Perumian Semakan Bahasa Korea

Perumian Semakan Bahasa Korea ialah sistem perumian bahasa Korea yang rasmi di Korea Selatan dan juga gantian rasmi untuk sistem perumian tahun 1984 yang berasaskan McCune-Reischauer di negara tersebut. Sistem baru ini serupa dengan sistem lama tersebut, tetapi menggugurkan tanda diakritik dan lebih rapat berdasarkan fonologi Korea berbanding persepsi Barat terhadap fonetik Korea.

Perumian Semakan Bahasa Korea
Hangul국어의 로마자 표기법
Hanja國語의 로마字表記法
Perumian Semakangugeoui romaja pyogibeop
McCune–Reischauerkugŏŭi romacha p'yogipŏp

Perumian Semakan ini tidak menggunakan apa-apa aksara bukan huruf kecuali tanda sempang yang kadang-kadang dipakai. Perumian ini dimajukan oleh Akademi Kebangsaan Bahasa Korea mulai tahun 1995 dan dikeluarkan kepada umum pada 7 Julai 2000 oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Korea Selatan dalam Pengisytiharan No. 2000-8. Pengisytiharan ini merangkumi sebab-sebab berikut untuk menggunakan sistem ini:[1]

  • Lebih senang ditaip dalam komputer kerana hanya menggunakan huruf-huruf dan simbol-simbol Latin yang biasa, menggugurkan tanda koma atas dan tanda singkat yang mendatangkan masalah dalam sistem McCune-Reischauer
  • Memupuk perumian konsisten oleh penutur asli bahasa Korea dengan lebih baik mentranskripsikan ciri-ciri bahasa penting dengan lebih berkesan
  • Mengurangkan kekeliruan yang disebabkan oleh kecenderungan mengabaikan tanda koma atas dan diakritik
  • Merasionalkan bahasa Korea dengan teks ASCII biasa dalam nama-nama domain internet

Panduan transkripsi

sunting

Huruf vokal

sunting
a eo o u eu i ae
e oe wi ya yeo yo yu
yae ye wa wae wo we ui

Huruf konsonan

sunting
g, k kk k d, t tt t b, p pp p
j jj ch s ss h n m ng r, l

Perumian semakan ini mentranskripsikan perubahan fonetik tertentu yang terjadi dengan kombinasi konsonan akhir satu aksara dengan konsonan awal aksara seterusnya:

awal →
akhir ↓ g n d r m b s j ch k t p h
k g kg ngn kd ngn ngm kb ks kj kch kk kt kp kh,k
n n ng nn nd ll,nn nm nb ns nj nch nk nt np nh
t d,j tg nn td tr nm tb ts tj tch tk tt tp th,t,ch
l r lg ll ld ll lm lb ls lj lch lk lt lp lh
m m mg mn md mn mm mb ms mj mch mk mt mp mh
p b pg mn pd mn mm pb ps pj pch pk pt pp ph,p
t s tg nn td tr nm tb ss jj tch tk tt tp th,s
ng ng ngg ngn ngd ngn ngm ngb ngs ngj ngch ngk ngt ngp ngh
t j tg nn td tr nm tb ts jj tch tk tt tp th,t,ch
t t,j tg nn td tr nm tb ts tj tch tk tt tp th,t,ch
h h k hn t hr hm p hs ch hch hk ht hp hh

Rujukan

sunting
  1. ^ "Ministry of Culture & Tourism: The Revised Romanization of Korean". 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-16. Dicapai pada 2007-05-09. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)

Pautan luar

sunting