Alano Sepanyol

baka anjing dari Sepanyol
(Dilencongkan daripada Spanish bulldog)

Alano Sepanyol[a] atau buldog Sepanyol[b] ialah satu baka Sepanyol anjing bersaiz sederhana hingga besar daripada jenis alaunt-buldog. Ia pada pelbagai masa telah digunakan sebagai anjing perang, untuk laga lembu, untuk pengurusan lembu, untuk perburuan, dan sebagai anjing pengawal.[4]:498[5]

Alano Sepanyol
Nama lain
Negara asalSepnyol
Trait
Berat Jantan 30–40 kg (66–88 lb)
Betina 25–35 kg (55–77 lb)
Tinggi Jantan 58–63 cm (23–25 in)
Betina 55–60 cm (22–24 in)
Bulu pendek dan tebal
Warna
  • sebarang cahaya warna brindle, termasuk kelabu atau biru
  • sebarang cahaya warna perang kekuning-kuningan, daripada berwarna pasir hingga merah
  • hitam dan brindle
Catatandiiktiraf dalam perundangan Sepanyol[3]:13430
Anjing (Canis lupus familiaris)

Pada lewat abad kedua puluh, ia menjadi baka terancam; projek pemulihan dilancarkan dan bilangannya telah pulih sejak itu. Ia diiktiraf secara rasmi di bawah undang-undang kebangsaan pada tahun 2004.

Sejarah

sunting

Asal usul alano Sepanyol tidak diketahui. Salah satu hipotesis menyebut bahawa ia diterbitkan daripada anjing yang dibawa ke Sepanyol pada Zaman Penghijrahan pada abad kelima oleh orang Alan, iaitu orang ahli pastoral nomad dari Eropah Tengah.[4]:498

Rujukan bertulis pertama tentang baka ini di Sepanyol adalah dalam bab dalam Libro de la Montería de Alfonso XI ("Buku Perburuan Alfonso XI") dari abad keempat belas, yang dalamnya anjing pemburu yang dipanggil alani (tunggal: alano) diperihalkan mempunyai warna-warna cantik.[6] Anjing jenis ini mengembara bersama dengan penjelajah Sepanyol dan digunakan sebagai anjing perang dalam penaklukan Orang Asli Amerika, serta dalam penangkapan semula hamba.[7]:23 Becerrillo, seekor anjing perang garang yang dimiliki oleh Juan Ponce de León, mungkin merupakan anjing jenis ini.[8][9]:18[10]:77

 
Anjing dalam gelanggang lembu, punaran daripada La Tauromaquia, Francisco Goya, 1816

Anjing jenis ini ditunjukkan dalam gelanggang laga lembu dalam punaran oleh Francisco de Goya dalam siri beliau La Tauromaquia dari tahun 1816.[11]

Dari lewat abad kesembilan belas, alano mula merosot, atas pelbagai sebab: pada tahun 1880, penggunaan anjing dalam gelanggang lembu dilarang[12] dan amalan baharu laga lembu secara berjalan menjadi lebih meluas; cara perburuan berubah dan terdapat lebih banyak penggunaan anjing pemburu import daripada baka asing;[4]:499 pengurusan meluas bagi haiwan ternakan menjadi kurang lazim di sebahagian negara itu; dan pengendalian haiwan ternakan di rumah sembelih dimodenkan dan tidak lagi menggunakan anjing.[12] Alano tidak lagi diperlukan untuk tugas tradisionalnya dan bilangannya menurun dengan cepat[12] sehingga hampir ke tahap kelenyapan atau kepupusan baka ini.[4]:499

Populasi pembiakbakaan yang terselamat dikenal pasti di pergunungan Enkarterri/Las Encartaciones di Negara Basque pada tahun 1980-an.[5] Piawaian baka dirangka dan buku pembaka dimulakan.[13] Dengan kerjasama Real Sociedad Canina de España dan pentadbiran municipio termasuk yang di Alanís de la Sierra, di Archidona, di Cazalla, dan di El Ronquillo, sebuah projek pemulihan dilancarkan.[13] Terdapat dua buah persatuan baka, iaitu Asociación Nacional de Criadores de Alano Español ("Persatuan Pembiak Baka Alano Sepanyol Kebangsaan", dibentuk pada tahun 1995) dan Sociedad Española de Fomento y Cría del Alano Español ("Persatuan Sepanyol bagi Perkembangan dan Pembiakbakaan Alano Sepanyol").[4]:500[13]

Alano Sepanyol diiktiraf secara rasmi oleh Kementerian Pertanian, Perikanan, dan Makanan Sepanyol, pada tahun 2004; bersama-sama dengan anjing gembala Garafía, anjing pemburu tikus Valencia, anjing pemburu tikus Mallorca, dan anjing penuding Mallorca, ia ditambahkan ke dalam senarai baka peribumi Sepanyol.[3] Ia tidak diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa.

Anjing jalang Uruguay telah dicadangkan diterbitkan terutamanya daripada alano Sepanyol.[14]:25

 
Dengan telinga terpotong

Alano Sepanyol ialah anjing besar daripada jenis alaunt atau buldog. Betina berdiri kira-kira setinggi 55–60 cm (22–24 in) pada paras kelasa dan berukuran seberat kira-kira 25–30 kg (55–66 lb); jantan pula pada purata kira-kira lebih tinggi sebanyak 3 cm (1.2 in) dan lebih berat sebanyak 5 kg (11 lb).[5]

Lapis bulunya pendek dan tebal tetapi tidak pernah seperti baldu, dan paling kerap berwarna brindle; ini mungkin terdiri daripada sebarang warna, termasuk kelabu atau biru, dengan hitam atau tanpa hitam. Warna lain merupakan perang kekuning-kuningan dalam mana-mana cahaya warna daripada berwarna pasir hingga merah, dengan hitam atau tanpa hitam; dan hitam dan brindle – hitam dan tan dengan kawasan sawo matang yang brindle. Muka boleh mempunyai topeng hitam atau tidak; hidungnya berpigmen hitam.[3]:13430[4]:500[5] Tanda-tanda putih pada leher, dada, atau kaki dapat diterima, tetapi putih berlebihan tidak digalakkan.[5]

Kepalanya besar, kuat, seakan muat dalam segi empat sama, dan brakisefalik.[5] Muncungnya pendek, sebaik-baiknya hampir-hampir 37% daripada panjang kepala, dengan rahang yang bawah sedikit cekung; prognatisme ringan ditoleransi.[15]:121[5] Telinga terletak tinggi-tinggi dan labuh jika tidak terpotong. Kulitnya sangat tebal dengan lipatan leher dan sesetengah kedutan pada muka.[5]

Oleh sebab baka ini digunakan untuk perburuan dalam kawanan, ia mudah bergaul dengan anjing lain.[12]

Kegunaan

sunting

Alano digunakan dari Zaman Pertengahan sebagai anjing perang. Sejak itu, ia telah digunakan untuk pemburuan babi hutan dan rusa, sebagai anjing pengawal, dan dalam pengurusan lembu di padang ragut dan di rumah sembelih.[4]:499 Sehingga kira-kira penghujung abad kesembilan belas, ia digunakan dalam gelanggang lembu jantan; penggunaan ini merosot dengan perkembangan laga lembu secara berjalan.[4]:499

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: الانو سڤاڽول; Sepanyol: alano español; bahasa Inggeris: Spanish alano; Spanish alaunt
  2. ^ Jawi: بولدوݢ سڤاڽول; Sepanyol: bulldog español; bahasa Inggeris: Spanish bulldog

Rujukan

sunting
  1. ^ The Bully Breeds (Inggeris) oleh David Harris
  2. ^ John Beusterien (2016). Canines in Cervantes and Velázquez: An Animal Studies Reading of Early Modern Spain (Inggeris). London, United Kingdom: Routledge. ISBN 9781317169963.
  3. ^ a b c Arias Cañete (2004). 5652. Orden APA/807/2004, de 24 de marzo, por la que se actualiza el anexo del Real Decreto 558/2001, de 25 de mayo, por el que se regula el reconocimiento oficial de las organizaciones o asociaciones de criadores de perros de raza pura (Sepanyol). Boletín Oficial del Estado 77: 13430–13435.
  4. ^ a b c d e f g h Miguel Fernández Rodríguez, Mariano Gómez Fernández, Juan Vicente Delgado Bermejo, Silvia Adán Belmonte, Miguel Jiménez Cabras (penyunting) (2009). Guía de campo de las razas autóctonas españolas (Sepanyol). Madrid, Sepanyol: Ministerio de Medio Ambiente y Medio Rural y Marino. ISBN 9788449109461.
  5. ^ a b c d e f g h Spanish Alano: RSCE Standard No. 406 (Not Accepted FCI) (Inggeris). Real Sociedad Canina de España. Diarkibkan pada 10 Ogos 2019.
  6. ^ Alano Español (Inggeris) dalam Majalah El Mundo del Perro, dicapai pada 31 Mac 2024
  7. ^ Mark Derr (2004). A Dog's History of America. New York, Amerika Syarikat: North Point Press. ISBN 9780865476318.
  8. ^ Selección de Leyendas puertorriqueñas - Becerrillo (Sepanyol). Perpusatakaan Digital Universiti Florida.
  9. ^ Bryan Cummins (2003). Colonel Richardson's Airedales: the making of the British War Dog School, 1900-1918 (Inggeris). Calgary, Kanada: Detselig. ISBN 9781550592481.
  10. ^ Stanley Coren (2002). The Pawprints of History: Dogs in the Course of Human Events (Inggeris). New York, Amerika Syarikat; London, United Kingdom; Toronto, Kanada; Sydney, Australia: Free Press. ISBN 9780743227704.
  11. ^ [s.n.] (18 Disember 2001). Prints in the Goya Exhibit (Sepanyol). SMU Meadows School of the Arts. Diarkibkan pada 6 Mac 2002.
  12. ^ a b c d "Alano Español" (dalam bahasa Sepanyol). El Mundo del Perro. 22 Oktober 2014.
  13. ^ a b c Nosotros (Sepanyol). Asociación Nacional de Criadores de Alano Español. Diarkibkan pad 25 April 2018.
  14. ^ Gabriel E. Fernández de Sierra, Beatriz E. Mernies Falcone (2013). Caracterización racial del perro cimarrón (Sepanyol). Dalam: Silvia Llambí Dellacasa, Rosa Gagliardi Berenguer (penyunting) (2013). Conociendo al perro cimarrón uruguayo. Montevideo, Sepanyol: Suruhanjaya Sektor Penyiasatan Saintifik, Universiti Republik Uruguay. ISBN 9789974009967, halaman 21–30.
  15. ^ Manuel Jarén Nebot (2001). Alano Español (Sepanyol). Torredonjimeno, Sepanyol: Editorial Jabalcuz. ISBN 849523324X.