Republik Krimea (/krɪˈmə/; Rusia: Республика Крым; Bahasa Tatar Crimea: Къырым Джумхуриети, Qırım Cumhuriyeti; Bahasa Ukraine: Республіка Крим) ialah sebuah subjek persekutuan Rusia. Sebelum ini republik ini dikenali Republik Autonomi Krimea. Penduduknya berjumlah 1,966,801. Pusat pentadbiran ialah Simferopol.

Republik Krimea
Республика Крым (Rusia)
Къырым Джумхуриети (Bahasa Tatar Krimea)
Республіка Крим (Bahasa Ukraine)

Lokasi Republik Krimea di Russia
Jata Bendera

Jata Republik Krimea

Bendera Republik Krimea
Lagu: "Нивы и горы твои волшебны, Родина..."
Pusat pentadbiran Simferopol
Tahun diwujudkan 18 Mac 2014
Status politik
Daerah persekutuan
Rantau ekonomi
Republik
Krimea
Tiada
Kod -
Kawasan
Kawasan
- Tangga
26,100 km²
-
Populasi (mengikut Bancian 2002)
Populasi
- Tangga
- Kepadatan
- Bandar
- Luar bandar
1,966,801 penduduk
-
Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "," tidak dikenali penduduk  / km²
-
-
Bahasa kebangsaan- Rusia, Tatar Krimea, Ukraine
Kerajaan
Perdana Menteri Sergey Aksyonov
--
Badan perundangan -
- -
Laman web rasmi
-

Sejarah

sunting

Dahulunya terletak di Empayar Rusia. Krimea diduduki kembali ke Soviet Rusia pada 1921 dan diberikan status wilayah autonomi. Tetapi selepas Perang Dunia II pada 1945, pemerintah Soviet telah mendeportasikan suku Tatar Krimea. Akibatnya, status wilayah autonomi dicabut. Pada tahun 1954, Presiden Keagungan Soviet menukarkan wilayah tersebut ke Ukraine. Ukraine mengembalikan status tersebut dan menyuruh keseluruhan etnik Tatar Krimea untuk kembali. Status tersebut ditegaskan semula pada tahun 1996 dan Konstitusi Ukraine sering menyatakan Krimea sebagai Republik Autonomi Krimea, sekaligus menyatakan "republik autonomi yang tidak akan dipisahkan".[1]

Krisis ini terjadi pada Februari 2014, apabila akibat revolusi Ukraine—dan selepas keganasan bersenjata di Kiev—kerajaan kebangsaan Ukraine digulingkan dan digantikan dengan pemimpin parti pembangkang. Ketegangan terus memuncak antara gerakan Euromaidan pro-Europah dan Antimaidan pro-Rusia yang terlibat dalam revolusi tersebut apabila diapikan media.[2][3][4][5] Rusia terlibat apabila anggota Svoboda dijadikan anggota kerajaan Ukraine baharu; suatu tindakan yang dikecam Rusia memandangkan ia menganggap Svoboda sebagai neo-fasis, dan Parlimen Eropah meluluskan satu resolusi terhadap parti tersebut, melabelkannya sebagai "rasis, anti-Semitik dan xenofobik" dan menyeru parti pro-demokratik di Ukraine "tidak terlibat, menyokong atau membentuk campuran dengan parti ini".[6] Beberapa hari kemudian, askar tak bertanda yang mengaku pasukan pertahanan diri tempatan namun disyaki askar Rusia, menawan semenanjung ini.[7][8][9][10][11][12] Campur tangan tentera Rusia ke Krimea menyusul tidak lama selepas itu.[13][14]

Tindak balas Ukraine setakat ini agak perlahan dengan pemimpin baharunya cuba mencari penyelesaian diplomatik dan reaksi ketenteraan terhad kepada kerahan angkatan tentera dan pasukan simpanan Ukraine. Rusia, bagaimanapun, berikrar tenteranya akan kekal sehingga situasi politik kembali normal.[7] Di peringkat antarangsa, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Jerman, Itali, Poland, Kanada, Turki dan Kesatuan Eropa mengutuk Rusia, mendakwanya melanggar undang-undang antarabangsa dan mencabuli kedaulatan Ukraine.[15][16][17][18][19][20][21][22] Rusia, bagaimanapun, tidak mengiktiraf kerajaan baharu yang dilantik di Ukraine dan mendakwa ia cuma bertindak balas terhadap permintaan yang dibuat oleh Presiden Ukraine yang digulingkan Viktor Yanukovych untuk campur tangan bagi mewujudkan undang-undang dan ketenteraman di wilayah tersebut; dakwaan yang, sekiranya benar, boleh membuatkan campur tangan Rusia sebagai sah di sisi undang-undang mengikut perjanjian 1997.[a][b][c]

Bahagian persekutuan

sunting
 

Antara berikut, republik ini mempunyai 14 rayon dan 11 kawasan perbandaran.

Rayon
1. Rayon Bakhchysarai
2. Rayon Bilohirsk
3. Rayon Dzhankoy
4. Rayon Kirovske
5. Rayon Krasnohvardiiske
6. Rayon Krasnoperekopsk
7. Rayon Lenine
8. Rayon Nyzhnohirskyi
9. Rayon Pervomaiske
10. Rayon Rozdolne
11. Rayon Saky
12. Rayon Simferopol
13. Rayon Sovietskyi
14. Rayon Chornomorske
Kawasan perbandaran
15. Perbandaran Alushta
16. Perbandaran Armyansk
17. Perbandaran Dzhankoy
18. Perbandaran Yevpatoria
19. Perbandaran Kerch
20​​. Perbandaran Krasnoperekopsk
21. Perbandaran Saki
22. Perbandaran Simferopol
23. Perbandaran Sudak
24. Perbandaran Feodosiya
25. Perbandaran Yalta

Rujukan

sunting
  1. ^ "Constitution of Ukraine, 1996". Dicapai pada March 12, 2014.
  2. ^ Shaun Walker in Sevastopol. "Russian propaganda and Ukrainian rumour fuel anger and hate in Crimea". The Guardian.
  3. ^ Simon Shuster / Simferopol (1 Mac 2014). "Many Ukrainians Want Russia To Invade". Time.
  4. ^ Piper, Elizabeth (25 Februari 2014). "Russia evokes World War Two in media blitz on Ukraine". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-07. Dicapai pada 2014-03-27.
  5. ^ "Russia state media toe Kremlin line on Ukraine". The Irish Times. 7 Mac 2014.
  6. ^ Opinion: Rein in Ukraine's neo-fascists - CNN.com 6 Mac 2014
  7. ^ a b "Ukraine crisis: Russia vows troops will stay". BBC. 3 Mac 2014. Dicapai pada 3 Mac 2014.
  8. ^ Jones, Sam (21 Februari 2014). "US scorns Russia's version of Crimean intervention". Financial Times.
  9. ^ "Gunmen Seize Government Buildings in Crimea". The New York Times. 27 Februari 2014. Dicapai pada 1 Mac 2014.
  10. ^ "Armed men seize two airports in Ukraine's Crimea, Yanukovich reappears". Reuters. 1 Mac 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-28. Dicapai pada 2014-03-27.
  11. ^ Putin ready to invade Ukraine; Kiev warns of war, Reuters, 1 Mac 2014, diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-24, dicapai pada 2014-03-27
  12. ^ "Telecom services sabotaged in Ukraine's Crimea region". United Press International. Dicapai pada 28 Februari 2014.
  13. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Ukrstream.tv
  14. ^ "Ukraine: Russian troops fire 'warning shots' at Crimea airbase". Telegraph. 4 Mac 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-14. Dicapai pada 2014-03-27.
  15. ^ Waterfield, Bruno (3 Mac 2014). "Ukraine crisis: EU gives Russia 48-hour deadline to return troops to barracks in Crimea". The Telegraph.
  16. ^ "UK and France pull out of G8 preparatory talks over Ukraine crisis". The Guardian. 2 Mac 2014. Dicapai pada 4 Mac 2014.
  17. ^ Traynor, Ian; Wintour, Patrick (3 Mac 2014). "Ukraine crisis: Vladimir Putin has lost the plot, says German chancellor". The Guardian.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  18. ^ Jones, Gavin (2 Mac 2014). "Italy appeals to Russia to negotiate, not invade Ukraine". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-04. Dicapai pada 4 Mac 2014.
  19. ^ "Statement by the Prime Minister of Canada on the situation in Ukraine". Perdana Menteri Kanada. 1 Mac 2014.
  20. ^ "Obama: Russia 'On The Wrong Side Of History' On Ukraine". Huffington Post.
  21. ^ Turkey says Crimea part of Ukraine - Today's Zaman Diarkibkan 2014-02-27 di Wayback Machine 27 Februari 2014.
  22. ^ "EU leaders to hold summit on Ukraine on Thursday – Yahoo News". Yahoo! News. 20 April 2011.
  23. ^ "Russia says Yanukovich asked for intervention". Aljazeera. 4 Mac 2014. Dicapai pada 7 Mac 2014.
  24. ^ Dilanian, Ken (3 Mac 2014). "CIA reportedly says Russia sees treaty as justifying Ukraine moves". Los Angeles Times. Dicapai pada 6 Mac 2014.

Templat:Krisis Krimea 2014


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan