Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024

Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 ialah sebuah akta usulan yang diusul di Parlimen Malaysia, bertujuan untuk menggariskan kelayakan dan dasar-dasar berkenaan pelantikan Mufti Wilayah Persekutuan di Malaysia, meliputi kawasan Wilayah Persekutuan.

Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024
Parlimen Malaysia
Tajuk panjang
  • Suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan mufti, penentuan perkara mengenai hukum dan doktrin syarak dan perkara yang berkaitan.
Negara
Sejarah perundangan
Rang undang-undang
Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024
Diperkenalkan oleh
Bacaan pertama
Kata kunci
Mufti
Status: Menunggu

Latar belakang

sunting

Mufti dalam Islam merupakan agamawan tinggi yang berkuasa untuk mengeluarkan hukum-hakam mengenai satu perkara daripada sudut Islam melalui peraturan bernama fatwa. Di Malaysia, terdapat 14 mufti dilantik, dengan setiap satu bertanggungjawab bagi setiap negeri serta satu bagi Wilayah Persekutuan, menuruti peruntukan perlembagaan negara yang menetapkan hal-ehwal Islam di bawah kuasa tahap negeri.

Peruntukan

sunting

Dalam RUU Mufti, diperuntukkan bahawa satu fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan bakal menjadi peraturan terikat terhadap setiap Muslim di Wilayah Persekutuan. Di samping itu, RUU ini juga beberapa menetapkan beberapa kuasa dan keistimewaan terhadap Mufti, yakni diberi peluang untuk membantu mahkamah berkenaan undang-undang syariah. Peruntukan terutama yang ialah aliran Islam yang perlu diikuti Mufti Wilayah Persekutuan, yakni berasaskan Ahli Sunah Waljamaah berdasarkan aliran Asya'irah dan Maturidi.[1]

Rujukan

sunting
  1. ^ Shuhari, Prof Madya Dr Mohd Hasrul bin (2024-10-14). "RUU Mufti Wilayah: Apa yang kita perlu ketahui". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-10-15.