Haruan
Haruan ialah ikan persiform air tawar ahli keluarga Channidae, yang berasal dari sebahagian Afrika dan Asia. Ikan pemangsa memanjang ini dibezakan oleh sirip dorsal yang panjang, mulut yang besar dan gigi yang berkilat. Ia bernafas melalui insang, yang membenarkannya berhijrah di darat pada jarak dekat. Ia mempunyai organ suprabrankia, yang merupakan bentuk primitif organ labirin, yang berkembang ketika mereka semakin tua.[1] Dua genus wujudnya adalah Channa di Asia dan Parachanna di Afrika, yang terdiri daripada lebih 50 spesies.
Haruan Julat zaman: Eosen hingga kini,
| |
---|---|
Haruan utara, Channa argus | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Actinopterygii |
Order: | Anabantiformes |
Suborder: | Channoidei Berg, 1940 |
Keluarga: | Channidae Fowler, 1934 |
Genus | |
Lihat teks |
Ia dihargai sebagai sumber makanan dan terkenal sebagai spesies ceroboh yang dilepaskan dengan sengaja. Ikan ini dipelihara sebagai peliharaan tetapi setelah semakin besar, orang melepaskannya ke kolam, danau dan sungai, menjadikan ikan ini ceroboh.
Huraian
suntingSaiz berbagai spesies haruan sangatlah berbeza; haruan kerdil, seperti Channa orientalis, tidak melebihi 25 cm (10 in) panjang. Kebanyakan haruan lain mencapai antara 30 dan 90 cm (12 dan 35 in). Lima spesiesnya (C. argus, C. barca, C. marulius, C. micropeltes dan C. striata) boleh mencapai 1 m (3 ka 3 in) atau lebih.[2]
Haruan ialah pemakan tujah yang memakan plankton, serangga akuatik dan moluska ketika masih kecil. Apabila dewasa, ia banyak memakan ikan lain (seperti kap) atau katak. Kadang-kadang, rodensia kecil seperti tikus turut dimakan.
Pengelasan
suntingHaruan merangkumi dua genus wujud:
- Channa Scopoli, 1777 (49 spesies asli Asia)
- Parachanna Teugels & Daget 1984 (tiga spesies wujud, satu spesies fosil, semua asli Afrika)
Dua genus lain hanya diketahui daripada fosil:
- †Anchichanna Murray & Thewissen, 2008[3] (satu spesies)
- †Eochanna Roe, 1991 (satu spesies)
Genus Aenigmachanna awalnya dikelaskan dalam Channidae menjelang penemuannya, tetapi analisis menyokong pengelasan kembali ke dalam keluarganya sendiri, Aenigmachannidae.[4]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Pinter, H. (1986). Labyrinth Fish. Barron's Educational Series, Inc., ISBN 0-8120-5635-3.
- ^ Froese, Rainer dan Pauly, Daniel, ed. (2014). Spesies bagi Channa dalam FishBase. Versi Jun 2014.
- ^ A. M. Murray & J.G.M. Thewissen (2008). "Eocene actinopterygian fishes from Pakistan, with the description of a new genus and species of channid (channiformes)". Journal of Vertebrate Paleontology. 28 (1): 41–52. doi:10.1671/0272-4634(2008)28[41:EAFFPW]2.0.CO;2. S2CID 85925173.
- ^ Britz, Ralf; Dahanukar, Neelesh; Anoop, V. K.; Philip, Siby; Clark, Brett; Raghavan, Rajeev; Rüber, Lukas (2020-09-30). "Aenigmachannidae, a new family of snakehead fishes (Teleostei: Channoidei) from subterranean waters of South India". Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). 10 (1): 16081. Bibcode:2020NatSR..1016081B. doi:10.1038/s41598-020-73129-6. ISSN 2045-2322. PMC 7527459. PMID 32999397.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Haruan |
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Haruan |
- Snakeheads—A Biological Synopsis and Risk Assessment diterbitkan oleh U.S. Geological Survey
- snakeheads.org tapak sesawang terbesar di dunia untuk haruan
- Overview of Northern Snakehead biology
- Fish or Foul: Snakeheads near Washington, D.C., and the people who love them
- Sighting of snakehead predator fish in CT has DEEP 'concerned'