Soto

Hidangan tradisi yang berasal daripada Indonesia

Soto ialah salah satu hidangan dari Indonesia yang terbuat dari bebola daging dan sayur-sayuran. Daging yang paling sering digunakan adalah lembu dan ayam walaupun kadang-kadang kerbau dan babi (babi sering dimasukkan dalam Masakan Bali) juga dimasukkan.[2] Kambing dan organ dalam perut haiwan (hati, paru-paru, usus, dan perut). Berbagai daerah di Indonesia memiliki jenis soto sendiri, dengan kandungan yang berlainan, misalnya Soto Kediri Soto Madura, Soto Betawi, Soto Padang, Soto Bandung, Soto Sokaraja, Soto Banjar, Soto Medan, Coto Makassar. Soto juga dinamai menurut kandungannya, misalnya Soto Ayam, Soto Babat, Soto Kambing. Soto memiliki banyak kemiripan dengan sup.

Soto
Soto Ayam dengan kuah santan kuning, hirisan lontong, dan bawang merah goreng
Nama alternatifSroto, Coto, Tauto
JenisSup Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianHidangan utama
Tempat asalIndonesia[1]
Kawasan/rantauNusantara
Masakan berkaitan
Suhu penghidanganPanas
Bahan utamaPelbagai kuah, daging lembu, atau jeroan
Keragaman/variasiPelbagai variasi di seluruh Indonesia dan negara berjiranan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Soto

Soto kadangkala dianggap sebagai hidangan kebangsaan Indonesia kerana ia dihidangkan dari Sumatera ke Papua dalam pelbagai variasi.[3] Soto, terutamanya soto ayam (soto ayam), adalah setara dengan Sup Ayam. Soto dianggap sebagai makanan keselesaan di Indonesia kerana ia sentiasa dihidangkan hangat dan mempunyai tekstur yang lembut.[4][5][1]

Kerana ada beberapa jenis soto di Indonesia, masing-masing mempunyai cara penyajian yang berlainan. Soto dapat dihidangkan dengan berbagai macam lauk, misalnya keropok, berkedel, emping melinjo, sambal, sos kacang, dan lain-lain. Dan juga pula dengan tambahan lainnya seperti sate telur pindang, satay kerang, jeruk limau, koya (campuran tumpukan keropok dengan bawang putih) dll. Seperti kita ketahui bahawa makanan asasi orang Indonesia adalah nasi, sehingga soto biasanya dihidangkan dengan nasi sebagai menu utama. Namun, ada perbezaan dalam hal menu utama nasi tersebut. Kebanyakan soto dihidangkan secara terpisah dengan nasi, seperti Soto Betawi, Soto Padang, dan lain-lain. Namun, ada juga yang dihidangkan bersama dengan nasi atau soto campur nasi, misalnya Soto Kudus. Selain itu, ada juga soto yang dihidangkan dengan lontong atau nasi yang sudah dimasak dengan dibungkus daun pisang, misalnya Coto Makassar. Kemudian, ada juga yang menggunakan mi, dan bukan nasi sebagai menu dasarnya, misalnya Soto Mie Bogor.

Galeri

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "Indonesian Chicken Noodle Soup (Soto Ayam)". Food.com. September 26, 2006. Dicapai pada August 15, 2014.
  2. ^ Babi Guling Bu Rai Beras Merah
  3. ^ Media, Kompas Cyber. "Kemenpar Tetapkan 5 Makanan Nasional Indonesia, Ini Daftarnya - Kompas.com". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2018-04-18.
  4. ^ "Indonesia - Soto Ayam at Malioboro Country". Chowhound. October 29, 2011. Dicapai pada August 15, 2014.
  5. ^ Sompotan, Johan (January 1, 2012). "Soto Siap Susul Rendang". Okezone.com. Dicapai pada August 15, 2014.