Penaklukan oleh Muslim
Penaklukan Islam (632–732), (Arab: الفتوحات الإسلامية , al-Fatūḥāt al-Islāmiyya) juga merujuk kepada Penaklukan oleh Orang Islam atau Penaklukan Arab,[4] ke atas orang bukan Arab bermula selepas kewafatan Nabi Muhammad. Baginda mewujudkan sebuah kesatuan baru di Semenanjung Arab diikuti dengan Khulafa al-Rasyidin dan Kerajaan Bani Umayyah melihat pengembangan pantas kuasa Muslim.
Mereka berkembang melewati Semenanjung Arab dan membentuk empayar Islam yang mempengaruhi wilayah luas dari perbatasan negeri China dan benua kecil India, merentasi Asia Tengah, Timur Tengah, Afrika Utara, Sicily, dan Semenanjung Iberia hinggalah ke banjaran Pyrenees. Sejarawan terkenal, Edward Gibbon menulis di dalam The History of the Decline and Fall of the Roman Empire ("Sejarah Kemerosotan dan Kejatuhan Empayar Rom"):
Di bawah pemerintah Umayyah terakhir, empayar Arab berkembang sejauh dua ratus hari perjalanan dari timur ke barat, dari Tartary dan India ke pantai Lautan Atlantik. Dan jika kita "memotong lengan jubah" [pendekkan cerita], seperti yang dikatakan penulis mereka, wilayah panjang dan sempit yang dilalui kafilah. Kita mencari dengan sia-sia kesatuan kuat dan keakuran kerajaan Augustus dan Antony; tetapi kemajuan Islam meresapi wilayah luas ini dengan adab dan pendapat yang serupa. Bahasa dan hukum-hukum al-Qur'an ditelaah dengan kegigihan serupa sama ada di Samarkand atau di Seville: orang Moor dan India berpelukan seperti teman senegeri dan saudara semasa mereka melakukan ibadat Hajidi Makkah; dan bahasa Arab diambil sebagai bahasa pertuturan popular di semua wilayah ke barat [sungai] Tigris.
Penaklukan oleh Muslim membawa kepada kejatuhan Empayar Sasan dan kehilangan wilayah besar bagi Empayar Byzantine. Sebab-musabab kejayaan Muslim sukar di bina semula jika ditinjau kembali, terutamanya kerana hanya terdapat serpihan sumber rujukan zaman tersebut yang kekal. Kebanyakn ahli sejarah mempercayai bahawa empayar Sasan dan Byzantine Rom lesu dari segi ketenteraan dan ekonomi selepas saling berperang bagi waktu beberapa dasawarsa. Sebab-musabab kejatuhan pantas kerajaan Visigoth di Hispania pula sukar masih difahami.
Orang Kristian di Parsi serta Yahudi dan pengikut Syariat Nabi Yaakub (Monophysite) di Syam berasa tidak puas hati dan kadang kala menyambut baik tentera Islam kerana pergesaran agama di kedua-dua empayar.[5] Dalam kes Mesir Byzantine, Palestin dan Syam pula, wilayah-wilayah baharu sahaja ditakluk kembali daripada orang Parsi (Sasan) dan tidak diperintah Byzantine selama lebih daripada 25 tahun.
Sejarawan Fred McGraw Donner, bagaimanapun menyarankan bahawa sebab-sebab utama tentera al-Rasyidin dapat menubuhkan empayar yang besar dalam waktu sekitar 100 tahun adalah penubuhan sebuah negara di semenanjung Arab, kesatuan ideologi (yakni, agama) dan mobilisasi. Anggaran saiz empayar Islam pada zaman Khalifah menggambarkan ia melebihi 13 juta kilometer persegi (lima juta batu persegi) , lebih besar daripada semua negara moden melainkan Rusia.[6]
Nota
sunting- ^ a b Nile Green (2016-12-12). Afghanistan's Islam: From Conversion to the Taliban. Cambridge University Press. m/s. 47. ISBN 9780520294134.
- ^ a b M. A. Sabhan (1979-03-08). The 'Abbāsid Revolution. Cambridge University Press. m/s. 11. ISBN 9780521295345.
- ^ Pike, John. "Göktürk Empire". www.globalsecurity.org.
- ^ Martin Sicker (2000), The Islamic World in Ascendancy: From the Arab Conquests to the Siege of Vienna, 'Praeger.
- ^ Rosenwein, Barbara H. (2004). A Short History of the Middle Ages. Ontario. m/s. 71–72. ISBN 1-55111-290-6.
- ^ The End of the Jihad State, the Reign of Hisham Ibn 'Abd-al Malik and the collapse of the Umayyads. State University of New York Press. 1994. m/s. 37. ISBN 0-7914-1827-8.
|first=
missing|last=
(bantuan)
Rujukan
sunting- Edward Gibbon, History of the Decline and Fall of the Roman Empire Chapter 51
- Fred Donner, The Early Islamic Conquests Chapter 6
- Mark Graham, "How Islam Created the Modern World" (2006) ISBN 1-59008-043-2
- Hugh Kennedy, The Great Arab Conquests: How the Spread of Islam Changed the World We Live in (2007) ISBN 0-306-81585-0