Marie Curie

Ahli fizik dan kimia
(Dilencongkan daripada Maria Skłodowska-Curie)

Marie Salomea Skłodowska Curie (7 November 1867 – 4 Julai 1934) adalah seorang ahli fizik dan kimia Perancis kelahiran Poland yang terkenal di sebabkan hasil kerja beliau dalam bidang keradioaktifan. Beliau adalah pelopor dalam bidang keradioaktifan dan orang pertama yang dianugerahkan dua Hadiah Nobel[1]—di dalam bidang fizik dan kimia. Beliau juga adalah profesor wanita pertama yang bekerja di Universiti Paris.

Marie Skłodowska–Curie
Kelahiran(1867-11-07)7 November 1867
Meninggal dunia4 Julai 1934(1934-07-04) (umur 66)
WarganegaraPoland
KerakyatanRusia, kemudian Perancis
Pusat pendidikanUniversiti Paris
ESPCI
Terkenal keranaKeradioaktifan, polonium, radium
AnugerahHadiah Nobel dalam Fizik (1903)
Pingat Davy (1903)
Pingat Matteucci (1904)
Hadiah Nobel dalam Kimia (1911)
Kerjaya saintifik
BidangFizik, kimia
InstitusiUniversiti Paris
Penasihat kedoktoranHenri Becquerel
Pelajar kedoktoranAndré-Louis Debierne
Óscar Moreno
Marguerite Catherine Perey
Catatan kaki / rujukan
Beliau adalah satu-satunya individu yang memenangi Hadiah Nobel dalam dua bidang sains.
Beliau adalah isteri kepada Pierre Curie, dan ibu kepada Irène Joliot-Curie dan Ève Curie.

Kehidupan awal

sunting

Dari zaman kanak-kanak, Marie Curie diketahui sebagai seorang prodigy disebabkan ingatannya yang luar biasa. Pada usia 16 tahun dia memenangi pingat emas selepas menamatkan pendidikan menengahnya di lycée Rusia. Disebabkan peristiwa dimana bapa Marie Curie yang merupakan seorang guru matematik dan fizik telah kehilangan simpanannya melalui pelaburan yang tidak baik, dia terpaksa bekerja sebagai guru dan, pada masa yang sama, mengambil bahagian secara rahsia dalam "universiti bebas" nasionalis, membaca dalam bahasa Poland kepada pekerja wanita. Pada usia 18 tahun, Marie Curie mengambil jawatan sebagai pengasuh, di mana dia mengalami hubungan cinta yang tidak bahagia. Daripada pendapatannya, dia dapat membiayai pengajian perubatan kakaknya Bronisława di Paris, dengan pemahaman bahawa Bronisława seterusnya akan membantunya untuk mendapatkan pendidikan.

Rujukan

sunting

Nota kaki

sunting
  1. ^ "Nobel Laureate Facts". Dicapai pada 26 November 2008.
 
At First Solvay Conference (1911), Skłodowska-Curie (seated, 2nd from right) confers with Henri Poincaré. Standing, 4th from right, is Rutherford; 2nd from right, Einstein; far right, Paul Langevin

Fiksyen

sunting

Pautan luar

sunting