Anjing pemburu Gascogne Saintonge

baka anjing dari Perancis
(Dilencongkan daripada Small gascon saintongeois)

Anjing pemburu Gascogne Saintonge atau anjing Gascogne Saintonge[a] ialah satu baka anjing jenis anjing pemburu bau, yang diiktiraf dengan dua keragaman, iaitu besar (grand) dan kecil (petit; lebih kecil daripada yang besar, tetapi bukan anjing kecil). Baka yang berasal dari Perancis ini digunakan untuk perburuan dalam kawanan dan diturunkan daripada jenis hound lama Saintonge bagi anjing pemburu besar.

Anjing pemburu Gascogne Saintonge
Anjing pemburu besar Gascogne Saintonge
Nama ringkasAnjing pemburu Virelade
Negara asalPerancis
CatatanDua keragaman bagi satu baka, besar (grand) dan kecil (petit)
Anjing (Canis lupus familiaris)
Anjing pemburu Gascogne Saintonge dari 1915

Baka ini merupakan anjing pemburu sangat tipikal Perancis, dengan tubuh langsing dan berotot, tungkai panjang, telinga panjang layu, dan bibir berayun-ayun. Saiz untuk yang besar ialah 65–72 cm (26–28 in) pada paras kelasa sementara betinanya pula pada ketinggian 24–26 in (61–66 cm). Saiz untuk yang kecil ialah 56–62 cm (22–24 in) pada paras kelasa, lalu menjadikannya anjing yang masih agak besar, sementara betinanya pula lebih kecil sedikit sahaja. Keragaman besar berukuran seberat sekitar 66–71 lb (30–32 kg).

Matanya perang berangan gelap. Kepalanya memanjang. Hidung hitamnya terbentuk dengan baik dan bibirnya juntai. Ia mempunyai dada dalam dan belakang kuat. Ekornya anggun dan melengkung.

 
Anjing pemburu kecil Gascogne Saintonge

Warna bulunya ialah putih dengan tompok hitam, kadang-kadang berbintik hitam. Telinga dan muka di sekitar mata adalah hitam dan pipinya sawo matang, tetapi tidak patut ada penampilan triwarna. Dua tanda sawo matang terletak di sebelah atas mata, dan kadang-kadang terdapat tanda sawo matang di dasar paha atas, yang disebut "tanda kijang jantan". Kecacatan, yang menandakan bahawa anjing berkenaan tidak patut dibiakbakakan, termasuklah kekurangan keteguhan, belakang lemah, ekor menyimpang, keting lembu, atau tungkai yang terlalu atau lurus, yang dapat membatasi kemampuan berlari, serta warna luar set, keagresifan berlebihan, atau perilaku malu berlebihan.[1][2]

Baka ini terkenal kerana hidung bagusnya, suara cemerlangnya, dan congklang cantiknya, yang merupakan atribut-atribut penting pada anjing pemburu. Ia merupakan anjing kawanan yang menurut naluri.[1][2]

Sejarah dan kegunaan

sunting

Hanya tiga ekor anjing pemburu lama Saintonge terselamat dalam Revolusi Perancis, dua ekor jantan dan seekor betina. Comte Joseph de Carayon-Latour pada pertengahan abad ke-19 menyilangkan anjing pemburu lama Saintonge terakhir dengan beberapa sisa anjing pemburu biru besar Gascogne jenis lama. Anjing-anjing yang putih dengan bintik hitam dikekalkan dan kemudiannya dinamai gascon saintongeois (anjing pemburu Gascogne Saintonge).[3]

Pada pertengahan abad ke-20, para pemburu di barat daya Perancis memilih anjing-anjing lebih kecil daripada perinduk-perinduk anjing pemburu besar Gascogne Saintongeois untuk memburu kelinci dan buruan kecil lain. Anjing-anjing ini kemudiannya menjadi anjing pemburu kecil Gascogne Saintonge.[3]

Anjing pemburu besar Gascogne Saintonge digunakan untuk memburu buruan besar, termasuk babi hutan, rusa roe, dan kadang-kadang serigala kelabu, biasanya secara berkawanan. Anjing pemburu kecil Gascogne Saintonge pula ialah pemburu serba guna, biasanya digunakan terhadap kelinci dan arnab, tetapi juga dapat digunakan untuk buruan besar.[1][2]

Lihat juga

sunting

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو ݢسکوڽا سينتونج; انجيڠ ݢسکوڽا سينتونج; Perancis: gascon saintongeois

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c "Standard FCI n° 21 GASCON SAINTONGEOIS" [Piawaian FCI No. 21 Anjing Pemburu Gascogne Saintonge] (pdf) (dalam bahasa Perancis). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 8 Ogos 2023. Dicapai pada 19 Disember 2023.
  2. ^ a b c "FCI-Standard N° 21 GASCON SAINTONGEOIS" [Piawaian FCI No. 21 Anjing Pemburu Gascogne Saintonge] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Mulholland, Jennifer; Triquet, Raymond. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 8 Ogos 2023. Dicapai pada 19 Disember 2023.
  3. ^ a b Rogers Clark, Anne; Brace, Andrew H., penyunting (10 November 1995). The International Encyclopedia of Dogs [Ensiklopedia Antarabangsa tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Disumbangkan oleh Renée Sporre-Willes. (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 230–231. ISBN 9780876056240. OCLC 32697706.