Stadium Malawati
Stadium Malawati ialah sebuah bangunan stadium tertutup yang terletak berhampiran Stadium Shah Alam, dan menghadap Litar Lumba Batu Tiga di Persiaran Sukan, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.[1] Di sini bukan sahaja acara sukan, bahkan konsert muzik dan ceramah politik diadakan.
Stadium Malawati | |
---|---|
Lokasi | Stadium Melawati, Shah Alam |
Koordinat | Koordinat: 3°04′48″N 101°32′49″E / 3.080117°N 101.547078°E |
Dibuka | 1998 |
Ia merupakan stadium tertutup dengan penghawa dingin dengan keupayaan menampung sehingga 13,000 penonton. Stadium Malawati telah dibuka pada tahun 1998.