Taman Buaya Miri dan Zoo Mini

Taman Buaya Miri dan Zoo Mini (bahasa Inggeris: Miri Crocodile Farm cum Mini Zoo) ialah sebuah ladang penternakan buaya dan zoo mini di Miri, Sarawak, Malaysia. Taman ini telah berdaftar dengan Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam Flora dan Fauna Liar.[1]

Taman Buaya Miri dan Zoo Mini
Miri Crocodile Farm cum Mini Zoo
Map
Maklumat umum
JenisTaman Buaya, zoo
LokasiMiri, Sarawak, Malaysia
AlamatLot 164, KM24 Miri - Kuala Baram Road, 98000 Miri
NegaraMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
Koordinat4°34′N 113°59′E Sunting ini di Wikidata
Pembinaan bermula1998 Sunting nilai ini di Wikidata
Pembukaan16 Ogos 1998
PemilikBenaya Sdn Bhd.
PengurusanBenaya Sdn Bhd.
Butiran teknikal
Keluasan tingkat9 hektar
Tapak web
www.miricrocodilefarm
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah

sunting

Taman dan zoo ini telah dibuka kepada umum pada tanggal 16 Ogos 1998.[2] Taman ini telah menjadi taman buaya yang kedua dibuka di Sarawak selepas Taman Buaya dan Zoo Jong Buaya yang terletak di Kuching.[3]

Seni bina

sunting

Taman dan zoo ini terletak di Sungai Baram dan dibina di atas tapak tanah seluas 9 hektar. Kolam buatan turut dibina sebagai tempat menternak dan pembiakan buaya.[1]

Pameran

sunting

Taman buaya ini menempatkan lebih daripada 1,000 ekor buaya beraneka spesies.[4] Terdapat juga sebuah pusat penyampai maklumat bagi menghebahkan perihal tentang pelbagai aspek berkaitan dengan buaya seperti pertembungan buaya dengan manusia yang membawa maut, kitaran hidup buaya dan sebagainya.[2]

Operasi

sunting

Perbelanjaan bulanan taman dan zoo ini dianggarkan sejumlah RM 40,000 ke RM50,000. Kebanyakan perbelanjaan ini digunakan untuk membeli makanan haiwan -haiwan dan membayar upah 15 orang kakitangan taman dan zoo berkenaan. Mereka selalu cuba untuk mendapatkan dana bantuan daripada Lembaga Pelancongan Malaysia bagi menampung kos operasi.[3]

Masa Operasi

sunting

Taman dan zoo ini dibuka pada setiap hari dari jam 9:00 pagi sehingga jam 6:00 petang.

Bayaran Masuk

sunting

Bayaran masuk ke taman dan zoo mini ini berbeza mengikut peringkat umur dan taraf kewarganegaraan.[5][1]

Peringkat Umur Warganegara Bukan Warganegara
Dewasa RM25.00 RM40.00
Kanak-kanak RM15.00 RM20.00

Bacaan lanjut

sunting
  • Senarai tarikan pelancong di Malaysia

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c "The Crocodile Farm". Miri Crocodile Farm cum Mini Zoo. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 February 2015. Dicapai pada 1 November 2016. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ a b "Miri Crocodile Farm cum Mini Zoo is Home to Thousand Crocodile of Different Species, Exotic Animals and Birds". Sarawak Vacation Destination. Dicapai pada 1 November 2016.
  3. ^ a b Sman, Cecilia (12 June 2016). "Miri Crocodile Farm attracts visitors to the city". Borneo Post Online. Dicapai pada 1 November 2016.
  4. ^ "Miri Crocodile Farm cum Mini Zoo". Sarawak Tourism. Dicapai pada 1 November 2016.
  5. ^ "The Crocodile Farm". Miri Crocodile Farm cum Mini Zoo Entrance Fee. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-10-16. Dicapai pada 16 October 2019. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)