Haruan palas
spesies ikan
(Dilencongkan daripada Channa orientalis)
Haruan palas (Channa orientalis)[2] ialah spesies haruan yang dijumpai di habitat air tawar, selalunya alur yang teduh di barat laut Sri Lanka (sungguhpun terkadang didakwa ditemukan di negara-negara lain, ia pengenalpastian yang salah terhadap spesies terkaitnya, biasanya C. gachua).[3][4]
Haruan palas | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Actinopterygii |
Order: | Anabantiformes |
Keluarga: | Channidae |
Genus: | Channa |
Spesies: | C. orientalis
|
Nama binomial | |
Channa orientalis Bloch & J. G. Schneider, 1801
|
Ia dinilai sebagai terjejas oleh IUCN[1] dan sesetengah orang menganggap C. orientalis sebagai spesies terancam.[4]
Huraian
suntingHaruan palas mempunyai warna kebiru-biruan di sebelah bawah badannya sementara bahagian lain berwarna agak gelap. Haruan palas mendiami kawasan-kawasan berpaya dan kawasan-kawasan yang kandungan Ph airnya rendah. Diet utamanya adalah anak-anak ikan dan juga udang, katak, cengkerik dan cacing.
Galeri
sunting-
Haruan palas
-
Haruan palas
Rujukan
sunting- ^ a b de Alwis Goonatilake, S.; Kotagama, O.; Fernado, M. (2019). "Channa orientalis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2019: e.T166584A174828855. doi:10.2305/IUCN.UK.2019-3.RLTS.T166584A174828855.en. Dicapai pada 19 November 2021.
- ^ Channa melasoma. Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia (MyBIS). Dicapai melalui https://www.mybis.gov.my/sp/23458. [Didapatkan kembali 3 September 2024].
- ^ Conte-Grand, C., Britz, R., Dahanukar, N., Raghavan, R., Pethi-yagoda, R., Tan, H.H., Hadiaty, R.K., Yaakob, N.S. & Rüber, L. (2017). Barcoding snakeheads (Teleostei, Channidae) re-visited: Discovering greater species diversity and resolving perpetuated taxonomic confusions. PLoS ONE, 12 (9): e0184017.
- ^ a b SeriouslyFish: Channa orientalis. Didapatkan 12 Februari 2019.