Siti Nurhaliza (album 1997)

Album ke-2 Siti Nurhaliza
(Dilencongkan daripada Siti Nurhaliza II)

Siti Nurhaliza[4][nota 1] ialah album studio eponim kedua Siti Nurhaliza, selepas yang satu lagi pada tahun sebelumnya. Album ini dikeluarkan pada 27 Januari 1997, telah terjual melebihi 350,000 unit.[5][6]

Siti Nurhaliza
Album studio oleh
Dilancarkan pada27 Januari 1997[1]
Dirakamkan padaOgos 1996 - Januari 1997[2]
GenrePop, dance, R&B, pop rock, tradisional
Panjang53:58
BahasaBahasa Melayu dan bahasa Inggeris Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatSuria Records
Blackboard Indonesia
PenerbitAdnan Abu Hassan, LY, Fauzi Marzuki, Zul Mahat, Xiao Wong, Helen Yap, David Foster
Kronologi Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza
(1996)
Siti Nurhaliza
(1997)
Cindai
(1997)
Single daripada Siti Nurhaliza
  1. "Aku Cinta Padamu"
    Dikeluarkan: 3 Januari 1997
  2. "Wajah Kekasih"
    Dikeluarkan: 4 April 1997
  3. "Bisikan Asmara"
    Dikeluarkan: 22 Ogos 1997
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Penarafan profesional
Markah ulasan
Sumber Taraf
Discogs 4/5 bintang[3]

Tiga single utama album ini, "Aku Cinta Padamu", "Wajah Kekasih" dan "Bisikan Asmara" menjadi taruhan Siti dan mendapat tempat di stesen radio. Single pertama album ini, Aku Cinta Padamu tercalon dalam kategori Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1998 dan dua kategori (Persembahan Terbaik dan Juara Kategori Balada) di Anugerah Juara Lagu ke-12.

Buat pertama kalinya dalam kerjaya beliau sebagai penyanyi, Siti menulis lirik untuk lagu “Demi Kasih Kita”. Album ini juga dilancarkan tujuh bulan sebelum Krisis Kewangan Asia 1997.

Penerbitan

sunting

Selepas kejayaan album pertamanya, pada Ogos 1996, Siti Nurhaliza mengumumkan akan merakamkan album keduanya secepat mungkin. Untuk album kedua, Siti mengetengahkan pelbagai genre muzik seperti dance pop, R&B, balada, tradisional dan pop rock selain muzik pop.[7] Beliau turut memuatkan sebuah lagu bahasa Inggeris bertajuk “The Colour of My Love” nyanyian asal Celine Dion yang merupakan penyanyi antarabagsa yang dikagumi oleh Siti, beliau juga menyumbangkan lirik untuk lagu Demi Kasih Kita.

Album ini diterbitkan oleh Adnan Abu Hassan yang turut menyumbangkan tiga lagu dalam album ini – "Wajah Kekasih", “Demi Kasih Kita” dan “Rindu Di Antara Kita”. Penerbit dan komposer lain yang turut mencurahkan tenaga mereka dalam album ini ialah pasangan suami-isteri LY dan Baiduri (menerusi dua lagu – “Aku Cinta Padamu” dan “Kesilapanku, Keegoanmu”), Fauzi Marzuki, Zul Mahat, Xiao Wong, Helen Yap, Arthur Ganov dan David Foster. Rakaman album ini dijalankan pada pertengahan Ogos 1996 sehingga awal Januari 1997.

Senarai runut

sunting
No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Aku Cinta Padamu"BaiduriLY5:23
2."Wajah Kekasih"Hani M.JAdnan Abu Hassan5:16
3."Tirai Semalam"S. Amin ShahabFauzi Marzuki5:04
4."Demi Kasih Kita"Siti NurhalizaAdnan Abu Hassan4:47
5."Kesilapanku, Keegoanmu"BaiduriLY5:25
6."Khayalan Cinta"UcuXiao Wong5:09
7."Usah Diragui"Habsah HassanZul Mahat4:53
8."Rindu Di Antara Kita" (duet bersama Ciang Teng) Hani M.JAdnan Abu Hassan4:38
9."Bisikan Asmara"Amran OmarHelen Yap4:53
10."Sri Mersing"Copyright ControlledCopyright Controlled5:00
11."The Colour of My Love" (runut bonus, nyanyian asal Celine Dion) Arthur GanovDavid Foster3:30
Jumlah masa: 53:58


Keluaran dan sambutan

sunting

Siti Nurhaliza II dikeluarkan pada 27 Januari 1997[1] (17 hari selepas ulang tahun kelahirannya ke-18) dan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dengan jualan yang melebihi 150, 000 unit.[5] Album ini menerima pensijilan platinum dan ia juga dikeluarkan lima bulan sebelum Krisis Kewangan Asia 1997.

Single pertama album ini, "Aku Cinta Padamu" dikeluarkan pada 3 Januari 1997, dan dikatakan menjulang nama Siti di persada muzik Indonesia dengan tajuk gantian "Betapa Ku Cinta Padamu" lalu mendapat sambutan baik di republik itu. Di dalam laporan berita oleh Billboard, Siti Nurhaliza II telah terjual sebanyak 500, 000 unit di Indonesia sahaja.[8] Album ini diterbitkan bersama oleh Suria Records dan syarikat rakaman Indonesia, Blackboard dan diedarkan di Indonesia oleh Suara Sentral Sejati.[8]

Kejayaan lagu "Aku Cinta Padamu" kemudian diikuti dengan dua single seterusnya, "Wajah Kekasih" dan "Bisikan Asmara". Muzik video untuk ketiga-tiga lagu ini dikeluarkan. Muzik video lagu "Kesilapanku, Keegoanmu", "Demi Kasih Kita", "Tirai Semalam", "Rindu Di Antara Kita", "Khayalan Cinta" dan "Usah Diragui" turut dikeluarkan. Sepertimana album Siti Nurhaliza I, album ini juga diterbitkan dalam versi alternatif dengan kulit album berbeza.[9] Album Siti Nurhaliza II dikeluarkan dalam bentuk fizikal (cakera padat dan kaset) pada hari pertama pelancarannya dan kemudiannya dikeluarkan format digital (muat turun digital) pada tahun 2013.[1][10] Pada tahun 2017, album ini dicetak dalam bentuk piring hitam (LP).

Legasi

sunting

Lagu "Kesilapanku, Keegoanmu" dijadikan sebagai lagu tema drama TV Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Farid Kamil dan Nelydia Senrose yang bersiaran di Astro Ria. "Aku Cinta Padamu" digunakan sebagai muzik latar drama ini.[11]

Tenaga kerja

sunting

Kredit diperoleh daripada sisipan buku kecil album Siti Nurhaliza II.[10]

  • Aidiet - gitar
  • Man Kidal (Lefthanded) - gitar
  • Ariffin - unit promosi
  • Azmeer - keyboard
  • Yan (Lefthanded) - bass
  • Man Dayak (Lefthanded) - dram
  • Baiduri - komposer
  • Bong - bass
  • Kesuma Booty - programming, gitar
  • Chobib - guitar
  • David Foster - penerbit
  • Arthur Ganov - komposer
  • Habsah Hassan - komposer
  • Adnan Abu Hassan - penerbit, programming
  • A.D. Ho - fotografi
  • Sham Amir Hussain - penciptaan, pengurus A&R
  • Jason Foo - koordinator penerbitan
  • Zul Mahat - penerbit
  • Zulkefli Majid - koordinator A & R
  • Mahmud - perkusi
  • Fauzi Marzuki - penerbit, programming, gitar
  • Hani M.J - komposer

  • Jari - saksofon
  • Siti Nurhaliza - penulis lagu
  • Nurul – jurusolek, pendandan rambut
  • Lau - jurutera, adunan
  • LY - penerbit
  • Amran Omar - penulis lirik
  • Rahayu - unit promosi
  • Riz - unit promosi
  • Sabariah - unit promosi (Singapura)
  • S. Amin Shahab - penulis lirik
  • Soon - penciptaan
  • Tan Su Loke - penerbit eksekutif
  • Ciang Teng - penulis lagu, vokal
  • Ucu - penulis lagu
  • Vincent - jurutera, adunan
  • Wong - jurutera, adunan
  • Xiao Wong - penerbit
  • Helen Yap - penerbit, programming, piano

Kedudukan carta

sunting

Album

Carta (1997) Kedudukan tertinggi
carta
Malaysia (Carta RIM) 2[9]

Single

Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi
Radio Muzik ERA fm HOT fm Muzik Muzik
1997

Aku Cinta Padamu

1 - - 2

Wajah Kekasih

8 - - 1

Bisikan Asmara

12 - - 2

Kesilapanku, Keegoanmu

8 - - -

Rindu Di Antara Kita (duet bersama Ciang Teng)

- - - -

Anugerah

sunting

Carta Radio 3 Shah Alam

sunting
Tahun Penerima/Karya tercalon Anugerah Keputusan
1998 "Aku Cinta Padamu" Persembahan Terbaik (Solo) Menang
Carta Pujaan
Tempat Kedua

Anugerah Industri Muzik

sunting
Tahun Penerima/Karya tercalon Anugerah Keputusan
1998 "Aku Cinta Padamu" Lagu Terbaik Tercalon

Anugerah Juara Lagu

sunting
Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
1997[12] "Aku Cinta Padamu" Lagu Balada Terbaik Menang
Persembahan Terbaik Menang
1998[13][14] "Bisikan Asmara" Lagu Pop Rock Terbaik Tercalon
"Wajah Kekasih" Lagu Balada Terbaik Tercalon

Anugerah MACP

sunting
Tahun Penerima/Karya tercalon Anugerah Keputusan
2009[15] "Aku Cinta Padamu" Lagu Melayu Paling Dipersembahkan Menang

Pensijilan

sunting
Negara Pensijilan Jualan/penghataran
Malaysia 6× Platinum[16] 400,000[5]
Indonesia 500,000[5]

Sejarah keluaran

sunting
Negara Tarikh dikeluarkan Format Label
Malaysia 27 Januari 1997[1] CD, kaset Suria Records
Januari 2013[1] Muat turun digital
Indonesia April 1997[1] CD, kaset

Catatan

sunting
  1. ^ Ini merupakan album kedua Siti tetapi tiada tajuk sepertimana album pertama. Kadangkala dikenali sebagai Aku Cinta Padamu atau Siti Nurhaliza II.

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e f Siti Nurhaliza II di iTunes Malaysia
  2. ^ Siti Nurhaliza 1997 di SN MUSIC CATALOGUE.
  3. ^ Siti Nurhaliza II. Discogs.
  4. ^ Siti Nurhaliza – Siti Nurhaliza II di Siti Sentral @ Weebly.com.
  5. ^ a b c d Peransang Abang Dalam Karier Siti Nurhaliza Bintang Online. Diarkibkan kepada asal Diarkibkan pada 1 Januari 2000. Diperoleh pada 18 December 2010.
  6. ^ "Siti Nurhaliza II". SitiZone. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-01. Dicapai pada 2009-12-28.
  7. ^ Hartati Hassan Basri (25 Januari 1997). "Siti ingin cuba lagu asli". Harian Metro. Dicapai pada 12 Januari 2021.
  8. ^ a b Steve McLure (28 April 2000). Asian Acts Across Cultural And National Boundaries Billboard. Books.google.com. Diakses pada 15 Ogos 2016.
  9. ^ a b Hits Of The World - Malaysia MaccDonald, Bob and Clarkson, Paul (3 Mei 1997). Billboard. Books.google.com. Diperoleh pada 25 Februari 2011.
  10. ^ a b Siti Nurhaliza II (catatan media). Siti Nurhaliza. Suria Records. 1997.CS1 maint: others (link)
  11. ^ Ost Drama Lafazkan Kalimah Cintamu
  12. ^ "Juara Lagu sepintas lalu". Metro Ahad. Digital Collections DC5: Text Archive. 28 Disember 2003. Dicapai pada 24 September 2010.
  13. ^ Nurhaliza dan Adnan kuasai juara lagu Diarkibkan 2011-06-17 di Wayback Machine Utusan Malaysia Online (11 November 1998). Diperoleh pada 24 Ogos 2010.
  14. ^ Tengku Khalidah Tengku Bidin (8 Disember 1998) Juara Lagu dikuasai irama Malaysia Diarkibkan 2011-06-17 di Wayback Machine Utusan Malaysia Online. Diperoleh pada 24 Ogos 2010.
  15. ^ "Industri muzik sudah mati?". Berita Harian. Digital Collections DC5: Cross Search. 9 Disember 2009. Dicapai pada 2 September 2010.
  16. ^ Siti Nurhaliza Tarudin Official Facebook. Retrieved in 18 December 2010.

Pautan luar

sunting