Meson
Meson merupakan zarah yang terbina daripada satu kuark dan satu antikuark.
Komposisi: | Komposit - Kuark dan antikuark |
Keluarga: | Boson |
Kumpulan: | Hadron |
Interaksi: | Kuat |
Pengasas teori: | Hideki Yukawa (1935) |
Ditemui: | 1946 |
Jenis: | ~140 (Senarai) |
Jisim: | Dari 139 MeV/c2 ([[Templat:SubatomicParticle/link|π+ ]]) sehingga 9,460 MeV/c2 ([[Templat:SubatomicParticle/link|ϒ]]) |
Cas elektrik: | −1 e, 0 e, +1 e |
Spin: | 0, 1 |
Meson yang teringan ialah pion, π: π+ terdiri daripada kuark naik dan antikuark antiturun, π– terdiri daripada kuark turun dan antikuark antinaik, dan π0 terdiri daripada campuran keadaan-keadaan naik-antinaik dan turun-antiturun. π±, yang berjisim 139.57 MeV/c2, mereput kepada (anti)muon dan (anti)neutrino muon, dengan masahayat 2.60×10-8 s (saling-tindak daya nukleus lemah), sementara π0, yang berjisim 134.98 MeV/c2, mereput kepada dua foton, dengan masahayat 8×10-17 s (saling-tindak keelektromagnetan).