Suntingan dari rencana ini oleh yang tidak berdaftar atau pengguna yang baru berdaftar sedang dimatikan kerana halaman ini sering menjadi sasaran vandalisme. Mohon perlindungan separa.. Sila bincangkan perubahan pada laman perbualan atau memohon nyahlindung. Anda boleh gunakan {{Suntingan dilindungi}} pada laman perbualan untuk bertanya kepada penyelia untuk membuat suntingan untuk anda.

Ahli Sunnah Wa Jama'ah atau Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah (ASWJ; Arab: أهل السنة والجماعة) atau lebih sering disingkatkan sebagai Ahli Sunah atau Ahlu al-Sunnah (Arab: أهل السنة) serta Sunni ialah aliran agama Islam yang lurus di dunia kerana ajaran agama Islam hanya satu dan tidak bercabang. Ahli Sunnah ialah mereka yang sentiasa tegak di atas Islam berdasarkan Al-Quran dan hadis yang sahih dengan pemahaman para sahabat, tabi'in, dan tabi'ut tabi'in. Sekitar 90% umat Islam sedunia berfahaman Sunni, manakala yang menganut aliran Syiah sebahagian besarnya ialah kufur dan sebahagiannya fasiq dan tidak kufur menurut sebahagian ulama

Takrifan

Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah mereka yang disebut sebagai Al-Jamaah, Al-Sawad Al-A’zam dan Al-Firqah Al-Najiah yang telah diperintahkan oleh Rasulullah untuk umat Islam berpegang dengan nyata tatkala berlakunya perpecahan umat.

AHLI Sunnah wal Jamaah ialah sebagai mana yang disebut oleh al-Hafiz Murtada al-Zabidi dalam kitab Ithaf al-Sadat al-Muttaqin: "Jika dikatakan Ahli Sunnah wal Jamaah, maka yang dimaksudkan ialah Asya'irah dan Maturidiyah." [1]

Dari segi mazhab feqah, mereka mengikuti salah satu dari 4 mazhab muktabar iaitu Mazhab Syafie, Mazhab Maliki, Mazhab Hanbali atau Mazhab Hanafi.

Dari segi tasawwuf, mereka mengikuti tariqat ulama tasawuf yang muktabar seperti Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam Abu Hamid al-Ghazali. [2]

Sejarah

Fitnah

Fitnah ketika kewafatan Rasulullah SAW

Ketika Muhammad Rasulullah s.a.w wafat, maka berlakulah salah faham antara golongan Muhajirin dan Ansar untuk melantik sesiapa yang selanjutnya menjadi pemimpin kaum muslimin. Para sahabat melihat hal ini akan mengakibatkan perang saudara antara kaum muslimin Muhajirin dan Ansar. Setelah masing-masing mengajukan delegasi untuk menentukan siapa khalifah pengganti Rasulullah s.a.w, akhirnya disepakati oleh kaum muslimin untuk mengangkat Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a sebagai khalifah.

Fitnah masa khalifah ke-3

Pada masa kekhalifahan ke-3, Sayyidina Uthman bin Affan r.a, berlaku fitnah yang cukup serius di tubuh Islam pada saat itu, yang mengakibatkan terbunuhnya khalifah Uthman r.a. Pembunuhnya ialah suatu rombongan delegasi yang diasaskan oleh Abdullah bin Saba' dari Mesir yang hendak memberontak kepada Khalifah dan hendak membunuhnya. Abdullah bin Saba' berjaya membina pemahaman yang sesat untuk mengadu domba umat Islam bagi menghancurkan Islam dari dalam. Kemudian masyarakat banyak saat itu, terutama ditaja oleh para bekas pelaku pembunuhan terhadap Uthman, berjaya membunuh beliau dengan sadis ketika beliau sedang membaca Quran.

Fitnah masa khalifah ke-4

Segera setelah baiat Khalifah Ali r.a mengalami kesulitan bertubi-tubi. Orang-orang yang terpengaruh oleh Abdullah bin Saba' terus menerus mengadu domba para sahabat. Usaha mereka berjaya. Para sahabat salah faham mengenai kes undang-undang pembunuhan Uthman. Yang pertama berasal dari isteri Rasulullah s.a.w, Sayidatina Aisyah r.a., bersama dengan Talhah ibn Ubaidillah dan Zubair ibn Awwam berjaya diadu domba hingga terjadilah Perang Jamal atau dikenali sebagai Perang Unta. Dan kemudian oleh Mu'awiyah bin Abu Sufyan yang diangkat oleh Sayyidina Uthman sebagai Gabenor di Syam, mengakibatkan berlakunya Perang Siffin. Melihat banyaknya korban dari kaum muslimin, maka pihak yang berselisih mengadakan islah atau keamanan. Para pemberontak tidak senang dengan adanya keamanan diantara kaum muslimin. Kemudian terjadilah usaha pembangkangan oleh mereka yang pada awalnya berpura-pura atau munafik. Merekalah golongan Khawarij.

Tahun Jamaah

Kaum Khawarij ingin merebut kekhalifahan. Tapi terhalang oleh Sayyidina Ali dan Mu'awiyah, sehingga mereka merancang untuk membunuh keduanya. Abdul Rahman bin Muljam dari Kaum Khawarij berjaya membunuh Khalifah Ali pada saat baginda mengimami solat subuh di Kufah, tetapi tidak terhadap Mu'awiyah kerana dijaga ketat. Bahkan Mu'awiyah berjaya mengkonsolidasikan diri dan umat Islam, berkat kecekapan politik dan ketegaran kepemimpinannya. kerana belajar oleh berbagai pertumpahan darah, kaum muslimin secara pragmatis dan realistik menyokong kekuasaan Mu'awiyah. Maka tahun itu, tahun 41 Hijrah, secara khusus disebut tahun persatuan (am al-jamaah).

Sunah Madinah

Kaum muslimin mendalami agama berdasarkan al-Quran, dan memperhatikan serta ingin mempertahankan sunnah Nabi s.a.w di Madinah. Akhirnya ilmu hadis yang berkembang selama beberapa abad, sampai tuntasnya masalah pembukuan hadis sebagai wujud nyata sunnah pada sekitar akhir abad ke-3 Hijrah. Saat itu, lengkap sudah kodifikasi hadis dan menghasilkan al-Kutub al-Sittah (Buku Yang Enam) yakni oleh al-Bukhari (w. 256 H), Muslim (w. 261 H), Ibnu Majah (w. 273 H), Abu Daud (w. 275), al-Turmudzi (w. 279 H) , dan al-Nasa'i (w. 303 H).

Perkembangannya kemudian

Ahli Sunah pada masa kekuasaan Bani Umaiyyah masih dalam keadaan mencari bentuk, hal ini dapat dilihat dengan perkembangan empat mazhab yang ada di tubuh Sunni. Abu Hanifah, pengasas kepada Mazhab Hanafi, hidup pada masa perkembangan awal kekuasaan Bani Abbasiyah.

Pandangan berkenaan hadis

Al-Quran seperti yang ada sekarang dalam bentuk buku disusun oleh para sahabat Rasulullah dalam beberapa bulan selepas kewafatannya, dan diterima oleh semua mazhab Islam.[3] Akan tetapi, terdapat banyak persoalan tentang kepercayaan dan kehidupan seharian yang secara langsung tidak ditakrif dalam Al-Quran, tetapi dijawab berdasarkan tindakan oleh Muhammad dan masyarakat Islam awal. Generas-generasi kemudiannya mencari tradisi lisan mengenai sejarah awal Islam, dan amalan-amalan Muhammad dan pengikutnya yang terawal, dan menuliskannya agar dapat dipelihara. Tradisi lisan yang dicatatkan ini disebut sebagai hadis.[4] Berzaman lamanya, para cendekiawan Islam telah telah meneliti hadis dan menilai riwayat setiap tradisi, meneliti kebolehpercayaan para perawi dan menilai kesahihan setiap hadis dengan sewajarnya.[5]

Kutub as-Sittah

Kutub al-Sittah ialah enam kitab yang mengandungi koleksi hadis. Penganut Islam menerima koleksi hadis Bukhari dan Muslim sebagai yang paling sahih, dan juga menerima semua hadis yang dikelaskan sebagai sahih. Namun demikian, ada empat lagi koleksi hadis lain yang juga dipandang tinggi oleh umat Islam ASWJ, menjadikannya enam buah kitab:

Mazhab dan demografi

 
Negara-negara Islam berdasarkan peratusan Islam ASWJ dan Syiah.
  Ahli Sunnah Waljamaah
  Syiah
  Ibadi

Golongan Ahli Sunnah Waljamaah merangkumi kira-kira 85 hingga peratus Muslim dunia.[6][7] Terdapat empat mazhab yang paling banyak diikuti oleh Muslim Sunni. Dalam keyakinan sunni empat mazhab yang mereka miliki sah untuk diikuti, perbezaan yang ada pada setiap mazhab tidak bersifat fundamental. Perbezaan mazhab bukan pada hal Aqidah (pokok keimanan) tapi lebih pada tata cara ibadah.

Hanafi

Didirikan oleh Imam Abu Hanifah, Mazhab Hanafi adalah yang paling dominan di dunia Islam (sekitar 45%), penganutnya banyak terdapat di Asia Selatan (Pakistan, India, Bangladesh, Sri Lanka, dan Maldives), Mesir bahagian Utara, separuh Iraq, Syria, Lubnan Turki, Uzbekistan, Turkmenistan, Tajikistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, China, Bosnia dan Palestin (campuran Syafi'i dan Hanafi). Mazhab Hanafi adalah mazhab rasmi dua buah empayar Islam terbesar iaitu Kerajaan Bani Abbasiyyah dan Empayar Uthmaniyyah (Turki).

Maliki

Didirikan oleh Imam Malik, diikuti oleh sekitar 20% muslim di seluruh dunia. Mazhab ini dominan di negara-negara Afrika Barat dan Utara seperti Maghribi, Algeria, Tunisia, Libya, Sudan, Mauritania, Mesir bahagian selatan, Nigeria, Senegal dan Ghana. Mazhab ini mempunyai keunikan dengan menyodorkan tatacara hidup penduduk Madinah sebagai sumber undang-undang kerana di Madinah-lah Nabi Muhammad s.a.w hijrah, hidup dan wafat di sana.

Syafi'i

Diasaskan oleh Imam Syafii yang mempunyai penganut sekitar 28% Muslim di dunia. Pengikutnya tersebar di bahagian utara Iraq, Kurdistan, Iran (semasa zaman Seljuk), Mesir (semasa zaman Dinasti Ayubiyyah), Somalia, Yaman di wilayah Hadramaut, Indonesia , Thailand, Singapura, Filipina, Sri Lanka dan menjadi mazhab rasmi negara Malaysia dan Brunei Darussalam. Dagestan and Chechnya

Hanbali

Bermula oleh para murid Imam Ahmad bin Hanbal. Mazhab ini diikuti oleh sekitar 5% muslim di dunia dan dominan di daerah Semenanjung Arab.

Rujukan

  1. ^ Ithafussadatil Muttaqin - Imam Murtada Az Zabidi
  2. ^ ZAINOL, FADZIL (2023-10-12). "Deklarasi Ipoh pertahankan aliran Ahli Sunah Wal Jamaah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2024-09-25.
  3. ^ Muhammad Hamidullah, "Tareekh Quran Majeed", Khutbat-e-Bahawalpur m/s. 1–17
  4. ^ Mufti Taqi Usmani, The Authority of Sunnah, Delhi: Kitab Bhawan, m/s. 6
  5. ^ Muhammad Mustafa Azmi, "Hadith Criticism: History and Methodology". Studies in Hadith Methodology and Literature, m/s. 46-57
  6. ^ "Region: Middle East-North Africa". The Future of the Global Muslim Population – Executive Summary. Pew Research Center. 2011-01-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-09. Dicapai pada 3 April 2013.
  7. ^ "Quick guide: Sunnis and Shias". BBC News. 2011-12-06. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-24. Dicapai pada 18 Disember 2011. The great majority of Muslims are Sunnis – estimates suggest the figure is somewhere between 85% and 90%.