Aster (peluru berpandu)

(Dilencongkan daripada MBDA Aster)

Aster merupakan sebuah keluarga siri peluru berpandu permukaan ke udara pelancaran menegak buatan Itali/Perancis yang terdiri daripada Aster 15 dan Aster 30.[3] Nama "Aster" bermaksud "Aérospatiale Terminale" (syarikat Perancis Aérospatiale adalah kontraktor utama asal sebelum menjadi MBDA) dan nama dari pemanah lagenda Greek bernama Asterion (dalam mitos Greek),[Penjelasan diperlukan] Asterion pula mendapat namanya dari perkataan purba Greek aster (Yunani: ἀστήρ), bermaksud "bintang". Aster dikeluarkan oleh Eurosam, sebuah konsortium Eropah yang terdiri daripada MBDA Perancis, MBDA Itali (gabungan 66%) dan Thales Group (33%).

Aster
MBDA Aster 30 menunjukkan sebuah penggalak yang dipasang padanya.
JenisAster 15:
peluru berpandu anti peluru berpandu dan anti pesawat jarak dekat/sederhana.
Aster 30:
peluru berpandu anti peluru berpandu dan anti pesawat jarak jauh.
Tempat asalItali/Perancis
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan2001
Digunakan olehLihat Pengguna
Sejarah pengeluaran
PengeluarMBDA/Eurosam
Spesifikasi
BeratAster 15: 310 kg[1]
Aster 30: 450 kg[1]
PanjangAster 15: 4.2 m[1]
Aster 30: 4.9 m (16 ka 1 in)[1]
DiameterAster 15: 180 mm (7.1 in)
Warhead15 kg (33 lb 1 oz) directed fragmentation[2]
Detonation
mechanism
Hentaman terus atau dekat[1]

EnjinRoket dua tahap dengan bahan api pepejal
Jarak
operasi
Aster 15: 1.7–30+ km[1][3]
Aster 30: 3–120 km (2–75 bt)[4][3][5]
Altitud penerbanganAster 15: 0–13 km[1]
Aster 30: 0–20 km (0–12 bt)[1]
KelajuanAster 15: Mach 3.5 (1,191 m/s)[6]
Aster 30: Mach 4.5 (1,531 m/s)[1]
Sistem
pemanduan
Platform
pelancaran
  • Pelantar maritim
  • Pelantar berpangkalan di darat
Dimuatkan ke dalam HMS Diamond

Peluru berpandu ini direka untuk memintas dan memusnahkan sebahagian besar ancaman udara seperti peluru berpandu krus anti kapal supersonik pada aras rendah (mendakap laut)[7] dan terbang dengan laju, pesawat prestasi tinggi atau peluru berpandu.

Pengguna utama Aster adalah Itali, Perancis dan United Kingdom sebagai satu pelanggan eksport, dan sebuah komponen integrasi dalam sistem peluru berpandu pertahanan udara PAAMS, yang dikenali dalam Tentera Laut Diraja sebagai Sea Viper. Sebagai sebuah senjata utama dalam sistem PAAMS, Aster dipasang pada frigat kelas-Horizon dan pembinasa Type 45 Britain. Aster juga dipasang pada frigat pelbagai guna FREMM milik Itali dan Perancis, meskipun tidak menggunakan sut pertahanan udara PAAMS tetapi sut spesifik buatan Itali/Perancis.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e f g h i j k MBDA - Aster PDF Diarkibkan 11 Mei 2012 di Wayback Machine
  2. ^ "Aster 30 SAMP/T Surface-to-Air Missile Platform / Terrain, Europe". Army Technology. Dicapai pada 15 February 2021.
  3. ^ a b c Eurosam: Naval Systems - Aster 15 & 30/PAAMS (Official Eurosam website), Retrieved February 2014. "Up to 120 km range"
  4. ^ "Aster Anti-Air missiles" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2020-08-13.
  5. ^ "MBDA Press Release - 14 November 2006". MBDA. Dicapai pada 31 July 2016.[pautan mati kekal]
  6. ^ "Aster 15 & 30". MBDA. Dicapai pada 4 August 2016.
  7. ^ "Interception d'une cible supersonique évoluant au ras de l'eau". defense.gouv.fr. French Ministry of Defence. 5 April 2012. Dicapai pada 31 July 2016.

Pautan luar

sunting