Stesen MRT Taman Suntex
Stesen MRT Taman Suntex ialah stesen transit aliran massa (MRT) di Cheras, Selangor, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena kawasan perumahan Taman Suntex yang terletak di timur laut stesen. Stesen ini dibuka pada 16 Julai 2017 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan ini.[1]
Lokasi | Stesen MRT Taman Suntex, Jalan Taman Suntex, Batu 9 Cheras, 43200 Cheras, Selangor Darul Ehsan. | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°12′23″N 101°34′49″E / 3.20639°N 101.58028°EKoordinat: 3°12′23″N 101°34′49″E / 3.20639°N 101.58028°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | MRT Corp | ||||||||||
Laluan | 9 Laluan Kajang | ||||||||||
Platform | 1 platform tengah | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: T413 Pasar Suntex | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
Templat letak kenderaan | 80 petak parkir kereta dan 30 petak parkir motosikal | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | SBK27 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 16 Julai 2017 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Ciri-ciri Stesen
suntingLokasi
suntingStesen ini terletak di barat laut Taman Suntex, Cheras, Selangor. Di sebelah barat laut stesen adalah Lebuhraya Grand Saga manakala di sebelah selatan stesen adalah persimpangan Hulu Langat Lebuhraya Grand Saga. Terletak berhampiran stesen adalah Pasar Suntex, Taman Seri Aman, Taman Lagenda Mas, Taman Putri Jaya, Taman Suntex dan Kampung Sungai Raya.
Pelan stesen
suntingL2 Platform |
KG Arah Selatan | → 9 Laluan Kajang menghala ke KG35 Kajang (Sri Raya) |
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan | ||
KG Arah Utara | ← 9 Laluan Kajang menghala ke KG04 Kwasa Damansara (Taman Connaught) | |
L1 | Aras legar | Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan |
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[2] Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang menempatkan 80 petak parkir kereta dan 30 petak parkir motosikal.[3]
Perkhidmatan bas
suntingBas RapidKL laluan T413 berkhidmat di stesen ini manakala bas RapidKL laluan T406 dan 450 berkhidmat berhampiran stesen ini di hentian bas Pasar Suntex.
Pintu masuk dan keluar
suntingTerdapat satu pintu masuk dan keluar stesen di Stesen MRT Taman Suntex pada masa kini dan mempunyai kemudahan lif, eskalator dan tangga. Perkhidmatan bas pengantara hanya beroperasi di Pintu A bertempatkan di Jalan Kinabalu. Kedudukan Pintu A stesen terletak di timur laut stesen berdekatan dengan Kompleks Pasar dan Komuniti Suntex, kawasan perumahan You City dan You Vista.[2]
Stesen Laluan Kajang | |||
Pintu | Lokasi | Destinasi | Gambar |
---|---|---|---|
A | Jalan Kinabalu | Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi dan perkhidmatan e-hailing, Jalan Taman Suntex, Jalan Kinabalu. |
Rujukan
sunting- ^ Fuad, Faris (15 Dec 2016). "MRT Fasa 2: Laluan Muzium Negara-Kajang dibuka Isnin ini". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Nov 2018. Dicapai pada 22 Nov 2018.
- ^ a b "Taman Suntex — MRT Corp". MRT Corp. 15 Mei 2018. Dicapai pada 30 Mei 2019.
- ^ "Park N' Ride — Taman Suntex". MRT Corp. 20 Mac 2019. Dicapai pada 30 Mei 2019.