Taman Buaya dan Rekreasi Melaka

zoo milik persendirian di Melaka

Koordinat: 2°16′37.0″N 102°17′52.0″E / 2.276944°N 102.297778°E / 2.276944; 102.297778

Taman Buaya Melaka (nama rasmi: Taman Buaya dan Rekreasi Melaka, disingkatkan sebagai TBRM) ialah sebuah zoo persendirian yang menempatkan pelbagai spesis buaya dan aligator sebagai tarikan utama serta beberapa spesis lain seperti burung dan haiwan reptilia. Taman ini terletak di Ayer Keroh di negeri Melaka, kira-kira 15 kilometer dari Bandaraya Melaka dan kira-kira 135 kilometer dari Kuala Lumpur. TBRM juga terletak berhampiran dengan Zoo Melaka dan Taman Botanikal Melaka serta bersebelahan dengan kedai rangkaian makanan segera, McDonald's[3].

Taman Buaya dan Rekreasi Melaka
تامن بوايا دان ريكرياسي ملاك
Pintu masuk ke Taman Buaya Melaka
Tarikh pembukaanJulai 1987
LokasiAyer Keroh, Melaka
Kawasan tanah3.5 hektar
KeahlianMAZPA
PemilikARTAC Holdings Sdn. Bhd.[1]
PengurusanTaman Buaya & Rekreasi Sdn. Bhd.[2]
Map

Setakat tahun 2023, TBRM memiliki sebanyak 400 ekor haiwan dari pelbagai spesis[4]. Daripada jumlah itu, terdapat lebih kurang 100 ekor buaya dan aligator dari spesis berbeza seperti Buaya Jejulung, Buaya Tembaga, Buaya Siam dan Buaya Caiman[4]. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah memberi makan kepada buaya[5], melihat pertunjukan buaya[6] serta bermain di taman tema yang terdapat di dalam zoo[5].

Tidak seperti kebanyakkan lokasi pelancongan lain di Melaka, Taman Buaya Melaka dimiliki oleh syarikat swasta iaitu ARTAC Holdings Sdn. Bhd.[7] dan diuruskan oleh anak syarikatnya, Taman Buaya & Rekreasi Melaka Sdn. Bhd.[2] yang ditubuhkan sejak tahun 1987[1]. Kawasan seluas 3.5 hektar ini pernah diiktiraf sebagai taman buaya terbesar di Malaysia[8], serta memiliki beberapa kawasan tarikan di dalamnya seperti Aviari Burung, di mana spesis burung bebas berterbangan di dalam ruang sangkar besar[7] serta Miniatur Malaysia yang menampilkan beberapa bangunan ikonik di Malaysia dalam saiz yang kecil[6].


Pameran dan tarikan

sunting

Lembah Buaya

sunting
 
Buaya berehat di dalam kolam di kawasan Lembah Buaya

Lembah Buaya merupakan kawasan tarikan utama di TBRM. Setakat tahun 2023, ia menempatkan sebanyak 100 ekor buaya dan aligator dari 3 keluarga utama ialah Crocodylidae, Gavialidae dan Caimaninae. Antara spesies buaya dan aligator yang ditempatkan di TBRM termasuklah jejulung (Tomistoma schlegelii), siam (Crocodylus siamensis)[9] dan tembaga (Crocodylus porosus) serta satu spesies aligator iaitu American alligator[10]. Antara buaya yang paling mendapat perhatian ialah "King" iaitu spesies buaya tembaga seberat kira-kira 900 kilogram dan 4.9 meter panjang yang merupakan "ketua" buaya di sana[11]. "King" dikatakan mampu memakan sehingga 12 ekor ayam untuk satu hidangan[11].

Selain "King", buaya kedua terbesar di TBRM dikenali sebagai "Harris" juga sering menjadi tarikan pengunjung. Setakat tahun 2021, Harris dianggarkan berusia 50 tahun dan memiliki berat sebanyak lebih 800 kilogram[12]. Pada setiap masa, Harris biasanya ditemani oleh seekor buaya betina yang dikenali sebagai "Ezza". Nama kedua-dua buaya ini pula diberikan sekitar tahun 1993 oleh penjaga TBRM berdasarkan kepada nama watak filem yang terkenal pada ketika itu[12].

Taman Miniatur Malaysia

sunting
 
Sekitar Malaysia In Miniature

Miniatur Malaysia (nama rasmi: Malaysia In Miniature) ialah sebuah kawasan di dalam TBRM yang menempatkan sebanyak 14 replika monumen ikonik di Malaysia dalam saiz yang lebih kecil[13]. Kawasan ini dibangunkan sekitar tahun 2008[14], namun pengunjung hanya dibenarkan untuk berada di sekeliling taman sahaja. Replika monumen yang terdapat di sana ialah:

Taman Aviari

sunting

Taman Aviari ialah sebuah kawasan yang menempatkan pelbagai spesies unggas dan burung seperti angsa, ayam belanda, itik dan burung bayan[15]. Spesies burung yang dipamerkan di sini tidak dikurung dalam sangkar kecil, sebaliknya ia dibiarkan bebas kerana taman itu sendiri ditutup dengan sangkar yang besar[15] bagi menampakkan seolah-olah seperti berada di dalam habitat semula jadi.

Pada bulan Februari 2023, ARTAC Holdings selaku pemilik TBRM membawa masuk kira-kira 70 ekor burung cinta dan dilepaskan di dalam taman ini[16]. Spesies ini dikategorikan sebagai spesies "Hampir Terancam"[16] dan pemilikan haiwan ini memerlukan permit khas yang dikeluarkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)[17]. Spesies yang berasal dari benua Afrika ini dianggarkan bernilai kira-kira RM350 untuk seekor[18].


Pengurusan haiwan

sunting
 
Salah satu spesies buaya sedang berehat di Taman Buaya Melaka.

Pada tahun 1993, PERHILITAN Melaka berjaya menangkap seekor buaya dari spesis tembaga yang sedang berenang berdekatan Sungai Melaka semasa berlakunya banjir kilat pada ketika itu[19]. Buaya itu kemudian dihantar ke TBRM dan diberi nama "Aris"[20]. Ia digelar sebagai buaya yang paling ganas sekali di TBRM[19] dan memiliki berat sebanyak 800 kilogram dan panjang kira-kira 15 kaki[20] setakat tahun 2021.

Krisis ekonomi yang berlaku pada tahun 1997 telah menyebabkan pendapatan zoo terjejas akibat kurangnya pengunjung[21]. Pengurusan TBRM pada ketika itu menampilkan persembahan kanak-kanak beraksi bersama buaya bagi menarik perhatian lebih ramai pengunjung, sekaligus meningkatkan pendapatan zoo[21].

Semasa tercetusnya pandemik COVID-19 di Malaysia, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan TBRM ditutup kerana premis di bawah sektor pelancongan tidak dibenarkan untuk dibuka[22]. Untuk memastikan dana yang mencukupi bagi menjaga kebajikan haiwan di sana[23], pengurusan TBRM memperkenalkan "Lawatan Maya", iaitu sebuah konsep di mana orang ramai boleh mengikuti paparan video secara siaran langsung dari TBRM itu sendiri yang disiarkan menggunakan aplikasi Google Meet[24]. Walaupun begitu, hanya 500 pengguna sahaja dibenarkan untuk tiap-tiap sesi dan bayaran sebanyak RM7 dikenakan sebelum pautan Google Meet diberikan[24].

Lawatan maya ini berlangsung selama kira-kira 1 jam setengah dan pengguna didedahkan kepada aktiviti yang sedang dilakukan haiwan di sana termasuklah lebih dari 100 ekor buaya, 6 spesies ular[23] dan beberapa spesies lain sambil penerangan diberikan oleh petugas TBRM[9]. Pengguna yang memohon untuk mengikuti sesi lawatan maya ini kebanyakkannya adalah mereka dari luar Melaka, seperti Johor, Kuala Lumpur, Sarawak dan Selangor[22].


Sumber

sunting
  1. ^ a b "Subsidiaries". Artac Holdings Sdn. Bhd. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Disember 2019. Dicapai pada 9 September 2024.
  2. ^ a b "Melaka Crocodile and Recreational Park aims to attract 150,000 visitors this year". New Straits Times. 27 Februari 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Februari 2023. Dicapai pada 9 September 2024.
  3. ^ "Melaka police track down man in McDonald's chilli sauce incident". New Straits Times. 27 September 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Februari 2024. Dicapai pada 10 September 2024.
  4. ^ a b "Taman Buaya dan Rekreasi Melaka". Sinar Harian. 19 Julai 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Ogos 2020. Dicapai pada 9 September 2024.
  5. ^ a b "Melaka Crocodile Park". Tourism Melaka. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2024. Dicapai pada 9 September 2024.
  6. ^ a b "TRAXXfm Chinese New Year - Sharing Prosperity and Joy Outing at Taman Buaya & Rekreasi Melaka". TraXX FM. 15 Februari 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Disember 2023. Dicapai pada 9 September 2024.
  7. ^ a b Reza A Hamid (27 Februari 2023). "Burung cinta jadi tarikan baharu Taman Buaya Melaka". MalaysiaGazette. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 September 2024. Dicapai pada 9 September 2024.
  8. ^ "TRAVEL NEWS". The Straits Times. 15 Disember 1991. m/s. 8. Dicapai pada 9 September 2024.
  9. ^ a b Nazri Abu Bakar (9 Julai 2021). "Bosan di rumah? Kami bawa buaya ke rumah anda!". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2021. Dicapai pada 12 September 2024.
  10. ^ "Taman Buaya". MelakaCOM. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2020. Dicapai pada 14 September 2024.
  11. ^ a b Diyanatul Atiqah Zakarya (20 Jun 2021). "Tengok buaya gergasi 'King' makan secara maya". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Jun 2021. Dicapai pada 14 September 2024.
  12. ^ a b Nazri Abu Bakar (1 Julai 2021). "Bercakap dengan buaya". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2021. Dicapai pada 14 September 2024.
  13. ^ "Tarikan". Melaka Crocodile and Recreation Park. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 September 2024. Dicapai pada 10 September 2024.
  14. ^ a b c "Taman Buaya dan Rekreasi Melaka berwajah baru". Utusan Malaysia. 6 Oktober 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Januari 2018. Dicapai pada 10 September 2024.
  15. ^ a b Amran Mulup (28 Februari 2023). "Burung cinta tarikan baharu Taman Buaya Melaka". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Februari 2023. Dicapai pada 10 September 2024.
  16. ^ a b Nursaliawati Salberi (27 Februari 2023). "'Lovebird Paradise' tarikan baharu TBRM". Melaka Hari Ini. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Februari 2023. Dicapai pada 10 September 2024.
  17. ^ "Melaka Crocodile and Recreational Park aims to attract 150,000 visitors this year". New Straits Times. 27 Februari 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Februari 2023. Dicapai pada 10 September 2024.
  18. ^ "Melaka Crocodile, Recreational Park aims to attract 150,000 visitors this year". Bernama. 27 Februari 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 September 2024. Dicapai pada 10 September 2024.
  19. ^ a b Arif Zikri (1 Julai 2021). "Viewed more than four million times, Rizal Manoor, the Melaka crocodile 'shouter' goes viral for scolding one (VIDEO)". Malay Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2021. Dicapai pada 12 September 2024.
  20. ^ a b Shuhaniza Said (29 Jun 2021). "Selamba je marah Aris! Video sapu sampah tepi buaya tembaga raih lebih 3.5 juta views, lelaki ini dedah punggung nyaris dibaham - "Terlintas nak cari kerja lain tapi..."". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Jun 2021. Dicapai pada 12 September 2024.
  21. ^ a b Redzuan Muharam (21 Ogos 2023). "'Bang Buya' sudah mesra dengan buaya sejak usia 9 tahun". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Disember 2023. Dicapai pada 12 September 2024.
  22. ^ a b Yasmin Har Vian (19 Jun 2021). "Melancong ke zoo dengan Google Meet". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2021. Dicapai pada 12 September 2024.
  23. ^ a b Fatin Amanina (18 Jun 2021). "Kunjungi Taman Buaya Melaka secara maya dengan harga sangat murah". SoyaCincau. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Julai 2021. Dicapai pada 12 September 2024.
  24. ^ a b Arif Zikri (17 Jun 2021). "Melaka's crocodile park launches online tours to keep afloat amid Covid-19 pandemic woes". Malay Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Julai 2021. Dicapai pada 12 September 2024.


Lihat juga

sunting

Taman Buaya Miri dan Zoo Mini