Sistem Pelancaran Menegak Sylver
Sylver (SYstème de Lancement VERtical) adalah sebuah sistem pelancaran menegak (VLS) yang telah direka oleh DCNS dan diperkenalkan pada tahun 2001.[1] Pelancar ini didatangkan dalam beberapa versi, setiap satunya dibezakan oleh ketinggiannya. A-35 and A-43 telah dibangunkan untuk peluru berpandu permukaan ke udara jarak dekat, A-50 untuk pertahanan udara jarak jauh, dan pelancar A-70 untuk peluru berpandu jarak jauh seperti peluru berpandu krus serangan darat pelancaran dari laut seperti SCALP. Nombor-nombor ini merujuk kepada anggaran panjang peluru berpandu yang boleh dimuatkan ke dalamnya dalam unit desimeter, contohnya A-43 boleh menyimpan peluru berpandu sehingga 4.3 meter (14 ka 1 in) panjang sementara A-70 pula sehingga 7 meter (23 ka 0 in) panjang.
Pelancar ini didatangkan dengan modul lapan-sel, kecuali A-35 yang mana didapati dalam modul 4-sel. Setiap modul 8-sel memerlukan ruang dek seluas enam meter persegi (65 ka2). saiz dalam sel adalah 60 sentimeter (24 in) panjang dan 56 cm (22 in) lebar, dan setiap sel mempunyai lubang ekzosnya sendiri. Empat buah peluru berpandu Crotale NG (VT1) boleh dimuatkan ke dalam satu sel.
Kegunaan utama pelancar ini adalah untuk peluru berpandu Aster. Sylver, bersama-sama dengan Aster, merupakan komponen utama dalam sistem peperangan anti udara tentera laut, PAAMS. Apabila PAAMS digunakan, sehingga lapan buah peluru berpandu boleh dilancarkan dalam masa 10 saat.
Tentera Laut Perancis telah memulakan satu kajian untuk mengubah peluru berpandu krus SCALP EG agar dapat dilancarkan daripada Sylver. SCALP Naval akan memberi keupayaan untuk melakukan serangan darat seperti peluru berpandu Tomahawk milik A.S kepada Perancis.
A-35 | Mica VL | Crotale VT1 | - | - | - |
A-43 | Mica VL | Crotale VT1 | Aster 15 | - | - |
A-50 | Mica VL | Crotale VT1 | Aster 15 | Aster 30 | - |
A-70 | - | - | Aster 15 | Aster 30 | SCALP Naval |
Spesifikasi
suntingUnit asas Sylver VLS adalah sebuah modul 8-sel yang dipasang dengan dua baris sel peluru berpandu 22-inci yang mengelilingi saluran ekzos gas, dan spesifikasi untuk model-model berbeza adalah seperti di bawah:
Model # | Panjang | Lebar | Panjang maks. peluru berpandu | Berat |
A-35 | 3.5 meter | 2.3 meter | 3.5 meter | 7 tan |
A-43 | 4.3 meter | 2.3 meter | 4.3 meter | 7.5 tan |
A-50 | 5.0 meter | 2.3 meter | 5.0 meter | 8 tan |
A-70 | 7.0 meter | 2.3 meter | 7.0 meter | 12 tan |
Kegunaan
suntingA-35 | ||||||
Tentera Laut Algeria | kelas-Kalaat Béni Abbès | 1 x kapal amfibia pelbagai guna | ||||
Tentera Laut Mesir | kelas-FREMM | 3 x frigat pelbagai guna | ||||
Tentera Laut Perancis | Charles de Gaulle | 1 x kapal pengangkut pesawat nuklear | ||||
Tentera Laut Perancis | Kelas FREMM | 6 x frigat pelbagai misi (versi ASW) | ||||
Tentera Laut Perancis | Kelas FREMM | 2 x frigat pelbagai misi (versi AAW) | ||||
Tentera Laut Perancis | kelas Horizon | 2 x pembinasa peperangan anti udara | ||||
Tentera Laut Itali | Kelas Horizon | 2 x pembinasa peperangan anti udara | ||||
Tentera Laut Itali | Cavour | 1 x kapal pengangkut pesawat ringan | ||||
Tentera Laut Itali | Kelas FREMM | 10 x frigat pelbagai misi | ||||
Tentera Laut Itali | kelas Paolo Thaon di Revel | 5 x frigat pelbagai misi | ||||
Angkatan Laut Republik Singapura | kelas Formidable | 6 x frigat pelbagai misi | ||||
Tentera Laut Diraja Maghribi | Kelas FREMM | 1 x frigat pelbagai misi | ||||
Tentera Laut Diraja | Type 45 | 6 x pembinasa peperangan anti udara | ||||
Tentera Laut Diraja Arab Saudi | Kelas Al Riyadh | 3 x frigat pelbagai misi |
Pengguna masa depan
sunting- 2 x 8 Sylver VLS A50 akan digunakan pada kelas Paolo Thaon di Revel milik Tentera Laut Itali, versi penuh dan ringan+, lima buah kapal dipesan sehingga 5 November, 2015 dengan pentauliahan dijangka bermula pada tahun 2022
- 2 x 8 Sylver A50 akan digunakan oleh Tentera Laut Perancis pada lima buah frigat kelas-Amiral Ronarc’h untuk peluru berpandu MBDA Aster 15/30.
- Sylver VLS A35 akan digunakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia di enam buah frigat kelas-Maharaja Lela
- Sylver VLS A50 akan digunakan pada kapal-kapal Tentera Laut Emiriah Qatar (1 x 8 modul pada sebuah LPD dan 2 x 8 modul pada empat buah frigat), pesanan dibuat pada 16 Jun 2016 kepada Fincantieri dan pentauliahan bermula pada tahun 2022
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Sylver". Deagel.com. Deagel. Dicapai pada 9 January 2022.
- ^ "Sylver Multi-Missile Vertical Launcher" (PDF). DCNS Group. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-11-14. Dicapai pada 2008-11-01.
Pautan luar
sunting- Official DCNS website
- Naval Institute Guide re: quad-packing Crotale VT-1s.