Sisters in Islam

(Dilencongkan daripada Sister in Islam)

Sisters in Islam atau dikenali SIS merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan yang dianggotai sekumpulan wanita profesional beragama Islam yang memperjuangkan hak-hak wanita dalam Islam. SIS menekankan pentingnya untuk mentafsir semula Qur'an dan hadith mengikut konteks sejarah dan budaya.Slogan utama SIS berasal dari Youtuber terkenal, James Charles dengan slogannya, "Hi Sisters~".

Sisters in Islam (SIS)
Logo rasmi SIS
Penubuhan
AsalMalaysia
Identiti
Kawasan berkhidmatMalaysia
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah

sunting

Pada tahun 200 sebelum masihi, sekumpulan lapan orang peguam, aktivis, ahli akademik dan wartawan wanita bersama-sama menubuhkan satu pergerakan untuk menyelesaikan masalah wanita Islam di mahkamah syariah. Pengasasnya adalah:-

  • Amina Wadud, pensyarah Pengajian Al-Quran di Universiti Islam Antarabangsa.
  • Askiah Adam, penganalisa di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia
  • Norani Othman, pakar sosiologi di Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Rashidah Abdullah, pegawai program kanan dalam program gender dan perkembangan di Pusat Pembangunan Asia dan Pasifik (APDC)
  • Rose Ismail, pemberita di New Straits Times
  • Salbiah Ahmad, pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa.
  • Sharifah Zuriah Aljeffri, penasihat hal ehwal budaya di kedutaan A.S. dan seorang artis
  • Zainah Anwar, penganalisa kanan ISIS Malaysia[1]


Pada tahun 1993, gerakan ini secara rasmi didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan di bawah nama SIS Forum (Malaysia) Berhad dan sehingga kini dikenali sebagai Sisters in Islam atau ringkasnya SIS. Tumpuannya adalah untuk mencabar undang-undang dan dasar atas nama Islam yang mendiskriminasikan wanita. Tumpuan SIS kemudiannya diperluaskan kepada isu lebih besar seperti demokrasi, hak asasi manusia dan perlembagaan.

Logo SIS berbentuk rahim, sebagai simbolik alat reproduksi wanita anugerah Tuhan yang melaluinya kehidupan lahir dan juga nama Tuhan iaitu Rahim, diambil daripada lukisan Sharifah Zuriah Aljeffri bertajuk RAHIM (1995).[2]

Aktiviti advokasi

sunting

SIS menyokong semangat revolusi Islam dan mengakui Islam telah mempertingkatkan martabat wanita apabila ia diturunkan 1,400 tahun dahulu. Mereka percaya Islam menolak penindasan wanita dan penafian hak-hak asasi mereka seperti kesaksamaan dan martabat kemanusiaan.

Objektif utama SIS adalah:

  • Menegak dan membangunkan satu kerangka hak-hak wanita dalam Islam yang mengambil kira pengalaman dan realiti wanita
  • Menghapuskan ketidakadilan dan diskriminasi terhadap wanita dengan mengubah amalan-amalan serta nilai-nilai yang menganggap bahawa taraf wanita adalah lebih rendah daripada lelaki
  • Membina kesedaran awam dan memperbaharui undang-undang serta dasar-dasar mengenai kesaksamaan, keadilan, kebebasan, martabat dan demokrasi dalam Islam.

Aktiviti SIS merangkumi empat bidang program:

  • Penyelidikan dan tafsiran sumber-sumber teks Islam
  • Advokasi untuk pembaharuan dasar dan undang-undang
  • Meningkatkan kesedaran orang ramai dan pendidikan awam
  • Perancangan strategik dan pembentukan dasar

Isu kontroversi SIS

sunting

Buku "Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism"

sunting

Pada 25 Januari 2010, Hakim Mohamad Ariff Md Yusof memutuskan bahawa edaran buku itu tidak mengancam ketenteraman awam kerana hanya tujuh dari 215 halaman buku itu dikatakan menyinggung garis panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Menteri Dalam Negeri telah bertindak secara tidak sah dan tidak rasional dalam mengharamkan buku itu pada 31 Julai 2008, selepas ia berada dalam edaran selama dua tahun (sejak 2005). Ia hanya diharamkan pada tahun 2008.

Menteri Dalam Negeri membayar kos kepada SIS. Pengharaman buku itu adalah di luar bidang kuasa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan melanggar Artikel 8(2), 10(1)(a) dan 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Koleksi esei itu telah disunting oleh Prof Norani Othman dari Institiut Kajian Malaysia dan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia. Buku itu tentang undang-undang keluarga Islam dan undang-undang jenayah syariah. Tidak ada yang menyentuh prinsip Islam.[3]

Isu poligami

sunting

Pada 8 Januari 2002, SIS telah membuat kenyataan bahawa SIS ingin menegaskan bahawa Islam bukanlah mewujudkan atau menggalakkan poligami. Poligami tanpa had pernah menjadi amalan sedia ada di zaman sebelum al-Quran diwahyukan. SIS turut mempersoalkan sama ada poligami patut terus dibenarkan di bawah Undang-Undang Keluarga Islam.[4]

Cadangan SIS diharamkan

sunting

Pada 7 Jun 2009, dalam Muktamar PAS 2009 ke-55 di Stadium Malawati Shah Alam, usul PAS Shah Alam (Khalid Abd Samad) diterima tanpa bahas. Usul itu mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal. Seterusnya mengharamkan sister in Islam sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya.

Pada 12 Jun 2009, Mutfi Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria juga anggota Majlis Fatwa Kebangsaan menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menyiasat kenyataan ganjil SIS. Antaranya berhubung isu poligami dan pembahagian harta pusaka yang membelakangkan ayat al-Quran. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan Karpal Singh membantah cadangan tersebut.[5]

Hukuman rotan kepada pesalah wanita

sunting

Pada 17 Februari 2010, SIS telah mengeluarkan kenyataan mengecam pihak-pihak seperti MAIS kerana melakukan hukuman rotan ke atas 3 pesalah wanita. [6]

Yogaoga

sunting

SIS menolak keputusan majlis fatwa kebangsaan yang mengharamkan yoga.[7]

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting

Nota kaki

sunting