Seneb Kay
Woseribre Senebkay ialah seorang firaun Mesir semasa Tempoh Perantaraan Kedua. Penemuan makamnya pada Januari 2014 menyokong kewujudan Dinasti Abydos yang bebas, sezaman dengan Dinasti Kelima Belas dan Keenam Belas.[1] Beliau juga mungkin ada disebut dalam Senarai Raja Turin, di mana kelihatan terdapat dua orang raja dengan nama takhta "Weser... re" (senarai itu hanya separa terpelihara). Kewujudan kononnya Dinasti Abydos ini dicadangkan kali pertama oleh Detlef Franke[2] dan kemudian dikembangkan oleh ahli kaji purba Mesir Kim Ryholt pada 1997.[1]
Seneb Kay | ||||
---|---|---|---|---|
Firaun Mesir | ||||
Pemerintahan | sek. 1650 SM, Kemungkinan Dinasti Abydos atau Dinasti ke-16 | |||
Pendahulu | ? | |||
Pengganti | ? | |||
| ||||
Lahir | ? | |||
Mangkat | ? |
Makam
suntingMakam Seneb Kay ditemui pada Januari 2014 oleh Josef W. Wegner dari Universiti Pennsylvania dan sekumpulan ahli arkeologi Mesir di bahagian selatan Abydos, Mesir.[3][4][5] Makam dengan empat kamar ini memiliki kamar pengebumian batu kapur berhias, dengan imej Dewi Isis, Neith, Nephthys dan Selket. Jasadnya ditemui dalam sebuah keranda kayu di dalam sebuah kubur batu yang rosak.[6] Rekod teks menyebut namanya dan menggelarnya "raja Mesir Hulu dan Hilir, Woseribre, putera Re, Senebkay".[1] Nama Seneb Kay ditemui diukir dalam suatu kartusy diraja.[6]
Makam ini tidak memiliki sebarang barangan pengebumian dan mesti pernah dirompak pada masa silam.[6] Raja ini berketinggian sekitar 5 kaki 10 inci (1.78 m) dan meninggal dunia pada akhir 40-an.[6]
Rujukan
sunting- ^ a b c "Giant Sarcophagus Leads Penn Museum Team in Egypt To the Tomb of a Previously Unknown Pharaoh". Muzium Penn. Januari 2014. Dicapai pada 16 Jan 2014.
- ^ Detlef Franke: Zur Chronologie des Mittleren Reiches. Teil II: Die sogenannte Zweite Zwischenzeit Altägyptens, Dalam Orientalia 57 (1988), m/s. 259
- ^ "A new royal tomb in South Abydos". Ancient-origins.net. 1929-10-09. Dicapai pada 2014-01-17.
- ^ The tomb of a previously unknown Egyptian pharaoh has been discovered by Egyptian archaeologists. Internacional Business Times – English
- ^ New Pharaonic Tomb Discovered in Egypt ABC News – English
- ^ a b c d "New Pharaoh Discovered In Egypt – Introducing King Seneb Kay". Ancient Origins. 15 Januari 2014. Dicapai pada 16 Jan 2014.