Soto Padang
Soto Padang merupakan sejenis hidangan berkuah pati lembu dengan bahan hirisan daging lembu yang telah digoreng kering, bihun (mi daripada tepung beras), ditambah bakso kentang dan dihidangkan dengan panas. Selain di Kota Padang, Sumatera Barat, hidangan Soto Padang juga mudah ditemui di pelbagai jenis masakan Padang di seluruh dunia.
Soto Padang | |
---|---|
Jenis | Sup |
Jenis sajian | Hidangan utama |
Tempat asal | Indonesia |
Kawasan/rantau | Sumatera Barat |
Dicipta oleh | Minangkabau |
Suhu penghidangan | Panas |
Bahan utama | Pelbagai sup ayam, daging lembu, atau jeroan tradisional Indonesia |
Bahan yang biasa digunakan | Daging lembu, bawang putih, ginger, lime wedge, air |
sunting · sunting di Wikidata |
Di Kota Padang, soto ini sering dihidangkan untuk sarapan pagi, dan kadangkala dihidangkan bersama teh talua.[1]
Rujukan
sunting- ^ Von Holzen, Heinz (2014). A New Approach to Indonesian Cooking. Singapore: Marshall Cavendish International Asia Pte Ltd. m/s. 96-97. ISBN 9789814634953.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Soto Padang |