Serunding

Makanan tradisi kaum etnik Jawa yang berasal daripada pulau Jawa
(Dilencongkan daripada Serundeng)

Serondeng (dalam Jawi: سرونديڠ) merupakan sejenis masakan Malaysia yang dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering, dan kadangkala berminyak (terutama serondeng daging) agar tahan lama. Ia dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama.

Serondeng
Fail:Serondeng Daging.jpg
Serondeng daging
JenisMakanan Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianhidangan utama atau kudapan
Tempat asalAsia tenggara
Kawasan/rantauSingapura, Malaysia dan Brunei
Suhu penghidangansuhu bilik
Bahan utamaDaging, cili kering, halia, serai, biji ketumbar, jintan manis, santan, kerisik
Bahan yang biasa digunakanKelapa, Lengkuas, daun serai, Indonesian bay leaf, coriander seed, bawang merah, bawang putih, Gula Melaka Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
serondeng

Baik 'serunding' mahupun 'serundeng', kedua-duanya adalah ejaan yang salah. Sila gantikan tajuk tersebut dengan ejaan yang betul, sekiranya anda mampu.

(سرونديڠ اداله جنيس هيدڠن مليسيا يڠ دڤربوات دڠن رمڤه-رمڤه دان دماسق سهيڠڬ كريڠ، دان كادڠ-كادڠ دڬوريڠ (تراوتماڽ سرونديڠ داڬيڠ) اڬر برتاهن لبيه لاما. اي دماسق دان دكاچاو تنڤا هنتي سهيڠڬ اي كريڠ سڤنوهڽ كران ايتله ساتو-ساتوڽ چارا اي اكن برتاهن.

كدوا-دوا ‘سرونديڠ' دان ‘سرونديڠ' اداله ايجأن يڠ تيدق بتول. سيلا ڬنتيكن تاجوق دڠن ايجأن يڠ بتول، جك بوليه.)

Di Malaysia

sunting

Antara serondeng yang biasa adalah Serondeng Daging, Ayam, Ikan, Udang dan Ikan Bilis. Serondeng tersebut ialah hidangan yang lazim pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Masyarakat Melayu selalu membuat serondeng terutama apabila banyak daging korban (Hari Raya Haji). Serondeng boleh dimakan dengan nasi himpit, ketupat nasi, ketupat daun palas, lemang dan lain-lain.

Serondeng berasal dari Negeri Kelantan Darul Naim dan banyak diusahakan secara tradisional di Kampung Laut, Jajahan Tumpat, Kelantan. Kini Kampung Laut menjadi pusat pembuatan serondeng yang terbesar di Malaysia.[1]

Tarikh kewujudan serondeng belum dapat dipastikan, namun perusahaan serondeng di Kampung Laut telah dipelopori [perlu rujukan] oleh Allahyarhamah Mek Som binti Ismail atau lebih dikenali Mak Som Pak Soh Lotri oleh penduduk setempat. Kini perusahaan pembuatan serondeng diwarisi oleh anak cucu beliau yang ramai.

(انتارا سرونديڠ يڠ بياسا اياله داڬيڠ سرونديڠ، ايم، ايكن، اودڠ دان بيليس. سرونديڠ اداله هيدڠن بياسا ڤد هاري راي ڤواسا دان هاري راي حاج. مشاركت ملايو سلالو ممبوات سرونديڠ، لبيه-لبيه لاڬي اڤابيلا باڽق داڬيڠ قربان ﴿هاري راي حاج﴾. سرونديڠ بوليه دماكن دڠن ناسي هيمڤيت، كتوڤت ناسي، كتوڤت داون ڤالس، لمڠ دان لاين-لاين.

سرونديڠ براصل دري دارالنعيم نڬري كلنتن دان دتانم سچارا تراديسيونال د كامڤوڠ لاوت، جاجهن تومڤت، كلنتن. كيني كامڤوڠ لاوت مروڤاكن ڤوست ڤمبواتن سرونديڠ تربسر د مليسيا.[1]

تاريخ كوجودن سرونديڠ بلوم داڤت دڤستيكن، تتاڤي شريكت سرونديڠ د كامڤوڠ لاوت تله درينتيس [ڤتيقن دڤرلوكن] اوليه المرحوم مق سوم بنت اسماعيل اتاو لبيه دكنلي دڠن نام مق سوم ڤق سوه لوتري اوليه ڤندودوق تمڤتن. كيني شريكت ڤڠحاصيلن سرونديڠ اين دواريثي راماي چوچوڽ.)

Di Indonesia

sunting

Serondeng Indonesia dibuat dari parutan kelapa yang digoreng hingga kuning kecoklatan dengan bumbu-bumbu seperti bawang besar, cili, bawang putih, bawang merah, ketumbar, kunyit, gula, asam jawa, daun salam, daun limau dan lengkuas. Bumbu-bumbu ini dilumatkan sebelum digunakan. Serondeng umumnya dihidangkan dengan hirisan daging lembu goreng, iaitu hidangan serondeng daging, atau ditaburkan di atas soto, pulut, atau buras untuk menambah selera rasa masakan tersebut.

Namun, di Sumatera Barat sedikit berbeza. Istilah serondeng bukan merujuk pada makanan dengan bahan dasar kelapa ini. Serondeng di Sumatera Barat terdiri atas kentang dan ubi[2] yang dipotong kecil-kecil serta kacang lalu diberi rempah-rempah dan digoreng. Rasanya menyelerakan dan nikmat tentunya.

(سرونديڠ إندونيسيا دبوات دري ڤاروتن كلاڤ يڠ دڬوريڠ هيڠڬ كونيڠ كچوكلتن دڠن بومبو-بومبو سڤرتي باوڠ بسر، چيلي، باوڠ ڤوتيه، باوڠ ميره، كتومبر، كونيت، ڬولا، اسام جاوا، داون سلام، داون ليماو دان لڠكواس. بومبو-بومبو اين ديلوماتكن سبلوم ديڬوناكن. سروندڠ عمومڽ دهيدڠكن دڠن هيريسن داڬيڠ لمبوت ڬوريڠ، ايايتو هيدڠن سروندڠ داڬيڠ، اتاو دتابوركن د اتس سوتو، ڤولوت، اتاو بورس اونتوق منمبه سلرا راس ماسكن ترسيبوت.

نامون، د سوماترا بارات سديكيت بربيزا. ايستيله سروندڠ بوكن مروجوق ڤد ماكانن دڠن باهن داسر كلاڤ اين. سرونديڠ د سومترا بارت ترديري اتس كنتاڠ دان اوبي[1] يڠ دڤوتوڠ كچيل-كچيل سرتا كاچڠ لالو دبيري رمڤه-رمڤه دان ديڬوريڠ. راسڽ مڽلركن دان نيكمت تنتونيا.)

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Asal-usul Serunding". Dicapai pada 2020-10-01.
  2. ^ VIVA, PT. VIVA MEDIA BARU - (2017-04-11). "Sensasi Kelezatan Serundeng Ubi Minang - VIVA" (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2017-11-25.