Stesen MRT Taman Tun Dr Ismail
Stesen MRT TTDI (atau stesen MRT Taman Tun Dr Ismail) ialah stesen transit aliran massa (MRT) di Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena kawasan perumahan Taman Tun Dr Ismail yang terletak di utara stesen. Stesen ini dibuka pada 16 Disember 2016 di bawah pembukaan Fasa 1 laluan ini.[1]
Nama lain | Taman Tun Dr Ismail | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Lokasi | Stesen Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||
Koordinat | 3°8′9.92″N 101°37′50.76″E / 3.1360889°N 101.6307667°EKoordinat: 3°8′9.92″N 101°37′50.76″E / 3.1360889°N 101.6307667°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | MRT Corp | ||||||||||
Laluan | 9 Laluan Kajang | ||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Pengendali kereta api | RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia) | ||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: T813, T814 | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
Templat letak kenderaan | Tiada | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | SBK10 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 16 December 2016 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Ciri-ciri stesen
suntingLokasi
suntingStesen ini terletak di sepanjang Jalan Damansara di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, Malaysia. Di barat laut stesen terletaknya Menara Glomac dan Damansara Kim[2] manakala di utara stesen terletaknya PrimaNora Medical Centre.[3] Juga terletak berhampiran stesen adalah Menara LGB TTDI, Plaza VADS, pusat membeli-belah Glo Damansara, Glomac Damansara Residences, Kiara Green Townhouses, The Greens Condo TTDI, Pasar Besar TTDI, Hospital KPJ Damansara, Kubur Islam Bukit Kiara, SS 20 Petaling Jaya dan Taman Rimba Kiara.
Pelan stesen
suntingL2 Platform |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | |
SBK Arah Selatan | → 9 Laluan Kajang menghala ke SBK35 Kajang (Phileo Damansara) | |
SBK Arah Utara | ← 9 Laluan Kajang menghala ke SBK01 Sungai Buloh (Bandar Utama) | |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | ||
L1 | Aras legar | Kedai serbaguna, mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan |
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[4]
Pintu stesen
suntingTerdapat dua pintu masuk dan keluar stesen di Stesen MRT Taman Tun Dr Ismail iaitu Pintu A dan Pintu B. Masing-masing terletak di lokasi yang berbeza dan mempunyai kemudahan mesra bagi pengguna OKU, lif, eskalator dan tangga yang menuju ke aras legar stesen. Perkhidmatan bas pengantara beroperasi sepenuhnya di Pintu A dan Pintu B.[5][6] Kedudukan Pintu A stesen terletak di barat stesen berdekatan dengan pangsapuri TTDI Ascencia dan Menara Glomac manakala Pintu B pula, terletak di timur stesen berdekatan dengan bangunan komersial Jalan Wan Kadir 3 dan kondominium The Plaza TTDI.[4][7]
Sambungan
suntingPerkhidmatan bas
suntingBas Pengantara MRT ulang alik yang dimiliki oleh Rapid KL berkhidmat di Stesen MRT Surian. Terdapat dua laluan yang telah direkacipta iaitu, laluan T813 (MRT Taman Tun Dr Ismail–Damansara Jaya) dan T814 (MRT Taman Tun Dr Ismail-Taman Tun Dr Ismail).[8] Kekerapan bas pengantara MRT ialah di antara 10 minit hingga 15 minit. Laluan bas ini dibuka selaras dengan pembukaan Fasa 1 Laluan Kajang pada Disember 2016.[6]
Laluan | Koridor | Pengendali | Terminal[8] | Jumlah perhentian[5][9] (termasuk terminal) |
Melalui[9] | Sambungan | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Jalan raya | Petempatan | ||||||||
T813 | Koridor Damansara | Rapid KL | MRT Taman Tun Dr Ismail Pintu A | ↺ | SMK Damansara Jaya (Berlawanan) | 14 | Jalan Damansara Lebuhraya Damansara-Puchong Jalan SS21/56 Jalan SS21/1 Lebuhraya Sprint Jalan SS22/23 Jalan SS22/43 Jalan SS22/41 |
Damansara Jaya, Damansara Kim, Damansara Utama | T814, 800 (perkhidmatan tamat) |
T814 | MRT Taman Tun Dr Ismail Pintu B | ↺ | Komersial Datuk Sulaiman | 16 | Jalan Wan Kadir 5 Jalan Dato Sulaiman Persiaran Zaaba Jalan Burhanuddin Helmi 2 Jalan Athinahappan Lebuhraya Damansara-Puchong Lebuhraya Sprint |
Taman Tun Dr Ismail | T813 |
Galeri
sunting-
Pintu A stesen di atas Jalan Damansara.Entrance A to the station above Jalan Damansara.
-
Sambungan ke Glo Damansara.
-
Pintu B di Jalan Wan Kadir 4.
-
Pintu B stesen.
-
Pintu B di aras legar.
-
Bas pengantara di Pintu A.
Rujukan
sunting- ^ Hussaini, Amran; Norhawa, Mohd. Ali (15 Dec 2016). "PM rasmi Fasa 1 MRT laluan Sungai Buloh - Kajang". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-22. Dicapai pada 6 Nov 2018.
- ^ T. Selva, Melizarani; Foo, Noel Timothy (17 Dec 2016). "Top 10 attractions near latest MRT stations". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Okt 2018. Dicapai pada 9 Nov 2018.
- ^ Daz Manan (16 Okt 2017). "MRT stop in top-notch TTDI township". Sg Yahoo! News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Okt 2017. Dicapai pada 12 Nov 2018.
- ^ a b "Taman Tun Dr Ismail — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
- ^ a b "MRT Feeder Bus Routes" [Laluan Bas Pengantara MRT] (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-23. Dicapai pada 2017-07-20.
- ^ a b "Maklumat Laluan Bas Rapid KL: MRT Taman Tun Dr Ismail (T813) dan (T814) - Pintu A dan B" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-08-09. Dicapai pada 20 Januari 2020.
- ^ "Taman Tun Dr Ismail MRT Station" [Stesen MRT Taman Tun Dr Ismail]. Greater Kuala Lumpur (dalam bahasa Inggeris). 2019-04-29. Dicapai pada 2019-04-29.
- ^ a b "Rapid KL & MRT Feeder Bus Service Info" [Maklumat Perkhidmatan Bas Rapid KL dan Bas Pengantara MRT]. RapidKL (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Julai 2022.
- ^ a b "MyRapid - Bus Kiosk". Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 27 Jun 2022. Dicapai pada 27 Jun 2022.