Anjing penuding berbulu pendek Hungary
Anjing penuding berbulu pendek Hungary,[a] atau hanya anjing penuding Hungary, ialah satu baka anjing dari Hungary dan tergolong dalam Kumpulan 7 (Anjing Penuding) Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI),[1] Kumpulan 1 (Kumpulan Sukan) Canadian Kennel Club (CKC),[2] dan Kumpulan Sukan American Kennel Club (AKC).[3] Anjing penuding berbulu pendek Hungary merupakan anjing sukan dan teman setia. Saiz sederhana anjing penuding Hungary ini ialah salah satu ciri paling menarik bagi baka ini. Sebagai pemburu unggas dan buruan tanah tinggi, anjing penuding Hungary telah memegang kedudukan penting dalam kalangan anjing sukan – sebagai teman rumah dan anjing keluarga.
Negara asal | Hungary | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing penuding Hungary ialah anjing pemburu serba guna yang secara tradisional dan kini digunakan untuk memburu, menuding, dan mengutip, yang merujuk kebolehan semula jadi anjing ini dalam penjejakan, penudingan, dan pengutipan buruan, termasuk di dalam air.[4] Sungguhpun ia bersemangat, bertingkah laku lemah lembut, jelas bersikap penyayang, dan sensitif, ia juga tidak takut dan memiliki naluri pelindung cukup terbentuk.[5]
Perihal
suntingPenampilan
suntingAnjing penuding Hungary ialah anjing pemburu berlapis bulu pendek dengan penampilan dan bearing unggul.[6] Anjing yang teguh tetapi bertubuh agak ringan ini ialah anjing langsing yang mempunyai otot jelas.
Pelbagai baka kerap disalah anggap sebagai anjing penuding Hungary dan sebaliknya. Anjing pemburu rakun Redbone, anjing Weimar, dan anjing belakang permatang Rhodesia paling lazim dikelirukan. Struktur tubuh anjing penuding Hungary adalah sangat serupa dari segi penampilan dengan anjing Weimar dan anjing pemburu rakun Redbone, walaupun anjing penuding Hungary biasanya lebih langsing dengan perototan lebih jelas. Anjing Weimar dan anjing belakang permatang Rhodesia pada umumnya lebih besar daripada anjing penuding Hungary.
Hidung anjing penuding Hungary biasanya merupakan warna kemerah-merahan yang sebati dengan warna lapis bulu. Hidung hitam, perang, merah jambu muda, atau warna lain ialah petunjuk baka lain. Warna mata dan kuku anjing penuding Hungary biasanya juga sebati dengan warna lapis bulu.[7]
Warna dan bulu
suntingLapis bulu piawai berwarna kuning Perancis dalam beberapa cahaya warna.[6] Lapis bulunya juga dapat diperihalkan sebagai warna kuning, jingga, perang tembaga, emas ruset, dan emas pasir gelap. Warna merah padu, gelap, dan mahogani dan kuning pucat dianggap sebagai kecacatan dan syarat penyingkiran dalam pertandingan. Kawasan kecil berwarna putih di bahagian dada hadapan, leher, atau ekor adalah diizinkan tetapi tidak diutamakan.[8] Sesetengah variasi warna lapis bulu anjing penuding Hungary di sepanjang belakangnya (tanda jenis pelana) adalah tipikal.
Piawaian baka American Kennel Club (AKC) untuk anjing penuding Hungary menyatakan bahawa lapis bulunya patut pendek, licin, padat, dan rapat tanpa lapis bulu bawah mirip wul. Anjing penuding Hungary tidak sesuai untuk dibela di luar kerana, tidak seperti kebanyakan baka lain, ia tidak mempunyai lapis bulu bawah. Ia merupakan adalah anjing yang membersihkan diri dan jarang perlu dimandikan, jika perlu sekali pun. Ia mempunyai sedikit "bau anjing" yang dapat dikesan oleh manusia. Selepas beberapa kali kemasukan ke dalam tasik dan sungai, ia akan mempunyai aroma yang merupakan versi lebih lemah bagi bau 'anjing basah'. Mandian segera dan bau ini akan hilang.
Penjagaan bulu dan pembersihan
suntingPenyelenggaraan lapis bulu anjing penuding Hungary adalah agak mudah kerana bulu pendeknya. Apabila basah, tepukan tuala cepat mengeringkan anjing berkenaan dengan cepat dan, untuk lumpur atau kotoran, lapis bulunya dapat dibiarkan mengering untuk memudahkan pemberusan. Penggunaan berus baldu bukan hanya mengekalkan lapis bulunya berkilat tetapi juga membantu dalam menanggalkan kebanyakan yang digugurkan. Tidak seperti kebanyakan anjing, anjing penuding Hungary bersalin bulu sepanjang semua musim. Oleh itu, ada kepentingan untuk mengekalkan pemberusan. Selain bulunya, pemangkasan kerap kukunya mengelakkan kecederaan akibat panjang berlebihan dan pengunyahan barang keras seperti tulang sumsum mentah menghalang pembentukan plak dan memastikan gigi bersih.[9]
Saiz
suntingAnjing penuding Hungary ialah anjing bersaiz sederhana. Purata ketinggian dan berat:
- Jantan
- Tinggi: 23–27 in (58–69 cm)
- Berat: 45–66 lb (20–30 kg)
- Betina
- Tinggi: 20.5–24 in (52–61 cm)
- Berat: 40–55 lb (18–25 kg)
Ekor
suntingAnjing penuding Hungary menahan ekornya secara mendatar dengan tanah dan menggoyangkannya dengan kuat sambil meluru menembusi semak-samun.
Piawaian baka Amerika mensyaratkan supaya ekor dipotong kepada dua pertiga daripada panjang aslinya,[10][11] walaupun pemotongan ekor atas sebab kosmetik ditentang oleh Persatuan Perubatan Veterinar Amerika,[12] Persatuan Hospital Haiwan Amerika,[13] dan Canadian Veterinary Medical Association.[14] Piawaian baka The Kennel Club United Kingdom mengizinkan kedua-dua ekor terpotong atau ekor semula jadi;[15] ini mematuhi undang-undang di England dan di Wales dan di Scotland yang melarang pemotongan ekor atas sebab kosmetik tetapi mengecualikan pemotongan ekor pada anjing pekerja baru lahir.[16]
Ekor terpotong anjing penuding Hungary jelas lebih panjang daripada yang pada anjing lain dengan ekor terpotong secara tradisional seperti anjing Weimar, anjing Dobermann, bokser, dan anjing gembala Australia. Memandangkan ekornya dipotong semasa anak anjing berusia kurang daripada tiga hari, pemotongan ekor lebih panjang ini dapat menyebabkan sesetengah variasi dari segi panjang ekor sesam anjing penuding Hungary daripada program pembiakbakaan berlainan.
Perangai
suntingIa merupakan pemburu semula jadi dengan keupayaan cemerlang untuk menerima latihan.[6] Ia bukan sahaja anjing penuding hebat, tetapi ia juga anjing pengutip cemerlang juga. Ia akan mengutip di darat dan di dalam air dengan memanfaatkan naluri semula jadinya sepenuhnya. Walau bagaimanapun, ia mesti dilatih dengan lemah lembut dan tanpa arahan keras atau pembetulan fizikal kuat, kerana ia mempunyai perangai sensitif dan dapat rosak semudahnya jika dilatih dengan terlalu keras.[17]
Anjing penuding Hungary bertahan hidup dengan perhatian, senaman, dan interaksi. Ia merupakan anjing cerdas dan memerlukan banyak rangsangan mental semasa muda. Jika terbiar bersendirian selama berjam-jam, ia dapat menjadi bosan dan menjadi bersikap pemusnah.[18] Dengan sosialisasi dan pelatihan betul, anjing penuding Hungary ialah anjing sangat lemah lembut yang dapat menjadi hebat di sekeliling kanak-kanak. Anjing penuding Hungary ingin berada dekat dengan pemiliknya sebanyak yang mungkin dan biasanya diperhatikan berkeras untuk tidur di bawah selimut di katil pemiliknya pada waktu malam.[19]
Kesihatan
suntingSebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 13.5 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[20] Anjing penuding Hungary dianggap sebagai anjing tegap tetapi sesetengah program pembiakbakaan setempat yang menggunakan sebilangan kecil anjing telah membawa kepada penyakit boleh waris pada sesetengah anak termasuk:
- Displasia pinggul sangat jarang tetapi mungkin.[21]
- Epilepsi anjing
- Kanser (tumor sel masta, hemangiosarkoma, limfoma)
- Adenitis sebum
Pembiak baka bertanggungjawab tidak memilih anjing untuk pembiakbakaan jika ia mempunyai masalah wujud sedemikian.[22] Anjing penuding Hungary juga dapat menderitai hipotiroidisme, kekerdilan, lengkung aorta kanan berterusan, displasia injap trikuspid, dan atrofi retina progresif. Risiko besar termasuk epilepsi dan limfosarkoma. Anjing penuding Hungary juga dapat menjadi terdedah terhadap alahan kulit dan makanan.
Terdapat juga kemungkinan penyakit dan kanser yang berkembang pada anjing penuding Hungary yang dimandulkan atau dineuterkan. Menurut Veterinary Medical DataBases, limfoma berkemungkinan besar berlaku pada anjing penuding Hungary tergonadektomi (4.3x) berbanding dengan anjing penuding Hungary utuh secara seks. Walau bagaimanapun, ini disebabkan oleh hakikat bahawa terdapat 1.1% peluang penyakit pada anjing yang dineuterkan 12 bulan selepas kelahiran berbanding dengan 0.3% peluang pada anjing yang dineuterkan sebelum 12 bulan, dan peluang 0.1% pada anjing yang utuh secara seks.[23]
Anjing penuding Hungary dapat menjadi terdedah kepada pelbagai keadaan berkaitan dengan perdarahan seperti hemofilia A dan penyakit von Willebrand, yang membawa kepada perdarahan ketara walaupun daripada luka kecil kerana kekurangan pembekuan darah. Selain itu, ia mungkin mengalami hipotiroidisme, yang memerlukan ubat-ubatan sepanjang hayat untuk menyokong tiroidnya dalam menghasilkan hormon penting untuk kemandiriannya.[24]
Pembiakbakaan
suntingAnjing penuding Hungary memulakan kebalighan secara purata 8–10 bulan selepas kelahiran. Walaupun untuk anjing penuding Hungary dan kebanyakan baka lain, ia tidak patut dibiakbakakan semasa estrus pertamanya; sebaliknya, kitaran estrus kedua atau ketiga ialah waktu yang padanya ia perlu dibiakbakakan jika dikehendaki. Walau bagaimanapun, langkah-langkah ini dapat berbeza-beza bergantung pada kematangan mental dan fizikal anjing berkenaan.[25]
Sejarah
suntingRujukan bertulis pertama tentang baka anjing penuding Hungary telah dicatatkan dalam Babad Berilustrasi Vienna yang disediakan atas perintah Raja Lajos I dari Hungary oleh Frater Karmelit pada tahun 1357.[26][halaman diperlukan]
Anjing penuding Hungary telah terselamat daripada pendudukan Turki (1526–1696), Revolusi Hungary 1848, Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua, dan Republik Rakyat Hungary. Walau bagaimanapun, anjing penuding Hungary menghadapi dan terselamat daripada beberapa kehampiran kepupusan dalam sejarahnya, termasuk dibayangi oleh anjing penuding Inggeris dan anjing penuding berbulu pendek Jerman pada tahun 1800-an[27] dan sekali lagi kehampiran kepupusan selepas Perang Dunia Kedua.[26] Pencarian teliti di Hungary dan tinjauan ahli sukan Hungary mendedahkan hanya kira-kira sedozen anjing penuding Hungary jenis sebenar yang masih hidup di negara itu. Daripada ternakan minimum itu, baka ini bangkit menjadi terkenal sekali lagi. Pelbagai "strain" anjing penuding Hungary telah menjadi agak distingtif apabila individu membiakbakakan ternakan yang sesuai dengan gaya perburuan mereka. Di luar Hungary, anjing penuding lazimnya dibiakbakakan di Romania, di Austria, di Slovakia, dan di Serbia.
Anjing penuding Hungary mula tiba di Amerika Syarikat pada penutupan Perang Dunia Kedua. Apabila minat dan pengabdian kepada baka ini mula meningkat, para pemilik membentuk Vizsla Club of America untuk mendapatkan pengiktirafan American Kennel Club (AKC). Sebagai hasil daripada pendaftaran ternakan asasi dengan AKC, pemilik anjing penuding Hungary dapat memperoleh pengiktirafan rasmi pada 25 November 1960, sebaik anjing penuding Hungary menjadi baka ke-115 yang diiktiraf oleh American Kennel Club.[5]
Anjing penuding Hungary digunakan dalam perkembangan baka lain, paling ketara baka anjing Weimar, anjing penuding berbulu dawai Hungary, dan anjing penuding berbulu pendek Jerman.[26] Terdapat banyak andaian tentang baka sama itu, bersama-sama dengan baka anjing penuding, yang digunakan untuk mengasaskan anjing penuding Hungary semula pada penghujung abad ke-19.[26]
Anjing penuding Hungary di United Kingdom
suntingHampir-hampir 4,520 ekor anak anjing penuding Hungary didaftarkan dengan The Kennel Club Great Britain (KC) pada setiap tahun, lalu menjadikan baka ini salah satu daripada 50 baka teratas paling popular. Angkanya meningkat dengan mantap dari tahun ke tahun apabila lebih ramai orang mengenali baka ini.[28] Terdapat dua buah kelab baka untuk anjing penuding Hungary di Britain, The Hungarian Vizsla Club[29] dan The Hungarian Vizsla Society.[30] Pemenang anugerah Best in Show dalam Crufts tahun 2010 ialah seekor anjing penuding Hungary bernama Hungargunn Bear It'n Mind.[31]
Anjing penuding Hungary di Amerika Syarikat
suntingKira-kira 2,500 ekor anjing penuding Hungary didaftarkan di Amerika Syarikat pada setiap tahun. Menurut North American Versatile Hunting Dog Association,[32] anjing penuding Hungary ialah baka anjing berdaftar tahunan ke-7 paling tinggi dan kepopularan ini kekal sejak 10 tahun terakhir. Kelab-kelab lain di Amerika Syarikat termasuk Vizsla Club of America[33] (kelab pembiakbakaan) dan American Kennel Club (AKC).[34][35]
Vizsla Club of America ialah sebuah kelab yang didedikasikan untuk kesihatan, penambahbaikan, dan penyelamatan anjing penuding Hungary baka tulen. Dengan pengasasan pada tahun 2000, kelab ini bekerjasama dengan American Kennel Club Canine Health Foundation[36] untuk melanjutkan penyelidikan di bidang kesihatan anjing penuding Hungary, khususnya isu berkaitan dengan kesihatan seperti hemangiosarkoma, limfoma, kanser sel masta, epilepsi anjing, bruselosis, DCM berkaitan dengan diet, dan kajian perangai. Mereka juga bekerjasama dengan pertubuhan penyelamatan bebas dalam mewujudkan dana penyelamatan untuk anjing penuding Hungary serta The Frank Lacko Memorial Cancer Research Fund untuk menyelidik dan akhirnya menamatkan kanser pada baka anjing penuding Hungary.[33]
Dalam kebudayaan popular
sunting- Kubrick the Dog, sebuah buku fotografi tahun 2011 oleh jurugambar fesyen dan pembuat filem British Sean Ellis sebagai penghormatan kepada anjing penuding Hungary beliau bernama Kubrick.[37]
- Pelawak Drew Lynch mempunyai seekor anjing penuding Hungary, Stella, sebagai anjing perkhidmatan, sehingga tahun 2022. Mereka menganjurkan siri YouTube yang dipanggil "Dog Vlog".[perlu rujukan]
Lihat juga
sunting- Senarai baka anjing
- Lambang kebangsaan Hungary
- Anjing penuding berbulu dawai Hungary, satu baka yang dikembangkan pada tahun 1930-an dengan pembiakbakaan saling antara anjing penuding (berbulu pendek) Hungary dengan anjing penuding berbulu dawai Jerman
- Baka anjing Hungary
Catatan
sunting- ^ Jawi: انجيڠ ڤنوديڠ بربولو ڤينديق هڠݢري ; Hungary: rövidszőrű magyar vizsla ; bahasa Inggeris: Hungarian short-haired pointer
Rujukan
sunting- ^ "FCI breeds nomenclature: Group 7 : Pointing Dogs" [Tatanama baka FCI: Kumpulan 7: Anjing Penuding] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 23 Januari 2024.
- ^ "Sporting dogs" [Anjing sukan]. Canadian Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Januari 2024.
- ^ "Sporting dogs" [Anjing sukan]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Januari 2024.
- ^ "Shooting UK: Hunt, point and retrieve – truly versatile dogs" [Shooting UK: Berburu, menuding, dan mengutip – anjing serba guna sejati] (dalam bahasa Inggeris). Jun 2016. Dicapai pada 23 Januari 2024.
- ^ a b "Vizsla Club of America" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 April 2008. Dicapai pada 23 Januari 2024.
- ^ a b c "AKC Vizsla Breed Standard" [Piawaian Baka Anjing Penuding Hungary AKC] (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Februari 2024.
- ^ "Colorado Wyoming Vizsla Rescue Group" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Februari 2024.
- ^ "Vizsla Dog Breed Information" [Maklumat Baka Anjing Anjing Penuding Hungary]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 September 2013. Dicapai pada 12 Februari 2024.
- ^ "Managing Your Vizsla" [Menguruskan Anjing Penuding Hungary Anda]. Hungarian Vizsla Club (dalam bahasa Inggeris). 15 Mac 2015. Dicapai pada 12 Februari 2024.
- ^ "Breed Standards : Vizsla" [Piawaian Baka: Anjing Penuding Hungary]. United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "Official Standard for the Vizsla" [Piawaian Rasmi untuk Anjing Penuding Hungary] (PDF). American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "Ear cropping and tail docking of dogs" [Pemotongan telinga dan ekor anjing]. Persatuan Perubatan Veterinar Amerika (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "Ear cropping and tail docking" [Pemotongan telinga dan ekor]. Persatuan Hospital Haiwan Amerika (dalam bahasa Inggeris). Jun 2021.
- ^ "CVMA | Documents | Cosmetic Alteration – Position Statement" [CVMA | Pengubahan Kosmetik – Pernyataan Kedudukan]. Canadian Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). 27 Januari 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Ogos 2020. Dicapai pada 12 Februari 2024.
- ^ "Hungarian Vizsla | Breed Standards" [Anjing Penuding Hungary | Piawaian Baka]. The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "Kennel Club Welcomes New Scottish Laws To Protect Dog Welfare" [The Kennel Club Sambut Undang-undang Baharu Scotland untuk Lindungi Kebajikan Anjing]. The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Gottlieb, Gay (2002). The Complete Hungarian Vizsla [Anjing Penuding Hungary Lengkap] (dalam bahasa Inggeris). Lydney, Gloucestershire, United Kingdom: Ringpress Books. ISBN 9780948955327. OCLC 769265870.
- ^ "The VIZSLA" [ANJING PENUDING HUNGARY] (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Februari 2024.
- ^ "Hungarian Vizsla: Puppy Facts, Dog Breed Information and More" [Anjing Penuding Hungary: Fakta Anak Anjing, Maklumat Baka Anjing, dan Lebih Lagi]. DogsLife (dalam bahasa Inggeris). 31 Disember 2016. Dicapai pada 12 Februari 2024.
- ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 38302530 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 267382263 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ "Orthopedic Foundation for Animals" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Jun 2008. Dicapai pada 12 Februari 2024.
- ^ "Orthopedic Foundation for Animals: Purpose" [Orthopedic Foundation for Animals: Tujuan]. Orthopedic Foundation for Animals (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Ogos 2017. Dicapai pada 12 Februari 2024.
- ^ Howe, Lisa M. (8 Mei 2015). "Current perspectives on the optimal age to spay/castrate dogs and cats" [Perspektif semasa terhadap umur optimum untuk mengembiri/mengasi anjing dan kucing]. Veterinary Medicine: Research and Reports (dalam bahasa Inggeris). Dove Medical Press. 6: 171–180. doi:10.2147/VMRR.S53264. ISSN 2230-2034. PMC 6070019. PMID 30101104. S2CID 4678181.
- ^ Dearth, Kim D R (Oktober 2000). "The Venerable Vizsla" [Anjing Penuding Hungary yang Berhormat]. Dog World (dalam bahasa Inggeris). 85: 18 – melalui PJS Publications.
- ^ Pinney, Chris C. (1 Julai 1998). Vizslas: A Complete Pet Owner's Manual [Anjing Penuding Hungary: Panduan Lengkap Pemilik Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 64. ISBN 9780764103216. OCLC 38879375.
- ^ a b c d Boggs, Bernard C. (2000). The Vizsla [Anjing Penuding Hungary] (dalam bahasa Inggeris) (ed. semakan ke-2). Springfield, Ohio, Amerika Syarikat: Behi Publishing Company. ISBN 9780970097804. OCLC 45066540.
- ^ Boggs, Bernard C. (2000). The Vizsla [Anjing Penuding Hungary] (dalam bahasa Inggeris) (ed. semakan ke-2). Springfield, Ohio, Amerika Syarikat: Behi Publishing Company. m/s. 19. ISBN 9780970097804. OCLC 45066540.
- ^ KC Registration Statistics (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 28 Jun 2007 di Wayback Machine. Dicapai pada 12 Februari 2024.
- ^ "Hungarian Vizsla Club – Kennel Club registered – founded 1968" [Hungarian Vizsla Club – berdaftar dengan The Kennel Club – diasaskan pada 1968] (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "Hungarian Vizsla Society". Hungarian Vizsla Society (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "Crufts 2010 won by Hungarian Vizsla called Yogi" [Crufts 2010 dimenangi oleh anjing penuding Hungary yang dipanggil Yogi] (dalam bahasa Inggeris). BBC News. 14 Mac 2010. Dicapai pada 12 Februari 2024.
- ^ "North American Versatile Hunting Dog Association". North American Versatile Hunting Dog Association (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Februari 2024.
- ^ a b "THE VIZSLA CLUB OF AMERICA, INC". The Vizsla Club of America (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "The American Kennel Club". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Koshyk, Craig (16 Jun 2023). "Vizsla: Dog Breed Information, Form, Function, History, and More" [Anjing Penuding Hungary: Maklumat Baka Anjing, Bentuk, Fungsi, Sejarah, dan Lebih Lagi]. Project Upland (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Februari 2024.
- ^ "The American Kennel Club Canine Health Foundation". The American Kennel Club Canine Health Foundation (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "Vogue Photog Sean Ellis' Book About His Best Friend: Kubrick the Dog" [Buku Vogue Photog Sean Ellis tentang Sahabat Baiknya: Kubrick si Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Racked. 18 Oktober 2010. Dicapai pada 12 Februari 2024.
Bacaan lanjut
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Anjing penuding berbulu pendek Hungary. |
- Boggs, Bernard C. (1982). The Vizsla [Anjing Penuding Hungary] (dalam bahasa Inggeris) (ed. semakan). Jackson, Ohio, Amerika Syarikat: Glenbrier Publishing Company. ISBN 9780960883806. OCLC 10272973.
- Coffman, Marion I. (2004). Versatile Vizsla [Anjing Penuding Hungary Serba Guna] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Loveland, Colorado, Amerika Syarikat: Alpine Publications. ISBN 9781577790563. OCLC 54826167.
- Hart, Ernest H. (Jun 1990). Vizslas [Anjing Penuding Hungary] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. ISBN 9780866224369. OCLC 37297063.
- Pinney, Chris C. (1 Julai 1998). Vizslas: A Complete Pet Owner's Manual [Anjing Penuding Hungary: Panduan Lengkap Pemilik Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. ISBN 9780764103216. OCLC 38879375.
- White, Robert L. (2000). Hungarian Vizsla [Anjing Penuding Hungary] (dalam bahasa Inggeris). Dorking, Surrey, United Kingdom: Interpet Publishing. ISBN 9781903098592. OCLC 45305084.