Stesen MRT Taman Pertama
Stesen MRT Taman Pertama ialah stesen transit aliran massa (MRT) di tenggara Kuala Lumpur, Malaysia . Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena kawasan perumahan Taman Pertama yang terletak di utara stesen. Stesen ini dibuka pada 16 Julai 2017 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan ini.[1] Semasa pembinaan, stesen ini dikenali sebagai Taman Bukit Ria.[2]
Lokasi | Stesen Taman Petama, Jalan Cheras, 55100 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°06′45.86″N 101°43′45.44″E / 3.1127389°N 101.7292889°EKoordinat: 3°06′45.86″N 101°43′45.44″E / 3.1127389°N 101.7292889°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | MRT Corp | ||||||||||
Laluan | 9 Laluan Kajang | ||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Sambungan | Velodrom Business Park | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
Templat letak kenderaan | Tiada | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | SBK23 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 16 Julai 2017 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Ciri-ciri Stesen
suntingLokasi
suntingStesen ini terletak di Cheras, Kuala Lumpur dengan Jalan 2/90 di sebelah timur stesen dan LP 1 Jalan Cheras. Di sebelah barat daya stesen terletaknya persimpangan bulatan antara Jalan Loke Yew, Jalan Yaacob Latiff dan Jalan Cheras. Terletak berhampiran stesen adalah Taman Pertama, Taman Tenaga, Taman Bukit Ria, Hospital Veterinar Cheras, Pasar Malam Taman Bukit Ria, Cantik Apartment, SMK Cheras, SK Seri Cheras, Perumahan Awam Seri Sabah, pangsapuri mewah Sommerset Close, Lido Residency, Vistaria Residensi, Villa Vista Condominium dan Villa Seri Putri. Stesen ini juga terletak berhampiran bekas Velodrom Cheras yang dibagunkan menjadi pembangunan komersial.[3]
Pelan stesen
suntingL2 Platform |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | |
SBK Arah Selatan | → 9 Laluan Kajang menghala ke SBK35 Kajang (Taman Midah) | |
SBK Arah Utara | ← 9 Laluan Kajang menghala ke SBK01 Sungai Buloh (Aeon-Maluri) | |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | ||
L1 | Aras legar | Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan |
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[4]
Perkhidmatan bas
suntingBas RapidKL laluan 400 dan 450 berkhidmat di hentian bas Velodrom Business Park berdekatan stesen ini.
Rujukan
sunting- ^ Fuad, Faris (15 Dec 2016). "MRT Fasa 2: Laluan Muzium Negara-Kajang dibuka Isnin ini". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Nov 2018. Dicapai pada 22 Nov 2018.
- ^ Meng Yew Choong (26 Nov 2014). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 28 Mei 2019.
- ^ Intan Farhana Zainul (20 Jun 2015). "Jakel unveils maiden property project". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 28 Mei 2019.
- ^ "Taman Pertama — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.