Vélodrome de Vincennes

Vélodrome de Vincennes (Nama rasminya: Vélodrome Jacques Anquetil - La Cipale) ialah sebuah stadium di Vincennes, berdekatan Paris, Perancis.

Velodrom

Pada mulanya dibina sebagai velodrom pada tahun 1894, ia menjadi stadium utama bagi Olimpik Paris 1900; Acara yang telah dijalankan di velodrom di Olimpik Paris 1900 termasuk berbasikal, kriket, ragbi, bola sepak dan gimnastik. [1] Walau bagaimanapun, acara olahraga telah diadakan di Racing Club de France.

Ia menjadi lokasi trek berbasikal di Olimpik Paris 1924. [2]

Tempat ini menjadi garisan penamat untuk Tour de France antara tahun 1968 dan 1974 dan memperlihatkan kemenangan Eddy Merckx di lima pusingan. Sebelum ini, garisan penamat telah diadakan di Parc des Princes dari tahun 1904 hingga 1967. Dari tahun 1975 hingga kini, Tour de France telah berakhir pada Champs-Élysées.

Ia telah dipaparkan di dalam dua filem iaitu The Round Up (filem 2010) dan Sarah's Key.

Stadium itu masih digunakan untuk perlawanan berbasikal, bola sepak dan perlawanan ragbi.

Pada tahun 2013, stadium itu menjadi tuan rumah apabila Marylebone Cricket Club melawat Perancis.

Vélodrome Jacques-Anquetil

Rujukan

sunting
  1. ^ 1900 Summer Olympics official report. pp. 15-16. Accessed 14 November 2010. (Perancis)
  2. ^ 1924 Summer Olympics official report. pp. 200-217. Accessed 28 September 2011. (Perancis)