Frigat kelas La Fayette

Frigat Kelas La Fayette adalah satu kelas frigat ringan pelbagai misi yang dibina oleh DCN. Frigat-frigat ini dirujuk sebagai frigat "halimunan". Pengurangan keratan rentas radar dicapai dengan struktur super yang licin dibandingkan dengan rekabentuk konvensional, sisi-sisi bercerun dan bahan menyerap radar, satu bahan komposit daripada kayu dan fiber kaca sekuat keluli, ringan dan tahan terhadap api. Kebanyakan kapal-kapal tempur moden yang dibina selepas pengenalan La Fayette mengikut prinsip halimunan yang sama.

Stealth frigate Surcouf
Sebuah frigat dari kelas La Fayette, Surcouf
Gambaran keseluruhan kelas
Nama:La Fayette
Pengguna:*Bendera tentera laut Perancis Tentera Laut Perancis
Sebelumnya:Kelas Floréal
Sub kelas:*Kelas Al Riyadh (Arab Saudi)
  • Kelas Formidable (Singapura)
  • Kelas Kang Ding (Republik China)
  • Ditauliah pada:22 Mac, 1996
    Jumlah disiapkan:20
    Jumlah aktif:*Perancis: La Fayette (F710), Surcouf (F711), Courbet (F712), Aconit (F713), Guépratte (F714)
  • Arab Saudi Al Riyadh, Makkah, Al Damman.
  • Republik China: Kang Ding (FFG-1202), Si Ning (FFG-1203), Wu Chang (FFG-1205), Di Hua (FFG-1206), Kun Ming (FFG-1207), Chen De (FFG-1208)
  • Singapura: Formidable (68), Intrepid (69), Steadfast (70), Tenacious (71), Stalwart (72), Supreme (73)
  • Ciri-ciri umum
    Jenis: Frigat
    Sesaran: 3,200 tan, 3,600 tan (dengan muatan penuh)
    Panjang: 125 m (410.1 kaki)
    Lunas: 15.4 m
    Draught: 4.1 m (13.45 kaki)
    Jana kuasa: 4x enjin diesel SEMT Pielstick 12PA6V280 STC2, 21000 hp (15 400 kW)
    Halaju: 25 knot (46 km/j)
    Jarak: 4,000 batu nautika (7,000 km) pada 15 knot (28 km/j), 9000 pada 12 knot (22 km/j)
    Ketahanan: 50 hari dengan makanan
    Bot & lancang
    yang dibawa:
    2× ETN bot
    Kapasiti: 350 tan bahan api, 80 m³ kerosin, 60 tan air minum
    Anak kapal:
    • 12 pegawai
    • 68 bintara muda
    • 61 anak kapal
    Sistem penderia dan
    pemprosesan:
    • 1× radar sentri udara/permukaan DRBV 15C
    • 1× radar kawalan tembakan untuk meriam 100 mm
    • 1× radar navigasi DRBN34
    • 1× radar mendarat DRBN34
    • 1× pemintas radio Saïgon ARBG 1
    • 1× pemintas radar ARBR 21
    • 2× pelancar pengusik Dagaie Mk2
    • 1× penanda bising sentapan AN/SLQ-25 Nixie
    • 1× sistem pengurangan bunyi Prairie-Masker
    • 1× Syracuse II
    • 1× Inmarsat
    Persenjataan:
    Perisai: Pada kawasan sensitif (kelopak peluru dan pusat kawalan)
    Pesawat yang dibawa: 1× helikopter 10 tan (Panther atau NH90)

    Frigat Kelas La Fayette kini digunakan oleh Tentera Laut Perancis. Versi terbitan kelas ini juga kini digunakan di dalam perkhidmatan dengan Tentera Laut Diraja Arab Saudi, Angkatan Laut Republik Singapura dan Tentera Laut Republik China. Perancis telah memesan sebanyak lima buah frigat kelas La Fayette pada tahun 1988, frigat terakhir memasuki perkhidmatan pada tahun 2002.

    Versi Perancis

    sunting

    Kapal-kapal

    sunting
    Kelas-La Fayette
    Nombor Kapal Pembina Dibaringkan Dilancarkan Ditauliahkan Status
    F 710 La Fayette DCN Lorient 13 Jun 1992 22 Mac 1996 Aktif
    F 711 Surcouf 3 Julai 1993 7 Februari 1997 Aktif
    F 712 Courbet 12 Mac 1994 1 April 1997 Aktif
    F 713 Aconit 8 Jun 1997 3 Jun 1999 Aktif
    F 714 Guépratte 3 Mac 1999 27 Oktober 2001 Aktif

    Eksport

    sunting

    Kelas-Al Riyadh: Arab Saudi

    sunting
     
    Kapal Arab Saudi, Makkah (814)
    Kelas-Al Riyadh
    Nombor Kapal Pembina Dibaringkan Dilancarkan Ditauliahkan Status
    812 Al Riyadh DCN Lorient 2002 Aktif
    814 Makkah 2004 Aktif
    816 Al Dammam 2004 Aktif

    Kelas-Formidable: Singapura

    sunting
     
    RSS Formidable
     
    Frigat Aconit dan RSS Intrepid berlabuh sebelah menyebelah, bandingkan perbezaan struktur supernya
    Kelas Formidable
    Nombor Kapal Pembina Dibaringkan Dilancarkan Ditauliahkan Status
    68 Formidable DCNS 2002 2004 2007 Aktif
    69 Templat:RSS ST Engineering (Marine) 2004 2008 Aktif
    70 Steadfast 2005 2008 Aktif
    71 Tenacious 2005 2008 Aktif
    72 Templat:RSS 2005 2009 Aktif
    73 Supreme 2006 2009 Aktif

    Kelas-Kang Ding: ROC (Taiwan)

    sunting
     
    Frigat Taiwan, Wu Chang pada tahun 2013
     
    Phalanx CIWS dan meriam Bofors 40 mm L70 di atas ROCN Di Hua
    Kelas-Kang Ding
    Nombor Kapal Pembina Dibaringkan Dilancarkan Ditauliahkan Status
    1202 Kang Ding (康定) DCNS 1993 1994 1996 Aktif
    1203 Si Ning (西寧) 1994 1994 1996 Aktif
    1205 Kun Ming (昆明) 1994 1995 1997 Aktif
    1206 Di Hua (迪化) 1995 1995 1997 Aktif
    1207 Wu Chang (武昌) 1995 1995 1997 Aktif
    1208 Chen De (承德) 1995 1996 1998 Aktif

    Skandal frigat Taiwan

    sunting

    Perjanjian pembelian frigat untuk Taiwan merupakan satu skandal politik yang besar, di Taiwan dan Perancis.[1] Lapan orang yang terlibat dalam kontrak ini meninggal dunia dalam keadaan meragukan dan luar biasa.[2] Penjual senjata, Andrew Wang telah melarikan diri dari Taiwan ke UK selepas satu mayat yang dipercayai pemberi maklumat, Kepten Yin Ching-feng telah ditemui terapung di laut.[3] Pada tahun 2001, pihak berkuasa Switzerland telah membekukan akaun yang dimiliki oleh Andrew Wang, isteri dia dan anak lelaki dia, Bruno Wang yang berkaitan dengan skandal frigat Taiwan.[4]

    Pada tahun 2003, Tentera Laut Taiwan telah menyaman Thomson-CSF (Thales) untuk mendapatkan semula AS$590 juta yang dipercayai wang sogokan, yang dibayar kepada para pegawai Perancis dan Taiwan yang terlibat dalam perjanjian La Fayette pada tahun 1991.[5] Wang sogokan ini telah didepositikan ke dalam bank-bank Switzerland, dan di bawah penyiasatan rasuah, pihak berkuasa Swistzerland telah membekukan sekitar AS$730 juta dalam lebih 60 akaun. Pada bulan Jun 2007, pihak berkuasa Swistzerland telah memulangkan AS$34 juta daripada akaun-akaun yang dibekukan kepada Taiwan, di mana baki selebihnya masih belum selesai.[6]

    Andrew Wang minggal dunia di UK pada tahun 2015 dan usaha-usaha untuk memungut kembali terus berlanjutan terhadap ahli keluarga dia.[3] Pada bulan Februari 2021, Jabatan Kehakiman dan Polis Persekutuan berkata bahawa Switzerland akan mengembalikan hampir AS$266 juta kepada Taiwan.[7]

    Rujukan

    sunting
    1. ^ Trueheart, Charles (13 March 1998). "France Embroiled in Scandal du Jour". Washington Post. Dicapai pada 8 July 2020.
    2. ^ Schofield, Hugh (1 December 2003). "Book delves into frigate scandal". BBC News. Dicapai pada 30 October 2015.
    3. ^ a b Pan, Jason (15 July 2021). "High Court orders return of illegal proceeds". www.taipeitimes.com. Taipei Times. Dicapai pada 15 July 2021.
    4. ^ Kirby, Emma-Jane (2 July 2001). "Swiss target Taiwan arms dealer". news.bbc.co.uk. BBC. Dicapai pada 13 October 2021.
    5. ^ "Navy sues French frigate contractor". Taipei Times. 7 November 2003. Dicapai pada 30 October 2015.
    6. ^ "Lafayette scandal funds returned to Taiwan". Taipei Times. 15 June 2007. Dicapai pada 30 October 2015.
    7. ^ "Progress made on return of illegal kickbacks in Lafayette Frigate case". Taiwan News. Central News Agency. 6 February 2021. Dicapai pada 26 April 2021.

    Pautan luar

    sunting