19 September
tarikh
(Dilencongkan daripada September 19)
<< | September | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | |||||
2024 |
19 September merupakan hari ke-262 (hari ke-263 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 103 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
sunting- 634 – Perang Arab-Byzantine: Tentera Khulafah Al-Rasyidin pimpinan Khalid bin al-Walid menawan Damsyik daripada Empayar Byzantine.
- 1356 - Perang Seratus Tahun: Angkatan Inggeris yang diketuai Edward, Si Putera Hitam memenangi Pertempuran Poitiers dan menawan Raja Perancis Jean II.
- 1692 – Giles Corey, yang enggan membuat rayuan, dihimpit sehingga mati semasa perbicaraan ahli sihir Salem.
- 1893 – New Zealand menjadi negara pertama memperkenalkan hak pengundian sejagat, selepas dilobi gerakan hak pengundian wanita (gambar) yang diketuai Kate Sheppard.
- 1982 –
:-)
dan:-(
pertama kali dicadangkan oleh Scott Fahlman untuk digunakan sebagai emotikon. - 1985 – Satu gempa bumi bermagnitud 8.1 memusnahkan Bandar Mexico, mengorbankan lebih 9,000 orang dan menyebabkan hampir 100,000 yang lain tiada tempat berteduh.
- 2006 – Jeneral Tentera Darat Diraja Thai Sonthi Boonyaratglin merampas kuasa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra semasa beliau berada di Bandar Raya New York untuk mesyuarat Perhimpunan Agung PBB.
Kelahiran
sunting- 1996 - Brandon Salim, pelakon lelaki, model, dan pemuzik Indonesia
Kematian
sunting- 1881 - James Garfield, Presiden Amerika Syarikat ke-20