Sejarah Azerbaijan
Sejarah Azerbaijan adalah sejarah negara ini. Sejarah awal penduduk daerah yang kini dikenali sebagai Azerbaijan ialah bangsa Albania Kaukasia, bangsa penutur bahasa-bahasa Kaukasus yang muncul di daerah ini sebelum rombongan besar orang yang akhirnya menyerang Kaukasus. Secara sejarah Azerbaijan telah dilindungi pelbagai bangsa, termasuk bangsa Parsi, Greek, Rom, Armenia, Arab, Turki, Mongol dan Rusia.
Kerajaan pertama yang muncul di Republik Azerbaijan masa kini ialah Mannae pada milenium ke-9 SM, berlangsung hingga 610-an SM saat menjadi bahagian Empayar Media, yang kemudian menjadi sebahagian Empayar Parsi pada 549 M. Satrapi Atropatene dan Albania Kaukasia ditubuhkan pada abad ke-4 SM dan termasuk lebih kurang wilayah negara kebangsaan Azerbaijan dan bahagian selatan Dagestan masa kini.
Islam tersebar cepat di Azerbaijan menyusul futuhat padaabad ke-7–8. Selepas kekuasaan Kekhalifahan Arab menyusut, beberapa negara semimerdeka telah terbentuk, kesultanan Shirvanshah menjadi salah satu darinya. Pada abad ke-11, Turki Seljuk yang menakluk menjadi kekuatan dominan di Azerbaijan dan meletakkan dasar etnik Azerbaijan masa kini. Pada abad ke-13–14, negeri ini diserang bangsa Mongol-Tatar.
Azerbaijan ialah bahagian Kesultanan Parsi Safavid selama abad ke-15–18. Juga mengalami masa singkat perpecahan bangsawan pada pertengahan abad ke-18 hingga awal abad ke-19, dan terdiri atas kekhanan-kekhanan yang merdeka. Berikutan Perang Parsi-Rusia antara Kesultanan Parsi Qajar, seperti Ganja, Quba, Baku dan kekhanan-kekhanan merdeka lain, dan Empayar Rusia, Azerbaijan direbut Rusia melalui Perjanjian Gulistan pada 1813, dan Perjanjian Turkmenchay pada 1828, dan beberapa perjanjian yang lebih awal antara tsar Rusia dan para khan berakhir pada dekad pertama abad ke-19. Pada 1873, minyak ("emas hitam") ditemui di bandar Baku, ibu negara Azerbaijan nantinya. Dari awal abad ke-20 hampir separuh simpanan minyak dunia disuling di Baku.
Setelah jatuhnya Empayar Rusia semasa Perang Dunia Pertama, Azerbaijan bersama Armenia dan Georgia menjadi sebahagian Republik Persekutuan Demokratik Transkaukasia (RFDT) yang berumur pendek. Saat republik itu bubar pada Mei 1918, Azerbaijan menyatakan kemerdekaan sebagai Republik Demokratik Azerbaijan (RDA). RDA ialah negara republik berpenduduk majoriti Muslim pertama di dunia dan hanya berlangsung 2 tahun, dari 1918 hingga 1920, sebelum Tentera Merah menyerang Azerbaijan. Pada Mac 1922, Azerbaijan, bersama-sama dengan Armenia dan Georgia, menjadi sebahagian Republik Sosialis Persekutuan Soviet Transkaukasia (RSFST) dalam Kesatuan Soviet yang baru terbentuk. Pada 1936, RSFST bubar dan Azerbaijan menjadi republik bahagian RSUS sebagai Republik Sosialis Soviet Azerbaijan (RSSA).
Selama Perang Dunia Kedua, Jerman Nazi menyerang Kesatuan Soviet. Tujuan utama serangan Operasi Edelweiss Adolf Hitler ialah mencaplok ibukota kaya minyak Azerbaijan, Baku. Kerana alasan perang, pekerja minyak Soviet diwajibkan bekerja tanpa henti dan warganegaranya menggali parit dan rintangan antitank untuk menghalau kemungkinan serangan musuh. Namun, Operasi Edelweiss gagal. Pasukan Jerman pertama kali gagal di pergunungan Kaukasus, mereka kalah teruk dalam Pertempuran Stalingrad.
Pada 1990, orang Azeri berkumpul untuk memprotes kekuasaan Soviet dan menuntut kemerdekaan. Secara brutal demonstrasi itu ditindas oleh campur tangan Soviet dalam peristiwa yang kini disebut orang Azeri sebagai Januari Hitam. Namun pada 1991, Azerbaijan mengisytiharkan kemerdekaannya saat jatuhnya Kesatuan Soviet. Malangnya, tahun-tahun awal kemerdekaan dialihkan dengan perang terhadap Armenia dan gerakan pemisah Armenia atas kawasan Nagorno-Karabakh. Meski ada gencatan senjata di tempat sejak 1994, Azerbaijan belum menyelesaikan konflik dengan Armenia atas wilayah yang dominannya orang Armenia. Sejak akhir perang, Azerbaijan kehilangan kawalan 14 - 16% wilayahnya termasuk Nagorno-Karabakh sendiri.[1][2] Sebagai akibat konflik, kedua-dua negara menghadapi masalah pelarian dan orang terlantar seperti kesulitan ekonomi.
Namun, bekas pemimpin Azeri Soviet Heydər Əliyev mengubah pola ini di Azerbaijan dan mula mengeksploitasi cadangan minyaknya yang kaya di Baku, sesuatu yang membuat Azerbaijan terkenal. Heydər Əliyev juga membersihkan perjudian dan boleh menekan kadar pengangguran di negara itu. Ia juga mencari hubungan lebih dekat dengan Turki saat secara serentak membuat usaha menyelesaikan konflik Karabakh secara damai dengan Armenia. Namun, keadaan politik di Azerbaijan tetap tegang khususnya setelah Heydar Aliyev, saat kematiannya, memilih anaknya Ilham menyandang jawatan presiden. Kekuatan pembangkang Azeri tak puas dengan pergantian dinasti ini dan menuntut pemerintahan demokrasi.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ (Inggeris) Thomas De Waal. Black Garden: Armenia And Azerbaijan Through Peace and War. New York: New York University Press, h. 240. ISBN 0-8147-1945-7
- ^ (Inggeris) CIA — The World Factbook. Azerbaijan.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Sejarah Azerbaijan. |
- (Inggeris) Timeline starting in 1828 dari BBC News
- (Inggeris) A Country Study: Azerbaijan Para Mac 1994 laporan dari Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat
- (Inggeris) List of rulers dari Rulers.org
- (Inggeris) Gasimov, Zaur: "A Short Sketch of One Century of Azerbaijani Historical Writing", Caucasus Analytical Digest No. 8 dari Caucasus Analytical Digest