Feminisme

Subjenis
Ekofeminisme
Feminisme agama
Feminisme-anarki
Feminisme Cyborg
Feminisme faham pemisahan
Feminisme individualis
Feminisme Islam
Feminisme kebudayaan
Feminisme Kristian
Feminisme kulit hitam
Feminisme lesbian
Feminisme liberal
Feminisme Marxisme
Feminisme orang gemuk
Feminisem psikolanalisis
Feminisme radikal
Feminisme sosialis
Feminisme zaman pasca moden
Kawanitaan


Topik-topik
Antifeminisme
Profeminisme
Ekonomi feminisme
Feminisme seks-positif
Gerakan feminisme
Hak kewanitaan
Seksologi feminisme
Teori / Teori filem


Sejarah
Sejarah ahli feminisme
Sejarah feminisme
Sejarah wanita


Pengundian
Garis masa
Pejuang hak mengundi untuk wanita
Pengundian wanita
Amerika Syarikat
New Zealand
United Kingdom


Gelombang Feminisme
Gelombang pertama
Gelombang kedua
Gelombang ketiga


Mengikut negara
Amerika Latin
Amerika Syarikat
Indonesia
Iran
Nicaragua
Norway
United Kingdom


Senarai
Ahli gerakan kewanitaan
Kesusasteraan
Topik


Feminisme ialah himpunan teori sosial, gerakan politik, dan falsafah moral yang sebahagian besarnya didorong oleh perempuan atau berkenaan dengan pembebasan perempuan daripada pengetepian oleh kaum lelaki. Dalam istilah yang mudah, feminisme merupakan kepercayaan kepada kesamaan sosial, politik, dan ekonomi antara kedua-dua jantina, serta kepada sebuah gerakan yang dikendalikan berdasarkan keyakinan bahawa jantina harus tidak merupakan faktor penentu yang membentuk identiti sosial atau hak-hak sosiopolitik dan ekonomi seseorang. Sebahagian besar ahli-ahli gerakan kewanitaan khususnya bimbang akan apa yang dianggapnya sebagai ketaksamaan sosial, politik, dan ekonomi antara kedua-dua jantina yang memihak kepada kaum lelaki sehingga menjejaskan kepentingan kaum perempuan; sesetengah mereka memperdebatkan bahawa identiti-identiti berdasarkan jantina, seperti "lelaki" dan "perempuan", merupakan ciptaan masyarakat. Di bawah tekanan berterusan untuk mengikut norma-norma kelelakian, ahli-ahli gerakan kewanitaan tidak bersetuju antara satu sama lain tentang persoalan-persoalan punca ketaksamaan, bagaimana kesamaan harus dicapai, serta takat jantina dan identiti berdasarkan jantina yang harus dipersoalkan dan dikritik.

Para aktivis politik feminisme moden biasanya berkempen memperjuangkan hak asasi manusia untuk kaum wanita yang merangkumi keutuhan badan serta kebebasan hak pembiakan, termasuk hak pengguguran yang selamat dan sah di sisi undang-undang, pencegahan hamil, mutu jagaan pranatal, perlindungan daripada keganasan dalam perkongsian rumah tangga, penganiayaan seks, penganiayaan di jalan raya, diskriminasi dan rogol, serta juga hak tempat kerja untuk cuti bersalin dan gaji yang sama. Banyak ahli gerakan feminisme pada hari ini menganggap feminisme sebagai suatu gerakan akar umbi yang bertujuan untuk merentasi sempadan yang berasaskan kelas sosial, bangsa, kebudayaan, dan agama. Mereka juga mendebatkan bahawa sebuah gerakan feminisme yang berkesan harus menumpukan perhatian kepada kedua-dua aspek persoalan sejagat seperti rogol, inses, dan pelacuran, serta persoalan kebudayaan yang khusus yang berkait dengan wanita di dalam masyarakat yang berkenaan, seperti pemotongan genital perempuan di sebilangan bahagian Afrika dan Timur Tengah dan amalan "siling kaca" yang menghalang kenaikan pangkat wanita di ekonomi-ekonomi yang maju. Tema-tema yang diperiksa dengan teliti dalam feminisme termasuk kebapaan, penstereotaipan, pengobjekan seks, serta penindasan.

Bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad sokong feminisme.[1]


Etimologi

sunting

Pengungkapan fahaman ini mula dalam sebuah tesis perubatan karangan Ferdinand-Valère Faneau de la Cour di Perancis (bahasa Perancis: féminisme terbitan kata dasar femme turunan Latin fēmina "wanita"[2]) pada tahun 1871 menggambarkan keadaan pesakit tuberkulosis yang diamati de la Cour "bergerak gemalai serupa perempuan" (« ...ondulant et de gracieux qui est le propre...de la femme »); perkataan ini ketika itu berkonotasi negatif mencerminkan keadaan masyarakat Perancis sezamannya yang memandang rendah kaum wanita yang pada ketika itu mengharungi banyak layanan tidak adil terhadap mereka sehingga enggan mengambil peranan terhad dan sempit yang lazim diberikan kepada mereka.[3]

Aliran

sunting

Feminisme liberal

sunting

Feminisme Liberal ialah pandangan untuk menempatkan perempuan yang memiliki kebebasan secara penuh dan individual. Aliran ini menyatakan bahawa kebebasan dan kesamaan berakar pada rasionalitas dan pemisahan antara dunia privat dan publik. Setiap manusia -demikian menurut mereka- punya kapasitas untuk berpikir dan bertindak secara rasional, begitu pula pada perempuan. Akar ketertindasan dan keterbelakangan pada perempuan ialah kerana kesalahan perempuan itu sendiri. Perempuan harus mempersiapkan diri agar mereka bisa bersaing di dunia dalam kerangka "persaingan bebas" dan punya kedudukan setara dengan lelaki.

Feminis Liberal memilki pandangan mengenai negara sebagai penguasa yang tidak memihak antara kepentingan kelompok yang berbeda yang berasal dari teori pluralisme negara. Mereka menyadari bahawa negara itu didominasi oleh kaum lelaki, yang terefleksikan menjadi kepentingan yang bersifat “maskulin”, tetapi mereka juga menganggap bahawa negara dapat didominasi kuat oleh kepentiangan dan pengaruh kaum lelaki tadi. Singkatnya, negara adalah cerminan dari kelompok kepentingan yang memiliki kendali atas negara tersebut. Untuk kebanyakan kaum Feminis Liberal, perempuan cendrung berada “di dalam” negara hanya sebatas warga negara bukannya sebagai pembuat kebijakan. kerana itu, ada ketidaksetaraan perempuan dalam hal politik atau bernegara. Pun dalam perkembangan berikutnya, pandangan dari kaum Feminis Liberal mengenai “kesetaraan” setidaknya memiliki pengaruhnya tersendiri terhadap perkembangan “pengaruh dan kesetaraan perempuan untuk melakukan kegiatan politik seperti membuat kebijakan di sebuah negara”.[4]

Tokoh aliran ini adalah Naomi Wolf, sebagai "Feminisme Kekuatan" yang merupakan solusi. Kini perempuan telah mempunyai kekuatan dari segi pendidikan dan pendapatan, dan perempuan harus terus menuntut persamaan haknya serta saatnya kini perempuan bebas berkehendak tanpa bergantung pada lelaki.

Feminisme liberal mengusahakan untuk menyadarkan wanita bahawa mereka adalah golongan tertindas. Pekerjaan yang dilakukan wanita di sektor domestik dikampanyekan sebagai hal yang tidak produktif dan menempatkan wanita pada posisi subordinat. Budaya masyarakat Amerika yang materialistis, mengukur segala sesuatu dari materi, dan individualis sangat mendukung keberhasilan feminisme. Wanita-wanita tergiring keluar rumah, berkarier dengan bebas dan tidak bergantung lagi pada lelaki.

Akar teori ini bertumpu pada kebebasan dan kesetaraaan rasionalitas. Perempuan adalah makhluk rasional, kemampuannya sama dengan lelaki, sehingga harus diberi hak yang sama juga dengan lelaki. Permasalahannya terletak pada produk kebijakan negara yang bias gender. Oleh kerana itu, pada abad 18 sering muncul tuntutan agar perempuan mendapat pendidikan yang sama. Pada abad 19 banyak upaya memperjuangkan kesempatan hak sipil dan ekonomi bagi perempuan, dan pada abad 20 organisasi-organisasi perempuan mulai dibentuk untuk menentang diskriminasi seksual di bidang politik, sosial, ekonomi, maupun personal. Dalam konteks Indonesia, reformasi hukum yang berperspektif keadilan melalui desakan 30% kuota bagi perempuan dalam parlemen adalah kontribusi dari pengalaman feminis liberal.

Feminisme radikal

sunting
 
Seberapa aktivis feminisme radikal menconteng grafiti slogan mereka.
 

Trend ini muncul sejak pertengahan tahun 1970-an. Aliran ini menawarkan ideologi "perjuangan separatisme perempuan". Pada sejarahnya, aliran ini muncul sebagai reaksi atas kultur seksisme atau dominasi sosial berdasar jenis kelamin di Barat pada tahun 1960-an, utamanya melawan kekerasan seksual dan industri pornografi. Pemahaman penindasan lelaki terhadap perempuan adalah satu fakta dalam sistem masyarakat yang sekarang ada. Gerakan ini adalah sesuai namanya yang "radikal".

Aliran ini bertumpu pada pandangan bahawa penindasan terhadap perempuan terjadi akibat sistem patriarki. Tubuh perempuan merupakan objek utama penindasan oleh kekuasaan lelaki. Oleh kerana itu, feminisme radikal mempermasalahkan antara lain tubuh serta hak-hak pelahiran, kecenderungan seksual (termasuk lesbianisme), seksisme, relasi kuasa perempuan dan lelaki, dan dikotomi privat-publik. "The personal is political" menjadi gagasan anyar yang mampu menjangkau permasalahan perempuan sampai ranah privat, masalah yang dianggap paling tabu untuk diangkat ke permukaan. Informasi atau pandangan buruk (black propaganda) banyak ditujukan kepada feminis radikal. Padahal, kerana pengalamannya membongkar persoalan-persoalan privat inilah Indonesia saat ini memiliki Undang Undang RI no. 23 tentang Penghapusan Kekerasan Dalam Rumah Tangga

Feminisme pascamoden

sunting

Ide Posmo - menurut anggapan mereka - ialah ide yang anti absolut dan anti otoritas, gagalnya komendana dan pemilahan secara berbeda-beda tiap fenomena sosial kerana penentangannya pada penguniversalan pengetahuan ilmiah dan sejarah. Mereka berpendapat bahawa gender tidak bermakna identitas atau struktur sosial.

Feminisme anarkis

sunting

Feminisme anarkisme lebih bersifat sebagai suatu fahaman politik yang mencita-citakan masyarakat sosialis dan menganggap negara dan sistem patriaki-dominasi lelaki adalah sumber permasalahan yang sesegera mungkin harus dihancurkan.

Feminisme Marxis

sunting

Aliran ini memandang masalah perempuan dalam kerangka kritikan terhadap kapitalisme dengan tanggapan bahwaa sumber penindasan perempuan berasal dari eksploitasi kelas dan cara produksi. Teori Friedrich Engels dikembangkan menjadi landasan aliran ini—status perempuan jatuh kerana adanya konsep kekayaaan pribadi (private property). Kegiatan produksi yang semula bertujuan untuk memenuhi kebutuhan sendiri berubah menjadi keperluan pertukaran (exchange). Laki-laki mengontrol produksi untuk pertukaran dan sebagai konsekuensinya mereka mendominasi hubungan sosial. Sedangkan perempuan direduksi menjadi bagian dari properti. Sistem produksi yang berorientasi pada keuntungan mengakibatkan terbentuknya kelas dalam masyarakat—borjuis dan proletar. Jika kapitalisme tumbang maka struktur masyarakat dapat diperbaiki dan penindasan terhadap perempuan juga dihapus.

Kaum Feminis Marxis, menganggap bahawa negara bersifat kapitalis, yakni bahawa negara bukan hanya sekadar institusi melainkan juga perwujudan dari interaksi atau hubungan sosial. Kaum Marxis berpendapat bahawa negara memiliki kemampuan untuk memelihara kesejahteraan, namun di sisi lain, negara bersifat kapitalisme yang menggunakan sistem perbudakan kaum wanita sebagai pekerja.

Feminisme sosialis

sunting

Sebuah fahaman yang berpendapat bahawa kaum perempuan dilihat tidak akan betul-betul dilaksanakan melainkan dengan peneerapan fahaman sosialisme. Feminisme sosialis berjuang untuk menghapuskan sistem pemilikan. Lembaga perkawinan yang melegalisir pemilikan lelaki atas harta dan pemilikan suami atas isteri dihapuskan seperti ide Marx yang menginginkan suatu masyarakat tanpa kelas, tanpa pembedaan gender.

Feminisme sosialis muncul sebagai kritik terhadap feminisme Marxis. Aliran ini hendakmengatakan bahawa patriarki sudah muncul sebelum kapitalisme dan tetap tidak akan berubah jika kapitalisme runtuh. Kritik kapitalisme harus disertai dengan kritik dominasi atas perempuan. Feminisme sosialis menggunakan analisis kelas dan gender untuk memahami penindasan perempuan. Ia sepaham dengan feminisme marxis bahawa kapitalisme merupakan sumber penindasan perempuan. Akan tetapi, aliran feminis sosialis ini juga setuju dengan feminisme radikal yang menganggap patriarkilah sumber penindasan itu. Kapitalisme dan patriarki adalah dua kekuatan yang saling mendukung. Seperti dicontohkan oleh Nancy Fraser di Amerika Serikat keluarga inti dikepalai oleh lelaki dan ekonomi resmi dikepalai oleh negara kerana peranan warganegara dan pekerja adalah peranan maskulin, sedangkan peranan sebagai konsumen dan pengasuh anak adalah peranan feminin. Agenda perjuangan untuk memeranginya adalah menghapuskan kapitalisme dan sistem patriarki. Dalam konteks Indonesia, analisis ini bermanfaat untuk melihat problem-problem kemiskinan yang menjadi beban perempuan.

Feminisme pascakolonial

sunting

Dasar pandangan ini berakar pada penolakan universalitas pengalaman perempuan. Pengalaman perempuan yang hidup di negara dunia ketiga (koloni/bekas koloni) berbeda dengan prempuan berlatar belakang dunia pertama. Perempuan dunia ketiga menanggung beban penindasan lebih berat kerana selain mengalami pendindasan berbasis gender, mereka juga mengalami penindasan antarbangsa, suku, ras, dan agama. Dimensi kolonialisme menjadi fokus utama feminisme poskolonial yang pada intinya menggugat penjajahan, baik fisik, pengetahuan, nilai-nilai, cara pandang, maupun mentalitas masyarakat. Beverley Lindsay dalam bukunya Comparative Perspectives on Third World Women: The Impact of Race, Sex, and Class menyatakan, “hubungan ketergantungan yang didasarkan atas ras, jenis kelamin, dan kelas sedang dikekalkan oleh institusi-institusi ekonomi, sosial, dan pendidikan.”

Feminisme Nordik

sunting

Kaum aliran ini menonjol dalam cara menganalisis ketatanegaraan sangat berbeda dengan pandangan Feminis Marxis mahupun Radikal. Aliran ini lebih menganalisis Feminisme bernegara atau politik dari praktik-praktik yeng bersifat mikro. Kaum ini menganggap bahawa kaum perempuan “harus berteman dengan negara” kerana kekuatan atau hak politik dan sosial perempuan terjadi melalui negara yang didukung oleh kebijakan sosial negara.[5]

Rujukan

sunting
  1. ^ Is Mahathir a feminist?
  2. ^ "Etymologie de FÉMINISME". Centre Nationale de Ressources de Textuelles et Lexicalles. Dicapai pada 2024-08-19.
  3. ^ Fayolle, Caroline (2018 Jun). "Des corps « monstres ». Historique du stigmate féministe". GLAD! (04). doi:10.4000/glad.1034. ISSN 2551-0819. Check date values in: |date= (bantuan)
  4. ^ Rosemarie Tong. 1997. Feminist Thought: A Comprehensive Introduction. USA: Westview Press
  5. ^ Hay, Colin et all (eds). The State: Theories and Issues (Palgrave, 2006)
  • Antrobus, Peggy. "The global women's movement - Origins, issues and strategies", London, Zed Books 2004
  • Butler, Judith (1994). "Feminism in Any Other Name", differences 6:2-3: 44-45.
  • Chopin, Kate. "The Awakening". 1899.
  • Code, Lorraine, ed., "Encyclopedia of feminist theories", Routledge 2000
  • Patricia Hill Collins, "Black Feminist Thought. Knowledge, Consciousness and the Politics of Empowerment", Edisi kedua, Routledge 2000
  • Echols, Alice. "Daring to Be Bad: Radical Feminism in America, 1967-1975", Percetakan Universiti Minnesota 1990
  • Faludi, Susan. "Backlash: The Undeclared War Against American Women". 1992 (ISBN 0-385-42507-4)
  • Friedan, Betty. "The Feminine Mystique," Penguin Books, 1963.
  • French, Marilyn. "Beyond Power"; "War Against Women"; "From Eve to Dawn", sejarah wanita 3-jilid
  • J.F. del Giorgio. The Oldest Europeans:Who are we? Where do we come from? What made European women different? A.J.Place 2006 (ISBN 980-6898-00-1)
  • Gossett, Hattie. "Presenting sister noblues" 1989
  • Gossett, Hattie. "This bridge called my back: writings by radical women of color", 1981
  • Jaggar, Alison M., "Feminist Politics and Human Nature," Penerbitan Rowman dan Littlefield 1989, 416 m.s.
  • Hochschild, Arlie Russell. "The Second Shift" 1990 (ISBN 0-380-71157-5)
  • Hochschild, Arlie Russell. "The Time Bind: When Work Becomes Home and Home Becomes Work" 1997 (ISBN 0-8050-4470-1)
  • hooks, bell. (1984). "Feminist Theory: From Margin to Center". ISBN 0-89608-614-3
  • Jacobson, Joyce P. "The Economics of Gender" 1998. (ISBN 0-631-20726-0)
  • Kaminer, Wendy. "A Fearful Freedom: Women's Flight from Equality", Addison Wesley 1990 (ISBN 0-201-09234-4)
  • Kipnes, Laura, "The Female Thing: Dirt, Sex, Envy, Vulnerability", ISBN 0-375-42417-2
  • Lerner, Gerda. "The Creation of Feminist Consciousness: From the Middle Ages to Eighteen-Seventy", Percetakan Universiti Oxford 1994
  • Luker, Kristin. "Dubious Conceptions: The Politics of the Teenage Pregnancy Crisis". (Percetakan Universiti Harvard, 1996) (ISBN 0-674-21703-9)
  • Schneir, Miriam. "Feminism : The Essential Historical Writings", New York: Vintage 1994
  • Sommers, Christina Hoff. "Who Stole Feminism? - How women have betrayed women" (1996) (ISBN 0-684-80156-6)
  • Tavris, Carol. "The Mismeasure of Woman: Why Women Are Not the Better Sex, the Opposite Sex, or the Inferior Sex". Simon dan Schuster, 1992. ISBN 0-671-66274-0
  • Walters, Margaret. "Feminism: A very short introduction". Oxford 2005 (ISBN 0-19-280510-X)
  • Wertheim, Margaret. "Pythagoras' Trousers - God, Physics, and the Gender Wars", W.W. Norton & Co. (1995, 1997)

Himpunan

sunting
  • Berk, Sarah Fenstermaker, ed. Women and Household Labor, Sage 1980.
  • Mitchell, Julie and Ann Oakley, ed. Who's Afraid of Feminism?: Seeing Through the Backlash, New Press, 1997. ISBN 1-56584-385-1
  • Morgan, Robin, ed. Sisterhood Is Powerful: An Anthology of Writings from the Women's Liberation Movement, 1970.
  • Spender, Dale (ed.) Feminist theorists: Three centuries of key women thinkers, Pantheon 1983, ISBN 0-394-53438-7

Pautan luar

sunting
 
Wikiversity
Di Wikiversity, anda boleh mempelajari tentang:

Pertubuhan feminisme

sunting

Yang menyokong feminisme

sunting

Yang kritis kepada feminisme atau jenis feminisme yang tertentu

sunting

Feminisme dan agama

sunting