortimer, pp. 84–85
  49. ^ Shawcross, pp. 430–433
  50. ^ Shawcross, p. 430
  51. ^ Shawcross, pp. 434–436
  52. ^ Shawcross, pp. 438–443
  53. ^ Hitchens, Christopher (1 April 2002) "Mourning will be brief", The Guardian, retrieved 1 May 2009.
  54. ^ Sinclair, David (1988), Two Georges: the Making of the Modern Monarchy, Hodder and Stoughton, m/s. 230, ISBN 0-340-33240-9
  55. ^ Bell, Peter (October 2002), "The Foreign Office and the 1939 Royal Visit to America: Courting the USA in an Era of Isolationism", Journal of Contemporary History, 37 (4): 599–616, doi:10.1177/00220094020370040601, JSTOR 3180762
  56. ^ Rhodes, Benjamin D. (2001), United States foreign policy in the interwar period, 1918–1941, Greenwood, m/s. 153, ISBN 0-275-94825-0
  57. ^ Reynolds, David (August 1983), "FDR's Foreign Policy and the British Royal Visit to the U.S.A., 1939", Historian, 45 (4): 461–472, doi:10.1111/j.1540-6563.1983.tb01576.x
  58. ^ Rhodes, Benjamin D. (April 1978), "The British Royal Visit of 1939 and the "Psychological Approach" to the United States", Diplomatic History, 2 (2): 197–211, doi:10.1111/j.1467-7709.1978.tb00431.x
  59. ^ Shawcross, p. 479
  60. ^ Galbraith, William (1989), "Fiftieth Anniversary of the 1939 Royal Visit" (PDF), Canadian Parliamentary Review, Ottawa: Commonwealth Parliamentary Association, 12 (3): 7–8, dicapai pada 14 December 2009
  61. ^ Bousfield, Arthur; Toffoli, Garry (1989), Royal Spring: The Royal Tour of 1939 and the Queen Mother in Canada, Toronto: Dundurn Press, m/s. 65–66, ISBN 1-55002-065-X
  62. ^ Lanctot, Gustave (1964), Royal Tour of King George VI and Queen Elizabeth in Canada and the United States of America 1939, Toronto: E. P. Taylor Foundation
  63. ^ Library and Archives Canada, "The Royal Tour of 1939", A Real Companion and Friend: The diary of William Lyon Mackenzie King, Queen's Printer for Canada, dicapai pada 16 February 2017 Unknown parameter |chapterurl= ignored (bantuan)
  64. ^ Speech delivered by Her Majesty the Queen at the Fairmont Hotel, Vancouver, Monday, 7 October 2002 as reported in e.g. Joyce, Greg (8 October 2002) "Queen plays tribute to Canada, thanks citizens for their support", The Canadian Press
  65. ^ Shawcross, pp. 457–461; Vickers, p. 187
  66. ^ Bradford, pp. 298–299
  67. ^ Bradford, p. 281
  68. ^ Past Royal Tours – Her Majesty Queen Elizabeth The Queen Mother (d. March 30, 2002), Government of Canada, 31 January 2017, diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-16, dicapai pada 16 February 2017

Bibliografi

sunting

Pautan luar

sunting
Kerabat diraja British
Kosong
  Gelaran dipegang dahulu oleh  
Mary dari Teck
Permaisuri United Kingdom
dan Dominion British

1936–1952
Diikuti oleh:
Philip dari Greece dan Denmark
Maharani India
1936–1947
Gelaran digugurkan pada 22 Jun 19481
Jawatan akademik
Didahului oleh
Earl Baldwin Bewdley
Pelawat Maktab Girton, Cambridge
1948–2002
Diikuti oleh:
Baroness Hale Richmond
Didahului oleh
Earl Athlone
Canselor Universiti London
1955–1981
Diikuti oleh:
Puteri Anne
Institusi baharu Canselor Universiti Dundee
1967–1977
Diikuti oleh:
Earl Dalhousie
Gelaran Kehormat
Gelaran baharu Grand Master of the Royal Victorian Order
1937–2002
Diikuti oleh:
Puteri Diraja
Didahului oleh
Sir Robert Menzies
Lord Warden of the Cinque Ports
1978–2002
Diikuti oleh:
Lord Boyce
Nota dan rujukan
1. "No. 38330". The London Gazette. 22 Jun 1948. m/s. 3647.