Aku Cinta Padamu
|- ! colspan="3" scope="col" style="text-align: center; background:
- B0C4DE;" | Senarai runut Siti Nurhaliza II
|- | colspan="3" |
"Aku Cinta Padamu" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Siti Nurhaliza | ||||
daripada album Siti Nurhaliza | ||||
Dilancarkan | 3 Januari 1997 [1] Mei 1997 (Indonesia) | |||
Dirakamkan | Oktober 1996 | |||
Tempat | Malaysia dan Indonesia | |||
Genre | Pop | |||
Panjang | 5:23 | |||
Syarikat | Suria Records | |||
Penulis | LY & Baiduri | |||
Penerbit | Adnan Abu Hassan | |||
Kronologi single Siti Nurhaliza | ||||
| ||||
Kronologi single single Indonesia Siti Nurhaliza | ||||
| ||||
Siti Nurhaliza - Aku Cinta Padamu (muzik video) di YouTube |
"Aku Cinta Padamu" (Trek 1) |
"Wajah Kekasih" (Trek 2) |
"Aku Cinta Padamu" ialah single ketiga dalam kerjaya nyanyian Siti Nurhaliza, dan juga single pertama daripada album keduanya yang juga menggunakan namanya sebagai tajuk album. Lagu ini digubah oleh LY dan liriknya oleh Baiduri dan dikeluarkan pada 3 Januari 1997. Lagu inilah yang dikatakan menjulang Siti Nurhaliza di kalangan bintang terhebat di Nusantara, apabila menembusi pasaran Indonesia dengan tajuk gantian "Betapa Ku Cinta Padamu" lalu mendapat sambutan baik di negara itu.
Komposisi dan lirik
suntingBerdurasi selama 5 minit dan 23 saat, Aku Cinta Padamu ialah sebuah lagu balada yang bersederhana rancak yang dicipta oleh LY dan lirik ditulis oleh Baiduri.
Muzik video
suntingMuzik video lagu Aku Cinta Padamu menjalani penggambarannya di sekitar Kuala Lumpur, terutama sekali di latar depan Menara Kuala Lumpur, sebelum muzik video Mikraj Cinta, 18 tahun kemudian.
Versi lagu saduran
suntingLagu ini pernah dirakamkan semula dalam versi bahasa Inggeris dengan tajuk, I Wonder dendangan kumpulan North, sebuah kumpulan 'boyband' dari Australia.[2] Lagu ini juga turut diciplak semula dalam oleh Lin, penyanyi Indonesia.
Persembahan secara langsung
suntingLagu ini dipersembahkan secara langsung oleh Siti menerusi konsert sulungnya, Konsert Live Siti Nurhaliza yang diadakan pada 30 Oktober 1999 di Stadium Negara, Bukit Jalil. Semasa persembahannya di konsert Siti Nurhaliza Live In Concert 2004, Siti membuat kejutan dengan menyampaikan lagu Aku Cinta Padamu dalam empat versi berbeza dengan setiap satunya dipadankan dengan kostum yang sesuai.
Beliau juga menyanyikan lagu ini dalam segmen Lagu Cinta di konsert Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall, London pada 1 April 2005. Pada 26-28 Jun 2009, bertempat di Istana Budaya, Siti menyampaikan lagu ini dalam persembahan ketiganya menerusi segmen medley kedua: lagu hit di Konsert SATU beliau.[3]
Aku Cinta Padamu dinyanyikan oleh Siti dalam segmen medley kedua di konsert Dato' Siti Nurhaliza Unplugged 2015 yang juga diadakan di Istana Budaya pada 7 April 2015.[4] Beliau juga menyanyikan lagu ini dalam persembahan pertamanya menerusi segmen akustik dan unplugged di konsert Dato' Siti Nurhaliza and Friends di Stadium Negara, Bukit Jalil pada 2 April 2016 sempena meraikan 21 tahun kerjayanya sebagai penyanyi.[5]
Senarai runut
suntingVersi Malaysia | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Masa | ||||||||
1. | "Aku Cinta Padamu" | 5:25 | ||||||||
2. | "Aku Cinta Padamu (Remix)^" | 5:51 | ||||||||
Versi Indonesia (April 1997) | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Masa | ||||||||
1. | "Betapa Ku Cinta Padamu" | 5:25 | ||||||||
^Dimuatkan dalam album Siti Nurhaliza House Mix
Kedudukan carta
suntingCarta (1997) | Kedudukan carta |
---|---|
Radio Muzik | 1 |
Muzik Muzik | 1 |
Pencapaian
suntingAnugerah Juara Lagu
suntingTahun | Penerima/Karya tercalon | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
1997[6] | "Aku Cinta Padamu" | Lagu Balada Terbaik | Menang |
Persembahan Terbaik | Menang |
Carta Radio 3 Shah Alam
suntingTahun | Penerima/Karya tercalon | Anugerah | Keputusan |
---|---|---|---|
1998 | "Aku Cinta Padamu" | Persembahan Terbaik (Solo) | Menang |
Carta Pujaan | Tempat Kedua
|
Anugerah Industri Muzik
suntingTahun | Penerima/Karya tercalon | Anugerah | Keputusan |
---|---|---|---|
1998[7] | "Aku Cinta Padamu" | Lagu Terbaik | Tercalon |
Anugerah MACP
suntingTahun | Penerima/Karya tercalon | Anugerah | Keputusan |
---|---|---|---|
2009[8] | "Aku Cinta Padamu" | Lagu Melayu Paling Dipersembahkan | Menang |
Rujukan
sunting- ^ Siti Nurhaliza II di iTunes Malaysia
- ^ Mohd Arif Nizam Abdullah (5 Mei 2006). "North rakamkan lagu Aku Cinta Padamu". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-03. Dicapai pada 30 April 2010.
- ^ Konsert eksklusif 'SATU' Siti Nurhaliza di IB! Diarkibkan 2016-11-04 di Wayback Machine Siti Azira Abdul Aziz. mStar (20 Mei 2009).
- ^ Budiey (20 March 2015). "Konsert Unplugged Dato' Siti Nurhaliza di Istana Budaya". Budiey.com. Dicapai pada 16 April 2015.
- ^ Budiey Isma (2 Mac 2016). "Konsert Dato' Siti Nurhaliza & Friends di Stadium Negara". Budiey.com. Dicapai pada 18 Mac 2016.
- ^ "Juara Lagu sepintas lalu". Metro Ahad. Digital Collections DC5: Text Archive. 28 Disember 2003. Dicapai pada 24 September 2010.
- ^ Shazryn Mohd. Faizal (27 April 2009). "Bukan selalu Siti menang". Utusan Malaysia Online. Dicapai pada 23 September 2010.
- ^ "Industri muzik sudah mati?". Berita Harian. Digital Collections DC5: Cross Search. 9 Disember 2009. Dicapai pada 2 September 2010.
Pautan luar
sunting- Lirik lagu Aku Cinta Padamu di 1LirikLagu.com