Senarai penerima Hadiah Nobel dalam Fizik
Hadiah Nobel dalam Fizik (Svensk: Nobelpriset i fysik ) dianugerahkan setiap tahun oleh Akademi Sains Diraja Sweden kepada para saintis dalam pelbagai bidang fizik. Ia merupakan salah satu daripada lima Hadiah Nobel yang telah ditubuhkan mengikut wasiat 1895 Alfred Nobel (yang telah meninggal dunia pada tahun 1896), dianugerahkan bagi sumbangan cemerlang dalam fizik.[1] Seperti yang ditetapkan mengikut wasiat Nobel, anugerah ini ditadbir oleh Yayasan Nobel dan dianugerah oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada lima ahli yang dipilih oleh Akademi Sains Diraja Sweden.[2] AAnugerah ini disampaikan di Stockholm dalam sebuah majlis tahunan pada 10 Disember, ulang tahun kematian Nobel.[3] Setiap penerima menerima sebuah pingat, segulung diploma dan hadiah anugerah kewangan yang berbeza setiap tahun.[4]
Hadiah Nobel dalam Fizi pertama telah dianugerahkan pada tahun 1901 kepada Wilhelm Conrad Röntgen, dari negara Jerman, yang telah menerima 150,782 SEK, yang bersamaan dengan 7,731,004 SEK pada Disember 2007. John Bardeen merupakan satu-satunya pemenang Nobel yang memenangi hadiah ini dua kali—pada tahun 1956 dan 1972. Maria Skłodowska-Curie juga telah memenangi dua Hadiah Nobel, bagi fizik pada tahun 1903 dan kimia pada tahun 1911. William Lawrence Bragg telah, sehingga Oktober 2014, merupakan pemenang Nobel termuda; beliau telah memenangi hadiah pada tahun 1915 ketika berumur 25 tahun.[5] Dua orang wanita telah memenangi hadiah ini: Curie dan Maria Goeppert-Mayer (1963), yang merupakan paling sedikit dari mana-mana lima Hadiah Nobel yang asli.[6] Pada tahun 2014, hadiah ini telah dianugerahkan kepada 198 orang individu. Terdapat enam tahun di mana Hadiah Nobel dalam Fizik telah tidak dianugerahkan (1916, 1931, 1934, 1940–1942).
Pemenang
suntingYang berikut ialah senarai penerima Hadiah Nobel dalam Fizik sejak diperkenalkan pada 1901 hingga sekarang.
Tahun | Penerima[A] | Negara[B] | Sebab[C] | |
---|---|---|---|---|
1901 | Wilhelm Conrad Röntgen | Jerman | "penemuan sinar luar biasa yang dinamakan sempena nama beliau"[7] | |
1902 | Hendrik Lorentz | Belanda | "penyelidikan pengaruh magnetisme terhadap fenomena sinaran"[8] | |
Pieter Zeeman | Belanda | |||
1903 | Antoine Henri Becquerel | Perancis | "penemuan keradioaktifan spontan oleh beliau"[9] | |
Pierre Curie | Perancis | "penyelidikan bersama fenomena sinaran yang ditemui oleh Profesor Henri Becquerel"[9] | ||
Marie Curie | Poland | |||
1904 | John William Strutt | United Kingdom | "penyelidikan ketumpatan gas-gas terpenting dan penemuan argon berhubungan kajian-kajian tersebut"[10] | |
1905 | Philipp Eduard Anton von Lenard | Jerman | "kerja sinar katod beliau"[11] | |
1906 | Joseph John Thomson | United Kingdom | "penyelidikan teori dan ujikaji beliau mengenai pengaliran elektrik melalui gas"[12] | |
1907 | Albert Abraham Michelson | Amerika Syarikat | "alat-alat ketepatan optik serta penyelidikan spektroskopi dan metrologi yang dijalankan dengan bantuan alat-alat tersebut"[13] | |
1908 | Gabriel Lippmann | Perancis | "kaedah menghasilkan warna secara fotografi oleh berdasarkan fenomena gangguan"[14] | |
1909 | Guglielmo Marconi | Itali | "sumbangan kepada pembangunan telegrafi wayarles"[15] | |
Karl Ferdinand Braun | Jerman | |||
1910 | Johannes Diderik van der Waals | Belanda | "kerana kerja persamaan keadaan keadaan gas dan cecair"[16] | |
1911 | Wilhelm Wien | Jerman | "penemuan beliau tentang hukum-hukum sinaran haba"[17] | |
1912 | Nils Gustaf Dalén | Sweden | "penciptaan injap matahari yang digunakan bersama pengumpul gas di rumah api dan boya"[18] | |
1913 | Heike Kamerlingh-Onnes | Belanda | "penyelidikan ciri-ciri jirim dalam keadaan suhu rendah yang antara lainnya, menyebabkan penghasilan helium cecair"[19] | |
1914 | Max von Laue | Jerman | "penemuan belauan sinar X oleh hablur"[20] | |
1915 | William Henry Bragg | United Kingdom | "khidmat mereka dalam analisa struktur hablur melalui sinar X"[21] | |
William Lawrence Bragg | United Kingdom | |||
1916 | "Tiada penghadiahan" | |||
1917 | Charles Glover Barkla | United Kingdom | "penemuan sinaran unsur-unsur yang bercirikan Röntgen"[22] | |
1918 | Max Planck | Jerman | "khidmatnya terhadap pemajuan bidang Fizik melalui penemuan kuantum tenaga"[23] | |
1919 | Johannes Stark | Jerman | "penemuan kesan Doppler dalam sinar terusan dan pemecahan garis spektrum dalam medan elektrik"[24] | |
1920 | Charles Édouard Guillaume | Switzerland | "khidmatnya kepada penyukatan persis dalam bidang Fizik melalui penemuan anomali dalam aloi keluli nikel"[25] | |
1921 | Albert Einstein | Jerman Switzerland |
"khidmatnya kepada Fizik Teori, dan khususnya kerana penemuan hukum kesan fotoelektrik"[26] | |
1922 | Niels Bohr | Denmark | "khidmatnya dalam penyelidikan struktur atom dan sinaran yang datang dari atom"[27] | |
1923 | Robert Andrews Millikan | Amerika Syarikat | "kerja beliau mengenai cas asas elektrik dan kesan fotoelektrik"[28] | |
1924 | Manne Siegbahn | Sweden | "penemuan dan penyelidikan dalam bidang spektroskopi sinar X"[29] | |
1925 | James Franck | Jerman | "penemuan hukum-hukum impak elektron terhadap atom"[30] | |
Gustav Hertz | Jerman | |||
1926 | Jean Baptiste Perrin | Perancis | "kerjanya terhadap struktur jirim tak selanjar, dan khususnya penemuan keseimbangan pemendapan"[31] | |
1927 | Arthur Holly Compton | Amerika Syarikat | "penemuan kesan yang dinamakan sempena beliau"[32] | |
Charles Thomson Rees Wilson | United Kingdom | "kaedah menampakkan alur-alur zarah bercas elektrik secara pemeluwapan wap"[32] | ||
1928 | Owen Willans Richardson | United Kingdom | "kerjanya mengenai fenomena termion dan khususnya penemuan hukum yang dinamakan sempena beliau"[33] | |
1929 | Putera Louis-Victor Pierre Raymond de Broglie | Perancis | "penemuan sifat gelombang elektron"[34] | |
1930 | Chandrasekhara Venkata Raman | India | "kerja mengenai penyerakan cahaya dan penemuan kesan yang dinamakan sempena beliau"[35] | |
1931 | "Tiada penghadiahan" | |||
1932 | Werner Heisenberg | Jerman | "penghasilan mekanik kuantum, yang mana penggunaannya telah, antara lainnya, membawa kepada penemuan bentuk-bentuk alotrop hidrogen"[36] | |
1933 | Erwin Schrödinger | Austria | "penemuan bentuk-bentuk baru teori atom yang produktif"[37] | |
Paul Dirac | United Kingdom | |||
1934 | "Tiada penghadiahan" | |||
1935 | James Chadwick | United Kingdom | "penemuan neutron"[38] | |
1936 | Victor Francis Hess | Austria | "penemuan sinar kosmik"[39] | |
Carl David Anderson | Amerika Syarikat | "penemuan positron"[39] | ||
1937 | Clinton Joseph Davisson | Amerika Syarikat | "penemuan belauan elektron oleh kristal melalui uji kaji"[40] | |
George Paget Thomson | United Kingdom | |||
1938 | Enrico Fermi | Itali | "pembuktian kewujudan unsur-unsur radioaktif baru yang dihasilkan oleh penyinaran neutron, serta penemuan berkaitan mengenai tindakbalas nuklear yang dihasilkan oleh neutron-neutron yang perlahan"[41] | |
1939 | Ernest Lawrence | Amerika Syarikat | "penciptaan dan pembangunan siklotron dan hasil-hasil yang diperolehnya, terutamanya mengenai unsur-unsur radioaktif buatan"[42] | |
1940 | "Tiada penghadiahan" | |||
1941 | "Tiada penghadiahan" | |||
1942 | "Tiada penghadiahan" | |||
1943 | Otto Stern | Amerika Syarikat | "sumbangannya kepada pembangunan kaedah sinar molekul dan penemuan momen magnet proton"[43] | |
1944 | Isidor Isaac Rabi | Amerika Syarikat | "kaedah salunan untuk merakam ciri-ciri magnetik nukleus atom"[44] | |
1945 | Wolfgang Pauli | Austria | "penemuan Prinsip Pengecualian, juga dikenali sebagai prinsip Pauli"[45] | |
1946 | Percy Williams Bridgman | Amerika Syarikat | "penciptaan alat yang menghasilkan tekanan amat tinggi, serta penemuan dalam bidang fizik tekanan tinggi"[46] | |
1947 | Edward Victor Appleton | United Kingdom | "penyelidikan fizik atmosfera tinggi, khususnya penemuan yang dikenali sebagai lapisan Appleton"[47] | |
1948 | Patrick Maynard Stuart Blackett | United Kingdom | "pengembangan kaedah kebuk wasap Wilson, yang membawa kepada penemuan dalam bidang-bidang fizik nuklear dan sinaran kosmik"[48] | |
1949 | Hideki Yukawa | Jepun | "ramalan kewujudan meson berasaskan kerja teori mengenai daya nuklear"[49] | |
1950 | Cecil Frank Powell | United Kingdom | "pembangunan kaedah fotogarfi untuk mengkaji proses nuklear dan penemuan mengenai meson yang dihasilkan dengan kaedah ini"[50] | |
1951 | John Douglas Cockcroft | United Kingdom | "kerja perintisan transmutasi nukleus atom oleh zarah-zarah atom yang dipercepat secara buatan"[51] | |
Ernest Thomas Sinton Walton | Ireland | |||
1952 | Felix Bloch | Amerika Syarikat | "pembangunan kaedah-kaedah baru untuk penyukatan persis magnetik nuklear dan penemuan-penemuan yang berkaitan"[52] | |
Edward Mills Purcell | Amerika Syarikat | |||
1953 | Frits Zernike | Belanda | "pembuktian kaedah beza jelas fasa, khususnya ciptaan mikroskop beza jelas fasa"[53] | |
1954 | Max Born | United Kingdom | "penyelidikan asas mekanik kuantum, khususnya tafsiran fungsi gelombang secara statistik"[54] | |
Walther Bothe | Jerman Barat | "kaedah persamaan dan penemuan-penemuan darinya"[54] | ||
1955 | Willis Eugene Lamb | Amerika Syarikat | "penemuan berkaitan struktur halus spektrum hidrogen"[55] | |
Polykarp Kusch | Amerika Syarikat | "penentuan persis momen magnet elektron"[55] | ||
1956 | John Bardeen | Amerika Syarikat | "penyelidikan semikonduktor dan penemuan kesan transistor"[56] | |
Walter Houser Brattain | Amerika Syarikat | |||
William Bradford Shockley | Amerika Syarikat | |||
1957 | Tsung-Dao Lee | Republik China | "penyelidikan mendalam mengenai apa yang dikenali sebagai hukum pariti yang membawa kepada penemuan penting mengenai zarah asas"[57] | |
Chen Ning Yang | Republik China | |||
1958 | Pavel Alekseyevich Cherenkov | Kesatuan Soviet | "penemuan dan pentafsiran kesan Cherenkov"[58] | |
Il'ya Frank | Kesatuan Soviet | |||
Igor Yevgenyevich Tamm | Kesatuan Soviet | |||
1959 | Owen Chamberlain | Amerika Syarikat | "penemuan antiproton"[59] | |
Emilio Gino Segrè | Itali | |||
1960 | Donald Arthur Glaser | Amerika Syarikat | "penciptaan kebuk gelembung"[60] | |
1961 | Robert Hofstadter | Amerika Syarikat | "kajian perintis penyerakan elektron dalam nukleus atom, sekaligus mencapai penemuan berkaitan struktur nukleon"[61] | |
Rudolf Ludwig Mössbauer | Jerman Barat | "penyelidikan berkenaan serapan resonans gamma radiation dan sehubungan itu, penemuan kesan yang membawa namanya"[61] | ||
1962 | Lev Davidovich Landau | Kesatuan Soviet | "teori perintis jirim memeluwap, terutamanya helium cecair"[62] | |
1963 | Eugene Paul Wigner | Amerika Syarikat | "sumbangannya kepada teori nukleus atom dan zarah-zarah asas, khususnya melalui penemuan dan aplikasi prinsip-prinsip simetri asas"[63] | |
Maria Goeppert-Mayer | Amerika Syarikat | "kerana penemuan berkenaan struktur petala nuklear"[63] | ||
J. Hans D. Jensen | Jerman Barat | |||
1964 | Nicolay Gennadiyevich Basov | Kesatuan Soviet | "kerja asas dalam bidang elektronik kuantum yang membawa kepada pembinaan pengayun dan amplifier berdasaskan prinsip maser-laser principle"[64] | |
Aleksandr Prokhorov | Kesatuan Soviet | |||
Charles Hard Townes | Amerika Syarikat | |||
1965 | Richard Phillips Feynman | Amerika Syarikat | "kerja asas dalam bidang elektrodinamik kuantum yang membawa kepentingan mendalam untuk bidang fizik zarah asas"[65] | |
Julian Schwinger | Amerika Syarikat | |||
Sin-Itiro Tomonaga | Jepun | |||
1966 | Alfred Kastler | Perancis | "penemuan dan pembangunan kaedah-kaedah optik untuk kajian resonans Hertz dalam atom"[66] | |
1967 | Hans Albrecht Bethe | Amerika Syarikat | "sumbangannya kepada teori tindak balas nuklear, khususnya penemuannya berkenaan penghasilan tenaga dalam bintang"[67] | |
1968 | Luis Walter Alvarez | Amerika Syarikat | "sumbangan terpentingnya kepada bidang fizik zarah asas, khususnya penemuan sebilangan besar keadaan resonans yang dibolehkan melalui melalui pembangunan teknik beliau yang menggunakan kebuk gelembung dan analisa data"[68] | |
1969 | Murray Gell-Mann | Amerika Syarikat | "sumbangan dan penemuannya berkenaan pengelasan dan interaksi antara zarah-zarah asas"[69] | |
1970 | Hannes Olof Gösta Alfvén | Sweden | "kerja asas dan penemuan dalam bidang magneto-hidrodinamik dengan aplikasi yang berhasil di pelbagai sudut fizik plasma"[70] | |
Louis Eugène Félix Néel | Perancis | "kerja asas dan penemuan berkenaan keantiferomagnetan dan keferimagnetan yang membawa kepada aplikasi penting dalam bidang fizik keadaan pepejal"[70] | ||
1971 | Dennis Gabor | United Kingdom | "penciptaan dan pembangunan kaedah holografi"[71] | |
1972 | John Bardeen | Amerika Syarikat | "pembangunan bersama teori kesuperkonduksian, biasanya dipanggi teori BCS"[72] | |
Leon Neil Cooper | Amerika Syarikat | |||
John Robert Schrieffer | Amerika Syarikat | |||
1973 | Leo Esaki | Jepun | "penemuan uji kaji mengenai fenomena penerowongan dalam semikonduktor dan superkonduktor"[73] | |
Ivar Giaever | Amerika Syarikat | |||
Brian David Josephson | United Kingdom | "ramalan teori sifat-sifat arus super melalui sawar terowong, khususnya fenomena yang dikenali umum sebagai kesan Josephson"[73] | ||
1974 | Martin Ryle | United Kingdom | "penyelidikan rintis dalam bidang astrofizik radio: Pemerhatian dan ciptaan Ryle, khususnya teknik sintesis apertur, dan peranan penting Hewish dalam penemuan pulsar"[74] | |
Antony Hewish | United Kingdom | |||
1975 | Aage Niels Bohr | Denmark | "penemuan hubungan antara gerakan kolektif dan gerakan zarah dalam nukleus atom dan sehubungannya, pengembangan teori struktur nukleus atom"[75] | |
Ben Roy Mottelson | Denmark | |||
Leo James Rainwater | Amerika Syarikat | |||
1976 | Burton Richter | Amerika Syarikat | "kerja perintisan penemuan jenis zarah asas berat yang baru"[76] | |
Samuel Chao Chung Ting | Amerika Syarikat | |||
1977 | Philip Warren Anderson | Amerika Syarikat | "penyelidikan teori asas struktur elektronik untuk sistem magnetik tak tertib"[77] | |
Nevill Francis Mott | United Kingdom | |||
John Hasbrouck Van Vleck | Amerika Syarikat | |||
1978 | Pyotr Leonidovich Kapitsa | Kesatuan Soviet | "ciptaan dan penemuan asas dalam bidang fizik suhu rendah"[78] | |
Arno Allan Penzias | Amerika Syarikat | "penemuan sinaran latar gelombang mikro asas"[78] | ||
Robert Woodrow Wilson | Amerika Syarikat | |||
1979 | Sheldon Lee Glashow | Amerika Syarikat | "sumbangan mereka kepada teori interaksi elektromagnet lemah antara zarah-zarah asas, termasuk ramalan arus neutral lemah antara lainnya"[79] | |
Abdus Salam | Pakistan | |||
Steven Weinberg | Amerika Syarikat | |||
1980 | James Watson Cronin | Amerika Syarikat | "penemuan pencabulan prinsip simetri asas dalam penguraian K-meson neutral"[80] | |
Val Logsdon Fitch | Amerika Syarikat | |||
1981 | Nicolaas Bloembergen | Amerika Syarikat | "sumbangan mereka kepada pembangunan spektroskopi laser"[81] | |
Arthur Leonard Schawlow | Amerika Syarikat | |||
Kai Manne Börje Siegbahn | Sweden | "sumbangannya kepada pembangunan spektroskopi elektron berleraian tinggi"[81] | ||
1982 | Kenneth G. Wilson | Amerika Syarikat | "teorinya mengenai fenomena terpenting berhubungan dengan peralihan fasa"[82] | |
1983 | Subrahmanyan Chandrasekhar | Amerika Syarikat | "kajian-kajian teori proses fizik mengenai kepentingan struktur dan evolusi bintang"[83] | |
William Alfred Fowler | Amerika Syarikat | "kajian-kajian teori dan uji kaji tindak balas nuklear yang penting untuk pembentukan unsur-unsur kimia di alam semesta"[83] | ||
1984 | Carlo Rubbia | Itali | "sumbangan penting mereka kepada projek besar yang membawa kepada penemuan zarah-zarah medan W dan Z, iaitu komunikator interaksi rendah"[84] | |
Simon van der Meer | Belanda | |||
1985 | Klaus von Klitzing | Jerman Barat | "penemuan kesan Hall terkuantum"[85] | |
1986 | Ernst Ruska | Jerman Barat | "kerja asas dalam bidang optik elektron, serta rekaan mikroskop elektron pertama"[86] | |
Gerd Binnig | Jerman Barat | "rekaan mikroskop penerowongan imbasan"[86] | ||
Heinrich Rohrer | Switzerland | |||
1987 | Johannes Georg Bednorz | Jerman Barat | "pencapaian terpenting dalam penemuan kesuperkonduksian dalam bahan seramik"[87] | |
Karl Alexander Müller | Switzerland | |||
1988 | Leon Max Lederman | Amerika Syarikat | "keadah pancaran neutrino dan pembuktian struktur dublet lepton melalui penemuan neutrino muon"[88] | |
Melvin Schwartz | Amerika Syarikat | |||
Jack Steinberger | Amerika Syarikat | |||
1989 | Norman Foster Ramsey | Amerika Syarikat | "ciptaan kaedah medan berayun terpisah serta penggunaannya dalam maser hidrogen dan jam atom yang lain"[89] | |
Hans Georg Dehmelt | Amerika Syarikat | "pembanguna teknik perangkap ion"[89] | ||
Wolfgang Paul | Jerman Barat | |||
1990 | Jerome I. Friedman | Amerika Syarikat | "penyelidikan perintis berkenaan serakan tak anjal lampau yang dialami elektron pada proton dan neutron terikat, yang amat penting kepada perkembangan model kuark dalam bidang fizik zarah"[90] | |
Henry Way Kendall | Amerika Syarikat | |||
Richard E. Taylor | Kanada | |||
1991 | Pierre-Gilles de Gennes | Perancis | "penemuan bahawa kaedah-kaedah yang dimajukan untuk mengkaji fenomena susunan dalam sistem-sistem ringkas boleh diitlakkan untuk bentuk-bentuk jirim yang lebih rumit, khususnya hablur cair dan polimer"[91] | |
1992 | Georges Charpak | Perancis | "ciptaan dan pembangunan pengesan zarah, khususnya kebuk perkadaran berbilang dawai"[92] | |
1993 | Russell Alan Hulse | Amerika Syarikat | "penemuan jenis pulsar baru yang membuka peluang baru untuk kajian gravitasi"[93] | |
Joseph Hooton Taylor, Jr. | Amerika Syarikat | |||
1994 | Bertram Brockhouse | Kanada | "pembangunan spektroskopi neutron" dan "sumbangan perintis kepada perkembangan serakan serakan neutron untuk kajian jirim memeluwap"[94] | |
Clifford Glenwood Shull | Amerika Syarikat | "pembangunan teknik belauan neutron" dan "sumbangan perintis kepada pembangunan teknik belauan neutron untuk kajian jirim memeluwap"[94] | ||
1995 | Martin Lewis Perl | Amerika Syarikat | "penemuan lepton tau" dan "sumbangan uji kaji perintis kepada bidang fizik lepton"[95] | |
Frederick Reines | Amerika Syarikat | "pengesanan neutrino" dan "sumbangan uji kaji perintis kepada bidang fizik lepton"[95] | ||
1996 | David Morris Lee | Amerika Syarikat | "penemuan keadaan bendalir super dalam helium-3"[96] | |
Douglas D. Osheroff | Amerika Syarikat | |||
Robert Coleman Richardson | Amerika Syarikat | |||
1997 | Steven Chu | Amerika Syarikat | "pembangunan kaedah-kaedah menyejukkan dan memerangkap atom dengan cahaya laser"[97] | |
Claude Cohen-Tannoudji | Perancis | |||
William Daniel Phillips | Amerika Syarikat | |||
1998 | Robert B. Laughlin | Amerika Syarikat | "penemuan bentuk bendalir kuantum yang baru yang boleh diujakan secara cas berperingkat"[98] | |
Horst Ludwig Störmer | Jerman | |||
Daniel Chee Tsui | Amerika Syarikat | |||
1999 | Gerardus 't Hooft | Belanda | "menjelaskan struktur kuantum interaksi elektrolemah dalam bidang fizik"[99] | |
Martinus J. G. Veltman | Belanda | |||
2000 | Zhores Ivanovich Alferov | Russia | "membangunkan heterostruktur semikonduktor dalam bidang elektronik kelajuan tinggi dan optoelektronik"[100] | |
Herbert Kroemer | Jerman | |||
Jack St. Clair Kilby | Amerika Syarikat | "peranannya dalam ciptaan litar bersepadu"[100] | ||
2001 | Eric Allin Cornell | Amerika Syarikat | "pencapaian pemeluwapan Bose-Einstein dalam gas atom alkali cair, serta kajian asas awal sifat-sifat luwapan"[101] | |
Carl Edwin Wieman | Amerika Syarikat | |||
Wolfgang Ketterle | Jerman | |||
2002 | Raymond Davis, Jr. | Amerika Syarikat | "sumbangan perintis kepada bidang astrofizik, terutamanya pengesanan neutrino kosmik"[102] | |
Masatoshi Koshiba | Jepun | |||
Riccardo Giacconi | Amerika Syarikat | "sumbangan perintis kepada bidang astrofizik, yang membawa kepada penemuan sumber sinar X kosmik"[102] | ||
2003 | Alexei Alexeyevich Abrikosov | Rusia Amerika Syarikat |
"sumbangan perintis kepada teori superkonduktor dan bendalir adi"[103] | |
VItali Lazarevich Ginzburg | Rusia | |||
Anthony James Leggett | United Kingdom Amerika Syarikat | |||
2004 | David J. Gross | Amerika Syarikat | "penemuan kebebasan berasimptot dalam teori interaksi kuat"[104] | |
H. David Politzer | Amerika Syarikat | |||
Frank Wilczek | Amerika Syarikat | |||
2005 | Roy J. Glauber | Amerika Syarikat | "sumbangannya kepada teori kuantum kekoheranan optik"[105] | |
John L. Hall | Amerika Syarikat | "sumbangan mereka kepada pembangunan stereoskopi persis berasaskan laser, termasuk teknik sikat frekuensi optik"[105] | ||
Theodor W. Hänsch | Jerman | |||
2006 | John C. Mather | Amerika Syarikat | "penemuan bentuk jasad hitam dan ketakisotropan sinaran latar gelombang mikro kosmik"[106] | |
George F. Smoot | Amerika Syarikat | |||
2007 | Albert Fert | Perancis | "penemuan rintangan magnet gergasi"[107] | |
Peter Grünberg | Jerman | |||
2008 | Makoto Kobayashi | Jepun | "penemuan asal-usul simetri terputus yang meramal kewujudan sekurang-kurangnya tiga keluarga kuark dalam alam"[108] | |
Toshihide Maskawa | Jepun | |||
Yoichiro Nambu | Amerika Syarikat | "penemuan mekanisme simetri terputus spontan dalam bidang fizik subatom"[108] | ||
2009 | Charles K. Kao | China United Kingdom |
"pencapaian perintis mengenai pancaran cahaya dalam gentian komunikasi optik"[109] | |
Willard S. Boyle | Kanada Amerika Syarikat |
"ciptaan litar semikonduktor imejan, iaitu pengesan CCD"[109] | ||
George E. Smith | Amerika Syarikat | |||
2010 | Andre Geim | Rusia Belanda |
"uji kaji perintis mengenai bahan dua dimensi, grafena"[110] | |
Konstantin Novoselov | Rusia United Kingdom | |||
2011 | Saul Perlmutter | Amerika Syarikat | "penemuan peluasan Alam Semesta yang makin memecut melalui pemerhatian supernova yang jauh"[111][112] | |
Brian P. Schmidt | Amerika Syarikat Australia | |||
Adam G. Riess | Amerika Syarikat | |||
2012 | Serge Haroche | Perancis | "kerana mempelopori kaedah-kaedah uji kaji yang membolehkan penyukatan dan manipulasi satu demi satu sistem kuantum."[113] | |
David J. Wineland | Amerika Syarikat | |||
2013 | François Englert | Belgium | "atas penemuan suatu mekanisme secara teori yang menyumpang kepada pemahaman kita terhadap asal-usul jisim zarah subatom, malah telah disahkan baru-baru ini menerusi penemuan zarah asas yang diduga oleh ujikaji-ujikaji ATLAS dan CMS di Large Hadron Collider oleh CERN"[114] | |
Peter Higgs | United Kingdom | |||
2014 | Isamu Akasaki | Jepun | "kerana mencipta diod pemancar cahaya biru efisyen yang membolehkan punca cahaya putih yang terang serta menjimatkan tenaga"[115] | |
Hiroshi Amano | Jepun | |||
Shuji Nakamura | Jepun Amerika Syarikat | |||
2015 | Takaaki Kajita | Jepun | "atas penemuan ayunan neutrino yang menunjukkan bahawa neutrino mempunya jisim"[116] | |
Arthur B. McDonald | Kanada | |||
2016 | David J. Thouless | United Kingdom Amerika Syarikat |
"untuk penemuan teoretikal peralihan fasa topologi dan fasa topologi jisim"[117] | |
F. Duncan M. Haldane | United Kingdom Amerika Syarikat | |||
John M. Kosterlitz | United Kingdom Amerika Syarikat | |||
2017 | Rainer Weiss | Jerman Amerika Syarikat |
"untuk sumbangan pemutus mereka terhadap pembangunan pengesan LIGO serta pemerhatian gelombang graviti"[118] | |
Kip Thorne | Amerika Syarikat | |||
Barry Barish | Amerika Syarikat | |||
2018 | Arthur Ashkin | Amerika Syarikat | "bagi ciptaan mengujakan berkenaan bidang fizik laser", secara khususnya "bagi penyepit optik dan aplikasinya terhadap sistem biologi" | |
Gérard Mourou | Perancis | "bagi ciptaan mengujakan berkenaan bidang fizik laser", secara khususnya "bagi kaedah mereka untuk menghasilkan denyutan optik ultrapendek berintensiti tinggi" | ||
Donna Strickland | Kanada | |||
2019 | James Peebles | Kanada
Amerika Syarikat |
"bagi penemuan teori dalam kosmologi fizikal" | |
Michel Mayor | Switzerland | "bagi penemuan eksoplanet yang mengorbit bintang saiz suria" | ||
Didier Queloz | ||||
2020 | Roger Penrose | United Kingdom | "bagi penemuan bahawa pembentukan lohong hitam merupakan ramalan kuat teori kerelatifan am" | |
Reinhard Genzel | Jerman | "bagi penemuan sebuah objek mampat supermasif di pusat galaksi kita" | ||
Andrea Ghez | Amerika Syarikat | |||
2021 | Syukuro Manabe | Jepun
Amerika Syarikat |
"bagi pemodelan iklim Bumi, pengkuantitian kecamukan dan meramal pemanasan global secara pasti" | |
Klaus Hasselmann | Jerman | |||
Giorgio Parisi | Itali | "bagi penemuan kesinambungan dalam ketidaktentuan dan naik turun sistem fizikal daripada skala atom hingga samawi" |
Catatan
sunting↑ A. Bentuk dan ejaan nama di lajur nama mengikut nobelprize.org, laman web rasmi Yayasan Nobel. Ejaan dan bentuk nama lain, sekiranya wujud, diberi dalam rencana-rencana yang berpautan dengan lajur ini. Gambar setiap Pemenang Nobel disediakan sekiranya ada. Untuk gambar-gambar rasmi yang diberi oleh Yayasan Nobel, rujuk laman setiap Pemenang Nobel di nobelprize.org.
↑ B. Maklumat dalam lajur negara mengikut nobelprize.org, laman web rasmi Yayasan Nobel, dan mungkin tidak tepat dengan tempat lahir atau kewarganegaraan penerima.
↑ C. Petikan untuk setiap penganugerahan dipetik dan diterjemah dari nobelprize.org, laman web rasmi Yayasan Nobel.
Rujukan
sunting- ^ "Alfred Nobel – The Man Behind the Nobel Prize". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-29.
- ^ "The Nobel Prize Awarders". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-29.
- ^ "The Nobel Prize Award Ceremonies". Yayasan Nobel. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-22. Dicapai pada 2008-10-29.
- ^ "The Nobel Prize". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-29.
- ^ "Nobel Laureates Facts". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-29.
- ^ "Women Nobel Laureates". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-29.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1901". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1902". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ a b "The Nobel Prize in Physics 1903". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1904". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1905". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1906". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1907". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1908". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1909". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1910". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1911". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1912". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1913". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1914". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1915". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1917". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1918". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1919". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1920". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1921". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1922". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1923". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1924". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1925". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1926". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ a b "The Nobel Prize in Physics 1927". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1928". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1929". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1930". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1932". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1933". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1935". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ a b "The Nobel Prize in Physics 1936". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1937". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1938". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1939". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1943". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1944". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1945". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1946". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1947". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1948". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1949". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1950". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1951". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1952". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1953". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ a b "The Nobel Prize in Physics 1954". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ a b "The Nobel Prize in Physics 1955". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1956". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1957". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1958". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1959". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1960". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ a b "The Nobel Prize in Physics 1961". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1962". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ a b "The Nobel Prize in Physics 1963". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1964". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1965". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1966". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1967". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1968". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1969". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ a b "The Nobel Prize in Physics 1970". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1971". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1972". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ a b "The Nobel Prize in Physics 1973". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1974". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1975". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1976". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1977". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ a b "The Nobel Prize in Physics 1978". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1979". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1980". Nobel Foundation. Dicapai pada 9 Oktober 2008.
- ^ a b "The Nobel Prize in Physics 1981". Nobel Foundation. Dicapai pada 9 Oktober 2008.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1982". Nobel Foundation. Dicapai pada 9 Oktober 2008.
- ^ a b "The Nobel Prize in Physics 1983". Nobel Foundation. Dicapai pada 9 Oktober 2008.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1984". Nobel Foundation. Dicapai pada 9 Oktober 2008.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1985". Nobel Foundation. Dicapai pada 9 Oktober 2008.
- ^ a b "The Nobel Prize in Physics 1986". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1987". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1988". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ a b "The Nobel Prize in Physics 1989". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1990". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1991". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1992". Yayasan Nobel. Dicapai pada 9 Oktober 2008.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1993". Yayasan Nobel. Dicapai pada 9 Oktober 2008.
- ^ a b "The Nobel Prize in Physics 1994". Yayasan Nobel. Dicapai pada 9 Oktober 2008.
- ^ a b "The Nobel Prize in Physics 1995". Nobel Foundation. Dicapai pada 9 Oktober 2008.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1996". Nobel Foundation. Dicapai pada 9 Oktober 2008.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1997". Nobel Foundation. Dicapai pada 9 Oktober 2008.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1998". Nobel Foundation. Dicapai pada 9 Oktober 2008.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 1999". Nobel Foundation. Dicapai pada 9 Oktober 2008.
- ^ a b "The Nobel Prize in Physics 2000". Nobel Foundation. Dicapai pada 9 Oktober 2008.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 2001". Nobel Foundation. Dicapai pada 9 Oktober 2008.
- ^ a b "The Nobel Prize in Physics 2002". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 2003". Nobel Foundation. Dicapai pada 9 Oktober 2008.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 2004". Nobel Foundation. Dicapai pada 9 Oktober 2008.
- ^ a b "The Nobel Prize in Physics 2005". Nobel Foundation. Dicapai pada 9 Oktober 2008.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 2006". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-09.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 2007". Nobel Foundation. Dicapai pada 9 Oktober 2008.
- ^ a b "The Nobel Prize in Physics 2008". Nobel Foundation. Dicapai pada 9 Oktober 2008.
- ^ a b "The Nobel Prize in Physics 2009". Nobel Foundation. Dicapai pada 6 Oktober 2009.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 2010". Nobel Foundation. Dicapai pada 5 Oktober 2010.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 2011". Nobel Foundation. Dicapai pada 2011-10-04.
- ^ http://www.nobelprize.org/nobel_prizes/physics/laureates/2011/press.html Perlmutter dapat separuh hadiah, separuh hadiah yang satu lagi dikongsi oleh Schmidt dan Riess.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 2012". Nobel Foundation. Dicapai pada 9 October 2012.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 2013 Press Release" (PDF). Nobel Foundation. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-06-08. Dicapai pada 2013-10-08.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 2014". Yayasan Nobel. Dicapai pada 7 Oktober 2014.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 2015". Yayasan Nobel. Dicapai pada 5 Oktober 2015.
- ^ "The Nobel Prize in Physics 2016". Yayasan Nobel. Dicapai pada 4 Oktober 2016.
for theoretical discoveries of topological phase transitions and topological phases of matter
- ^ "The Nobel Prize in Physics 2017". Yayasan Nobel. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
for decisive contributions to the LIGO detector and the observation of gravitational waves